You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN NYALAS

77100 ASAHAN
MELAKA

MINIT MESYUARAT UNIT KOKURIKULUM KALI KEDUA 2018

Tarikh : 25 Julai 2018


Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Sains

Kehadiran
1. En. Imran Bin Lamin @ Ramlan PBB, PJK Guru Besar
2. En Azhar bin Abu Talib GPK Pentadbiran
3. Pn Amaliah binti Khamis GPK HEM
4. En Mohd Shah Bin Othman GPK Ko- Kurikulum
5. Pn Siti Hawa binti Boharim GPK Pend Khas
6. En Ahmad Nadri Bin Mohamad
7. En Asrul Khan Bin Sher Jang Khan
8. En. Azli Syam Bin Ibrahim
9. En. Khalid bin Maslan
10. En. Mohd Sahdi Asrah Bin Abd Rahman
11. Pn Asmah binti Ibrahim
12. Pn. Atiqah Rashidah Binti Abu Samah
13. Pn Che Norhayati binti Ibrahim
14. Pn. Haslenda Binti Senin
15. Pn Ida Noryuzawaty binti Aman
16. Pn Irmaningsih binti Mohd Azis
17. Pn. Lailee binti Abdullah
18. Pn Mardeiana Binti Markam
19. Pn. Noor Azah binti Mohd Dali
20. Pn Noor Syamiza bnti Wahid
21. Pn Nor Asikin binti Ismail
22. Pn Nor Azah binti Sahak
23. Pn Nor Haslina binti Ali
24. Pn Norhazwanie binti Zulkfli
25. Pn Norli binti Ismail
26. Pn Norlizah binti Mahmood
27. Pn Norlizam binti Abas
28. Pn Hjh Salamiah binti Saaid
29. Cik Siti Khadijah binti Hamzah
30. Pn Hjh Zainon binti Ibrahim
31. Pn. Zubaidah Binti Mohamad
Tidak Hadir:

1. En. Mohamad Hazwan Bin Mohd Hashim


2. En. Mohd Haniff Bin Zakariah Kursus
3. Pn. Amal Syafiqah Binti Rahim Karnival Kemahiran P. Khas
4. Pn Faridah binti Mat Sahat CRK
5. Pn Jamilah binti Md Som Kursus
6. Pn. Julina Binti Adenan Cuti Sakit
7. Pn. Nor Azeian Binti Salleh Taklimat Tingkatan 1
8. Pn. Nurul Aqmar Binti Musa Program Pemulihan
9. Pn. Syarafina Binti Salim Karnival Kemahiran P. Khas

AGENDA

1.0 Ucapan Pengerusi En. Mohd Shah Bin Othman(GPK Kokurikulum)

1.1 En. Mohd Shah Bin Othman (GPK Koku) mengucapkan terima kasih atas kehadiran
guru-guru untuk mesyuarat kali ini.
1.2 Dimaklumkan bahawa pasukan kompang dan formasi Sk Nyalas telah mendapat
tempat ketiga di peringkat kebangsaan 2018 dan Muhammad Nur Syarifuddin Bin
Mohd Nazri telah mendapat naib johan dalam pertandingan ikhtiar hidup (individu)
semasa mewakili perkhemahan Tunas Kadet Remaja di Kelantan.
1.3 Mengucapkan tahniah atas komitmen yang diberikan oleh semua guru dalam setiap
aktiviti kokurikulum
1.4 Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah menghantar laporan.
1.5 Diharap supaya guru yang belum menghantar laporan supaya menghantar laporan
dengan kadar yang segera.

Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Guru Besar En. Imran Bin Lamin (Guru Besar)

2.1 Mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa kokurikulum kerana telah menjalankan


mesyuarat kokurikulum kali kedua.
2.2 Mengalu-galukan kedatangan dua orang guru baru iaitu En. Azli Syam Bin Ibrahim
dan En. Mohd Haniff Bin Zakariah dan berharap kehadiran guru baru dapat
membantu dan memberikan yang terbaik.
2.3 Ucapan penghargaan daripada pihak sekolah kepada jurulatih kompang formasi
En.Mohd Yusoff Bin Muhammad dan En. Md Yunus Bin Mahat di atas
komitmen yang diberikan.
2.4 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru (pengurus kompang) dan juga kepada semua
guru yang terlibat dan memberikan sumbangan kepada pasukan kompang.
2.5 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru Tunas Kadet Remaja
2.6 Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah membawa murid ke
pertandingan ko-akademik.
2.7 Berharap semua guru dapat memberi semangat, dorongan dan motivasi kepada murid-
murid dan juga berharap supaya momentum kecemerlangan dikekalkan.

Tindakan : Makluman

3.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat

3.1 Pembentangan minit mesyuarat oleh En. Mohd Shah Bin Othman.
3.2 En. Asrul Bin Sher Jang Khan mencadangkan Minit Mesyuarat Kali Pertama 2018
disahkan dan disokong oleh Pn. Noor Syamiza Binti Wahid.

