You are on page 1of 11

STANDARD AKADEMIK NEGERI JOHOR

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN


PIAWAIAN LATIHAN AKADEMIK NEGERI JOHOR (PLAN-J)

Kecemerlangan pendidikan di sekolah-sekolah negeri ini merupakan matlamat


utama Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Pendidikan yang berkualiti hanya
mampu dihasilkan apabila kualiti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) mencapai tahap yang tinggi atau memenuhi Standard Akademik yang
ditetapkan. Hasrat ini memerlukan pengembelingan tenaga seluruh warga
pendidikan, khasnya mereka yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan
proses P&P di dalam bilik darjah. Hanya dengan komitmen padu dari seluruh
warga pendidik, matlamat mencapai Johor Top-5 dapat direalisasikan.

Selaras dengan hasrat mempertingkat kualiti pendidikan di semua sekolah,


jabatan ini telah merancang dan melaksana pelbagai program. Di antara
program utama yang telah dilaksanakan ialah Head-Count, Audit Akademik,
Program Julang, Motivasi Murid, Solat Hajat, Kelas Bimbingan atau Tuisyen
terancang dan lain-lain lagi. Perancangan dan pelaksanaan program-program ini
sewajarnya selari dengan Standard Pembelajaran agar penjajaran kurikulum
dapat direalisasikan. PLAN-J adalah dokumen perancangan pelaksanaan
kurikulum yang menyokong pelaksanaan program Headcount dan Audit
Akademik atau dengan kata lain satu program komplementari kepada
Headcount dan Audit Akademik.

Standard Akademik

Standard Akademik merupakan pernyataan yang menjelaskan apa yang


sepatutnya murid tahu atau boleh lakukan hasil dari pengajaran yang
dilaksanakan guru mengikut tahap murid mereka. Ia juga menjelaskan apa yang
sepatutnya diajar oleh guru dan apa yang sewajarnya dipelajari murid. Dalam
sistem pendidikan di Malaysia, Standarad ini dijelaskan dalam dokumen
Kurikulum Kebangsaan iaitu Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.
Dokumen-dokumen ini dengan jelas menyatakan apakah objektif pembelajaran
(learning outcomes) yang perlu dikuasai murid mengikut mata pelajaran dan
peringkat pembelajaran (tahun atau tingkatan). Kurikulum kebangsaan
menetapkan standard yang mana sekolah dan guru dapat menilai pencapaian
dan kejayaan mereka.

Penggunaan standard dalam sistem pendidikan membantu memastikan semua


sekolah memberikan tahap pendidikan yang setara kepada semua murid
mengikut tahap mereka. Dengan penggunaan standard, jurang perbezaan kualiti
pendidikan di sekolah bandar dan luar bandar dapat dikurangkan. Ini adalah
selaras dengan matlamat PIPP untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada
semua murid. Memandangkan sistem pendidikan di Malaysia menggunakan
kurikulum yang selaras, pelaksanaan P&P yang mematuhi standard yang
ditetapkan akan dapat membantu penghasilan kesemarataan pendidikan.
Bagaimanakah penggunaan standard mampu membantu murid belajar?
Standard Akademik merupakan pendekatan yang sistematik dalam
mempertingkat kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-
sekolah. Penggunaan standard adalah berasaskan kepada keyakinan bahawa
semua murid boleh mencapai tahap yang lebih tinggi jika;

a. Ekspektasi (sasaran pencapaian) murid diletakkan pada tahap yang tinggi


b. Standard yang digunakan jelas dan dihayati oleh guru dan murid
c. Pengajaran dirancang dan dilaksanakan ke arah mempertingkat
pencapaian murid
d. Pihak sekolah dan murid dipertanggungjawabkan kepada prestasi mereka

Perancangan pelaksanaan P&P yang selaras dengan standard yang ditetapkan


akan menghasilkan P&P yang berkesan dan seterusnya mempertingkat prestasi
murid. Pelaksanaan P&P yang merujuk kepada standard dapat membantu
pembelajaran murid kerana;

a. Guru mempunyai kefahaman yang jelas berkaitan apa yang sepatutnya


murid tahu dan boleh laksanakan
b. Guru, murid dan juga ibubapa mempunyai panduan untuk
membandingkan penguasaan ilmu dan kemahiran murid dengan standard
yang ditetapkan
c. Guru, murid dan juga ibubapa dapat mengesan kekuatan dan kelemahan
murid
d. Guru membuat perancangan P&P secara sistematik dan berfokus kepada
keperluan murid

Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Piawaian Latihan Akademik


Negeri Johor (PLAN-J)

Selaras dengan hasrat mempertingkat kualiti P&P di semua sekolah negeri


Johor, Jabatan ini telah mencadangkan penggunaan Rancangan Pelajaran
Tahunan (RPT) yang selaras dan Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor
(PLAN-J) untuk mata-mata pelajaran utama. Dokumen ini disedia dan
diselaraskan dengan tujuan membantu penguatkuasaan Standard Akademik.
Penggunaan RPT dan PLAN-J ini adalah seiring dengan pelaksanaan program
Head-Count, iaitu ia adalah satu program komplementari ke arah memantapkan
lagi program Head-Count. Penggunaan kedua-dua dokumen ini adalah
sebahagian dari usaha mewujudkan Standard Pengajaran Negeri Johor yang
tinggi agar matlamat Johor Top 5 dapat direalisasikan. Penyediaan dokumen ini
adalah selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/ 1999 dan Dokumen
Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK), PK 03 dan PK04. Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 3/ 1999 menjelaskan kedua-dua unsur tersebut (RPT dan RPH)
hendaklah dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.

RPT dan PLAN-J yang diselaraskan telah dilaksanakan secara rintis pada tahun
2010. Berdasarkan maklum balas yang diterima, beberapa penambahbaikan
telah dibuat untuk mata-mata pelajaran tertentu. Pada tahun 2011, semua
sekolah adalah diminta untuk melaksanakan program ini untuk mata pelajaran
yang terlibat.

Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)

Perancangan pelaksanaan kurikulum yang rapi mengikut takwim persekolahan


tahun semasa adalah sangat penting ke arah menghasilkan kualiti P&P yang
bermutu. Oleh itu, RPT hendaklah disediakan setiap tahun mengikut takwim
persekolahan semasa. Sebagai langkah membantu guru-guru menyediakan
RPT mengikut tahun semasa, jabatan ini telah menyediakan RPT untuk mata-
mata pelajaran utama dalam bentuk soft-copy. Dokumen ini disediakan dengan
merujuk kepada Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Format RPT yang
dicadangkan adalah seperti Lampiran 1. Dokumen ini akan diedarkan kepada
semua sekolah melalui Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Apabila
dokumen ini diterima, pihak sekolah adalah diminta untuk;

a. Menyemak dan menyesuaikan perancangan tahunan dengan takwim


persekolahan, cuti-cuti umum, aktiviti kurikulum dan aktiviti kokurikulum
serta aktiviti lain yang mungkin menjejaskan pelaksanaan P&P.
b. Memasukkan minggu dan tarikh-tarikh yang dinyatakan dalam (a) pada
ruangan yang berkaitan.
c. Membuat cetakan untuk dilampirkan bersama buku persediaan mengajar
setiap guru mengikut mata pelajaran yang diajar.
d. Semua guru diminta merekodkan tarikh penyempurnaan setiap tajuk
dalam ruangan yang disediakan.

Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah dijadikan salah satu dari rujukan


utama dalam menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Oleh yang
demikian, dokumen ini hendaklah mudah diakses dan boleh dikemukakan serta
merta apabila diperlukan.

Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor (PLAN-J)

PLAN-J disediakan selaras dan seiring dengan Rancangan Tahunan bagi setiap
mata pelajaran Ia adalah garis panduan yang mencadangkan bilangan minimum
latihan akademik murid bagi mencapai aras pembelajaran optimum mengikut
tahap dan potensi mereka. Ia merupakan sebahagian dari perancangan guru
mata pelajaran ke arah memantapkan pelaksanaan kurikulum setiap mata
pelajaran di sekolah-sekolah. Pelaksanaan PLAN-J adalah selaras dengan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bll. 12/2004 : Garis Panduan Umum Pemberian Kerja Rumah
Kepada Murid Sekolah bertarikh 31 Disember 2004 (Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld
XVII/(12))

