You are on page 1of 34

Topik  Pendidikan

Pencegahan
10 HIV/AIDS
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan peranan dan tanggungjawab komuniti dalam
menangani masalah Human Immunodeficiency Virus (HIV)/
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS – Acquired Immune
Deficiency Syndrome);
2. Menghuraikan cara melindungi diri daripada jangkitan HIV/AIDS;
dan
3. Membincangkan kesan akibat jangkitan HIV/AIDS.

 PENGENALAN
Penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS − Acquired Immune
Deficiency Syndrome) merupakan cabaran utama kesihatan awam dekad ini.
Vaksin untuk mencegah dan ubat untuk menyembuhkannya masih belum
ditemui sehingga kini. Pengetahuan tentang AIDS, pengesanan awal kes,
penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat merupakan tembok pertahanan
utama dalam menghadapi ancaman jangkitan ini.

AIDS bukan isu kesihatan sahaja, malahan penyakit ini meliputi pelbagai isu
moral dan sosial. Oleh itu, cara yang paling efektif untuk menangani masalah
AIDS adalah melalui kerjasama pelbagai agensi dalam usaha membendung
penagihan dadah yang merupakan faktor utama penularan penyakit ini di
Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Penagihan dadah merupakan satu ancaman utama kepada keselamatan dan


kesihatan negara. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan
lebih daripada 70 peratus penghidap Human Immunodeficiency Virus (HIV) di
negara ini adalah dalam kalangan penagih dadah.

Ramai juga dalam kalangan penagih dadah ini ditangkap dan dimasukkan ke
Pusat Serenti di seluruh negara untuk menjalani rawatan dan pemulihan. Semasa
mereka dalam proses pemulihan, mereka diberi penjagaan komprehensif meliputi
sesi kaunseling, ceramah, perbincangan dan terapi yang sesuai untuk mengubah
tingkah laku penagih dan mencegah jangkitan atau penularan HIV.

Tempoh pengawasan ini adalah selama dua tahun. Penagih dadah yang selesai
menjalani pemulihan akan dibebaskan dan diletakkan di bawah pengawasan
polis. Walau bagaimanapun, terdapat juga penagih dadah yang tidak dimasukkan
dan diletakkan terus di bawah pengawasan pihak polis.

Oleh itu, topik terakhir ini akan membincangkan peranan dan tanggungjawab
komuniti dalam menangani masalah HIV/AIDS, cara melindungi diri daripada
jangkitan HIV/AIDS dan kesan akibat jangkitan HIV/AIDS. Ingat! Mencegah
adalah lebih baik daripada mengubati. Mari kita teruskan.

10.1 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


MASYARAKAT DALAM MENGHADAPI
MASALAH HIV/AIDS
Tahukah anda AIDS/HIV pertama kali dikenal pasti di Amerika pada tahun 1981?
Kini, penyakit ini sudah menular sebahagian besar negara di dunia dan telah
menjadi masalah antarabangsa kerana jumlah pesakitnya sudah meningkat dalam
waktu yang singkat baik negara maju ataupun di negara membangun, termasuk
Malaysia.

Penyakit ini disebabkan oleh retrovirus HIV yang menyerang sistem pertahanan
badan sehingga menyebabkan kerosakan teruk dan setakat ini penawarnya belum
lagi diketahui sehingga kini.

Untuk menangani penularan AIDS melalui hubungan seksual, strategi yang


menyeluruh dan intensif melalui penglibatan pendidikan masyarakat berkenaan
perilaku seksual yang memudaratkan adalah diperlukan. Informasi yang benar
dan tepat tentang AIDS perlu disampaikan khususnya dalam kalangan golongan
remaja. Sejak beberapa tahun yang lepas, kerajaan dan badan bukan berkanun
telah menjalankan pelbagai aktiviti melalui media untuk memberi kesedaran
kepada orang ramai tentang bahayanya AIDS.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  209

Sebagai anggota masyarakat, kita harus membantu kerajaan dalam mencegah


gejala ini kerana ia merupakan tanggungjawab kita bersama. Kita tidak boleh
meminggirkan mereka yang telah dijangkiti virus ini.

