You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

SK (FELDA) CHERUL
BIL. 4 / 2023-2024

Tarikh : 28 Januari 2023 (Ahad)


Masa : 2.00 PM
Tempat: Bilik Tayang

YANG HADIR

1. Cik Majidah binti Mohamad Pengerusi

2. Encik Mohd Arhafudin bin Abd Rahman


(PK Kokurikulum)

3. Encik Muhammad Nurdin bin Najemudin

4. Encik Hanapi bin Md Said

5. Encik Mohd Khairul Fahmi bin Hassan Setiausaha

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah dan mengucapkan


ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli ke mesyuarat yang dijalankan
sebagai penutup untuk sesi 2023/2024. Pengerusi kemudiannya merumuskan
aktiviti yang telah berlaku sepanjang pengurusan Panitia Bahasa Inggeris (BI) sesi
tersebut.

1.2 Ucaptama Pentadbir


En. Arhafudin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran dan terima kasih terhadap
setiap jasa bakti ahli mesyuarat sepanjang sesi akademik 2023/2024 berlangsung.
Guru BI dilihat sentiasa bersemangat meningkatkan kualiti kemenjadian murid
dalam subjek BI melalui aspek kurikulum dalam bilik darjah dan pelbagai
program yang telah dijalankan.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat Panitia BI bilangan 3 sesi 2023/2024 yang bertarikh 11 Disember 2023
telah disahkan tanpa pindaan oleh Encik Nurdin dan disokong oleh Encik Hanapi.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


Mesyuarat mendapati tiada perkara berbangkit.
1
4.0 LAPORAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Analisis Kurikulum Akhir Sesi Akademik

Pengerusi memimpin ahli mesyuarat untuk menganalisis skor Pentaksiran


berdasarkan Bilik Darjah (PBD) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang
telah dicapai murid serta membuat perbandingan dengan pencapaian murid
semasa pertengahan sesi akademik. Berdasarkan analisis, beberapa rumusan telah
dihuraikan dalam mesyuarat yang menjadi penanda aras untuk persediaan Panitia
BI sesi 2024/2025.

Antaranya rumusan yang dicapai ialah skor PBD Tahun 1–6 menunjukkan
peningkatan daripada pertengahan sesi ke akhir sesi akademik. Bagi murid Tahap
2 terutamanya murid Tahun 5, mesyuarat ditegaskan untuk memastikan murid
yang benar-benar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa sahaja, i.e.,
membaca, menulis, mendengar, dan bertutur yang layak diberi Tahap Penguasaan
(TP) 6. En. Arhafudin kemudiannya mengucapkan tahniah kepada guru BI yang
mampu menghasilkan murid berstatus TP6 kerana ia memerlukan usaha yang
tinggi.

Kebanyakan murid yang mendapat TP 3 sebenarnya berada dalam risiko tinggi


untuk jatuh ke TP2. Oleh itu, mesyuarat diingatkan untuk memberi bimbingan
lebih kepada murid tersebut. Evidens semasa sesi Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) juga menjadi faktor penting untuk penilaian skor PBD.
Mesyuarat diberi penegasan tentang kepentingan membuat catatan keupayaan
murid setiap masa. Contohnya, En. Nurdin ada merekod video murid Tahun 6
membuat pembentangan BI. Tuntasnya, evidens boleh dilaksanakan dalam
pelbagai cara mengikut inisiatif guru tersendiri.
Makluman
4.2 Intervensi

En. Arhafudin menjelaskan kepada ahli mesyuarat tentang konsep learning


through meaning iaitu bagaimana seseorang murid dapat menguasai BI dengan
lebih mendalam sekiranya dia mengetahui makna setiap perkataan. Oleh itu,
mesyuarat dicadangkan untuk bekerjasama dengan Panitia Bahasa Melayu (BM)
untuk membuat sesuatu aktiviti yang boleh melestarikan konsep tersebut. Inisiatif
2
kerjasama aktiviti panitia BM-BI boleh dibincangkan dengan Guru Besar untuk
mendapatkan pengesahan.

Program Learn A Word A Day (LAWAD) yang bertujuan untuk menambah kosa
kata BI dalam diri murid-murid juga dilihat lebih berkesan sekiranya penyampai
LAWAD memberi makna perkataan BI dalam BM. Secara ringkasnya, meaning is
power iaitu kecerdasan murid SK (Felda) Cherul dalam memahami BI akan lebih
padu jika dibimbing melalui bahasa ibunda mereka.

Selain itu, murid harus diberi penekanan dalam menjawab soalan-soalan


peperiksaan BI untuk lebih bersedia menghadapi UASA. Kesimpulannya,
pelbagai jenis intervensi boleh dilaksanakan guru BI untuk meningkatkan
kemahiran murid terutamanya murid yang mendapat TP2 dan TP3 seperti
membuat kelas pemulihan dan sebagainya mengikut kompetensi guru tersendiri.

Tindakan:
Setiap ahli

4.3 Rumusan Program Panitia Tahun 2023

Mesyuarat dimaklumkan dengan program-program yang telah dijalankan dengan


jayanya sepanjang tahun 2023. Satu amanat dari Guru Besar sekali lagi
disampaikan iaitu kepentingan untuk merancang secara realistik takwim aktiviti
tahunan panitia agar semua program dapat dijalankan dengan sempurna.

Secara amnya, semua program yang telah dilaksanakan telah memberi input
positif dalam kemenjadian murid seperti LAWAD, Minggu Bahasa Inggeris dan
Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris. Mesyuarat akur bahawa sekolah masih lagi
mempunyai kekurangan dalam memberi saingan pada pertandingan berperingkat
daerah kerana bakat murid tidak digilap dengan sempurna. Oleh itu, setiap ahli
mesyuarat dinasihatkan untuk menggunakan kepakaran masing-masing dalam
mencipta bakat murid sejak peringkat awal.

Mesyuarat diingatkan tentang kepentingan menguasai teknik sebutan BI bagi


persediaan pertandingan pada masa akan datang. Seterusnya, mesyuarat diberi
maklum tentang kebarangkalian tinggi bahawa sekolah akan menjadi tuan rumah

3
bagi Karnival Bahasa Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM). Namun, pihak
pentadbir masih menunggu pengesahan lanjut berkenaan kebarangkalian tersebut.

Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Setiausaha diberi peringatan tentang pembikinan skrip pengacara majlis Hari
Anugerah Kecemerlangan (HAKem) dalam BI yang masih memerlukan
pengesahan dari Penyelaras HAKem. En. Hanapi pula akan bertanggungjawab
menyediakan skrip pengacara majlis untuk perhimpunan mingguan dalam BI
yang berkemungkinan diadakan sekali sebulan.
Tindakan:
Setiausaha & En. Hanapi

5.2 Mesyuarat diberi penjelasan tentang kepentingan borang transit untuk


mengukuhkan evidens PBD. Guru tidak boleh sekadar meletakkan TP murid
menggunakan andaian sahaja tanpa bukti yang jelas kerana situasi tersebut boleh
menimbulkan keraguan. Pengerusi akan berkongsi kembali softcopy borang
transit kosong untuk murid setiap tahun bagi kemudahan ahli mesyuarat.
Tindakan:
Pengerusi

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN


Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli atas komitmen yang
diberikan sepanjang mesyuarat berjalan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00
petang.

Tarikh: 2 Februari 2024

You might also like