You are on page 1of 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEKNIK
KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI
BANDAR ENSTEK
717760, NILAI,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

EDUP 2122
PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH

Nama : NURUL FATHINI BINTI MAT AKHIR


No. K/P : 930822105188
Angka Giliran : 2022162420177
Program : PDPP RBTS-M
Ambilan : OKTOBER
Unit : RBTS-M
Nama Pensyarah : CIK ANUSUYA A/P
KALIAPPAN
Tarikh Hantar : 2 DISEMBER 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku PEMERIKSA
bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah
MODERATOR
hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
Markah PENGESAHAN
yang setiap
PELAJAR
satunya saya jelaskan sumbernya.
Markah
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
Tandatangan
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh
Tandatangan : _____________________

ISI Tandatangan
Cop Pelajar:__________________________Tarikh
Cop : _____________________

Tarikh Tarikh

KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 2

Konsep JSU 2

Kepentingan JSU 2

2.0 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 3

Langkah 1 : Senarai tajuk dan masa pengajian

Langkah 2 : Peruntukan Markah

0
Langkah 3 : Penentuan Aras kemahiran mengikut Taxonomi
Bloom (Semakan semula)

Langkah 4 : Penentuan aras kesukaan ujian

Langkah 5 : Penentuan jenis item

Langkah 6 : Pengiraan jumlah item

Langkah 7 : Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

3.0 Penutup
4.0 Rujukan

1.0 Pendahuluan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

a) Konsep JSU:

Menurut (Gronlund, 2000), Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) digunakan oleh guru untuk
mengetahui kaedah membina ujian bagi menilai bahan yang telah diajar kepada muri, cara
menetapkan skor yang bersesuaian dan mengimplimentasikan hasil skor ujian murid dalam
proses penambahbaikan sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Ujian yang
berkualiti pula boleh digubal pada tiga peringkat utama pengajaran, semasa pengajaran dan
penghujung pengajaran. (Miller, 2010). Justeru itu, kemampuan penguasaan guru dalam

1
kemahiran pembinaan Jadual Spesikfikasi Ujian (JSU) amat penting dalam usaha untuk
menghasilkan bentuk ujian atau pentaksiran yang berkualiti, telus, dan mempunyai kesahan
serta kebolehpercayaan yang tinggi.

b) Definisi JSU:

Menurut (Anderson & Krathwohl, 2001), JSU didefinisikan sebagai satu bentuk
blueprint bertulis yang berbentuk eksplisit dan terperinci mengenai sesuatu ujian yang di
dalamnya terdapat huraian tentang sesuatu ujian yang merangkumi objektif ujian dan
sasaran berasaskan domain Taksonomi Bloom, kandungan dan bidang, jenis-jenis item dan
bilangan item untuk setiap bidang kandunganan mengikut aras kesukaran item dan jumlah
item yang bersesuaian. Selain tu, menurut (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, n.d.). jadual
diberi maksud sebagai satu daftar atau senarai fakta dalam bentuk susunan, manakala
spesifikasi pula didefinisikan sebagai butiran terperinci yang ditentukan untuk sesuatu fakta
manakala ujian pula ialah pemeriksaan untuk mengetahu tahap kebijakkan atau kecerdikan.
Tambahan pula, JSU juga merupakan jadual sebuah jadual yang digambarkan mempunyai
ciri-ciri urus tadbir, sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir,
pemberatan setiap konstruk, konteks dan juga taburan aras kesukaran bagi setiap item
ujian. (Bong Pong Ying et. al, 2017)

c) Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian amat penting bagi seseorang guru dalam mengurus tadbir sesuatu
ujian atau pentaksiran. JSU sangat penting dan releven kerana ia merupakan langkah
persediaan sebelum guru membina sesuatu item atau ujian. Oleh itu, JSU memainkan
peranan penting kepada seorang guru itu dalam mengubal soalan yang mempunyai nilai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Antara kepentingan JSU adalah untuk menjamin kesahan isi kandungan ujian.
Kesahan merujuk kepada keseluruhan apa yang hendak di ukur dan tiada lain selain apa
yang hendak diukur. Ia membawa definisi bahawa sesuatu ujian sepatutnya mengukur apa
yang sepatutnya sahaja bersandarkan kepada tujuan yang telah ditetapkan. Hal ini kerana,
semasa pembinaan JSU, guru akan menetapkan topik-topik pelajaran yang ingin diuji
sebelum menentukan jumlah item bagi setiap topik berkenaan berdasarkan masa yang
diperlukan untuk mengajar di dalam kelas. Kesannya, guru akan lebih cakna dan fokus

2
dalam memilih tajuk yang akan dijadikan item ujian serta bersesuaian dengan kandungan
pelajaran yang telah di ajar di dalam kelas (Boon Pong Ying, 2017)

Seterusnya, kepentingan JSU adalah untuk membantu guru dalam mereka bentuk
soalan yang sesuai. Bentuk-bentuk soalan adalah meliputi soalan objektif, subjektif dan esei.
Melalui pembinaan JSU guru dapat merangka bialngan soalan yang bersesuaian
berdasarkan kepada kepentingan sesuatu tipik selain merujuk kepada objektifnya. Justeru
itu, proses untuk membina item soalan akan menjadi lebih mudah dan penetapan markah
juga akan dapat ditentukan dengan tepat. Ia juga dapat memendekkan masa guru untuk
menyemak jawapan murid (Suraya & haslinda, 2009)

Kesimpulannya, dalam merencana JSU, guru perlu menjadikan Dokumen Standard


Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan utama serta panduan kerana di
dalamnya telah disusun mengikut keutamaan dalam sesuatu topik tersebut. Ia telah disusun
berdasarkan kepada kehendak dan keperluan kepada seseorang murid itu untuk menguasai
kandungan pelajaran secara holistik dan menyeluruh.

2.0 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Kegunaan utama JSU adalah sebagai asas dan panduan kepada penggubal
khususnya buat para guru. Terdapat beberapa langkah penting dalam pembinaan JSU yang
berkualiti dan tepat. Pertamanya, adalah dengan menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak
diuji dan masa yang digunakan untuk mengajar topik berkenaan. Berdasarkan jadual 1.1 di
bawah, tajuk yang hendak di uji dalam item soalan berdasarkan kepada Dokumen Standard
Kurikulum dan Prestasi Tingkatan 2, Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan juga buku
teks Seni Visual Tingkatan 2. Ini bagi memastikan item ujian yang dibina adalah tepat dan
tidak tersasar daripada objektif pengajaran.

a) Langkah 1: Tajuk dan masa mengajar


Bil Topik / Tajuk Masa Mengajar
Fotografi
1. Aplikasi Seni dan Fotografi
1.1.1 Meneroka dan membanding beza aplikasi media dan teknik fotografi 3 jam

3
2. Ekspresi Kreatif dalam Fotografi
1.1.2 Menghasilkan karya fotografi digital dalam penjanaan idea dan 8 jam
penerokaan pelbagai sumber, kajian, teknologi dan inovasi
3. Seni Fotografi dalam Kehidupan
1.1.3 Membuat apresiasi terhadap aplikasi dalam karya fotografi dengan 5 jam
budaya visual

Bil Topik / Tajuk Masa Mengajar


Reka bentuk
1. Aplikasi Seni dalam Reka Bentuk
2.1.1 Meneroka dan membanding beza aplikasi media dan teknik dan 3 jam
proses reka bentuk grafik serta reka bentuk industri
2. Ekspresi Kreatif dalam Reka Bentuk
2.2.1 Menghasilkan karya reka bentuk dalam penjanaan idea dan 8 jam
penerokaan pelbagai sumber, kajian, teknologi dan inovasi
3. Seni Reka Bentuk dalam Kehidupan
2.3.1 Membuat apresiasi terhadap aplikasi dalam dalam reka bentuk 5 jam
grafik dan reka bentuk industri dengan aktiviti asas keusahawanan