Sebaliknya, kita perlu memberikan dorongan dan semangat untuk mereka


meneruskan kehidupan. Memandangkan penyakit ini masih tiada penawar, satu-
satunya jalan penyelesaian buat masa ini adalah dengan mengubah persekitaran
hidup kita.

10.1.1 Peranan dan Tanggungjawab Masyarakat


Statistik HIV/AIDS dari KKM pada tahun 2018 menunjukkan 80 peratus daripada
mereka yang dijangkiti terdiri daripada golongan remaja sehingga belia yang
berumur antara 30 hingga 39 tahun (lihat Rajah 10.1).

Rajah 10.1 Taburan jangkitan HIV di Malaysia mengikut peringkat umur


Sumber: KKM (2019a)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Generasi muda ini adalah penyambung kepimpinan, keharmonian, kemajuan dan


keamanan negara kita. Tanpa tindakan yang wajar diambil dengan segera,
bilangan yang dijangkiti penyakit ini akan meningkat. Oleh itu, mereka perlu
diberi pendidikan yang tepat dan betul tentang bahayanya.

Sebagai sebuah masyarakat, kita tidak boleh meletakkan semua tanggungjawab


untuk mencegah HIV/AIDS kepada pihak kerajaan semata-mata. Sebaliknya,
pencegahan HIV/AIDS adalah tanggungjawab kita bersama.

Terdapat beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk membantu pesakit
HIV/AIDS dan mencegah virus berbahaya ini daripada menular dengan lebih
meluas lagi. Antara langkah tersebut dinyatakan dalam Jadual 10.1.

Jadual 10.1: Enam Langkah Bantuan kepada Pesakit HIV dan Pencegahannya

Langkah Huraian
Memberikan Penawar bagi virus HIV/AIDS masih belum dijumpai. Oleh itu,
sokongan dan sesiapa yang dijangkiti virus ini boleh menemui maut. Kebanyakan
semangat daripada mereka mungkin berasakan kehidupan mereka tidak
berguna lagi. Namun begitu, tanggapan mereka ini adalah salah.
Mereka masih boleh menyumbangkan tenaga dan idea untuk
mencegah wabak penyakit ini daripada menular.
Sebagai sebuah masyarakat, kita boleh membantu mereka dengan
memberi mereka dorongan dan sokongan untuk meneruskan
kehidupan dengan membuat kebajikan. Kita tidak boleh
meminggirkan mereka kerana mereka juga adalah manusia. Mereka
boleh memberi ceramah atau melakukan kerja kebajikan yang
bersesuaian dengan mereka supaya penyakit berbahaya ini tidak
merebak.
Membantu Apabila seseorang itu telah disahkan menghidapi penyakit
mereka dari HIV/AIDS, harapan untuk mereka terus hidup mungkin sukar.
segi Terdapat antara mereka yang mungkin dipecat daripada kerja dan
kewangan perkara ini tidak seharusnya berlaku. Majikan sepatutnya membantu
dengan memberikan galakan kepada mereka kerana golongan ini
masih lagi mampu memberi idea yang bernas untuk organisasinya.
Pada kebiasaannya, kos rawatan bagi penyakit ini adalah tinggi dan
kebanyakan pesakit tidak mampu membayarnya. Oleh itu, sebagai
warga yang prihatin, anda boleh memberi sedikit bantuan dari segi
kewangan dan sokongan moral kepada mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  211

