You are on page 1of 11

SJK (T) BANDAR SRI SENDAYAN, 71950 SEREMBAN, NSDK

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM


KALI KEDUA TAHUN 2018

TARIKH : 1 JUN 2018


MASA : 1.15 PTG -4.00 PTG.
HARI : JUMAAT
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

AGENDA

1. UCAPAN ALUAN
2. UCAPAN GURU BESAR
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
4. PERKARA BERBANGKIT
5. PELAPORAN SETIAP UNIT
5.1 PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG
5.2 PENGURUSAN KELAS
5.3 PROGRAM 3 K
5.4 PENGURUSAN DISPLIN DAN PENGAWAS
5.5 PENGURUSAN KANTIN
5.6 PENGURUSAN KANTIN DAN RMT
5.7 PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
5.8 PEGURUSAN DATA APDM
5.9 PENGURUSAN KEBAJIKAN
5.10 PENGURUSAN PROGRAM PPDa
5.11 PENGURUSAN SPBT
5.12 PENGURUSAN SARANA IBUBAPA
5.13 PENGURUSAN SKIM SIMPANAN MURID
5.14 PENGURUSAN PENCEGAHAN JENAYAH
5.15 PENGURUSAN HARI PERAYAAN DAN AGAMA
5.16 PENGURUSAN LAWATAN
5.17PENGURUSAN KELAB GURU

6. HAL-HAL LAIN
7. PENANGGUHAN
SJK (T) BANDAR SRI SENDAYAN, 71950 SEREMBAN, NSDK

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM


KALI KEDUA TAHUN 2018

TARIKH : 1 JUN 2018


MASA : 1.15 PTG -4.00 PTG.
HARI : JUMAAT
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN :

1. EN.AHILAN
2. EN.JEGANATHAN
3. PN.DEVI
4. PN.NANTHA KUMARI
5. PN.MAGIASWARY
6. CIK.KANAGESWARY
7. PN.THAIVANY
8. PN.MANJULA
9. PN.RAJESWARY

1.0 Ucapan Aluan

1.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir dalam mesyuarat
Pengurusan HEM kali ke kedua. Beliau memaklumkan sekolah bersuasana baik dan
sistematik atas pengurusan hem sekolah dengan baik.
1.2 Guru memastikan bilik-bilik khas, bilik darjah, kantin, tandas dalam keadaa bersih dan
selamat.
1.3 Guru bertugas harus mengambil berat untuk memeriksa lampu dan kipas sebelum balik dan
masa rehat.
1.4 Guru-guru juga memastikan murid menggunakan kad kebenaran semasa keluar dari bilik
darjah.
1.5 Guru bertugas memastikan kawasan sekolah dalam keadaan bersih dan selamat.
2.0 Ucapan Guru Besar

2.1 Beliau telah meminta semua guru kelas mengemaskinikan semua maklumat yang berkaitan
dengan maklumat murid. Beliau juga menekankan semua guru penyelaras
mengemaskinikan fail untuk memudahkan penyelaras unit HEM 2018.
2.2. Semua maklumat perlu mengikut kehendak SKPMg2.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 En.Jeganathan telah membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Minit mesyuarat
yang lalu telah dicadang dan disokong oleh guru guru seperti berikut :-

Dicadang : Pn.Nanthakumari
Disokong : Cik.Kanagewary

4.0 PERKARA BERBANGKIT.

4.1 Tiada

5.0 LAPORAN UNIT-UNIT HEM 2018

5.1 AMALAN GURU PENYAYANG

5.1.1 Setiap guru kelas adalah guru penyayang di sekolah. Guru boleh merancangkan pelbagai
aktiviti peringkat kelas dan sekolah.
5.1.2 Guru bertugas perlu menyamput murid-murid ke sekolah dengan mengucapkan selamat
datang,selamat pagi dan sebgainya.
5.1.3 Guru penyanyang diminta menyambut hari lahir murid mengikut bulanan atau 3 bulan
sekali.
5.1.4 Ada ibubapa yang sanggup memberi sumbangan kek. Boleh hubungi mereka untuk
mendapatkanya.
5.1.5 Papan info hari lahir murid perlu kemaskini mengikut nama murid-murid semasa.
Tindakan : Semua guru
6.0 PENGURUSAN KELAS