PLAN-J disediakan dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran, selaras


dengan rancangan pelajaran tahunan dan mengambil kira potensi serta
keupayaan murid. Ia disediakan mengikut tajuk, jenis soalan, aras soalan serta
kumpulan murid. Umum mengetahui bahawa latihan yang mencukupi akan
dapat membantu mempertingkat kefahaman dan penguasaan murid dalam
sesuatu tajuk. Seperti ungkapan Inggeris “Practice makes perfect”, PLAN-J
mencadangkan bilangan latihan minima yang wajar diberikan kepada murid
untuk memperkukuh proses pengajaran yang dilaksanakan. Format penulisan
PLAN-J adalah seperti Lampiran 2.

Di dalam PLAN-J, jabatan ini mencadangkan bilangan latihan yang perlu diberi
kepada murid untuk mencapai pembelajaran optimum. Guru-guru di sekolah
diminta untuk menilai keupayaan murid masing-masing dan seterusnya
menetapkan bilangan latihan yang sesuai selaras dengan hasrat memperoleh
pencapaian yang terbaik bagi setiap kumpulan murid. Penyediaan PLAN-J
mengambil kira tahap keupayaan murid yang berbeza dan setiap kumpulan
murid perlu dibimbing dengan pendekatan yang menepati keperluan masing-
masing. Ruang-ruang dalam PLAN-J adalah seperti berikut:

Bil Ruang Penerangan


1 Minggu Masukkan bilangan minggu dan tarikh pelaksanaan tajuk
berkaitan seperti yang tercatat dalam RPT
2 Tajuk Masukkan tajuk dan isi kandungan mata pelajaran seperti yang
dicatatkan dalam RPT
Tiga (3) jenis soalan latihan yang lazimnya digunakan diberi
3 Jenis keutamaan iaitu objektif, struktur dan esei. Bentuk soalan
Latihan latihan lain boleh juga diberikan sesuai dengan keperluan mata
pelajaran, contohnya soalan kemahiran komunikasi lisan atau
amali/praktikal. Penjelasan lanjut berkaitan jenis latihan
dihuraikan di bawah.
Aras soalan untuk setiap tajuk dibahagikan kepada tiga iaitu
Aras 1 (aras rendah), Aras 2 (aras sederhana) dan Aras 3 (aras
4 Aras Soalan tinggi). Secara umumnya, penetapan aras soalan ini adalah
merujuk kepada Taksonomi Bloom.
Aras 1 – soalan-soalan mudah yang kebanyakannya berkisar
kepada fakta, pengetahuan atau kemahiran asas.
Aras 2 - soalan-soalan aras sederhana
Aras 3 – soalan-soalan aras tinggi atau sukar. Ia memerlukan
pengaplikasian, analisis atau sintesis.
Setiap kumpulan murid perlu diberi soalan pelbagai aras
(rendah, sederhana dan tinggi) mengikut keupayaan mereka.
Murid yang lemah (pemulihan) memerlukan banyak latihan aras
rendah dan sedikit aras tinggi, manakala murid yang cemerlang
(pengayaan) perlu diberi sedikit soalan aras rendah dan banyak
soalan aras tinggi. Setiap guru perlu memastikan semua
muridnya menguasai kandungan dan kemahiran aras rendah
terlebih dahulu sebelum memberikan latihan pada aras yang
lebih tinggi.
Bahagian ini dibahagikan kepada Piawaian JPN dan Piawaian
Sekolah. Setiap bahagian dibahagikan kepada Pengayaan,
5 Kuantiti Pengukuhan dan Pemulihan.
Bahagian ini merupakan pembahagian murid mengikut tahap
mereka;
- Pengayaan adalah kumpulan murid yang cemerlang atau
berpotensi cemerlang iaitu mereka yang sedia mempamer
prestasi cemerlang dan disasarkan untuk mencapai
keputusan yang cemerlang. Kumpulan ini sewajarnya
diberikan banyak latihan aras tinggi setelah mereka
dipastikan menguasai soalan-soalan asas atau aras
rendah.
- Pengukuhan adalah kumpulan murid sederhana atau
pertengahan. Kumpulan ini juga berpotensi untuk
mencapai kecemerlangan dengan usaha dan bimbingan
yang berfokus. Oleh itu, kumpulan ini wajar diberikan
latihan aras rendah, sederhana dan tinggi pada kuantiti
yang mencukupi.
- Pemulihan adalah kumpulan murid lemah yang
memerlukan bimbingan dan latihan yang lebih banyak
khasnya pada soalan aras sederhana dan rendah.
Bergantung kepada tahap mereka, soalan latihan yang
diberikan perlulah sekurang-kurangnya mampu
membolehkan mereka menguasai tahap minimum mata
pelajaran berkaitan.
Ruang ini menyatakan bilangan latihan minimum yang
5a - Piawaian dicadangkan agar murid boleh mencapai tahap pembelajaran
JPN optimum mengikut kumpulan masing-masing iaitu kumpulan
pengayaan, pengukuhan dan pemulihan. Oleh kerana dokumen
ini disediakan untuk semua sekolah, angka yang dinyatakan
mungkin kurang sesuai khasnya untuk sekolah-sekolah yang
berprestasi tinggi. Angka dalam ruangan ini adalah sebagai
rujukan. Pihak sekolah disaran untuk tidak mengubah angka-
angka ini tetapi membuat pindaan dalam ruan Piawaian
Sekolah.
Setelah menilai dan melihat tahap atau potensi murid, guru-
5b - Piawaian guru perlu meletakkan bilangan latihan yang perlu diberi
Sekolah kepada murid mengikut kumpulan mereka (pengayaan,
pengukuhan dan pemulihan). Angka ini mungkin berbeza-beza
antara sekolah atau antara kelas.
Guru perlu benar-benar mengenal pasti tahap murid masing-
masing mengikut mata pelajaran agar angka yang disasarkan
sesuai dan memenuhi keperluan murid. Oleh yang demikian,
data Head-count perlu dijadikan rujukan dalam menetapkan
bilangan latihan yang akan diberikan.
KPI (Key Performance Indicator) atau Petunjuk Prestasi
merupakan bilangan latihan minima yang perlu guru berikan
6 KPI kepada murid mengikut tajuk dan aras soalan. Guru dianggap
mencapai KPI apabila bilangan soalan yang diberikan kepada
murid sekurang-kurangnya menyamai angka tersebut.
Angka KPI diambil dari bilangan tertinggi soalan-soalan yang
perlu disediakan untuk kumpulan pengayaan, pengukuhan atau
pemulihan (angka paling besar di antara ketiga-tiga kumpulan
murid dalam satu baris di bawah Piawaian JPN). Ia bukan
jumlah soalan ketiga-tiga kumpulan ini.
Guru perlu menyediakan bilangan soalan mengikut jenis dan
aras untuk setiap kumpulan murid seperti yang dicatatkan di
7 Pencapaian dalam ruangan Piawaian Sekolah. Pada akhir jangka masa
Sebenar yang ditetapkan, iaitu setelah tajuk berkaitan diajar, guru perlu
melihat berapakah jumlah soalan yang telah disedia dan
diberikan untuk tajuk tersebut. Rekodkan angka berkenaan
pada ruangan ini.
Sila buat kenyataan berkaitan status pelaksanaan tajuk dan
8 Catatan pemberian latihan bagi setiap tajuk yang diajar. Contohnya, jika
KPI tidak dapat dicapai, sila nyatakan sebab dan cadangan
tindakan yang akan diambil khasnya untuk memastikan
penguasaan tajuk tersebut oleh murid-murid.