Tidak Meminggirkan pesakit HIV/AIDS bukanlah satu pendekatan yang


meminggirkan baik. Sebaliknya, kita harus menerima mereka dengan seadanya.
mereka Semua orang melakukan kesilapan. Golongan ini tidak meminta
penyakit itu tetapi kelekaan dunia dan kesilapan diri menyebabkan
mereka menjadi sedemikian.
Malangnya, terdapat dalam kalangan mereka yang dijangkiti penyakit
ini akibat kecuaian orang lain. Contohnya, seorang isteri mendapat
jangkitan tersebut dari suaminya yang dijangkiti penyakit ini. Cuba
bayangkan, kalau anda berada dalam situasi mereka, tentu anda akan
berasa tertekan dan berkemungkinan hilang panduan hidup.
Memberi Pendidikan ialah cara yang terbaik untuk mencegah virus berbahaya
pendidikan ini dari menular. Namun begitu, pendekatan dalam pendidikan yang
yang betul dan disampaikan adalah penting. Sejak beberapa dekad ini, kerajaan telah
secukupnya membelanjakan jutaan ringgit untuk mengadakan ceramah, bengkel,
kaunseling, menerbitkan majalah dan sebagainya sebagai langkah
kesedaran dan pencegahan virus HIV/AIDS.
Pada hakikatnya, usaha sedemikian masih tidak mencukupi. Anda
tidak boleh meletakkan semua beban dan tanggungjawab ini kepada
kerajaan semata-mata kerana anda juga mempunyai peranan sendiri
dalam memastikan misi ini berjaya.
Anda boleh mendidik anak-anak anda, keluarga dan rakan supaya
menjauhi aktiviti yang boleh membawa kepada jangkitan HIV/AIDS
seperti seks bebas atau menghisap dadah. Hal ini demikian kerana
penyakit ini paling kerap diakibatkan oleh dua punca tersebut. Oleh
itu, pendidikan daripada akar umbi atau di rumah seharusnya
diterapkan supaya penyakit ini berkurangan.
Sentiasa Anak ialah harta yang tidak ternilai. Mereka juga pewaris untuk
memantau generasi akan datang. Pada masa kini, terdapat pelbagai masalah
aktiviti anak berkaitan dengan golongan muda. Pada kebiasaannya, masalah ini
berpunca daripada keluarga. Oleh yang demikian, ibu bapa harus
memainkan peranan utama dalam mendidik dan memantau anak
daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak menyihatkan supaya
mereka menjadi insan yang berguna.
Mereka juga harus meluangkan masa untuk anak supaya mereka rasa
diri mereka disayangi dan dihargai. Dengan pendekatan ini, masalah
penagihan dadah dan seks bebas dapat dicegah dan penyakit
HIV/AIDS dapat dijauhi.
Sentiasa Badan yang sihat dan cergas menjanjikan kehidupan yang sempurna.
mengamalkan Apabila anda mengamalkan gaya hidup yang sihat, secara
gaya hidup automatiknya anda dapat mengelak daripada melakukan aktiviti yang
sihat tidak bermoral seperti seks bebas atau menagih dadah; seterusnya
dapat mengelak daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini. Amalan
gaya hidup yang sihat merangkumi semua aspek kesihatan dari segi
pemakanan, senaman dan aktiviti harian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

10.1.2 Agensi Pencegahan dan Kawalan HIV/AIDS


Menurut kajian yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Umum (IKU) yang
melibatkan seramai 27,497 golongan remaja berusia 13 hingga 17 tahun, daripada
212 buah sekolah terpilih di Malaysia telah menunjukkan bahawa seramai 2,007
atau kira-kira 7.3 peratus remaja pernah melakukan seks (Intan Mas Ayu Shahimi,
2018).

Tambahan pula, sebanyak kira-kira 35 peratus remaja lelaki mengakui pernah


melakukan hubungan seks sebelum berumur 14 tahun. Seramai 27 peratus remaja
perempuan pula mengakui pernah melakukan hubungan seks sebelum berumur
14 tahun. Sesungguhnya, statistik ini sangat meresahkan semua pihak. Rajah 10.1
tadi juga menunjukkan sebanyak tiga peratus daripada golongan remaja yang
berumur antara 13 hingga 19 tahun terjerumus dalam kancah najis dadah pada
tahun 2018.

Selain itu, menurut Elisha Kor Krishnan, Timbalan Setiausaha Agung Majlis AIDS
Malaysia (MAC), terdapat 2,864 atau 40 peratus kes jangkitan HIV/AIDS melalui
hubungan seks direkodkan sepanjang tahun 2016 (Hanneeyzah Bariah Baharin,
2018). Menurutnya, trend penularan gejala HIV/AIDS telah berubah kepada
kegiatan seks bebas daripada perkongsian jarum sesama penagih dadah sepanjang
2016.

