You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT SUSU 1 MALAYSIA

(PS1M) 2018

TARIKH : 04.01.2018
HARI : khamis
MASA : 4.00-4.30 petang
TEMPAT : bilik gerakan
PENGERUSI : Jamaliah binti Md Nor @ Abd Latif

Kehadiran ::

1. JAMALIAH BT MD NOR@ABD LATIF (GURU BESAR)


2. AZIAH BT OTHMAN (GPK KURIKULUM)
3. SITI NORAINUN BT ABDUL AZIZ (GPK HEM)
4. NOR ZAIRI B PAIN (GPK KOKURIKULUM)
5. NOOR HIDAYAH BT OMAR
6. LACKSUMIY MURTHY
7. RODIAH BT SHAMSUDIN
8. KHAIRIYYAH BT AHMAD SAIFUDIN
9. ROSNAH BT ABU DALIP
10. NUR SYAZANA BT BEDERI SHAM
11. NOR AZLIZA BT AZIZAN
12. PN.NOOR ASHYFIDA BT BASROWI

TIDAK HADIR: - Tiada

Agenda :

1. Kata-kata aluan Pengerusi


2. Pemilihan Murid (PS1M)
3. Hal-hal lain
4. Penutup
1. Kata-kata Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi memberitahu tentang Kerajaan Malaysia telah meluluskan
pemberian Bantuan Susu 1 Malaysia (PS1M) kepada murid Tahun 1 hingga
Tahun 6.
1.2 Pelaksanaan PS1M bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di
kalangan murid-murid sekolah rendah dan Meningkatkan taraf kesihatan dan
pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu/
sentiasa minum susu.
1.3 Pengerusi juga memaklumkan tentang kriteria-kriteria kelayakan PS1M
termasuklah murid mesti warganegara Malaysia, dan bagi murid yang bukan
warganegara, salah seorang ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara
Malaysia serta bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
sahaja.
Tindakan: makluman

2. Pemilihan Murid (PS1M)


2.1 Pemilihan murid yang layak menerima PS1M dibincangkan berdasarkan
maklumat murid dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
2.2 Setiap guru kelas mengenalpasti murid yang ibu bapa berpendapatan isi
rumah sebanyak RM930 atau perkapita RM230 adalah layak untuk menerima
PS1M.
2.3 Puan M. Lacksumiy memberitahu bahawa murid yang layak bagi Tahun 1
adalah seramai 2 orang.
2.4 Cik. Syazana pula memberitahu bahawa murid Tahun 2 adalah layak iaitu
seramai 4 orang.
2.5 Bagi murid Tahun 3 pula, Pn.Rodiah memberitahu bahawa murid yang layak
adalah seramai 4 orang.
2.6 Bagi murid Tahun 4, Pn.Noor Dayah memberitahu seramai 5 orang murid
yang layak menerima bantuan.
2.7 Cik khairiyyah pula memberitahu bahawa murid tahun 5 seramai 2 orang
murid layak menerima bantuan dan menepati syarat yang ditetapkan.
2.8 Puan Rosnah memberitahu bahawa murid yang layak bagi Tahun 6 adalah
seramai 5 orang.
2.9 Jumlah penerima PS1M adalah seramai 27 orang murid.( Rujuk Lampiran)
Tindakan : Untuk makluman dan tindakan

3. Perkara-perkara lain

3.1 Guru yang bertanggungjawab diminta memastikan tempat penyimpanan


susu adalah bersesuaian supaya tidak berlaku sebarang kerosakan.
3.2 Murid-murid perlu menjaga kebersihan semasa minum susu dan mematuhi
etika yang ditetapkan. Murid-murid yang telah minum mestilah buang
sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
3.3 Guru-guru yang bertugas pada hari tersebut diminta juga buat pemantauan
sekeliling sekolah untuk memastikan sekeliling kawasan sekolah sentiasa
dalam keadaan yang bersih.

Tindakan : Untuk makluman dan tindakan


Guru PS1M, Guru Bertugas
4. Penutup

4.1 GB mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar
semua guru berhati-hati dalam mengenalpasti murid yang layak menerima
PS1M agar tidak berlaku kesilapan yang tidak diingini.

4.2 Beliau turut berharap agar pelaksanaan PS1M ini akan berjalan lancar
tanpa mempunyai sebarang masalah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.


Disediakan oleh, Disemak oleh.

____________________ _____________________

(Pn.Nirmala A/P K Saben)


Guru PS1M,
SJK(T) Jerantut.

Disahkan oleh,

______________________

You might also like