Tindakan : Makluman

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Buku PJASK tidak boleh disimpan oleh murid. Buku PJASK seharusnya disimpan
oleh guru kelas dan sentiasa dikemas kini.
4.2 Pn. Ida Noryuzawaty Binti Aman memaklumkan bahawa aktiviti senamrobik di
asrama menghadapi masalah speaker yang rosak dan berharap pihak sekolah dapat
memberikan sumbangan untuk membeli speaker yang baru.
4.3 Guru besar memberi peringatan kepada guru pengiring yang membawa murid ke luar
sekolah supaya membawa surat kebenaran yang ditandatangani oleh Guru Besar dan
memastikan kenderaan guru berada dalam keadaan yang selamat. Guru pengiring juga
perlu memastikan keselamatan bas yang dinaiki dan mengingatkan pemandu bas
supaya berhati-hati semasa membawa murid.
4.4 En. Mohd Shah Bin Othman mencadangkan supaya mewajibkan murid Tahap 2
membeli baju uniform (tshirt) dan pembelian uniform tersebut akan
dimasukkan pada resit pembelian 2019.
Tindakan : Makluman

5.0 Perbincangan Profesional

5.1 Laporan aktiviti kokurikulum

5.1.1 Masih ada beberapa guru yang belum menghantar laporan ko-akademik.
Diharap setiausaha yang bertanggungjawab dapat menghantar laporan masing-
masing.
5.1.2 Laporan mesti dihantar mengikut format yang telah ditetapkan.
5.1.3 Aktiviti senamrobik pada setiap hari Selasa dijalankan seperti biasa.

Tindakan : Makluman
5.2 PJASK/ SEGAK

5.2.1 Guru kelas diminta supaya menyimpan Buku PJASK murid-murid.


5.2.2 En. Mohd Shah Bin Othman mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
guru Pendidikan Jasmani yang telah melengkapkan SEGAK.

Tindakan : Guru Kelas

5.3 Anugerah kecemerlangan kokurikulum

5.3.1 Ahli jawatankuasa telah diberikan kepada semua guru. Guru-guru diminta
supaya melaksanakan tugas masing-masing.
5.3.2 Guru-guru perlu menyediakan maklumat kokurikulum seperti kertas kerja, minit
mesyuarat dan laporan yang diperlukan bermula daripada tahun 2016 hingga
2018 dan memastikan maklumat yang disediakan lengkap. Guru boleh
mendapatkan maklumat dokumen daripada 2016 hingga 2017 daripada En.
Azhar Bin Abu Talib dan Pn. Norlizam Binti Abas.
5.3.3 En. Mohd Shah Bin Othman mencadangkan Hari Anugerah Kokurikulum
diadakan pada akhir bulan Oktober sewaktu aktiviti kokurikulum. Murid-murid
perlu memakai baju uniform kokurikulum semasa Hari Anugerah tersebut.

Tindakan : Makluman

5.4 Road relay

5.4.1 Road relay akan dilaksanakan pada 7 Ogos 2018 (Selasa).


5.4.2 Murid perlu berlari mengikut laluan merentas desa yang mempunyai 8
checkpoint. Di setiap checkpoint, murid perlu menukar baton.
5.4.3 Peserta road relay akan dipilih oleh guru dan peserta terdiri daripada murid lelaki
dan perempuan (Tahun4,5 dan 6) bagi setiap rumah sukan.
5.4.4 Hadiah disediakan bagi tempat pertama, kedua dan ketiga dan tiada makanan
yang akan disediakan.
5.4.5 En. Mohd Shah Bin Othman akan cuba untuk memohon sumbangan air mineral.

5.5 Hari Keusahawanan

5.5.1 Hari Keusahawanan dirancang untuk dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR


iaitu pada bulan Oktober.
5.5.2 Pn. Syamiza selaku ketua Kelab Keusahawanan akan membuat kertas kerja dan
modal akan dibincangkan kemudian.

6.0 Hal-hal lain

6.1 En. Mohd Shah Bin Othman telah memaklumkan teguran hasil pemantauan PPD yang
lepas berkaitan bilik sukan sekolah.
6.2 Borang yang kemek sepatutnyer dilupuskan.
6.2 Rekod pengunaan dan peminjaman barang perlu dicatatkan di dalam buku pinjaman.
6.3 Rekod penggunaan barang dan jersey yang digunakan seharusnya ditulis oleh guru
dan murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik sukan tanpa guru.
6.3 Guru yang terlibat sewaktu aktiviti kokurikulum (sukan dan permainan) perlu
memastikan barang-barang yang digunakan telah disimpan semula di dalam bilik
sukan.
6.4 Buku rekod pinjaman yang baru perlu dibuat mulai Bulan Ogos.
6.5 En. Mohd Shah Bin Othman juga perlu membuat pemantauan aktiviti kokurikulum
dan perlu memberi markah bagi setiap aktiviti kokurikulum.
6.6 En. Mohd Shah Bin Othman memohon kepada Guru Besar untuk membeli papan
kenyataan yang akan diletakkan di susur gajah. Papan kenyataan tersebut akan
digunakan untuk meletakkan maklumat kejayaan kokurikulum SK Nyalas.
6.7 Perlantikan setiausaha kokurikulum yang baru , Pn Atiqah Rashidah Binti Abu Samah
menggantikan Puan Kurniati Binti Lasaleh yang telah berpindah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh

………………………….. ……………………………..
(Pn. Atiqah Rashidah Binti Abu Samah) (En. Mohd Shah Bin Othman)
Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum

You might also like