You are on page 1of 7

LAPORAN AKTIVITI TERAPI AUDIO VISUAL DAN MEMBELI BELAH

1.0 NAMA AKTIVITI : Terapi Audio Visual dan Membeli Belah


2.0 PENYELARAS TERAPI : Puan Norli Binti Ismail
PENYELARAS PROGRAM : Puan Atiqah Rashidah Binti Abu Samah
3.0 TARIKH : 30 April 2018
4.0 TEMPAT : Mahkota Parade ( Mr DIY dan MmCineplex)
5.0 PENGLIBATAN : a. 17 orang murid
b. 7 orang guru
c. 1 orang PPM
Jumlah : 25 orang

6.0 PELAKSANAAN AKTIVITI :


MASA PERKARA

7.30 pagi Berkumpul di sekolah

7.45 pagi - 9.30 pagi Bertolak ke Mahkota Parade Melaka

9.30 pagi - 10.00 pagi Rehat dan makan

10.00 pagi -11.00pagi Terapi membeli belah (asas keusahawanan) Di Mr DIY


Mahkota Parade

11.30 pagi - 2.00 ptg Terapi audio visual ( The Avengers)

2.00 ptg Solat zohor dan bertolak pulang

7.0 PERBELANJAAN

7.1 Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Bas 1 RM280.00

2 Makanan 17 orang x RM 5.00 RM 85.00

3 Bayaran tiket wayang 17 orang x RM 8.00 RM136.00

4 Bayaran beli belah 17 orang x RM10.00 RM170.00

5 JUMLAH PERBELANJAAN RM671.00


7.2 Sumber Kewangan

7.2.1 PCG Pelajar

BIL PERKARA JUMLAH


1 Bas RM 280.00
2 Makanan RM 85.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 365.00

7.2.2 Sumbangan Ibu Bapa

BIL PERKARA JUMLAH


1 Bayaran tiket wayang RM 136.00
2 Bayaran beli belah RM 170.00
JUMLAH RM 306.00
PERBELANJAAN
8.0 Lampiran

Murid-murid, guru-guru dan ibu bapa bersarapan di taman sebelum aktiviti terapi
dijalankan.

Taklimat untuk terapi membeli belah telah disampaikan oleh Puan Noor Syamiza.
Aktiviti membeli belah di Mr DIY dengan bimbingan guru.
Murid-murid menonton The Avengers ( terapi audio dan visual )
9.0 Permasalahan

9.1 Masa/Lokasi

Waktu tayangan yang agak lewat menyebabkan rombongan pulang lewat ke rumah dan
lokasi Mahkota Parade yang terletak di bandar Melaka menyebabkan perjalanan mengambil
masa yang agak lama untuk sampai.

9.2 Disiplin

Murid agak sukar dikawal ketika berada di tempat awam kerana kebiasaannya mereka
hanya melalui proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

10.0 Cadangan penambahbaikan dan kekuatan

10.1 Kekuatan

Antara kekuatan program terapi audio visual dan membeli belah ini ialah murid-murid dapat
menceritakan semula cerita yang telah ditonton dan secara tidak langsung dapat menguji
ingatan dan daya pemikiran mereka. Murid-murid juga dapat merasai pengalaman membeli
belah sendiri. Secara tidak langsung murid dapat belajar berdikari semasa berada di luar
bilik darjah.

10.2 Cadangan penambahbaikan

Pihak PPKI SK Nyalas boleh memilih cerita yang waktu tayangannya lebih awal supaya
perjalanan program berjalan dengan lancar dan tidak mengambil masa yang terlalu lama.
Pembahagian murid dan guru juga perlu dibahagikan sama rata agar disiplin murid dapat
dikawal dengan lebih baik.

Kesimpulannya program terapi audio visual dan terapi membeli belah 2018 ini telah
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini juga berjaya menarik minat murid untuk
turut serta dalam kegiatan di luar bilik darjah dan dapat meningkatkan tahap komunikasi
murid. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan.

Disediakan oleh Disemak oleh

_________________ ___________________

(ATIQAH RASHIDAH BINTI ABU SAMAH) (SITI HAWA BINTI BOHARIM)

Disahkan oleh

_________________

You might also like