Oleh itu, beberapa agensi dan badan bukan kerajaan yang bergiat dalam
mencegah dan mengawal masalah akibat jangkitan penyakit ini telah dikenal pasti
oleh kerajaan untuk membantu menanganinya. Keratan akhbar Berita Harian,
yang bertarikh 12 Oktober 2019 membuktikan komitmen negara kita untuk
membanteras dadah (lihat Rajah 10.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  213

Rajah 10.2: Laporan akhbar dalam talian Berita Harian yang melaporkan komitmen
negara kita untuk membanteras dadah
Sumber: BERNAMA (2019)

Di samping itu, peranan Majlis AIDS Malaysia (MAC) juga memainkan peranan
yang penting dalam mencegah, menyelaras dan meningkatkan kesedaran tentang
HIV/AIDS seperti dipaparkan dalam Rajah 10.3.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
214  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Rajah 10.3: Keratan akhbar dalam talian Sinar Harian yang melaporkan usaha Majlis
AIDS Malaysia (MAC − Malaysian AIDS Council) untuk memastikan penghidap
HIV/AIDS tidak didiskriminasi oleh rakan sekerja mereka
Sumber: BERNAMA (2018)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  215

Antara agensi pencegahan dan kawalan HIV/AIDS di Malaysia ialah:

(a) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)


Agensi yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia ini
ditubuhkan pada tahun 2004 setelah kerajaan meluluskan Akta AADK 2004.
Apakah objektif AADK? Antara objektif agensi ini adalah:

(i) Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah;

(ii) Merawat dan memulihkan penagih dadah;

(iii) Mencegah penagihan semula; dan

(iv) Membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

(b) PEMADAM
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) ditubuhkan pada tahun
1976 sebagai badan bukan kerajaan untuk memerangi ancaman dadah di
Malaysia.

Apakah objektif PEMADAM? Antara objektif persatuan ini ditubuhkan


adalah:

(i) Bekerjasama dengan kerajaan untuk menghapuskan pengeluaran dan


perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan
penyalahgunaan dadah;

(ii) Menjalankan penyelidikan dan menghapuskan penyalahgunaan


dadah;

(iii) Memulihkan penagih dadah;

(iv) Menyedarkan masyarakat akan penyalahgunaan dadah dan


menggalakkan masyarakat untuk mencegahnya; dan

(v) Melancarkan kegiatan dan kerjasama dengan persatuan dan badan lain
yang mempunyai tujuan yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

(c) Pusat Serenti


Pusat Serenti ialah pusat pemulihan yang ditubuhkan oleh kerajaan
Malaysia untuk memulihkan penagih dadah sama ada yang baharu mula
menagih atau penagih yang berulang. Pusat ini ialah hasil kerjasama AADK
dan PEMADAM. Para penagih diberikan rawatan detoksifikasi dan rawatan
pemulihan daripada ketagihan.

Selain itu, kaunseling dan motivasi turut diberi untuk memberi kesedaran
tentang bahaya dadah serta cara menjadi insan yang berguna kepada
keluarga, bangsa dan agama. Para pelatih juga diberi latihan kemahiran
tertentu untuk membaiki diri dan mengisi masa lapang.

(d) Polis dan Kastam


Pihak polis dan kastam merupakan dua institusi yang sentiasa menjalankan
aktiviti pencegahan dadah. Mereka bertindak mengawasi perairan negara
dan mengawal pintu masuk ke negara supaya tidak dicerobohi oleh
penyeludup dadah. Polis juga turut berperanan menahan masyarakat yang
terlibat dalam seks bebas (lihat Rajah 10.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  217

Rajah 10.4: Laporan berita daripada BERNAMA yang menunjukkan tindakan kerajaan
untuk melihat penagih dadah sebagai pesalah jenayah
Sumber: BERNAMA (2019)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

(e) Agensi Swasta


Terdapat beberapa agensi swasta yang turut sama menghapuskan masalah
penyalahgunaan dadah di Malaysia selain kerajaan. Antaranya ialah
Pengasih dan MB Rehabilitation. Kedua-dua agensi swasta ini banyak
membantu memulihkan penagih dadah dan mencegah penyalahgunaan
dadah dalam kalangan masyarakat. Terdapat juga agensi swasta lain yang
terlibat untuk membantu.