6.1.1 Guru kelas memastikan bilik darjah memenuhi kemudahan dan bahan abad ke-21. Bilik
darjah yang bersih dan kondusif untuk pdpc yag terbaik.
6.1.2 Guru kelas perlu mengemaskini dan memaparkan senarai inventori kelas dipamerkan di
bilik darjah. Jika ada kerosakkan boleh buat laporan bertulis dan beri kepada pt sekolah.
6.1.3 Guru kelas memastikan setiap pagi semua murid menjalankan aktiviti Kalai Mantram.
Mereka juga perlu mengambil peluang ini untuk membimbing murid yang lemah dalam
subjek yang tertentu .
6.1.4 Guru subjek terakhir perlu memastikan menjalankan amalan “last 5’ untuk membersihkan
bilik darjah sebelum pulang. Amalan ini telah dibuktikan oleh warga Japan semasa
‘World Cup 2018’
6.6 Sentiasa mengemaskini data murid dan keluarga murid dalam APDM. Jika ada murid yang
memerlukan bantuan kecemasan boleh maklumkan kepada GPK HEM.
6.7 Guru juga perlu megemaskini apabila murid pindah atau murid baru masuk ke sekolah dalam
buku rekod pendaftaran.
6.8 Guru guru juga perlu menggunakan teknik atau kaedah yang boleh menarik hati murid untuk
datang ke sekolah setiap hari tanpa cuti.

Tindakan Semua Guru

7.0 PROGRAM 3 K

7.1 Guru kantin sentiasa peka terhadap isu-isu semasa tentang keracunan makanan. Beliau juga
harus menasihati para pelajar untuk mengambil makanan yang berkhasiat.
7.2 Guru boleh memberi peringkatan mesrta kepada pengusaha kantin untuk melarang menjual
keropok atau jelly.
7.3Guru-guru juga perlu memberi perhatian terhadap kesihatan murid,dan menasihati murid
supaya mengambil sarapan dan membawa air suam dari rumah masing-masing.
7.4 Guru juga memaparkan isu-isu semasa tentang penyakit di sudut kesihatan.
7.5 Sekolah akan beli alat ukur demam. Dengan ini guru boleh memastikan kehadiran pelajar
ke sekolah dengan sihat dan pada masa akan datang menggunakan alat ukur demam.
7.8 Pertandingan kebersihan kelas telah dimulakan mulai bulan April. Kelas yang bersih setiap
minggu akan menerima hadiah Johan dan Naib Johan.
7.9 Longkang di bahagian belakang masih belum ada besi .
7.10 Aktiviti demo bomba telah dijalankan dengan baik. Semua guru dan murid telah beri
respon yang cukup baik.
7.11 Laporan kesihatan denggi dihantar setiap minggu apabila memeriksaan telah dijalankan
dikawasan sekolah oleh En.G.Jeganathan.
7.12 Pelan kecemasan kebakaran sekolah telah dipamerkan di semua bilik dan kawasan
sekolah.
7.13 Latihan kebakaran kedua akan diadakan pada bulan Ogos. En.G.Jeganathan minta
penyelaras unit Keselamatan untuk menyediakan kertas kerja dan hantar surat jemputan
kepada pegawai Bomba Daerah Seremban.

Tindakan Semua Guru Kelas

8.0 DISPLIN DAN PENGAWAS

8.1 Guru-guru diminta merekodkan masalah displin murid di buku disiplin murid dan buku
sahsiah murid.
8.2 Guru juga boleh merekodkan amalan terbaik dan amalan tidak baik dalam buku tersebut.
8.3 Guru memberitahu kes-kes yang tidak baik akan dimasukan dalam sistem SSDM. Guru
memberi amaran dan menasihatkan para pelajar.
8.4 Surat – menyurat untuk ibubapa boleh dapat dari portal ssdm. Jika masalah ringan dan tidak
membawah apa- apa kesalahan maka tidak perlu rekod dalam ssdm.
8.5 Pengawas sekolah boleh turun ke kantin lima minit sebelum rehat. Guru displin perlu
mengambil berat pada waktu rehat untuk mengawasi murid.
8.6 Keselamatan kawasan sekolah dan murid-murid sekolah perlu dberi fokus khas demi
kecemerlangan mereka.
8.7 Sebelum memecat pengawas tolong ikut SOP jika ada apa – apa masa perlu bincang dalam
mesyuarat khas yang di pengerusikan oleh GB sendri.