Bil Topik / Tajuk Masa Mengajar


Seni Kraf
1. Aplikasi Seni dalam Seni Kraf
3.1.1 Meneroka dan membanding beza aplikasi pelbagai media dan 3 jam
teknik dan proses pada seni kraf
2. Ekspresi Kreatif dalam Seni Kraf
3.2.1 Menghasilkan karya seni kraf dalam penjanaan idea dan 8 jam
penerokaan pelbagai sumber, kajian, teknologi dan inovasi
3. Seni Fotografi dalam Kehidupan
3.3.1 Membuat apresiasi terhadap aplikasi dalam seni kraf dengan 5 jam
budaya visual

Bil Topik / Tajuk Masa Mengajar


Fotografi
1. Ekspresi Kreatif dalam Seni Halus
3.2.1 Menghasilkan karya seni kraf dalam penjanaan idea serta 8 jam
penerokaan pelbagai sumber, kajian, teknologi dan inovasi
2. Seni Halus dalam Kehidupan
3.3.1 Membuat apresiasi terhadap aplikasi dalam seni kraf dengan aktiviti 5 jam
asas pengurusan seni

4
Jadual 1.1 : Tajuk dan Masa Mengajar

b) Langkah 2: Pengiraan peratus markah


Bil Bidang Topik/Tajuk Masa untuk Peratus Peratus markah
mengajar markah muktamad
1. Fotografi Aplikasi Seni dalam Fotografi 3 jam 3/61x 100 4.91
Ekspresi Kreatif dalam 8 jam 8/61 x100 13.11
Fotografi
Seni Fotografi dalam 5 jam 5/ 61x100 8.19
Kehidupan
2. Reka bentuk Aplikasi Seni dalam Reka 3 jam 3/61x 100 4.91
Bentuk
Ekspresi Kreatif dalam Reka 8 jam 8/61 x100 13.11
Bentuk
Seni Reka Bentuk dalam 5 jam 5/ 61x100 8.19
Kehidupan
3. Seni Kraf Aplikasi Seni dalam Seni Kraf 3 jam 3/61x 100 4.91
Ekspresi Kreatif dalam Seni 8 jam 8/61 x100 13.11
Kraf
Seni Fotografi dalam 5 jam 5/ 61x100 8.19
Kehidupan
4. Seni Halus Aplikasi seni dalam Seni Halus 3 jam 3/61 x100 4.91
Ekspresi Kreatif dalam Seni 8 jam 8/61 x100 13.11
Halus
Seni Halus dalam Kehidupan 5 jam 5/61x100 8.19
JUMLAH 64 jam 100

Jadual 1.2 : Peruntukan markah muktamad

c) Langkah 3 adalah menentukan aras kemahiran untuk tajuk yang hendak diuji

Bil Aras Kemahiran Bilangan Item soalan


1. Mengingat 6
2. Memahami 5
3. Menilai 2
4. Mengaplikasi 3
5. Menganalisis 3
6. Mencipta 1

5
Jadual 1.3: Bilangan item mengikut aras kemahiran

d) Langkah 4: Menentukan Aras kesukaran

Aras kesukaran mengikut elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah
elemen penting dalam penghasilan item soalan yang bermutu tinggi dan berkualiti. Justeru
itu, aras kesukarannya ialah 40% aras kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan 60%
Aras Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Justeru itu, merujuk kepada Taksonomi Bloom
amatlah membantu dalam penyediaan soalan kerana setiap peringkat dalam taksonomi
tersebut bermula dari peringkat mudah iaitu aras rendah kepada peringkat yang lebih tinggi
yang memerlukan pelajar berfikiri dan menjana idea atau menghasilkan sesuatu dengan
kritis dan kreatif.

e) Langkah 5: menentukan jenis Ujian (objektif atau subjektif)

Penentuan sesuatu ujian itu bergantung kepada beberapa aspek merangkumi objektif
pelaksanaan ujian, topik yang ingin dibicarakan adalah tahap pelajar yang ingin di uji dan
hasil yang di harapkan melalui ujian yang dilaksanakan.

