You are on page 1of 17

SGDK 4042

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

LAPORAN PENGAJARAN MAKRO

DISEDIAKAN UNTUK:
DR FARAH BINTI MOHAMAD ZAIN

DESEDIAKAN OLEH:
AIN EZANI BINTI JAMILAN (824692)

TARIKH HANTAR: 21 APRIL 2019


1.0 Pengenalan

SGDK 4042 iaitu subjek Pengajaran Mikro dan Makro di bawah kendalian Dr. Farah

binti Mohamad Zain mewajibkan setiap pelajar untuk menjalankan aktiviti pengajaran

makro sebagai salah satu tugasan utama untuk subjek ini. Saya telah menjalankan

pengajaran makro bagi subjek Pendidikan Moral dan memilih untuk mengajar tajuk 10

iaitu Gaya Hidup Sihat dan Selamat Menjamin Keharmonian Bersama, bidang 3 iaitu

Hubungan antara Diri, Komuniti dan Masyarakat. Jumlah keberadaan para pelajar

PGDE yang memainkan peranan sebagai murid-murid adalah seramai 33 orang.

2.0 Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang diajar di sekolah sama ada sekolah

rendah atau sekolah menengah. Pendidikan Moral adalah mengajar tentang penerapan

nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dalam

konteks negara Malaysia, subjek ini diajar kepada pelajar-pelajar bukan muslim. Hal

ini kerana, bagi pelajar muslim mereka mempunyai subjek Pendidikan Islam yang

mana di dalam subjek ini telah diajar tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupan

berlandaskan kepada agama Islam. Untuk pelajar bukan muslim pula, mereka diajar

subjek Pendidikan Moral bagi memastikan proses penerapan nilai murni juga dapat

disampaikan kepada mereka.

Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Moral dalam

menyampaikan pengajaran yang berkesan dan efektif kepada para pelajar. Menurut

Suppiah Nachiappan et. al (2017), permasalahan murid dalam menguasai serta

mengaplikasikan nilai-nilai moral di dalam kehidupan seharian mereka merupakan

cabaran utama yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Moral. Hal ini berlaku

disebabkan oleh:

1
a) Suasana bilik darjah yang tidak kondusif untuk aktiviti PAK 21

dijalankan.

b) Kekurangan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) ketika

proses PdPc berlangsung.

c) Guru hanya menggunakan satu kaedah pengajaran sahaja iaitu

kaedah terus.

d) Kekurangan penggunaan ICT untuk menarik minat pelajar belajar

subjek Pendidikan Moral.

e) Guru bukan opsyen mengajar subjek Pendidikan Moral.

Kelima-lima faktor di atas merupakan penyumbang utama kepada permasalahan dan

cabaran yang perlu diatasi oleh seorang guru Pendidikan Moral. Saya telah merancang

aliran pengajaran Makro saya berdasarkan kepada penyelesaian terhadap cabaran-

cabaran ini dalam memastikan objektif pembelajaran tercapai.

3.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian atau RPH merupakan satu dokumen rasmi yang penting

kepada seorang guru dan dokumen ini perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran

dilaksanakan. RPH bermaksud penulisan mengenai kaedah pelaksanaan yang

melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran pada

sesuatu hari tertentu menggunakan format- format yang telah ditetapkan. Kepentingan

menulis RPH adalah untuk memastikan segala pengajaran yang disampaikan oleh guru-

guru menepati sukatan atau standard pembelajaran mengikut DSKP. Berikut

merupakan RPH yang telah saya hasilkan untuk pengajaran Makro:

2
RANCANGAN PENGAJARAN
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KELAS PGDE

TARIKH / HARI 20 MAC 2019 / RABU MASA 9.15 PAGI – 9.50 PAGI

NILAI BERTANGGUNGJAWAB, BERDIKARI, KERAJINAN

TAJUK UNIT 10: GAYA HIDUP SIHAT DAN SELAMAT MENJAMIN KEHARMONIAN BERSAMA

BIDANG BIDANG 3 : HUBUNGAN ANTARA DIRI, KOMUNITI DAN MASYARAKAT

Di akhir pembelajaran, murid akan dapat:


OBJEKTIF 3.5.1 Mendefinisikan gaya hidup sihat dan selamat
PEMBELAJARAN 3.5.2 Menghuraikan aktiviti gaya hidup sihat dan selamat
3.5.3 Mengkaji kesan amalan gaya hidup sihat dan selamat terhadap diri, komuniti dan masyarakat

1. Guru dan pelajar melakukan senaman ringan “Love Clap”.


SET INDUKSI 2. Guru bertanya kepada murid-murid sama ada mereka telah bersarapan atau belum.
3. Guru menunjukkan contoh makanan yang boleh diambil sebagai sarapan.
(5 MINIT)
4. Guru mengaitkan aktiviti “Love Clap” dan contoh makanan dengan topik pembelajaran gaya hidup
sihat dan selamat.