Tindakan Semua Guru Kelas


9.0 KANTIN / RMT

9.1 Guru-guru juga perlu memastikan kawasan kantin dalam keadaan bersih dan menasihati
murid supaya menjaga kebersihan kantin.
9.2 Program Abad makan sopan dijalankan untuk membinakan pelajar yang menghormati
makanan dan mengetahui cara makan yang sopan.
9.3 Ibubapa memberi aduan masalah makanan tidak cukup di kantin.
9.4 Harga menu makanan perlu dipertimbangkan dan penjualan makanan ringan seperti
keropok, coklat dan kokomas dikurangkan.
9.5 Guru perlu bincangkan tentang makanan dan minuman yang dijual di kantin.
9.6 Makanan RMT perlu menambahkan menu makanan.
9.7 Guru –guru perlu menjaga keselamatan murid di kantin semasa waktu rehat.
9.8 Guru memastikan sisa masakan seperti minyak di saluran longkang perlu dikemaskan setiap
minggu.
9.9 Guru bertugas perlu memeriksa dan makan makanan RMT setiap hari sebelum dihidangkan
kepada murid.
9.10 Kuantiti makanan murid perlu ditingkatkan dan memastikan makanan murid penuh
berkhasiat.
9.11 Guru juga boleh memberi cadangan menu makanan yang digemari.
9.12 Guru kelas perlu memberitahu murid yang ganti mengambil makan RMT sekiranya murid
RMT tidak hadir.
9.13 Guru kelas perlu memastikan murid mempunyai PAS RMT.
9.14 Pas RMT harus disimpan oleh murid masing-masing.
9.15 Timbang berat dan tinggi murid RMT setiap semester. Guru juga melihat peningkatan
pelajaran murid RMT. Merekodkan data analisis peperiksaan pertengahan tahun dalam
borang borang RMT.
9.16 Makanan yang disimpan contohnya sambal nasi lemak dalam peti sejuk tidak boleh
hidangkan kepada murid kerana ia tidak berkhasiat.
9.17 Tandas dibahagikan kepada setiap kelas untuk memastikan kebersihan dan tanggungjawab
kelas masing-masing.
9.18 Setiap tandas perlu diberi sabun dan tisu untuk menjaga kebersihan dan menjaga kesihatan
murid.
9.19 Guru RMT perlu mengisi url kantin atas talian bagi semester 2.

Tindakan Semua Guru

9.0 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

10.1Guru harus memahami masalah pembelajaran para pelajar dan mengadakan sesi bimbingan
dengan murid.
10.2 Guru boleh gunakan bilik bimbingan untuk perjumpa dan bincang dengan murid.
khususnya masalah masalah yang mengahadapi oleh pelajar perempuan.
10.3 Guru juga perlu mengadakan sesi motivasi dan ceramah untuk murid – murid lebih
memahami keperluan dan kehendak mereka.
10.4 Guru memberi perhatian kepada pelajar yang bermasalah pembelajaran.
10.5 Guru kelas dan semua guru adalah guru bimbingan.
10.6 Guru - guru matapelajaran juga boleh cadangan nama murid dalam borang yang disediakan
untuk sesi bimbingan.
10.6 Guru boleh merancang program selepas UPSR, dan ceramah semasa cuti sekolah.

Tindakan Semua Guru

11.0 DATA APDM

11.1 Guru perlu membuat penetapan subjek masing-masing di dalam sistem APDM.
11.2 Guru harus menghantar buku kehadiran bersama buku cacatan kehadiran sebelum
8.30 pagi di rak yang disediakan untuk mengisi sistem kehadiran APDM.
11.3 Guru juga perlu mengisi sebab – sebab murid tidak hadir ke sekolah.
11.4 Jika PT atau Po tidak hadir ke sekolaha maka guru kelas perlu mengambil inisiatif untuk
mengisi kehadiran dalam APDM.
11.5 Semasa merekodkan kehadiran atau menulis data kedalam buku rekod kehadiran, guru perlu
menjaga kekemasan dan kebersihan tulisan.

Tindakan semua guru kelas


12.0 KEBAJIKAN / KWAPM

18.1 KWAPM telah mohon mengikut data sedia ada dalam APDM. Bahagian gaji juga perlu
sentiasa kemaskini.
18.2 Guru kebajikan juga sentiasa mendekati dengan murid –murid untuk mengetahui latar
belakang mereka dan keperluan mereka.
Tindakan Guru Kelas

13.0 PROGRAM PPDa

13.1 Guru sebagai Pendidik Pencegahan Dadah telah merancang dan mempamerkan gambar-
gambar kesedaran pengambilan dadah yang membawa maut.
13.2 Guru boleh memberi taklimat lima minit semasa perhimpunan untuk menjelaskan
data peningkatan dadah dalam 5 bulan lalu. Guru memberi kesedaran dalam penggunaan
dadah.
13.3 Papan info bahagian PPDa perlu sentiasa kemaskini dengan maklumat semasa.
13.4 Program PPDa perlu dirancangkan dalam bulan Ogos iaitu program Merdeka.

