You are on page 1of 7

LAPORAN AKTIVITI TERAPI KUDA

1.0 NAMA AKTIVITI : Terapi Kuda


2.0 PENYELARAS TERAPI : Puan Norli Binti Ismail
PENYELARAS PROGRAM : Puan Syarafina Mohd Salim
3.0 TARIKH : 15 Mac 2018
4.0 TEMPAT : Pusat Ekuin Ladam Merah Umbai
5.0 PENGLIBATAN : a. 17 orang murid
b. 9 orang guru
c. 2 orang PPM
Jumlah : 28 orang
6.0 PELAKSANAAN AKTIVITI :
MASA PERKARA
7.00 pg Berkumpul di Sekolah
7.30 pg - 8.00 pg Bertolak ke Pusat Ekuin Ladam Merah
8.00 pg – 8.30 pg Aktiviti pemanasan badan dan taklimat
8.30 pg – 10.30 pagi Aktiviti terapi kuda
10.30 pagi – 11.00 pagi Rehat dan makan
11.00 pagi – 12.00 tgahari Aktiviti kuiz
12.00 tengahari Bertolak pulang

7.0 PERBELANJAAN

7.1 Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Bas 1 RM 350.00
2 Makanan 17 orang x RM5.00 RM 85.00
3 Bayaran berkuda 15 orang x RM 16.00 RM 272.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 707.00

7.2 Sumber Kewangan

7.2.1 PCG Pelajar

BIL PERKARA JUMLAH


1 Bas RM 350.00
2 makanan RM 85.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 435.00
7.2.2 Sumbangan Ibu Bapa

BIL PERKARA JUMLAH


1 Bayaran berkuda RM 272.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 272.00

8.0 Lampiran

Sesi taklimat dan pengenalan dengan aktiviti berkuda


Wana dan Tasya bergambar dengan kuda
Guru- guru sibuk menguruskan dan membantu murid

Aksi Syahmi dan Tasha menaiki kuda


Murid berpeluang merasai pengalaman memberi kuda makan

PELM memberi hadiah aktiviti mewarna


9.0 Permasalahan

9.1 Masa

Rombongan terlewat tiba ke tempat yang dijanjikan. Mengikut jadual murid sepatutnya tiba pada
pukul 9 namun kami sampai pada pukul 9 setengah. Kelewatan adalah disebabkan persiapan murid
ketika tiba di sekolah agak lambat. Murid mengambil masa untuk menyalin pakaian seragam dan
membawa warna pensel.Walaubagaimanapun aktiviti berkuda tetap dijalankan seperti di dalam
jadual namun tamat pada pukul 1.00 tengahari.

9.2 Lokasi

Lokasi Pusat Ekuin Ladam Merah yang sedikit tersorok menyebabkan bas tidak dapat masuk ke
dalam kerana laluan sempit. Jadi guru yang membawa kenderaan dan pihak PELM telah menjemput
murid-murid dari jalan besar ke PELM. Hal ini menyebabkan murid terdedah kepada bahaya di
kawasan tepi jalan besar dan melambatkan perjalanan aktiviti.

10.0 Cadangan penambahbaikan dan kekuatan

10.1 Kekuatan

Antara kekuatan program Terapi Kuda pada kali ini ialah murid-murid dapat merasai pengalaman
memberi kuda makan. Murid juga dapat mengisi masa sementara menunggu giliran untuk berkuda
dengan aktiviti mewarna. Pihak Pelm juga membenarkan murid yang berminat untuk menunggang
kuda sebanyak 2 pusingan. Selain itu trek menunggang kuda yang disediakan juga besar dan lapang.

10.2 Cadangan penambahbaikan

Pihak PPKI SK Nyalas boleh menyewa van untuk murid bagi melancarkan perjalanan program
memandangkan pihak PELM tidak dapat menyediakan kemudahan untuk bas masuk ke kwasan
PELM.

Secara keseluruhannya program terapi berkuda pada tahun 2018 berjalan dengan lancar
tanpa sebarang kecederaan atau masalah yang rumit. Murid-murid dan guru masing –masing
berpuas hati dengan layanan pihak PELM. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada
tahun hadapan.

Disediakan oleh Disemak oleh

_________________ ___________________

(SYARAFINA MOHD SALIM) (SITI HAWA BOHARIM)

Disahkan oleh

________________________

(IMRAN BIN LAMIN)

You might also like