You are on page 1of 6

Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah rendah merupakan salah

satu masalah sosial di Malaysia. Menurut Rohayati (2004), akhlak boleh ditafsirkan sebagai
budi pekerti dan sifat-sifat mulia. Setiap orang hendaklah mempunyai akhlak atau sifat-sifat
yang baik dan mulia kerana dengan mempunyai budi pekerti tersebut manusia akan dapat
hidup dengan aman dan bahagia dan sudah semestinya kebahagiaan perlu dimiliki oleh
semua orang kerana keadaan itu adalah fitrah manusia itu sendiri. Gejala keruntuhan akhlak
sudah menjadi satu isu yang sangat meruncing sekarang. Pelbagai kejadian yang amat
merungsingkan berlaku di hadapan mata kita, mahupun yang didedahkan di dalam akhbar
khususnya yang melibatkan pelajar sekolah. Keruntuhan akhlak semakin hari kelihatan
semakin membesar dan serius. Keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar pada hari ini
akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Mereka
merupakan aset utama negara pada masa akan datang serta memainkan peranan yang
sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek
pasti akan berlaku seandainya pelajar pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk
dan memuliakan akhlak mereka (Hashim et al (2008).

Bagi menangani gejala keruntuhan akhlak daripada berlaku dalam kalangan pelajar
sekolah, siswa guru lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) perlu
memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik serta menjadi contoh teladan
kepada mereka untuk mengelakkan mereka daripada melibatkan diri dalam gejala-gejala
tersebut. Seperti yang kita ketahui, terdapat banyak gejala keruntuhan akhlak yang berlaku
pada masa kini, Salah satu gejala tersebut ialah perlakuan seks bebas. Kita sudah sedia
maklum bahawa pergaulan bebas dalam kalangan pelajar sekolah membawa kepada gejala
buruk yang akan merosakkan diri mereka. Semua bentuk hubungan kelamin yang
menyimpang dari ajaran agama Islam dianggap zina. Hal ini dapat dilihat melalui Firman
Allah s.w.t. dalam Surah Al-Isra’ ayat 32 yang berbunyi:

Dan jangan kamu akan berzina, kerana bahawasanya ada ia kejahatan yang sangat keji
dan sejahat-jahat jalan.

(Surah al-Isra’: 32)

Hal ini menunjukkan bahawa Islam melarang sekeras-kerasnya kita daripada


melakukan pergaulan bebas atau lebih dikenali sebagai zina dalam kehidupan seharian.
Gejala seks bebas akan menyumbang ke arah kemusnahan institusi keluarga seterusnya
merosakkan masyarakat dan negara pada masa akan datang (Idris Awang, 1997). Memetik
keratan akhbar Harian Metro (2015), salah satu faktor berlakunya pergaulan bebas adalah
pengaruh media masa, media sosial dan Internet yang sememangnya mengubah pemikiran
manusia di seluruh dunia. Internet dan media sosial menjadi sangat berpengaruh dalam
kalangan pelajar sekolah berbanding media lain. Sehubungan dengan itu, guru masa kini
membawa peranan yang sangat penting untuk menangani gejala tersebut daripada berlaku
dengan menasihati murid-murid daripada melihat video-video yang tidak sesuai dengan
peringkat umur mereka. Hal ini demikian kerana pelajar sekolah mudah untuk terpengaruh
dengan video-video yang dikongsi di dalam internet atau media sosial seterusnya
menyebabkan mereka untuk mencuba perkara tersebut dalam kehidupan seharian. Nasihat
yang berguna daripada guru-guru sangat penting dalam membentuk akhlak murid-murid
seterusnya menjadi insan yang berjaya di dunia juga di akhirat kelak. Cikgu haruslah
berperanan seperti pendakwah yang memainkan peranan yang besar dalam memberikan
kesedaran kepada masyarakat tentang ajaran islam serta perlaksaannya dalam kehidupan
seharian. setiap guru perlu mempunyai kemahiran atau cara berdakwah yang berasaskan
kepada Firman Allah dalam Surah Al-Nahl ayat 125 yang berbunyi:

“Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat


kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan
mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya
Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-
Nya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat
hidayah petunjuk.”