(f) Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja Malaysia (PROSTAR)


Program ini dibentuk khas oleh KKM dengan sokongan dan kerjasama
pelbagai agensi yang terlibat dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS
dalam kalangan remaja Malaysia. Kelab PROSTAR merupakan sebuah
organisasi bukan kerajaan dengan rangkaian atau cawangan di seluruh
Malaysia.

Pembimbing Rakan Sebaya PROSTAR yang terdiri daripada remaja terlatih


yang bertindak sebagai pemberi maklumat, membimbing serta mendidik
remaja lain tentang HIV/AIDS dan gejala sosial. Remaja yang dilengkapkan
dengan maklumat tersebut menjadi pendinding remaja daripada jangkitan
HIV.

Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli Kelab PROSTAR termasuklah:

(i) Aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen


kesedaran AIDS dan kem motivasi di sekolah dan kilang;

(ii) Sesi kaunseling remaja;

(iii) Latihan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) PROSTAR;

(iv) Menerbitkan dan mengedarkan surat berita (newsletter); dan

(v) Aktiviti lain seperti promosi di laman web PROSTAR, kedai PROSTAR
(salun, keropok dan cendera hati).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  219

Formula PROSTAR terdiri daripada beberapa simbol berikut (lihat


Rajah 10.5).

Rajah 10.5: Formula PROSTAR untuk mencegah HIV/AIDS


Sumber: KKM (2017)

(g) Majlis AIDS Malaysia (MAC − Malaysian AIDS Council)


MAC telah ditubuhkan pada tahun 1992 (lihat Rajah 10.6).

Rajah 10.6: Logo Majlis AIDS Malaysia (MAC − Malaysian AIDS Council)
Sumber: MAC (2019)

MAC bekerjasama dengan agensi kerajaan, sektor swasta dan organisasi


antarabangsa untuk memastikan usaha yang komited dan berkesan
terhadap isu HIV/AIDS di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Apakah objektif utama MAC? Objektif utama MAC adalah (MAC, 2019):

(i) Meningkatkan kesedaran HIV/AIDS;

(ii) Mencegah penyebaran HIV;

(iii) Menghapuskan diskriminasi, stigma dan prejudis yang berkaitan


dengan HIV/AIDS;

(iv) Mempromosi dan melindungi hak mereka yang terdedah pada


HIV/AIDS;

(v) Memastikan kualiti hidup yang terbaik bagi mereka yang mempunyai
HIV/AIDS; dan

(vi) Menyediakan penjagaan dan sokongan kepada individu dengan


HIV/AIDS.

10.1.3 Penjagaan dan Sokongan


Statistik dari KKM menunjukkan bahawa 45 peratus daripada penagih dadah
yang dikenal pasti pada tahun 2018 berusia antara 20 hingga 29 tahun (rujuk
kembali Rajah 10.1). Hal ini bermakna golongan muda merupakan golongan yang
paling ramai terjebak dalam kancah masalah ini.

Oleh itu, pelbagai agensi yang berkaitan harus berusaha dengan lebih gigih untuk
menangani masalah ini. Agensi seperti Pusat Serenti dan Pengasih sentiasa
mengalu-alukan kehadiran para penagih untuk diberi pemulihan yang
sewajarnya. Mereka sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada mereka
untuk memulihkan diri mereka. Tindakan ini merupakan salah satu usaha penting
untuk menangani masalah HIV/AIDS daripada terus menular.

Penjagaan rapi dibuat oleh kedua-dua institusi ini untuk memastikan bahawa
setiap penagih menjalani semua aktiviti yang ditetapkan supaya mereka tidak
dapat lari dari pusat itu. Contoh aktiviti yang disediakan ialah ceramah agama,
ceramah motivasi, berkebun, bergotong-royong, bengkel kemahiran membuat
perabot (bagi lelaki) dan kursus membuat baju atau masakan (bagi wanita).