Oleh itu, setelah guru merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) bagi mengenalpasti standard kandungan, standard pembelajaran dan standard
prestasi bagi topik Seni Visual Tingkatan 2 ini. Item soalan objektif adalah yang paling
sesuai bagi menguji kefahaman serta penguasaan murid tingkatan 2 dalam Topik
keseluruhan.

f) Langkah 6: Mengira Jumlah item

Bil Bidang Topik/Tajuk Masa Peratus Kiraan Jumlah


item
1. Fotografi Aplikasi Seni dalam 3 jam 4.91 4.9/100 x 20 1
Fotografi : 0.98
Ekspresi Kreatif 8 jam 13.11 13.11/100 x 20 2

6
dalam Fotografi : 2.62
Seni Fotografi 5 jam 8.19 8.19/100 x 20 2
dalam Kehidupan : 1.63
2. Reka bentuk Aplikasi Seni dalam 3 jam 4.91 4.91/100 x 20 1
Reka Bentuk : 0.98
Ekspresi Kreatif 8 jam 13.11 13.11/100 x 20 2
dalam Reka Bentuk : 2.62
Seni Reka Bentuk 5 jam 8.19 8.19/100x20 2
dalam Kehidupan :1.63
3. Seni Kraf Aplikasi Seni dalam 3 jam 4.91 4.91/100 x 20 1
Seni Kraf : 0.98
Ekspresi Kreatif 8 jam 13.11 13.11/100 x 20 2
dalam Seni Kraf : 2.62
Seni Fotografi 5 jam 8.19 8.19/100 x 20 2
dalam Kehidupan : 1.63
4. Seni Halus Aplikasi Seni dalam 3 jam 4.91 4.91/100 x 20 1
Seni Halus : 0.98
Ekspresi Kreatif 8 jam 13.11 13.11/100 x 20 2
dalam Seni Halus : 2.63
Seni Halus dalam 5 jam 8.19 8.19/100 x 20 2
Kehidupan : 1.63
JUMLAH 61 jam 100 20 20

g) Langkah 7 melengkapkan Jadual Spesifikasi Ujian.

7
Bil M M M M M M
E E E E E E
N M N N N N
G A G G I C
I H A A L I
N A P N A P
BIDANG TOPIK/ G M L A I T JUMLAH WAJARAN
TAJUK A I I L A ITEM
T K I
I A S
S I
I S
1. Fotografi Aplikasi seni 1 1 8

dalam
Fotografi
Ekspresi seni 1 1 2 8

dalam
Fotografi
Seni 1 1 2 8

Fotografi
dalam
Kehidupan
2. Reka Aplikasi Seni 1 1 8

bentuk dalam Reka


bentuk
Ekspresi 1 1 2 8

Kreatif dalam
Reka bentuk
Seni Reka 1 1 2 8

bentuk dalam
Kehidupan
3. Seni Aplikasi Seni 1 1 8

Kreatif dalam Seni


Kraf
Ekspresi 1 1 2 8

Kreatif dalam
Seni Kraf
Seni Seni 1 1 2 8

Kraf dalam
Kehidupan

8
4. Seni Aplikasi seni 1 1 8

Halus dalam Seni


Halus
Ekspresi 1 1 2 8

Kreatif dalam
Seni Halus
Seni Halus 1 1 2 8

dalam
Kehidupan

JUMLAH 20 100

Petunjuk : Soalan Objektif

3.0 Penutup

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) secara tuntasnya membantu guru dalam menyedia
soalan yang berkualiti dan mengikut kehendak hasil pembelajaran bagi sesuatu topik itu.
Ujian juga di lakukan adalah untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid dalam
sesuatu topik berkenaan. Melalui pelaksanaan ujina juga, guru dapat mengenalpasti
masalah dan mencari alternatif terbaik dalam meningkatkan kefahaman murid. JSU juga
dapat memastikan item yang dibina sah untuk mengukur objektif dan hasil pembelajaran.
Kesimpulannya, amatlah wajar bagi seseorang guru itu menguasi kemahiran membina
Jadual Spesifikasi Ujian supaya ujian yang dihasilkan berkualiti dan bermutu tinggi.

