You are on page 1of 1

Sebagai guru, bagaimanakah anda mewujudkan suasana persekitaran bilik darjah  

yang
positif. Anda hendaklah merujuk contoh sebuah sekolah di kawasan pedalaman. Foto sebagai
bukti perlu disertakan.

Saya dapat mewujudkan suasana persekitaran bilik darjah yang positif dengan
menghias iklim dan persekitaran bilik darjah. Hal ini dikatakan demikian kerana persekitaran
bilik darjah yang positif seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik
darjah. Sebagai contoh, saya akan menghiaskan bilik darjah dengan gambar yang warna-
warni,Sebagai contoh, pada masa sekarang yang mengalami serangan penyakit covid-19,
guru perlulah menyusun meja dan kerusi yang mematuhi peraturan SOP, iaitu jarak 1 meter.
Selain daripada mematuhi SOP, guru juga perlulah memastikan kedudukan murid adalah
selamat dan selesa seperti kedudukan murid janganlah di tepi tong sampah, di tepi almari ini
akan mengancam keselamatan dan keselesaan murid. Ini dapat ditunjukkan dalam Sekolah
Kebangsaan Meninipir yang merupakan sebuah sekolah pendalaman.

Di samping itu, saya juga akan memasang langsir supaya murid-murid tidak akan
berasa sangat panas semasa cahaya matahari kuat. Selain daripada itu,

Selain daripada itu, saya juga akan mewujudkan suasana persekitaran bilik darjah
yang positif ialah komunikasi dalam bilik darjah. Hal ini dikatakan demikian kerana suasana
persekitaran bilik darjah yang positif memerlukan usaha daripada guru dan murid. Sebagai
contoh, saya akan mempamerkan hasil kerja murid-murid di kelas supaya murid-murid akan
melahirkan perasaan motivasi maka secara tidak langsung suasana persekitaran bilik darjah
akan semakin menjadi positif.

You might also like