1. Guru meminta pelajar menulis objektif pembelajaran di papan putih seperti yang disebut oleh guru.
2. Guru menerangkan mengenai definisi gaya hidup sihat dan selamat.
3.Guru mengedarkan risalah kepada murid sebagai bahan rangsangan berkaitan dengan aktiviti gaya
LANGKAH 1
hidup sihat dan selamat.
PENGAJARAN &
PEMUDAHCARAAN 4. Guru menghuraikan mengenai contoh aktiviti gaya hidup sihat dan selamat dengan menggunakan
(PdPc) paparan slides.
5. Guru menayangkan video di Youtube berkaitan dengan contoh amalan gaya hidup yang tidak sihat
(15 MINIT) dan selamat iaitu video Iklan Anti dadah.
6. Murid diminta untuk menyatakan secara lisan intipati video tersebut.
7. Guru menerangkan mengenai kesan amalan gaya hidup sihat dan selamat terhadap diri, komuniti dan
masyarakat.

1. Pelajar akan dibahagikan kepada empat kumpulan.


LANGKAH 2 2. Ketua kumpulan akan tampil ke hadapan untuk mengambil papan Oh My Calorie!
AKTIVITI 3. Guru akan menerangkan mengenai nilai BMR dan TDEE kepada murid-murid melalui paparan slides.
PENGAYAAN 4. Guru akan menerangkan mengenai penggunaan papan Oh My Calorie! kepada murid-murid.
(Oh My Calorie! )
4. Murid memilih seorang murid untuk dijadikan subjek pengiraan BMR dan TDEE.
(15 MINIT) 5. Murid bekerjasama dalam memilih serta menjumlahkan kalori makanan pada papan Oh My Calorie!
6. Ketua kumpulan perlu memastikan setiap ahli bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang
diberikan.
7. Murid akan membentangkan hasil perbincangan kepada murid-murid lain.

1. Guru dan murid merumuskan dapatan pembelajaran hari ini berdasarkan kepada objektif
pembelajaran.
2. Guru memberikan peneguhan positif kepada murid.
PENUTUP
3. Guru meminta setiap murid menulis satu target amalan gaya hidup sihat dan selamat yang ingin
( 5 MINIT)
diamalkan oleh murid dalam tempoh masa seminggu di atas kertas.
4. Guru akan mengikuti perkembangan murid mengenai target masing-masing pada sesi PdPc yang
seterusnya.

PEMBELAJARAN
Pembentangan Hasil Sendiri
ABAD KE 21

BAHAN BANTU
Buku Teks Model BBB
BELAJAR (BBB)

3
STANDARD
TP 3 Menilai kesan amalan gaya hidup sihat dan selamat
PRESTASI

REFLEKSI

Rajah 1: Rancangan Pengajaran Harian

Terdapat pelbagai jenis format RPH yang telah diikuti oleh para guru bergantung

kepada pilihan masing-masing. Salah satu format RPH yang digunapakai oleh ramai

guru-guru ialah secara atas talian atau melalui laman sesawang yang dibangunkan oleh

guru sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, ketika sesi praktikum berlangsung, guru

pelatih perlu menulis tangan RPH masing-masing di dalam buku rekod persediaan

mengajar.

4.0 Sebelum Pengajaran Makro

Perancangan yang rapi dan teliti perlu dilaksanakan oleh guru pelatih dalam merancang

pengajaran makro. Perancangan ini melibatkan tiga tahap iaitu perancangan

pendahuluan, perancangan penyampaian dan perancangan penilaian.