UNIT PENGURUSAN PEPERIKSAAN

9
SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN

___________________________________________________________________________

UJIAN FORMATIF 1
TINGKATAN 2
___________________________________________________________________________

PENDIDIKAN SENI VISUAL


SATU JAM

___________________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan:

1. Jawab semua soalan.

2. Setiap soalan diikuti oleh Bahagian A. Bahagian A terdiri daripada soalan objektif.
Jawab semua soalan pada kertas soalan yang diberikan sahaja.

3. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu
jawapan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

NAMA PENUH MURID :……………………………………………………………………………….

TINGKATAN :……………………………………………………………………………..

(Lihat sebelah)
SULIT

Jawab semua soalan

1. Fotografi berasal daripada gabungan 2 perkataan dalam bahasa Greek, iaitu photos
bermaksud cahaya dan ______________?

10
A. Heliography
B. Obskura
C. Grapho/graphein
D. Daguerreotype

2. Saiz lubang yang _________menghasilkan imej yang ___________.

A. besar, lebih jelas


B. kecil, kabur
C. kecil, lebih jelas
D. besar, lebih jauh

3. Antara ayat yang berikut, ayat manakah yang membawa ciri-ciri Kamera Kanta
Berkembar (Twin Lens Reflex) ?

i. Diperkenalkan pada awal tahun 1870-an


ii. Merupakan kamera yang mempunyai dua kanta. Satu untuk melihat dan satu
kanta untuk merakam
iii. Merupakan kamera digital
iv. Tidak banyak kanta yang boleh ditukar ganti dan tiada kanta zum

A. i, ii dan iii
B. i, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. ii, iii dan iv

4. Yang manakah antara berikut yang menggambarkan Kamera Konvensional ?

i. Kamera yang menggunakan filem


ii. Imej tidak dapat dikongsi secara terus atau elektronik
iii. Filem perlu diproses untuk menghasilkan negative dan dicetak untuk
mendapatkan imej
iv. Kamera yang mempunyai sensor

A. i, iii dan iv
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. i,ii dan iv

5. Pilih jawapan yang betul beradasarkan gambar di bawah

11
Gambar 1

Beliau telah menciptakan teknik daguerreotype dan ciptannya telah dipatenkan.


Beliau juga digelar bapa fotografi.

A. Louis Jacques Mande Daguerre


B. Al Hassan Ibnu – Al Haytham
C. Joseph Nicephore Niapce
D. William Henry Talbolt

6. Antara yang berikut, yang manakah reka bentuk grafik ?

A. Animasi
B. Perabot
C. Kenderaan
D. Cenderahati

Gambar 2

7. Apakah fungsi mempulur diatas ?

A. Menyulam motif tekat


B. Merengangkan kain lapik untuk memudahkan proses tekatan
C. Mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada mempulur
D. Mengukuhkan dan menimbulkan motif supaya sulaman tekat kelihatan menonjol
keluar daripada kain dasar

8. Apakah maksud Animasi ?

12
A. Catan cat air
B. Imej bergerak
C. Paparan imej pegun
D. Imej yang dilukis secara berulang

9. Apakah yang dimaksudkan dengan komik potongan (comic strip) ?

A. Komik pendek
B. Komik yang dijilid
C. Komik yang diceritakan secara cetakan
D. Komik yang diterbitkan melalui internet

10. Antara yang berikut, yang manakah aksi yang melibatkan emosi ?

A. Cara karakter berjalan dalam keadaan letih


B. Perubahan memek muka kesan daripada tekanan perasaan
C. Karakter hero yang terbang dari satu bangunan ke bangunan yang lain
D. Pergerakan melompat kerusi

