You are on page 1of 2

LAPORAN WEBINAR

Nama Peserta :

Tajuk Webinar : SESI 4: PENTAKSIRAN BILIK DARJAH TAHAP 1

https://youtu.be/fgFIqUaC30U

Anjuran : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Tarikh Siaran : 24-04-2019

Masa Mula : 2.30 PETANG Masa Tamat : 3.30 PETANG

Ulasan : 1. Webinar adalah tentang soal jawab pentaksiran bilik darjah bagi
tahap 1 oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum YB
Dr. Mohamed Abu Bakar dan Tuan Haji Naza Idris Saadon Ketua
Sektor Dasar dan Penyelidikan Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pentaksiran bilik darajah merupakan satu proses berterusan.
Ianya tidak bermakna guru tidak boleh mengajar seperti biasa
kerana ianya boleh dilakukan sebahagian dari aktiviti di dalam
proses pembelajaran. Guru boleh melaksanakan ujian tetapi
hanya di dalam kelas untuk mentaksir kefahaman murid. Ujian
tidak boleh dilakukan secara setara di antara kelas-kelas dan
murid-murid tidak boleh ditempatkan di dalam kelas berdasarkan
kemampuan atau ‘streaming’.
3. Yang paling penting adalah adalah penglibatan murid-murid di
dalam proses pembelajaran dan murid-murid seronok. Dalam
tahap 1, murid harus lebih yakin dan menguasai literasi yang
asas.
4. Walaupun pentaksiran dilakukan secara on-going guru
dinasihatkan untuk merekod apa yang telah dicapai oleh murid.
Rekod tersebut tidak wajib tapi ia boleh membantu guru untuk
merekod dan meletakkan tahap penguasaan yang sesuai
menerusi aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.
5. Guru seterusnya merekod dalam template pelaporan yang
disediakan untuk diberi kepada ibu bapa. Ia boleh dimuat turun
bukan online dan salinan boleh diserah kepada ibu bapa.

Impak pada : Webinar ini telah membantu saya untuk lebih memahami konsep dan

diri / tugas teknik pentaksiran di dalam bilik darjah tahap 1 dan berkenaan
dengan pertimbangan professional yang terlibat dalam proses
harian anda
pentaksiran di dalam pembelajaran.

You might also like