4.1 Perancangan Pendahuluan

Saya telah merancang pendahuluan pengajaran makro berdasarkan kepada tiga elemen

iaitu pemilihan tajuk, kebolehan sedia ada murid serta objektif pembelajaran. Saya telah

memilih tajuk Pendidikan Moral Tingkatan Dua mengenai gaya hidup sihat. Tajuk ini

merupakan tajuk yang dekat dengan para pelajar kerana umum mengetahui tentang apa

itu gaya hidup yang sihat melalui pemahaman kendiri setiap pelajar.

Saya juga yakin bahawa para murid sudah mempunyai pengetahuan walaupun pada

tahap yang minimum mengenai amalan gaya hidup sihat serta kesan-kesan amalan gaya

hidup sihat kepada diri, komuniti dan masyarakat. Selain itu, saya hanya menekankan

4
kepada 3 objektif pembelajaran sahaja iaitu definisi gaya hidup sihat, contoh-contoh

amalan gaya hidup sihat serta kesan amalan gaya hidup sihat terhadap diri, masyarakat

dan komuniti. Hal ini bertepatan dengan peruntukan masa pengajaran makro yang telah

ditetapkan oleh Dr. Farah iaitu selama 40 minit.

4.2 Perancangan Penyampaian

Keberkesanan pengajaran makro turur dinilai menerusi penyampaian yang berkesan.

Perancangan penyampaian yang telah saya lakukan adalah berdasarkan kepada empat

elemen iaitu penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran, penentuan masa,

pemeringkatan isi serta pemilihan sumber. Saya telah memilih untuk melaksanakan

proses PdPc berteraskan kepada Pengajaran Abad ke-21 iaitu menggalakkan para

pelajar untuk aktif di dalam kelas. Saya telah menyediakan satu papan maklumat khas

yang mengandungi QR code bagi menerapkan elemen penggunaan teknologi sebagai

sumber maklumat.

Seterusnya, saya juga merancang isi penyampaian berdasarkan kepada kaedah deduktif

iaitu umum kepada khusus. Penyoalan yang dilakukan membolehkan para pelajar

mendapat gambaran dan idea sebenar mengenai isi pengajaran. Di samping itu, saya

juga akan memastikan setiap langkah yang telah saya masukkan di dalam RPH

bersesuaian dengan jumlah masa yang diperuntukkan untu setiap aktiviti. Saya juga

memilih untuk menayangkan video Youtube mengenai penyalahgunaan dadah supaya

para pelajar lebih tertarik untuk mengikuti sesi PdPc.

4.3 Perancangan Penilaian

Proses penilaian adalah amat penting untuk dilaksanakan supaya para guru boleh

menilai sejauh mana pemahaman pelajar secara keseluruhan di akhir proses PdPc.

Perancangan penilaian yang dirancang adalah berdasarkan kepada maklum balas para

pelajar ketika sesi penutup. Hal ini disebabkan oleh aktiviti pengayaan yang saya

5
lakukan lebih menekankan mengenai amalan gaya hidup sihat iaitu pengiraan jumlah

TDEE yang memerlukan para murid mengetahui jumlah kalori makanan. Meskipun

begitu, aktiviti pengayaan ini turut menyumbang kepada proses penilaian di akhir sesi

PdPC menerusi maklum balas tentang kefahaman mereka mengenai kesan buruk

sekiranya pengambilan makanan seharian adalah tidak seimbang.

5.0 Semasa Pengajaran Makro

5.1 Pelaksanaan Pengajaran

Pelaksanaan pengajaran makro dimulakan dengan menetapkan tiga objektif

pembelajaran bersesuaian dengan tempoh pengajaran yang telah ditetapkan. Ketiga-

tiga objektif pembelajaran ini dinyatakan kepada para pelajar supaya hasil dapatan

pembelajaran diakhir sesi PdPc adalah berdasarkan kepada ketiga-tiga objektif ini.

Selain itu, penetapan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang bersesuaian dengan

tajuk yang ingin diajar juga penting supaya para pelajar lebih menguasai segala

maklumat yang disampaikan oleh guru pelatih. Di samping itu, guru pelatih juga

hendaklah mengetahui tentang tahap penguasaan setiap pelajar supaya aliran rancangan

pengajaran dapat disusun dengan cara yang bermakna.

