You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA TAHUN 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA LINGGI


Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 7.1.2015
: Rabu
: 9.00 pagi
: Bilik Gerakan SKKL

Kehadiran:
1.
2.
3.
5.
6.
7.
8.

Tuan Haji Hamdan Bin Adam


En. Khahar Bin Jaafar
Tn. Haji Rosli Bin Abdullah
En. Hamid Bin Atan
En. Rizman Bin Abdullah
Pn. Jamilah Binti Ahmad Mokhtor
Pn. Noorazwa Binti Idris

Guru Besar
GPK HEM SKKL
Ketua Panitia Bahasa Melayu
Guru Bahasa Malaysia
Guru Pemulihan Khas
Guru Bahasa Malaysia
Guru Bahasa Malaysia

1. UCAPAN PENGERUSI: TN. HAJI ROSLI BIN ABDULLAH

1.1Pengerusi memulakan majlis dengan mengucapkan terima kasih kepada semua


guru Bahasa Melayu atas kehadiran mereka ke mesyuarat kali ini.
1.2Pengerusi memohon maaf kerana mesyuarat panitia ditunda ke hari ini.
1.3Pengerusi turut mengalukan kedatangan Puan Noorazwa ke Sekolah Kebangsaan
Kuala Linggi.

2. UCAPAN PENTADBIR: TUAN HAJI HAMDAN BIN ADAM


2.1
Pentadbir mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru pada hari ini.
2.2
Memaklumkan kepada guru mata pelajaran Bahasa Melayu ditukar
kepada Bahasa Malaysia dan harus akur dengan keputusan pihak atasan.
2.3
Beliau turut mengingatkan guru-guru bahawa Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) telah memasuki era pelaksanaan dan kitalah agen
pelaksana tersebut.
2.4
Berharap agar semua guru dapat menjalankan kerja dengan sedaya
upaya dan amanah.
3. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Pencadang : En. Rizman Bin Abdullah
Penyokong : En. Hamid Bin Atan

4.

PERKARA BERBANGKIT

4.1 Penambahbaikan keputusan Bahasa Melayu pada tahun ini harap dapat
dipertingkatkan.

4.2 Menyediakan lebih banyak latih tubi dan latihan penulisan kepada muridmurid tahap 2.

5.

PEMBAHAGIAN KELAS
5.1 Semua guru telah sedia maklum kelas yang akan diajar pada tahun ini.
5.2 Cadangan pertukaran jadual waktu melibatkan Puan Noorazwa agar beliau
dapat mengajar tahap 1 kerana tiada pengalaman mengajar mata pelajaran
Bahasa Malaysia tahap 2.
Tindakan: Tn Haji Rosli (Ketua Panitia
Bahasa Malaysia)

6.

AGENDA PERBINCANGAN PROFESIONAL


6.1Perancangan Strategik Bahasa Melayu 2015 perlu dihantar sebelum 9
Januari 2015.
6.2Peruntukan PCG bagi Panitia Bahasa Melayu pada tahun ini adalah sebanyak
RM 528.00. Para guru boleh berbelanja serta merancang pembelian secara
berhemah dan segala urusan tentang peruntukan PCG boleh berurusan dengan
Pembantu Tadbir.
6.3Memastikan pada hari pertama persekolahan semua guru lengkap dengan
Huraian Sukatan Pelajaran (KBSR), Dokumen Standard Kandungan
Pembelajaran (DSKP) dan Rancangan Pengajaran Tahunan.
6.4Semua dokumen perlu lengkap dan disimpan dalam fail panitia untuk dikemas
kini.
6.5Program MBIMBM perlu dijalankan mengikut garis panduan pelaksanaannya.
Walau bagaimanapun, tahun lepas program ini tidak dapat dijalankan
sepenuhnya disebabkan bilangan komputer yang tidak mencukupi dengan
nisbah murid yang ramai dalam satu-satu kelas.
6.6MBIMBM juga dapat dilaksanakan dengan menggalakkan penggunaan Kamus
Dewan dalam kalangan guru dan murid serta menerapkan bacaan luas bukan
sahaja tertumpu kepada buku teks semata-mata.
6.7Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) yang diajar 1 waktu seminggu
(30 minit) perlulah ditulis dalam rekod mengajar guru-guru.

7.

POST MORTEM UPSR 2014 (TN HAJI ROSLI BIN ABDULLAH)


7.1 Keputusan UPSR 2014 mengalami peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti.
7.2 Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman) sebanyak 97.5% manakala Bahasa
Melayu Kertas 2 (Penulisan) sebanyak 92.5%.
7.3 Pada tahun ini, diharapkan peratusan lulus dapat ditingkatkan dan guru-guru
yang mengajar tahun 6 perlu mengatasi kelemahan murid terutamanya dalam
aspek penulisan.

8.

LINUS/PEMULIHAN KHAS/PROTIM (EN. RIZMAN BIN ABDULLAH)

8.1 LINUS
- Murid-murid LINUS pada tahun ini diwajibkan membeli buku khas LITERASI
yang berharga RM 19.90.
8.2 Pemulihan Khas
- Bagi sesi persekolahan 2015 murid pemulihan khas adalah seramai 4 orang
iaitu 3 orang dari tahun 2 dan 1 orang dari tahun 3.
8.3 PROTIM
- Beliau memaklumkan bahawa seorang sahaja murid yang akan mengikuti
program ini iaitu Nur Farajihah dari tahun 4 Bestari.

9.

HAL-HAL LAIN
9.1 Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang akan bersara pada tahun ini
iaitu En. Hamid Bin Atan.
9.2 En. Rizman menyatakan bahawa waktu dia bersama dengan murid pemulihan
tidak melibatkan semua waktu Bahasa Melayu. Murid perlu berada di dalam
kelas juga untuk terlibat dengan pengajaran guru tersebut.
7.3 En. Hamid memberi cadangan agar semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6
untuk menggunakan buku garis tiga supaya tulisan lebih kemas dan mudah
dibaca.
7.4 Pn Jamilah mengingatkan tentang minggu Panitia Bahasa Melayu pada 26
Januari 2015 dan setiap hari selasa guru Bahasa Melayu yang terlibat perlu
mengendalikan bacaan di tapak perhimpunan.
7.5 Tn Haji Rosli berharap agar tahun ini Panitia Bahasa Melayu akan menyertai
lebih banyak pertandingan seperti deklamasi sajak, bercerita dan pantun.

10.

PENUTUP
Akhir sekali pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama
semua guru dalam menjayakan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2015 ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

..
.
(PN JAMILAH BT AHMAD MOKHTOR)
BIN ABDULLAH)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
Melayu
SK Kuala Linggi

Disemak oleh,

(TUAN HAJI ROSLI


Ketua

Panitia

Bahasa

You might also like