You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

SK (FELDA) CHERUL
BIL. 1 / 2023-2024

Tarikh : 27 Mac 2023 (Isnin)


Masa : 1.30 PM
Tempat: Bilik Tayang

YANG HADIR

1. Cik Majidah binti Mohamad Pengerusi

2. Encik Mohd Arhafudin bin Abd Rahman


(PK Kokurikulum)

3. Encik Muhammad Nurdin bin Najemudin

4. Encik Hanapi bin Md Said

5. Encik Mohd Khairul Fahmi bin Hassan Setiausaha

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah dan mengucapkan


ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli ke mesyuarat yang dijalankan buat
ulung kalinya ini.

1.2 Ucaptama Pentadbir

Encik Arhafudin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap komitmen


guru-guru bahasa Inggeris yang sentiasa bersemangat meningkatkan kualiti
kemenjadian murid dalam subjek Bahasa Inggeris (BI).

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Minit mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil. 4/ 2022-2023 yang bertarikh 6 Februari
2023 telah disahkan tanpa pindaan oleh Encik Nurdin dan disokong oleh Encik Hanapi.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


Program-program utama English Week yang tidak sempat dilestarikan pada sesi lepas
akan disambung pada sesi ini melalui penerapan dalam Bulan Bahasa. Antara program
tersebut termasuklah Spelling Bee, di mana murid akan didedahkan dengan situasi
sebenar dalam pertandingan mengeja perkataan-perkataan Bahasa Inggeris. Program-
program berikutnya akan diperincikan kemudian oleh penyelaras English Week.

1
Tindakan:
En. Nurdin Najemudin

4.0 LAPORAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Perancangan Strategik Panitia

4.1.1 Hasrat murni Panitia Bahasa Inggeris sangat jelas iaitu “to improve
intelligence and confidence among pupils in using English language.”
Murid yang dilabel mahir berbahasa Inggeris ialah murid yang
mempunyai asas ilmu pengetahuan BI yang mantap dan berkebolehan
untuk menggunakannya sebagai alat komunikasi.

Makluman

4.1.2 Dalam konteks peningkatan ilmu pegetahuan, ahli-ahli mesyuarat


disarankan untuk memperkukuh kosa kata bahasa Inggeris dalam kalangan
murid. Melalui aktiviti Learn A Word A Day, mesyuarat bercadang untuk
menggunakan lembaran khas kosa kata mengikut topik serta ada cadangan
untuk menyediakan buku nota khas bagi mencatat perkataan baharu yang
dipelajari. Tuntasnya, mesyuarat bersetuju untuk menggunakan inisiatif
masing-masing kerana guru-guru lebih arif mengenai anak murid mereka.

Tindakan: Semua ahli

4.1.3 Dari aspek keyakinan berkomunikasi, cadangan yang disarankan oleh PK


Hal Ehwal Murid, En. Mohd Fauzi bin Mat Adam dipersetujui mesyuarat
iaitu dengan melatih murid membuat persembahan di hadapan khalayak
penonton komuniti sekolah. Setiap kelas akan membuat apa-apa sahaja
persembahan yang dikira menarik mengikut kreativiti masing-masing
sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Dalam cadangan
asal, pada setiap bulan mesti ada satu kelas yang membuat persembahan.
Namun, perincian aktiviti ini akan dirujuk kembali bagi membuat
pengesahan.

Tindakan:
En. Khairul Fahmi

2
4.2 Bantuan Geran Per Kapita (PCG)

4.2.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa jumlah PCG yang diterima Panitia


Bahasa Inggeris ialah sebanyak RM247.15. Dek jumlahnya yang
berkurang dari tahun lepas, langkah penjimatan dan penggunaan
maksimum perlu diambil kira. Oleh itu, mesyuarat diminta untuk
menyemak sebaik mungkin kepentingan barangan yang selayaknya dibeli
selaras dengan silibus bahasa Inggeris setiap tahun sebelum
dimuktamadkan oleh Ketua Panitia.

Tindakan:
Cik Majidah Mohamad

4.3 Professional Learning Community (PLC)

4.3.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa aktiviti PLC akan dilaksanakan


sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Matlamat PLC fokus untuk
membincangkan isu-isu yang dihadapi dalam kurikulum Bahasa Inggeris
dan seterusnya mencapai sesuatu solusi yang relevan bagi setiap isu. PLC
yang dijalankan boleh juga dijadikan panduan untuk kajian tindakan guru.
Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Setelah membuat refleksi terhadap Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2022-
2023, kebanyakan murid sebenarnya tidak bersedia untuk menghadapi penilaian
berkonsepkan peperiksaan. Semasa perjalanan proses PBD, ada di antara murid
yang mengambil sikap sambil lewa terhadap pelajaran kerana kekurangan unsur
tekanan terhadap pembelajaran untuk memahami sesuatu topik.

5.2 Bagi mengatasi masalah tersebut, Encik Arhafudin mencadangkan agar murid
dilatih tubi dengan teknik menjawab soalan berformatkan UASA. Guru amat
dialu-alukan untuk mengadakan kelas tambahan yang berfokus untuk
meningkatkan tahap kecekapan murid dalam subjek Bahasa Inggeris. Harapannya,
murid akan lebih bersedia dengan peperiksaan yang bakal menjelma dan lebih
fokus semasa proses PdPC.

3
5.3 Mesyuarat juga diingatkan tentang konsep self-learning access yang patut
diaktifkan kembali kerana ia dapat memberi kelebihan kepada murid-murid untuk
mempelajari bahasa Inggeris dengan sendiri tanpa kehadiran guru sepanjang
masa. Antara contoh self-learning access termasuklah mengimarahkan
perpustakaan, program NILAM, serta kuiz digital melalui komputer. Ahli
mesyuarat boleh juga menubuhkan ruangan atau bilik khas untuk tujuan
pembelajaran kendiri ini.

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN


Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli atas komitmen yang
diberikan sepanjang mesyuarat berjalan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45
petang.

Tarikh: 30 Mac 2023

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………… ………………………………
Mohd Khairul Fahmi bin Hassan Majidah binti Mohamad
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SK (Felda) Cherul SK (Felda) Cherul

You might also like