5.2 Set Induksi

Set induksi merupakan langkah pertama di dalam proses pengajaran dan

pemudahcaraan. Set induksi merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh

guru pelatih supaya murid-murid dapat memberi tumpuan kepada sesi PdPc yang akan

berlangsung. Set induksi selalunya dilakukan dalam tempoh 5 minit dan saya memilih

untuk menjalankan satu aktiviti senaman ringan yang dikenali sebagai “Love Clap”.

Aktiviti ini bertujuan untuk memotivasikan para pelajar supaya mereka lebih

bersemangat dan lebih bersedia untuk mengikuti sesi PdPc.

6
Selepas pelaksanaan aktiviti “Love Clap”, saya menerangkan mengenai fungsi aktiviti

itu sebagai salah satu daripada aktiviti senaman ringan. Kemudian saya mengarahkan

semua pelajar untuk duduk di tempat masing-masing lalu mengaitkan aktiviti “Love

Clap” dengan topik pembelajaran iaitu Gaya Hidup Sihat dan Selamat Menjamin

Keharmonian Bersama.

5.3 Langkah- Langkah

5.3.1 Langkah Pertama ( Proses PdPc)

Terdapat dua langkah yang telah dirancang oleh saya untuk pengajaran Makro ini.

Langkah pertama ialah sesi pengajaran dan pemudahcaraan yang melibatkan kemahiran

menerang dan kemahiran menyoal. ABM yang telah saya gunakan ialah paparan slides

Powerpoint yang mengandungi maklumat serta sedikit penerangan mengenai definisi

amalan gaya hidup sihat, contoh aktiviti gaya hidup sihat serta kesan amalan gaya hidup

sihat kepada diri, masyarakat dan komuniti.

Kemahiran menerang berfungsi sebagai wadah ntuk menyampaikan maklumat dan

guru merupakan sumber premier kepada para pelajar dalam memperoleh ilmu

pengetahuan. Guru juga perlu menguasai kemahiran ini untuk memperjelas sebarang

konsep kepada para pelajar dan mereka dapat memahami konsep yang ingin

disampaikan dengan cepat, mudah dan tepat. Saya telah menggunakan kemahiran

menerang dalam menjelaskan kepada para pelajar mengenai konsep-konsep penting

supaya para pelajar mudah untuk memahami konsep serta mengukuhkan kefahaman

mereka tentang konsep tersebut.

7
Rajah 2: Contoh Paparan Slides Powerpoint

Seterusnya, saya turut mengaplikasikan kemahiran menyoal untuk membantu

mengingat kembali sesuatu yang telah mereka pelajari di samping membentuk

kefahaman pelajar terhadap isi pembelajaran. Sebagai contoh, saya telah menayangkan

sebuah video di laman sesawang Youtube untuk membuka minda para pelajar salah satu

amalan hidup yang tidak sihat iaitu penyalahgunaan dadah. Selepas video itu

ditayangkan, saya mula bertanya soalan kepada para pelajar bermula dengan aras soalan

tahap rendah dan beralih kepada soalan tahap tinggi. Selain itu, saya juga memastikan

8
sebaran soalan dilakukan iaitu soalan -soalan yang ditanya disebarkan kepada semua

pelajar serta memberi pujian dan galakan apabila pelajar memberikan respons mereka.

Rajah 3: Tayangan Video Youtube

5.3.2 Langkah Kedua (Aktiviti Pengayaan)

Langkah kedua melibatkan pelaksanaan aktiviti pengayaan. Menurut Kamus Dewan

Edisi Keempat (2005), aktiviti pengayaan bermaksud aktiviti tambahan kepada aktiviti

asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar

waktu persekolahan. Aktiviti pengayaan ini dilakukan adalah untuk menggalakkan para

pelajar menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik di samping menyemai

sifat berdikari dan minat untuk belajar. Saya telah memilih untuk mengadakan satu

aktiviti pengayaan dengan menggunakan papan pembelajaran interaktif dikenali

sebagai papan Oh My Calorie! ( letak gambar papan OMC)

Papan OMC! Ini mempunyai sedikit maklumat mengenai jumlah TDEE ( Total daily

Energy Expenditure) serta pembahagian kekerapan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh

para pelajar. Papan OMC! Ini mempunyai QR code untuk diimbas oleh para pelajar

9
supaya mereka dapat mengakses masuk ke dalam dua laman sesawang; TDEE Online

Calculator dan dokumen yang mengandungi senarai kalori makanan. Para pelajar

dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan kepada empat masa pengambilan

makanan iaitu sarapan, makan tengahari, makan malam dan supper. Kemudian, para

pelajar perlu menjumlahkan kalori makanan berdasarkan kepada masa pengambilan

makanan mengikut jumlah kalori makanan yang bersesuaian.

