You are on page 1of 1

Fungsi Majlis Persuruhanjaya Negari atau Majlis Tadbir

i. Fungsi utama:
a. Fungsi utama Majlis Tadbir MPKLMIPG adalah untuk menjaga, mengawasi
serta mengurus pentadbiran 27 Pergerakan Pengakap Daerah yang dikenali
sebagai Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) di 27 buah Institut Pendidikan
Guru di seluruh Malaysia, seperti yang termaktub dalam Buku Undang-
undang Kecil MPKLMIPG. MPKLMIPG beribu pejabat di Institut Pendidikan
Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

ii. Senarai tugas: 


a. Memajukan kebajikan pergerakan pengakap di Institut Pendidikan Guru.
b. Mengaturkan kerjasama di antara Institut Pendidikan Guru dalam kursus
kepemimpinan pengakap.
c. Memilih jawatankuasa kerja, jawatankuasa kewangan dan jawatankuasa kecil
yang lain untuk menjalankan tugas-tugas tertentu, jika perlu.
d. Menghantar satu salinan laporan tahunan MPKLMIPG kepada Ibu Pejabat,
PPM sebelum 15 November pada setiap tahun.
e. Bertindak bersama-sama dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
MPKLMIPG dalam semua perkara yang berkaitan dengan kewangan dan
harta benda MPKLMIPG mengikut Peraturan-Peraturan dalam Bahagian III,
Seksyen V Peraturan, PPM.
f. Menerbit, menyiar dan menjual buku-buku dan risalah-risalah yang sesuai
untuk kegunaan anggota MPKLMIPG dengan syarat kandungan sesuatu
penerbitan itu telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
g. Mencari dan mentadbirkan segala wang, sama ada dicari, dermaan, yuran
kurniaan atau diterima daripada sebarang punca yang sesuai dengan
peraturan-peraturan ini untuk pembangunan kepengakapan di MPKLMIPG.
h. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat, perhimpunan-perhimpunan,
persidangan-persidangan dan gerak-gerak kerja MPKLMIPG secara bersama
untuk faedah MPKLMIPG dan para anggotanya.

You might also like