You are on page 1of 4

KPR3012

Refleksi Latihan Mengajar


KUMPULAN C

SEMESTER 8

NAMA : MAZIDAN BIN CHE HUSSIN

NO MATRIK : D20141067615

NO HP: 01131289882

NAMA PENSYARAH : DR. MOHD NAZIR BIN MD ZABIT

1
REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

Saya telah menjalani Latihan Mengajar bermula dari Julai 2017 hingga 2017 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Iskandar, Perak. Saya diberi untuk mengajar tiga buah kelas
iaitu satu kelas Tingkatan 2 dan dua kelas Tingkatan 4. Kelas yang terlibat itu adalah 2B5
4VC1 dan 4 VC2. Mata pelajaran yang saya ajar adalah Sejarah bagi Tingkatan 2,
manakala Tingkatan 4 pula mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu. Pensyarah
penyelia saya merupakan Doktor Mohamad Noor bin Muhd Taib . Guru pembimbing
saya pula merupakan guru Sejarah, iaitu Puan Hajah Norlia bt Zamzuri. Sesi Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) bagi setiap kelas yang saya ajar adalah di bilik darjah, makmal
bahasa dan makmal komputer

BAHAGIAN I: KENAL PASTI ISU ATAU MASALAH SEMASA PdP.

Sepanjang tempoh Latihan Mengajar, saya telah diselia sebanyak tiga kali oleh guru
pembimbing saya, Puan Norlia dan dua kali oleh pensyarah penyelia saya. Daripada lima
kali seliaan yang telah dilakukan, saya telah memilih dua seliaan guru pembimbing dan
dua seliaan pensyarah penyelia bagi tujuan penghasilan refleksi. Hasil daripada seliaan
tersebut terdapat beberapa isu yang dapat saya kenalpasti dan perbaiki. Lima isu yang
saya kenal pasti adalah seperti berikut

: i. Pengawasan kelas sepanjang PdP berlangsung.

ii. Cara komunikasi dan pertuturan guru semasa menyampaikan pelajaran.

iii. Penyampaian isi kandungan kepada pelajar.

iv. Penyertaan pelajar dalam sesi PdP.

v. Pengurusan Alat dan Bahan Bantu Mengajar.

BAHAGIAN II: KENAL PASTI KENAPA ISU ATAU MASALAH TERSEBUT BERLAKU.
Daripada laporan seliaan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing, terdapat beberapa

2
kesalahan dan kelemahan pada teknik pengajaran yang saya lakukan hingga menimbulkan
timbulnya isu-isu tersebut.

i. Pengawasan kelas sepanjang PdP berlangsung. Semasa PdP berlangsung bagi kelas
2B5, saya kurang mengawasi keadaan kelas selepas memberi tugasan kepada para
pelajar. Saya fokus pada para pelajar yang berada di kedudukan hadapan. Oleh yang
sedemikian, keadaan kelas menjadi tidak terkawal dengan pelajar yang tidak
mematuhi arahan guru menyambung Pdp dan pelajar lain yang sedang fokus.
Sekiranya guru berjaya mengawal keadaan kelas, pelajar akan memberi sepenuh
tumpuan dan kerjasama.
ii. Cara komunikasi dan pertuturan guru semasa menyampaikan pelajaran. Semasa
mengajar kelas 2B5, arahan yang saya berikan kepada pelajar adalah jelas, namun ada
kalanya tidak terkawal. Ini menyebabkan para pelajar tidak faham pada arahan yang
saya keluarkan walaupun telah diulang berkali-kali serta terdapat segelintir pelajar
yang asyik bercakap. Bagi kelas 4VC1 pula, strategi pengajaran saya mempunyai
unsur-unsur permainan dan santai. Semasa pengajaran kelas ini, saya mengajar
menggunakan pelajaran berpusatkan pelajar dan kaedah jigsaw . Oleh itu maklumat
disampaikan oleh saya sedikit kurang manakal pelajar susah untuk bertanya .
iii. Penyampaian isi kandungan kepada pelajar. Semasa sesi PdP kelas 4VC1
penguasaan isi kandungan saya terhadap subtopik yang diajar kepada pelajar adalah
lemah, Ini menyebabkan penyampaian ilmu saya adalah lemah dan saya sukar untuk
menerangkan kepada pelajar. Selain itu penerangan saya hanya bergantung pada nota
slaid semata-mata tanpa bantuan Bahan Bantuan mengajar yang lain.

iv. Penyertaan pelajar dalam sesi PdP. Penyertaan pelajar adalah kurang semasa saya
menyampaikan ilmu. Terdapat sebahagian pelajar yang tidak memberi tumpuan dalam
kelas dan sebahagian sahaja yang aktif dalam kelas. Terdapat pelajar yang bersembang
dalam kelas. Pelajar juga hilang tumpuan pembelajaran atas gangguan rakan dan cara
komunikasi guru serta waktu PdP.

v. Pengurusan Alat dan Bahan Bantu mengajar. Semasa PdP untuk kelas 2B5 dan 4VC1 ,
perlaksanaan plickers menyebabkan pelajar menjadi teruja kerana pertama kali

3
menggunakan. Selain itu kebergantungan kepada teknologi amat baik namun persediaan
awal dan rapi perlu dilaksanakan bagi mengelakkan ralat ketika pdp.

BAHAGIAN III: BERIKAN LANGKAH PENAMBAHBAIKAN BERDASARKAN


ISU ATAU MASALAH TERSEBUT.

i. Pengawasan kelas sepanjang PdP berlangsung. Sebagai langkah penambahbaikan,


saya perlu memberikan fokus yang sama rata pada keseluruhan kelas tanpa
mengabaikan mana-mana pelajar sama ada yang mempunyai masalah pemahaman
topic mahupun tidak. Saya perlu memantau pergerakan pelajar dalam kelas.
Dengan ini saya dapat mengawal keadaan kelas dan pelajar akan memberikan
sepenuh tumpuan dan kerjasama kepada guru.
ii. Cara komunikasi dan pertuturan guru semasa menyampaikan pelajaran. Bagi
kelas 2b5, arahan yang saya berikan jelas namun ada kalanya tidak terkawal. Saya
perlu perbaiki cara komunikasi saya supaya jelas dan terkawal. Pensyarah
penyelia mencadangkan konsep ‘fasa-demi-fasa’ (dicatatkan sebagai panduan
pelajar). Saya perlu menerangkan kepada pelajar secara peringkat langkah yang
pelajar perlu ikuti bagi pembangunan blog. Saya juga boleh membuat catatan di
papan putih sebagai rujukan pelajar. Bagi kelas 2B5 lagi pula, saya perlu menukar
strategi pengajaran saya bagi elakkan unsur pembelajaran secara terus kerana
pelajar mudah bosan.
iii. Penyampaian isi kandungan kepada pelajar. Sebagai langkah penambahbaikan,
guru pembimbing saya menyatakan saya perlu tingkatkan lagi penguasaan isi
kandungan topik yang saya ajar kepada pelajar serta penerangan saya boleh
dibantu dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai.
iv. Penyertaan pelajar dalam sesi PdP. Saya perlu bergilir strategi yang saya gunakan
iaitu berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar. Dengan dengan strategi
berpusatkan pelajar, pelbagai aktiviti dapat dilakukan dengan melibatkan pelajar
dalam PdP. Oleh itu, pelajar tidak akan hilang tumpuan dalam kelas dan dapat
fokus dengan pembelajaran mereka.

You might also like