You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN IBU BAPA MURID LINUS

TARIKH

: 22. 05. 2014

HARI

: KHAMIS

MASA

: 9.00 PAGI

TEMPAT

: MAKMAL KOMPUTER SKKL

KEHADIRAN GURU :
1. Tuan Haji Hamdan Bin Adam

- Guru Besar

2. Puan Fadilah Bt Haji Husin

- GPK Pentadbiran

3. Puan Noor Zalila Bt Md. Saleh

- Penyelaras LINUS dan Ketua Panitia


Bahasa Malaysia

4. Puan Jamilah Bt Ahmad Mokhtor

- Setiausaha 2

5. Puan Marzatul Norhafizah Bt Noorizan - Guru Bahasa Inggeris


6. Puan Norliza Bt Samad

- Ketua Panitia Matematik

KEHADIRAN IBU BAPA:


1. Ibu/bapa/penjaga murid-murid LINUS Tahun 1 Arif dan 2 Arif.

1. UCAPAN PENGERUSI: TUAN HAJI HAMDAN BIN ADAM (GURU BESAR)


1.1 Beliau mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa serta penjaga
ke perjumpaan pada kali ini.
1.2 Perjumpaan pada kali ini agar ibu bapa serta penjaga mengetahui
perkembangan anak-anak dan seterusnya membantu meningkatkan
pencapaian mereka.

1.3 Ibu bapa dan penjaga dimaklumkan bahawa terdapat murid-murid yang
tidak melepasi saringan LINUS mungkin berkelayakan masuk ke program
Pendidikan Khas.
1.4 Beliau turut menyatakan bahawa setiap murid adalah berbeza tahap
pencapaian dan perkembangannya.
1.5 Murid-murid perlu diberi lebih penekanan dalam penguasaan Bahasa
Inggeris.
2. UCAPAN WAKIL PENTADBIR: PUAN FADILAH BT HAJI HUSIN (GPK
PENTADBIRAN)
2.1 Beliau mengalu-alukan

kedatangan

ibu

bapa

serta

penjaga

ke

perjumpaan LINUS bagi tahun 2014.


2.2 Beliau menyarankan agar setiap ibu bapa serta penjaga perlu
membimbing anak-anak di rumah kerana itu merupakan tanggungjawab
kita sebagai ibu bapa untuk membantu anak-anak.
2.3 Guru Bahasa Inggeris perlu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan
menggunakan ayat dan arahan yang mudah.
2.4 Sentiasa gunakan penterjemahan ketika mengajar Bahasa Inggeris dan
biasakan murid dengan sebutan huruf.
3. PEMBENTANGAN DATA LINUS: PUAN NOOR ZALILA BT MD. SALEH
3.1 Beliau menyatakan bahawa pelaksanaan LINUS bagi tahun ini sudah
memasuki kohort 5.
3.2 Pelaksanaan LINUS Bahasa Inggeris telah berkuat kuasa pada tahun
lepas.
3.3 Beliau menerangkan bahawa terdapat 12 konstruk yang perlu ditafsir oleh
guru dan dikuasai murid.
3.4 Hasil dapatan berdasarkan ujian saringan LINUS 1 bagi tahun ini
menunjukkan terdapat murid-murid tahap 1 yang masih belum melepasi
12 konstruks yang telah ditetapkan.

3.5 Majoriti murid-murid ini lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan
Bahasa Malaysia.
3.6 Antara permasalahan yang sering dihadapi oleh murid-murid ini
khususnya dalam Bahasa Malaysia ialah:
(a) digraf
(b) diftong
(c) membina ayat
(d) suku kata tertutup
(e) ejaan dan sebutan
3.7 Saringan LINUS 1 secara keseluruhannya tidak mencapai sasaran
peratusan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia)
4. PEMBENTANGAN POST-MORTEM LINUS: PUAN NOOR ZALILA BT MD.
SALEH
4.1 Beliau membentangkan masalah/sebab murid-murid yang tidak melepasi
konstruk K1-K2 dan K3-K12.
5. PEMBENTANGAN OLEH GURU BAHASA INGGERIS: PUAN MARZATUL
NORHAFIZAH BT NOORIZAN
5.1 Beliau menyatakan bahawa soalan saringan LINUS Bahasa Inggeris
tahapnya agak sukar.
5.2 Walaupun pengulangan sebanyak dua hingga 3 kali telah dilaksanakan
sepanjang saringan namun hasilnya masih mendukacitakan.
5.3 Konstruk membaca iaitu (K8-K12) dianggap gagal walaupun menulis
lulus.
5.4 Beliau mengedarkan hasil saringan LINUS kepada ibu bapa dan penjaga
untuk mengenal pasti kelemahan anak masing-masing.
6. HAL-HAL LAIN
6.1 Puan Noor Zalila Bt Md. Saleh meminta ibu bapa memainkan peranan
terhadap anak masing-masing antaranya memastikan anak-anak dapat
menulis nama dengan betul serta menyediakan kelengkapan alat tulis
dengan lengkap.

6.2 Beliau turut menyarankan pembelian buku tambahan untuk Literasi


Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bagi murid-murid yang tidak
menguasai berharga RM 29.99.
6.3 Puan Fadilah Bt Haji Husin memaklumkan bahawa setiap program
sekolah perlulah dilaksanakan di luar waktu pembelajaran seperti pada
waktu petang atau hari Sabtu.
6.4 Perkara ini adalah penting bagi melindungi masa instruksional (MMI).
6.5 Pemberitahuan tentang sebarang program akan dimaklumkan dua hingga
tiga hari lebih awal.
6.6 Guru-guru diingatkan supaya lebih peka dan teliti ketika menanda buku
murid terutamanya terhadap penggunaan huruf besar, huruf kecil, noktah
dan sebagainya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh,

.
(PN JAMILAH BT AHMAD MOKHTOR)
Setiausaha 2 LINUS

Disemak oleh,

..
(PN. NOOR ZALILA BT MD SALEH)
Penyelaras LINUS

You might also like