Jenis Latihan

Soalan latihan yang diberi fokus dalam PLAN-J adalah latihan akademik murid
ke arah memperkukuh penguasaan sesuatu tajuk. Pemberian latihan akademik
merupakan sebahagian dari proses P&P yang juga bertujuan menilai
keberkesanan proses pengajaran yang dilaksanakan. Soalan latihan akademik
murid tidak semestinya sentiasa memenuhi format soalan peperiksaan awam.
Contohnya, latihan berbentuk objektif tidak perlu sentiasa mempunyai empat
atau lima pilihan jawapan. Selain dari bentuk bertulis, latihan juga boleh
dilaksanakan secara lisan atau amali. Namun begitu, latihan seperti ini perlu
direkodkan dengan teratur untuk dirujuk dan dinilai. Secara ringkasnya, bentuk
latihan akademik dalam PLAN-J adalah seperti berikut;
Soalan objektif
Soalan objektif adalah soalan yang dibuat dengan tepat dan tidak memerlukan
pertimbangan-pertimbangan semasa memeriksa (Isahak Haron, 1982).
Lazimnya ia mempunyai satu jawapan sahaja atau murid hanya boleh memilih
satu jawapan sahaja. Di antara bentuk bentuk soalan yang dikelompokkan
dalam kategori objektif ialah;

1. Soalan berjawapan pendek.


Contoh: Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?

2. Soalan melengkapkan jawapan pendek.


Contoh: Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah ………….
3. Soalan tindak balas alternatif.
Contoh: Melaka mencapai kegemilangan kerana mempunyai
pemimpin yang cekap. (Betul : Salah)
4. Soalan memadan
Padankan antara pernyataan dalam ruang A dan pernyataan dalam
ruang B.

5. Soalan melabelkan rajah.


Labelkan bahagian-bahagian pada rajah pokok di bawah. Senarai
istilah boleh disediakan.

6. Soalan menyusun atau membuat urutan


Murid diminta menyusun perkataan atau pernyataan mengikut
urutan yang betul.

7. Soalan aneka pilihan


Soalan yang diikuti oleh pilihan jawapan (biasanya A, B, C dan D)
dan murid perlu memilih satu jawapan sahaja. Ini merupakan
format utama soalan objektif yang digunakan dalam peperiksaan
awam.

Soalan struktur

Soalan struktur adalah soalan yang memerlukan murid menjawab menggunakan


ayat-ayat pendek atau ringkas. Penggunaan perkataan dan struktur ayat
mungkin berbeza-beza di antara murid tetapi penggunaan istilah-istilah tertentu
akan diberi perhatian oleh pemeriksa. Murid juga tidak semestinya menulis
jawapan dalam ayat yang lengkap dengan tatabahasa yang betul. Pemeriksa
perlu menilai sama ada jawapan yang dikemukakan menepati kehendak soalan
atau tidak. Biasanya setiap soalan struktur dibahagikan kepada beberapa
subsoalan yang berkaitan dengan soalan atau pernyataan utama. Subsoalan
yang pertama adalah aras rendah dan aras soalan terus meningkat pada
subsoalan berikutnya. Dalam PLAN-J, setiap subsoalan dianggap sebagai satu
soalan latihan murid. Soalan tersebut boleh dikategorikan mengikut aras
kesukaran dan juga kumpulan murid.

Soalan esei

Soalan ini memerlukan murid untuk menghurai atau menerangkan sesuatu


dalam ayat yang teratur dengan tatabahasa yang betul. Jawapan yang
diperlukan juga lazimnya panjang dengan format tertentu yang sekurang-
kurangnya mengandungi pengenalan, isi dan penutup. Dalam PLAN-J, soalan
esei boleh dijawab dalam bentuk yang lebih ringkas dengan syarat ianya mampu
membimbing murid ke arah menjawab soalan sepertinya dengan format yang
ditetapkan. Contohnya, latihan penulisan esei boleh dimulakan dengan
menyenaraikan isi-isi berkaitan tajuk yang dikemukakan. Selepas itu, latihan
murid mungklin berfokus kepada penulisan pendahuluan sahaja. Latihan
berfokus seperti ini akan dapat membantu murid ke arah menjawab soalan esei
dengan lengkap dan memenuhi kehendak soalan. Ia juga akan dapat membantu
guru mengesan kelemahan penulisan murid dengan lebih mudah dan berkesan,
seterusnya membuat perancangan penambahbaikan secara teratur.