Objektifnya adalah menghindarkan para penagih daripada mengingati dadah dan


membantu mereka mengisi masa dengan kegiatan yang berfaedah. Agensi seperti
ini turut memberikan khidmat kaunseling dan motivasi untuk menyokong para
penagih dalam menjalani proses pemulihan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  221

Tahukah anda bilakah Hari AIDS Sedunia? Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(PBB) telah mengisytiharkan tarikh 1 Disember setiap tahun sebagai „Hari AIDS
Sedunia‰ (lihat Rajah 10.7).

Rajah 10.7: Simbol Hari AIDS Sedunia

Pengisytiharan ini antara lain bertujuan menggalakkan sokongan masyarakat dan


pembangunan program untuk mencegah jangkitan HIV, di samping memberi
kesedaran dan pendidikan mengenai isu berkaitan dengan HIV/AIDS. Pada
tahun 2018, tema Hari AIDS sedunia ialah „Ketahui Status, Dapatkan Rawatan.‰

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Nyatakan langkah yang boleh kita ambil untuk membantu pesakit


HIV/AIDS dan mencegah virus berbahaya ini daripada menular
dengan lebih luas.

2. Namakan agensi pencegahan dan kawalan HIV/AIDS di


Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

10.2 MELINDUNGI DIRI DARIPADA HIV/AIDS


Seperti yang anda ketahui, HIV dan AIDS ialah sindrom penyakit yang
disebabkan oleh sejenis virus yang melemahkan sistem pertahanan badan.
Akibatnya, badan tidak berupaya melawan serangan kuman dan virus lain.
Pesakit juga mudah mendapat penyakit barah, contohnya barah kulit.

Oleh itu, kita mesti sentiasa berwaspada supaya tidak dijangkiti oleh virus
tersebut. Dalam subtopik ini, anda akan mempelajari dengan lebih mendalam
tentang virus penyakit ini. Tiga elemen penting yang akan anda pelajari ialah
elemen dalam rantai jangkitan HIV/AIDS, kitaran biologi HIV/AIDS dan
mengenal pasti masalah dan tindakan yang bersesuaian.

Kefahaman yang mendalam tentang HIV/AIDS sama ada dari segi cara transmisi,
cara pencegahan, pencegahan sejagat dan pengurusan jenazah adalah amat
penting dalam usaha mencegah wabak penyakit ini daripada terus merebak.

Apakah langkah pencegahan daripada HIV/AIDS? Memandangkan tiada ubat


atau rawatan yang dapat menyembuhkan HIV/AIDS setakat ini, maka langkah
pencegahan ialah cara yang terbaik bagi mengawal jangkitan penyakit ini.

Contoh langkah pencegahan ini ialah:

(a) Hindari seks di luar perkahwinan.

(b) Elakkan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenal pasti latar
belakangnya.

(c) Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.

(d) Gunakan kondom, jika isteri atau suami telah dijangkiti.

(e) Jangan melakukan hubungan seks sejenis.

(f) Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur dan berus gigi yang
boleh dicemari oleh darah.

(g) Jangan menderma darah atau organ badan, jika dijangkiti.

(h) Jangan menagih dadah.

(i) Hindari daripada perkongsian jarum dan alat suntikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  223

(j) Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan
rambut yang memungkinkan anda terpaksa berkongsi pisau cukur atau
menggunakan pisau cukur pakai buang.

(k) Bagi wanita yang dijangkiti, elakkan daripada mengandung.

(l) Sebagai langkah asas, berikan didikan agama dan moral kepada anak untuk
membentuk tingkah laku yang positif dan mengelakkan berisiko tinggi.

Apakah tindakan yang perlu diambil, jika anda didapati HIV positif? Anda akan
diberi rawatan yang perlu dan kaunseling perubatan tentang AIDS. Anda juga
akan diajar cara menjaga kesihatan dan mengelak daripada menyebarkan
penyakit ini kepada orang lain.

Apakah langkah keselamatan untuk pesakit AIDS? Langkah keselamatan untuk


pesakit AIDS adalah seperti yang berikut:

(a) Simpan nombor telefon yang penting.

(b) Pastikan rumah anda adalah selamat.

(c) Pastikan peralatan peribadi yang penting boleh didapati dengan mudah
seperti sarung tangan pakai buang, tuala wanita dan lampin.