Aktiviti pengayaan ini memerlukan saya untuk bergerak aktif sepanjang aktiviti ini

berlangsung. Pola interaksi berlaku pada tiga tahap iaitu antara guru dengan pelajar,

pelajar dengan pelajar dan akhir sekali guru dengan kumpulan pelajar. Saya juga perlu

menggunakan kemahiran tunjuk cara iaitu pada tahap persediaan, saya pastikan tunjuk

cara untuk mengira nilai TDEE dapat dilihat oleh semua pelajar. Pada tahap

penyampaian, saya akan menjelaskan tentang konsep pengiraan kalori daripada satu

kumpulan ke kumpulan yang lain serta mambantu mereka mengimbas QR Code. Pada

tahap penglibatan murid, saya memberi ruang kepada para pelajar melibatkan diri

secara aktif dan positif melalui aktiviti lisan dan fizikal. Hal ini dilaksanakan melalui

aktiviti merancang menu makanan serta aktiviti pembentangan diakhir aktiviti

pengayaan.

Rajah 4: Menu Hidangan Pelajar

10
5.4 Penilaian

Penutup merupakan bahagian terakhir dalam sesi pengajaran dan pembelajara iaitu

guru pelatih akan meminta pelajar membuat rumusan berkaitan isi-isi penting

berpandukan pengajaran yang telah disampaikan. Tujuan guru pelatih meminta pelajar

membuat rumusan adalah untuk menilai serta mengenal pasti kefahaman pelajar dan

keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Saya bersama-sama murid membuat

rumusan pada penutup pengajaran serta meminta mereka menetapkan satu target

tentang amalan gaya hidup sihat yang ingin mereka amalkan dalam masa seminggu

sebagai aktiviti pengukuhan. Penetapan target ini juga bertindak sebagai penggerak

kepada para pelajar supaya mereka bersedia untuk pelajaran akan datang.

5.5 Penggunaan Alat Bantu Mengajar

Alat bantu mengajar (ABM) merupakan alat yang terpenting untuk digunakan ketika

pengajaran Mikro. Tujuan ABM adalah untuk memberi pengukuhan, menarik perhatian

para pelajar serta bertindak sebgai rangsangan ketika proses PdPc berlangsung.

Sepanjang pengajaran mikro ini, saya telah menggunakan ABM seperti paparan slides

Powerpoint, video Youtube papan interaktif OMC!, risalah-risalah kesihatan, serta kad

kadbod bersaiz sederhana sebagai menu kesihatan. Kesemua ABM ini bersesuaian

dengan objektif pembelajaran serta isi kandungan yang ingin saya sampaikan.

Salah satu ABM yang telah menjadi tumpuan para pelajar ialah papan interaktif OMC!.

Hal ini demikian kerana saya telah memamsukkan elemen penggunaan teknologi iaitu

QR code supaya para pelajar dapat mengetahui maklumat menegenai pengiraan nilai

TDEE serta senarai kalori makanan. Walaupun risalah-risalah kesihatan turut

mempunyai serba sedikit maklumat terutamanya melibatkan jumlah kalori makanan,

para pelajar lebih tertarik untuk untuk mengimbas QR code yang telah disediakan. Hal

ini menunjukkan bahawa para pelajar berasa ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai

11
paparan imbasan Qr code di samping menjadi bahan perbincangan sepanjang

penggunaan papan interaktif ini.

Rajah 5: Papan Interaktif OMC!

Rajah 6: Risalah-Risalah Kesihatan

12
6.0 Selepas Pengajaran Makro

6.1 Bagaimanakan alat bantu mengajar membantu kamu mengajar ?

ABM telah banyak membantu saya terutamanya di dalam memberi rangsangan kepada

para pelajar. Meskipun hanya menggunakan paparan slides Powerpoint yang ringkas

untuk menerangkan maklumat tambahan, para pelajar dilihat memberi sepenuh

perhatian terhadap kandungan slides. Selain itu, mereka turut melibatkan diri ketika

aktiviti pengayaan berlangsung melalui penggunaan papan interaktif OMC!. Masing-

masing berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan berasa seronok apabila berjaya

mengimbas QR code yang disediakan.