Tindakan semua guru

14.0 SPBT

14.1 Laporan bagi program-program yang telah dijalankan perlu diberi kepada GPK HEM.
14.2 Murid- murid tidak dibenarkan membawa buku teks ke kantin kerana selalu mereka lupa
untuk bawa balik dan buku teks terkena kari, makanan dan sebagainya.
14.3 Pesanan buku teks bagi tahun 2019 telah dimohon dan lebihan buku tidak boleh ambil dan
perlu dipulangkan jika lebihan buku teks.
14.4 Guru perlu menyemak buku teks murid dan rawat jika perlu.
15.5 Buku teks yang hilang perlu digantikan oleh ibubapa .
15.6 Guru kelas perlu membuat pemeriksaan mengejut. Buku yang tidak guna boleh simpan di
dalam rak yang sedia ada.
Tindakan semua guru
15.0 SARANA IBUBAPA

15.1 Pelbagai program telah dijalankan dan masih lapaoran belum diterima. Harap guru
bertanggungjawab perlu sediakan laporan tersebut.
15.2 Aktiviti – aktiviti yang melipatkan ibubapa perlu merekodkan dalam sistem e-sarana.
Sukan tahunan juga perlu rekod dalam sistem selepas ia dijalankan.
.
Tindakan Guru sanara ibubapa

16.0 PROGRAM SKIM SIMPANAN MURID

16.1 Murid- murid perlu digalakkan untuk menyimpan wang.


16.2 Guru kelas boleh kutip wang untuk masukkan dalam akaun bank mereka sebulan sekali
atau mengikut kehadiran pihak bank.
Tindakan Guru skim simpanan murid
17.0 KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

17.1 Guru bertanggungjawab perlu merancang akiviti yang boleh membanteras kes jenayah
seperti vandalism , lucah dan sebagainya.
17.2 2 kes telah direkodkan dalam system SSDm yang melipatkan murid- murid tahun 6. 17.3
mereka telah diberi amaran lisan bagi kali pertama.
17.3 Program ceramah bersama polis akan dirancangkan pada masa yang singkat sebagai
tindakan mengatasi masalahnya.

Tindakan Guru pencegahan jenayah

18.0 HARI PERAYAAN DAN AGAMA

18.1 Kelas yoga telah dimulakan mulai bulan Mac.


18.2 Guru kelas perlu mengutip bayaran kelas yoga dan beri kepada bandahari PIBG. Resit
rasmi PIBG juga perlu diberi kepada ibubapa yang bayaran.
18.2 Minggu sambutan perayaan cina telah disambut dengan baik. Saya berharap sambutan
Hari raya akan dirancang dan jalankan dengan baik pada bulan Jun ini.
18.3 Guru – guru boleh membincang dan mula merancang aktiviti Sambutan Bulan
Kemerdekaan. Panitia Sejarah juga turut bersama dalam program Kemerdekaan ini.
18.4 Kelas Agama dijalankan setiap hari Ahad oleh Pn.Radha. Guru agama juga perlu
merekodkan kehadiran murid.

Tindakan Guru Perayaan dan Agama


19.0 LAWATAN

19.1 Lawatan perlu dirancang dan membuat permohonan dari PPD sebelum sebulan dari tarikh
lawatan.
19.2 Lawatan Kuala Lumpur akan diadakan pada bulan Bulan . Murid-murid tahun 4-6 akan
menyertai dalam lawatan ini.
19.3 Satu lagi lawatan akan dirancangakan pada akhir bulan ke Pulau Pinang. 2 bus akan
disediakan untuk lawatan tersebut. Guru lawatan diminta menyediakan kertas kerja dan
perancangan .

Tindakan Guru Lawatan

20.0 Kelab Guru

20.1 Hari Guru telah disambut dengan baik. Jamuan makan dan aktiviti bowling telah diadakan
di d’Tempat.
20.2 Lawatan untuk guru-guru akan dirancang pada masa akan datang.
20.2 Guru yang belum bayar yuran bulanan diminta bayar dengan segera.

Tindakan Kelab guru

21.0 HAL-HAL LAIN

21.1 Peraturan sekolah harus dikuatkuasakan untuk mengurangkan masalah disiplin.


21.2 Murid tahun 3 ada banyak masalah disiplin. Guru disiplin perlu beri penekanan. Ada murid
conteng dinding dan telah beri amaran lisan.
21.3 Etika pemakaian pelawat harus dipamerkan di hadapan sekolah.
21.4 Memastikan murid-murid sentiasa memakai tali leher dan tag nama.

Tindakan semua guru

22. 0 UCAPAN PENANGGUHAN.

22.1 Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih pada puku 4.15 petang.

Mencatat oleh ,

_______________________________
( EN.JEGANATHAN A/L GANESAN)
Guru Penolong Kanan HEM

You might also like