Selain daripada isu pergaulan bebas, pelajar sekolah juga turut berdepan dengan
masalah penggunaan barang terlarang seperti minum arak, penyalahgunaan najis dadah, pil
khayal dan menghidu gam. Merujuk kepada keratan Berita Harian pada 24 Januari 2019,
seramai 200 pelajar sekolah rendah dan menengah di Kedah dikesan terbabit dalam
penyalahgunaan daun ketum sepanjang tahun 2018. Selain itu, Harian Metro bertarikh 27
April 2019 melaporkan bahawa statistik pada 2015 hingga 2017 menunjukkan kira-kira
2,169 pelajar dari peringkat rendah hingga ke universiti terjebak dengan gejala tidak sihat
ini. Hal ini menunjukkan bahawa gejala penyalahgunaan bahan terlarang sudah menjadi
semakin serius dalam kalangan pelajar sekolah. Salah satu faktor mereka melibatkan diri
dalam gelaja ini ialah pengaruh rakan sebaya. Pengaruh daripada rakan-rakan dan
keperluan untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan memerlukan mereka melakukan atau
mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang berbahaya (Kay Suhaimi, 2019). Seperti
yang kita ketahui, penyalahgunaan bahan terlarang adalah haram disisi agama kerana Islam
menggalakkan umatnya mengambil makanan yang baik, bersih dan halal. Hal ini kerana
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
Tiap-tiap yang memabukkan itu khamar (arak) dan semua yang memabukkan itu haram.
Dan siapa yang minum khamar di dunia sehingga mati belum bertaubat maka tidak akan
dapat minum khamar (arak) di akhirat.

(HR. Abul Laits)

Secara tidak langsung, pengambilan bahan terlarang ini akan mempengaruhi


kesempurnaan amal ibadat seseorang. Oleh yang demikian, peranaan siswa guru sangat
diperlukan dalam menangani gejala ini daripada berlaku. Salah satu peranan tersebut ialah
siswa guru perlu memantau aktiviti seharian murid-murid di sekolah. Mereka juga boleh
menerangkan kepada murid-murid tentang kesan-kesan penyalahgunaan dadah yang akan
merosakkan diri dan keluarga mereka. Hal ini seterusnya dapat menyedarkan murid tentang
bahayanya penyalahgunaan bahan terlarang dalam diri mereka. Selain itu, cikgu perlulah
menjadi suri teladan atau suri teladan yang baik kepada anak-anak didiknya kerana
kebanyakkan kanak-kanak serta remaja kini tidak mempunyai contoh atau suri teladan yang
baik. Pelajar-pelajar sekolah rendah kebanyakkannya kekurangan perhatian dan kasih
sayang. Jika guru dapat menunjukkan contoh yang betul kepada mereka, murid-murid akan
mencontohi guru tersebut dan sedikit sebanyak akan membentuk akhlak yang baik didalam
diri mereka. Untuk menjadi suri teladan yang baik, guru haruslah mengikuti dan mencontohi
Rasulullah S.A.W. kerana Baginda merupakan suri teladan yang terbaik sebagaimana Allah
S.W.T berfirman dalam dalam Surah Al-Ahzab dalam ayat 21 yang berbunyi:

“Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa
susah dan senang)”

Gejala sosial yang seterusnya ialah perbuatan mencuri yang semakin popular dalam
kalangan pelajar sekolah rendah. Sudah kita ketahui, kes kecurian di sekolah sudah tidak
asing lagi dalam kalangan pelajar seklah rendah mahupun sekolah menengah. Sesetengah
guru berfikir yang perbuatan ini cuma sementara dalam diri pelajar sekolah. Namun yang
demikian. Anggapan ini tidak benar kerana mencuri adalah perbuatan yang buruk, baik dari
segi pandangan orang umum atau agama. Hal ini dapat dilihat melalui Firman Allah dalam
Surah Al-Maidah ayat 38 yang berbunyi:
Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan
pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”