(d) Jangan menderma darah.

(e) Amalkan pemakanan yang sihat.

(f) Lindungi diri anda daripada sebarang penyakit. Contohnya, elakkan


daripada berada berdekatan dengan orang yang sakit, pakai perlindungan
muka atau topeng sewaktu melawat pesakit dan elakkan daripada mendapat
luka.

(g) Gunakan kondom sewaktu melakukan hubungan seks untuk melindungi


pasangan anda daripada dijangkiti.

(h) Hentikan menagih dadah jika anda seorang penagih. Jangan menyuntik
dadah atau berkongsi jarum dengan penagih dadah lain.

(i) Jika anda seorang wanita, elakkan daripada hamil kerana virus ini boleh
dipindahkan kepada bayi yang dikandungkannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

10.2.1 Elemen dalam Rantai Jangkitan HIV/AIDS


Seperti yang telah diterangkan tadi, AIDS bermaksud Sindrom Kurang Daya
Tahan Penyakit (Acquired Immune Deficiency Syndrome). AIDS merupakan
peringkat terakhir daripada spektrum jangkitan HIV yang sistem daya ketahanan
badan yang melawan pelbagai kuman jangkitan telah dilumpuhkan oleh virus
HIV. Mari kita lihat tiga terma penting dalam memahami jangkitan AIDS yang
diterangkan dalam Jadual 10.2.

Jadual 10.2: Tiga Terma Penting dalam AIDS

Terma Maksud
Perolehan Jangkitan yang dipindahkan dari seorang individu kepada individu lain
dan bukan diperoleh daripada keturunan.
Kekurangan Menerangkan keadaan keupayaan semula jadi badan melindungi diri
imun daripada pelbagai penyakit dan jangkitan sangat lemah. Badan tidak
berupaya lagi melindungi diri daripada jangkitan dan pelbagai jenis
penyakit dan barah.
Sindrom Merupakan gabungan tanda dan gejala yang berpunca daripada
keadaan satu kombinasi tertentu sebagai gambaran klinikal sesuatu
penyakit.

AIDS disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai Human Immune deficiency
Virus (HIV). HIV menyerang dan melemahkan sistem pertahanan badan manusia,
iaitu pertahanan semula jadi badan terhadap semua jenis jangkitan. Lambat-laun,
virus ini akan memusnahkan keupayaan semula jadi badan untuk melawan
jangkitan dan beberapa jenis kanser.

AIDS merupakan penyakit yang paling serius terjadi akibat jangkitan HIV. Bagi
mereka yang menghidap AIDS, jangkitan dan penyakit yang biasanya tidak
berbahaya boleh mengancam nyawa seperti jangkitan oportunis yang berpunca
daripada mikrob yang lazimnya tidak menyebabkan penyakit pada orang sihat.

Kriteria yang digunakan untuk mentakrifkan AIDS merangkumi semua pesakit


yang dijangkiti HIV yang mempunyai bilangan sel CD4 + T kurang daripada 200.
Sel ini juga dikenal sebagai sel T4. Sel T4 ialah „pejuang‰ utama dalam sistem
pertahanan badan yang melawan penyakit. Orang dewasa yang sihat selalunya
mempunyai 1,000 atau lebih sel T4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  225

(a) Sindrom AIDS


Istilah AIDS merujuk peringkat jangkitan HIV yang paling lanjut. Gejala
yang lebih teruk mungkin tidak akan muncul dalam tempoh satu dekad atau
lebih selepas HIV mula-mula menjangkiti badan mangsa. Penyakit HIV akan
bertukar menjadi AIDS apabila sistem pertahanan badan terjejas teruk dan
pelbagai komplikasi mula timbul.

Kebanyakan keadaan yang membentuk AIDS adalah akibat jangkitan yang


bersifat oportunis (iaitu merujuk jangkitan mikro organisma yang biasanya
tidak menyebabkan penyakit pada orang sihat) seperti:

(i) Jangkitan paru-paru yang dicirikan oleh batuk, sesak nafas dan sakit
dada (contohnya, pneumonia dan tuberkulosis pulmonari atau miliari
akut).

