You are on page 1of 3

PK07 PENGURUSAN MESYUARAT

MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN BIL 3/2017

SMK BUKIT BATU, KULAI

Tarikh : 12 Jun 2017 (Isnin)

Masa : 2.15 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, SMKBB

Pengerusi : Pengetua, En. Mohd Noor Azam bin Shuib

Kehadiran : Rujuk Lampiran

Tidak hadir : Rujuk Lampiran

Turut hadir : Rujuk Lampiran

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru di bawah Unit Disiplin serta


mengucapkan terima kasih kerana menghadiri mesyuarat.

Makluman : Semua guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4.0 PEMBENTANGAN DAN LAPORAN

4.1 PENGURUSAN UNIT DISIPLIN

4.1.1 En. Abdul Aziz melaporkan berkenaan ketetapan tatacara pemakaian baju uniform
semasa waktu kokurikulum. Pelajar boleh dikenakan tindakan demerit sekiranya tidak
mematuhi ketetapan pemakaian yang sepatutnya. Tuan Pengetua mencadangkan
PK07 PENGURUSAN MESYUARAT

hukuman khidmat masyarakat selain daripada tindakan demerit dan guru perlu
merasionalkan kepada pelajar hukuman tersebut. Tuan Hj Mohd Dom mencadangkan
agar program khidmat masyarakat tersebut perlu dijalankan sebulan sekali dalam satu
slot.

Makluman : Semua guru

4.1.2 GPK Hal Ehwal Murid, Puan Hjh Aminah mengingatkan semua guru agar pengurusan
disiplin seperti surat amaran, demerit berjalan seperti biasa. Borang anekdot perlu
diedarkan kepada semua guru supaya guru dapat mencatat kesalahan pelajar bagi
memudahkan tindakan disiplin dikenakan.

Makluman : Semua guru

4.1.3 Kaunselor, Puan Siti Hamizah mengingatkan En. Abdul Aziz supaya menghantar nama
pada kaunselor untuk sesi kaunseling sebelum tindakan diambil.

Makluman : En. Abdul Aziz bin Mat

4.1.4 Bilik Pengawas akan dipindahkan ke bilik yang lain kerana saiz bilik tersebut yang agak
besar agar boleh digunakan untuk tujuan lain.

Makluman : Guru pengawas

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pihak pentadbir perlu melihat draf buku peraturan sekolah dan perlu dibincangkan
dalam mesyuarat akan datang sebelum dihantar untuk cetakan.

Tindakan : En. Abdul Aziz bin Mat


PK07 PENGURUSAN MESYUARAT

6.0 PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

…………………………………………………. ………………………………………………….
(AINIDALELA BT DAUD) (PN. HJH AMINAH BT HASRAN)
Setiausaha Unit Disiplin, Guru Penolong Kanan HEM,
SMK Bukit Batu. SMK Bukit Batu.

You might also like