(Surah Al- Maidah ayat 38)

Hal ini menunjukkan bahawa Islam melarang umatnya mengambil hak kepunyaan orang lain
tanpa kebenaran ialah haram disisi agama. Salah satu punca pelajar sekolah melakukan
perbuatan ini ialah mereka tidak mengetahui yang perbuatan itu salah. Hal ini kerana
mereka lebih cenderung untuk melakukannya kerana bagi mereka ia sesuatu perbuatan
yang tidak salah dan hanya untuk suka-suka sahaja. Sehubungan dengan itu, siswa guru
memainkan peranan yang penting dengan memberi hukuman kepada murid-murid yang
melakukan perbuatan tersebut juga menasihati mereka untuk tidak mengulangi perkara
yang sama di masa yang akan datang. Mereka juga hendaklah menjalani sesi kaunseling
supaya mereka sudah insaf dan tidak mengulangi perkara yang sama.

Kesimpulannya, peranan siswa guru lepasan ijazah sarjana muda pendidikan


sememangnya sangat besar dalam mendidik akhlak pelajar sekolah juga membentuk
sahsiah diri mereka dallam kehidupan. Peranan seorang guru itu sangat besar kerana sudah
menjadi seperti sebahagian keluarga murid-murid di sekolah. Jika menurut perspektif Islam,
mereka perlu melalui proses mendidik. Mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka
berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Guru perlu mendidik
mereka dengan baik kerana ia sebahagian daripada tanggungjawab mereka. Pelajar
sekolah ibarat kain putih dan guru-guru berperanan mencorak dan melukiskannya dengan
warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.
RUJUKAN

Derani, R. (2004). Persepsi ibu bapa terhadap faktor-faktor keruntuhan akhlak remaja islam
masa kini: satu tinjauan di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar Kedah (Doctoral
dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Hashim bin Haji Bedu, Khairulhelmi bin Katip, Mohd Fahmi bin Mohd Sahid, Syed Mohamed
Syafeq Syed Mansor 2008. Keruntuhan Akhlak dan Gejala Sosial Dalam Keluarga;
Isu dan Cabaran, Seminar Kaunseling Keluarga: 51-62 diambil dari
http://www.scribd.com/doc/43830310/Seminar-Kaunseling-Keluarga-2008-51

Awang, I. (1997). Kelakuan Seks Bebas Di Kalangan Remaja Melayu. Jurnal Usuluddin, 5,

177-191.

Suhaimi, K. (2019, March 19). 8 Sebab Utama Mengapa Seseorang Boleh Terjebak
Menyalahgunakan Dadah. diambil dari
https://iluminasi.com/bm/8-sebab-utama-mengapa-seseorang-mengambil-dadah.html

Sahib, O. S. Z. (2015, November 11). Menangani keruntuhan akhlak. Diambil dari


`https://www.hmetro.com.my/node/92199

Mutalib, Z. A., & Yusop, S. H. (2019, September 19). Tangani Keruntuhan AKhlak.
diambil dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/608746/tangani-keruntuhan-
akhlak

Mohamad, N. I. (2019, April 27). Penagih dadah seawal darjah satu. Diambil dari
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/449384/penagih-dadah-seawal-
darjah-satu

Hampir 200 pelajar sekolah di Kedah terbabit salah guna ketum. (2019, January 24).
Diambil dari
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/523714/hampir-200- pelajar-
sekolah-di-kedah-terbabit-salah-guna-ketum
Chio, R. (2017, April 13). Punca Mencuri Di Kalangan Kanak-Kanak, Ibu Bapa Perlu Alert &
Pantau Pergerakan Anak. Retrieved from https://my.theasianparent.com/faktor-
mengapa-kanak-mencuri

You might also like