6.2 Huraikan pengalaman mengajar dalam pengajaran makro.

Saya merasakan bahawa rakan-rakan sekelas saya amat tertib dan menjaga tatasusila

ketika sesi pengajaran mikro berlangsung. Hal ini lebih memudahkan saya dalam

mengawal keadaan kelas supaya isi pelajaran dapat disampaikan dengan jelas. Saya

juga turut berasa gementar apabila pensyarah yang telah menilai saya ialah Dr. Rahimi

iaitu pensyarah yang mengajar subjek Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Dr. Rahimi

merupakan seorang bekas guru dan telah mempunyai banyak pengalaman dalam

mengajar matapelajaran Pendidikan Moral ketika beliau menetap di Sabah. Segala

nasihat dank omen yang telah saya peroleh daripada beliau akan saya ingat dan cuba

aplikasikan ketika praktikum nanti.

6.3 Apakah penambahbaikkan yang akan kamu lakukan di dalam kelas

sebenar?

Saya telah mendapat komen-komen yang membina daripada Dr. Rahimi dan juga Dr.

Farah. Dr. Rahimi memberi komen berdasarkan kepada saiz papan interaktif ABM

yang kurang jelas. Adalah lebih baik sekiranya saiz papan itu dikecilkan dan dapat

dihasilakn didalam jumlah yang banyak supaya setiap pelajar dapat melihat dengan

13
lebih jelas mengenai isi kandungan ABM itu. Di samping itu, Dr. Rahimi turut

mengatakan bahawa QR code yang digunakan berkemungkinan tidak praktikal untuk

digunakan melibatkan sekolah yang terhad capaian internetnya. Dr. Farah pula

memberi komen mengenai penulisan RPH. Komen-komen ini amat membantu saya

untuk menghaslkan ABM yang dapat dilihat dan didengar dengan jelas serta dalam

bentuk saiz yang bersesuaian. Saya juga akan pastikan penulisan RPH saya mengikut

format penulisan yang telah ditetapkan.

6.4 Apakah cabaran utama kamu semasa mengajar?

Cabaran utama saya merupakan pengurusan masa. Walaupun saya mempunyai

pengalaman dari sudut mengajar kerana pernah menjawat jawatan sebagai seorang guru

ganti, saya masih lagi bergelut dari segi pengurusan masa pengajaran yang efektif.

Tempoh 40 minit merupakan tempoh yang agak lama dan saya hendaklah memastikan

RPH yang saya sediakan bertepatan dengan tempoh pengajaran. Selain itu, syaa juga

tidak boleh terlalu lama di dalam melaksanakan langkah-langkah pengajaran supaya

objektif pembelajaran yang ingin dicapai berjaya untuk dilaksanakan. Pengurusan masa

pengajaran yang efektif sudah tentu akan memmbantu para pelajar dalam mendapatkan

isi pembelajaran yang sempurna.

7.0 Kesimpulan

Pengajaran Mikro sudah tentu memainkan peranan yang penting di dalam memerikan

gambaran sebenar tentang sesi pengajaran akan berlangsung ketika sesipraktikum di

sekolah. Pada waktu inilah, guru-guru pelatih perlu mengambil segala peuang yang ada

dalam memastikan diri sendiri bersedia untuk mengajar dan mempersiapkan diri dari

segi kemahiran pedagogi agar sesi pembelajaran berlaku dengan lancar. Saya berasa

amat berpuas hati dengan pencapaian yang telah saya peroleh dan mengucapkan terima

14
kasih kepada tenaga pengajjar dan rakan-rakan yang telah banyak membantu dalam

memberi nasihat dan tunjuk ajar supaya diri saya menjadi

lebih berkemahiran dalam pengajaran.

15
Rujukan

Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Suppiah Nachiappan, Barathy Sinnasamy & Sandra Suffian (2017). Masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah dan penyelesaian
masalah melalui kaedah Hermeneutik. Journal of Research, Policy & Practice of
Teachers & Teacher Education (JRPPTTE), 7(2), 58-68.

16

You might also like