11. Antara yang berikut, yang manakah yang menunjukkan penyataan yang benar tentang
reka bentuk Industri

A. Dikenali sebagai komunikasi visual


B. Merupakan reka bentuk imej yang dipaparkan melalui panel
C. Terbahagi kepada tiga pengkhususan iaitu, produk , kenderaan dan perabot
D. Terbahagi kepada dua pengkhususan utama, iaitu kenderaan dan figura manusia

12. Fungsi kulit ikan pari dalam ukiran kayu tradisional adalah untuk ______________

A. Memotong kepingan kayu


B. Mengemaskan corak ukiran
C. Melicinkan permukaan ukiran
D. Membuat lubang pada kepingan kayu

13. Kaedah yang digunakan untuk pola ukiran ini ialah ?

13
Gambar 3
A. Bujang
B. Tunggal
C. Pemidang
D. Pelengkap

14. Nyatakan contoh Logam Halus pada Perhiasan Diri:

i. Gelang Tangan
ii. Gelang kaki
iii. Dokoh
iv. Labu sayong

A. i, ii dan iii
B. i, iii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. iii dan iv

15. Siapakah tokoh seni kraf di atas yang telah menerima anugerah Tokoh Kraf Negara
Logam (2011) ?

Gambar 4
A. Abdullah bin Daud
B. Abdul Manan bin Yakub
C. Norhaiza bin Noordin
D. Wan Su bin Othman

16. Berapakah tempoh perlindungan hak cipta untuk karya sastera, muzik dan seni ?

A. 30 tahun selepas kematiannya

14
B. 40 tahun selepas kematiannya
C. 50 tahun selepas kematiannya
D. Membuat lubang pada kepingan kayu

17. Lukisan gesture (gesture drawing) dalam lukisan figura menumpukan kepada
____________

A. Imej yang sempurna


B. Gambaran rupa paras manusia
C. Rakaman pelbagai aksi manusia
D. Gambaran pergerakan manusia secara terperinci

18. Nyatakan bilangan gandaan saiz ketinggian kepala manusia pada seseorang dewasa
yang normal.

A. 5
B. 7
C. 8
D. 6

19. Nyatakan bahagian anggota badan yang penting dalam rakaman aksi lukisan gesture
menggunakan teknik garisan ringkas.

A. Tangan dan kaki


B. Mata, telinga dan kaki
C. Kepala, leher dan badan
D. Kepala, tulang belakang, tangan dan kaki

20. Barakah perlu bagi setiap individu yang menjadi usahawan yang berjaya.
Apakah maksud barakah?

A. Menipu dalam perniagaan


B. Sombong dalam tingkah laku
C. Berkat dan sentiasa jujur dalam menjalankan perniagaan
D. Sentiasa berusaha untuk cepat kaya walau dengan apa-apa cara sekali pun

___________________________________________________________________________

SOALAN TAMAT

Jawapan:

1.C

15
2.A
3.C
4.B
5.A
6.A
7.D
8.B
9.B
10.B
11.C
12.C
13.D
14.A
15.B
16.C
17.D
18.B
19.D
20.C

4.0 Rujukan

16
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2021). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor

Bahru: Penerbit UTM Press

Bong Pong Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aleysius Aeria. (2017). Pentaksiran dalam

pendidikan. Selangor: Oxford Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,

Kurikulum Standard Sekolah rendah Darjah 3. Putrajaya: Bahagian Pembangunan

Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Hazim Mokhtar. (2016) Pentaksiran pendidikan teori dan praktis ke arah transformasi

sistem pendidikan negara. Kuala Lumpur: Kentalmas JAti Sdn. Bhd.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (n.d). Spesifikasi. in Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Dewan Bahasa dan Pustaka. Retrieved December 8, 2021, from

https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=ujian

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (n.d). Spesifikasi. in Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Dewan Bahasa dan Pustaka. Retrieved December 8, 2021, from

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=spesifikasi

17

You might also like