Penutup

Pelaksanaan Standard Akademik ini iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan dan


PLAN-J yang merupakan komplementari kepada Head Count, merupakan
diantara usaha mempertingkat kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-
sekolah. Penilaian dan penambahbaikan atau pemurnian perlu dilaksanakan
secara berterusan khasnya oleh pihak pelaksana. Semu guru sewajarnya
melihat dan menilai kesesuaian perancangan RPT dan PLAN-J masing-masing
pada setiap hujung sesi persekolahan pada setiap tahun. Kelemahan dan
masalah yang dihadapi perlu diperbaiki agar proses pengajaran dan
pembelajaran pada tahun berikutnya akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik
dan teratur. Jika guru merancang dan melaksanakan kurikulum dengan merujuk
kepada RPT dan PLAN-J, guru telah melaksanakan tugas dengan memenuhi
standard. Pelaksanaan dan penggunaan standard dalam pendidikan mampu
mewujudkan kesamarataan pendidikan di semua sekolah kerana ia disediakan
dengan mengambil kira kemampuan dan keperluan murid. Pengetua dan Guru
Besar pula boleh menggunakan dokumen ini sebagai salah satu dokumen
rujukan untuk melaksanakan penguatkuasaan Standard Akademik. Dokumen ini
juga boleh digunakan sebagai rujukan dalam membuat penilaian prestasi
tahunan guru-guru pada setiap hujung tahun. Pelaksanaan dan penguatkuasaan
Standard Akademik diharap akan dapat mempertingkat kualiti penyampaian
kurikulum dan seterusnya merealisasikan sasaran menempatkan Johor pada
kedudukan 5 terbaik dalam semua peperiksaan awam.
Lampiran 1

Format Penulisan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU


TINGKATAN EMPAT 2011
Tarikh disempurnakan (beri
MINGGU/ TAJUK ISI KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN kenyataan sekiranya lewat)
TARIKH
Bidang: Interpersonal Pada akhir pelajaran murid dapat:
FU 1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan 1. Menyatakan satu idea yang bernas tentang
mempereratkan hubungan mesra. isu semasa dengan menggunakan ungkapan
FS 1.2 Mendengar dan memberikan yang sesuai.
respons secara lisan dan bertulis 1.2 Aras 1(ii).
Unit 1 tentang sesuatu Berbual tentang perkembangan terbaru
PERSEDIAAN yang diperihalkan oleh orang lain. peristiwa semasa. Berbincang dalam
MENJADI 1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila kumpulan menggunakan pelbagai bahan
1 PELAJAR tentang sesuatu perkara dengan untuk menghasilkan lima isi penting
CEMERLANG menggunakan pelbagai soalan. karangan jenis perbincangan.
4-8 1.4 Aras 2(i)
Januari MINGGU Bidang: Maklumat Berbincang dengan menggunakan soalan
ORIENTASI FU 7.0 Mendapat maklumat daripada bercapah aras tinggi dan memberikan
pelbagai sumber yang didengar, jawapan yang tepat.
dibaca dan ditonton.
FS 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan
gambaran keseluruhan idea utama
dan isi penting

Catatan : Isi kandungan dan Hasil Pembelajaran diambil dari Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
Lampiran 2
STANDARD AKADEMIK
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR
Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor (PLAN-J)

Mata Pelajaran : B. MELAYU Tingkatan: EMPAT

ARAS KUANTITI
JENIS PENCAPAIAN
TAJUK LATIHAN
SOALA PIAWAIAN JPN PIAWAIAN SEKOLAH KPI
SEBENAR
CATATAN
MINGGU N
PENGAYAAN PENGUKUHAN PEMULIHAN PENGAYAAN PENGUKUHAN PEMULIHAN
1 5 5 5 5
Penulisan STRUKTUR 2 4 3 2 4
Persediaan
Menjadi Pelajar
3 4 3 1 4
1 Cemerlang 1 - - 1 1
(4-8) Tatabahasa ESEI 2 - 1 - 1
Januari) 3 1 - - 1
JUMLAH 14 12 9
1 8 8 8 8
Rumusan & STRUKTU
Pemahama n R
2 5 4 3 5
Umum 3 4 3 2 4
(Kepentingan 1 - - 2 2
Pendidikan )
Tatabahasa
ESEI 2 - 2 - 2
3 2 - - 2

Catatan :
i. Ruangan minggu – diambil terus dari RPT
ii. Ruangan Tajuk - diisi dengan maklumat dari ruangan Tajuk dan Isi Kandungan dari RPT

You might also like