(ii) Cirit-birit yang teruk dan berterusan.

(iii) Jangkitan pada otak atau kanser yang dicirikan oleh kekeliruan,
demam, sawan, kehilangan penglihatan, sakit kepala yang teruk dan
loya.

(iv) Berat badan menyusut dengan teruk.

(v) Cytomegalovirus (CMV), sejenis jangkitan yang biasanya menyerang


mata.

(vi) Kandida, sejenis jangkitan fungus yang menyebabkan seriawan


(lapisan keputihan nipis dalam mulut), jangkitan dalam tekak atau
faraj.

(vii) Mereka yang menghidap AIDS sangat cenderung mendapat pelbagai


jenis kanser seperti sarkoma kaposi, sejenis kanser kulit yang dicirikan
oleh bintil atau tompok ungu/merah jambu yang timbul pada kulit;
atau kanser sistem pertahanan badan yang dikenal sebagai limfoma.

(b) Komplikasi
Oleh sebab pesakit AIDS telah mengalami kelumpuhan fungsi sistem imun,
mereka lebih mudah jatuh sakit berbanding dengan mereka yang memiliki
tindak balas imun yang sihat. Komplikasi yang mungkin berlaku ialah:

(i) Pneumocystis Carinii Pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru)


yang boleh membawa maut. Penyakit ini memusnahkan paru-paru
pesakit AIDS.

(ii) Cytomegalovirus Retinitis – Merupakan penyakit mata berkaitan AIDS


yang serius dan boleh menyebabkan buta.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

(iii) Sarkoma Kaposi – Merupakan kanser berkaitan AIDS yang


menyebabkan ketumbuhan atau tumor pada kulit yang berwarna
merah jambu atau ungu.

(iv) AIDS wasting syndrome – Melibatkan penurunan berat badan yang


ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang
berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari.

Adakah terdapat penawar untuk AIDS? Sehingga kini, masih belum ditemui
sebarang vaksin untuk melawan HIV atau sebarang ubat yang boleh
menyembuhkan AIDS. Walau bagaimanapun, terdapat ubat yang boleh
memperlahankan kemerebakan HIV dalam badan dan kerosakan sistem
pertahanan badan.

Terdapat jenis ubat-ubatan lain yang boleh mencegah atau merawat sesetengah
jenis jangkitan oportunis (opportunistic infection). Risiko penularan HIV daripada
wanita hamil kepada janinnya dapat dikurangkan dengan banyak sekiranya ubat
tertentu diberi kepada ibu semasa hamil, semasa kelahiran dan bersalin dan juga
diberi kepada bayi semasa enam minggu pertama hayatnya. Sarkoma Kaposi atau
kanser yang lain pula boleh dirawat dengan radiasi dan kemoterapi.

10.2.2 Kitaran Biologi HIV/AIDS


HIV menyerang dengan perlahan-lahan dan memusnahkan sesetengah sel darah
putih dalam badan (sel T CD4+). Dalam keadaan normal, sel ini membantu tubuh
melawan jangkitan kuman dan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria.
Apabila HIV telah menyerang badan seseorang, sel ini tidak lagi mampu
melaksanakan tanggungjawab mereka kerana telah dimusnahkan secara
perlahan-lahan oleh HIV. Hal ini bermaksud bahawa HIV akan turut
memusnahkan keupayaan tubuh badan untuk melawan penyakit.

Sebenarnya, AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV.


Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa (lihat Rajah 10.8).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  227

Rajah 10.8: Kitaran biologi HIV/AIDS

10.2.3 Kenal Pasti Masalah dan Tindakan yang


Bersesuaian
Virus HIV/AIDS boleh menjangkiti sesiapa sahaja kerana virus penyakit ini tidak
mengira umur, warna kulit mahupun agama tetapi juga bergantung pada diri kita
sendiri. Jika anda tidak terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral, anda boleh
menghindari HIV/AIDS dengan lebih baik lagi. Cara AIDS menjangkiti seseorang
ditunjukkan dalam Rajah 10.9.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Rajah 10.9: Empat cara virus HIV berjangkit

Perkongsian picagari dan jarum dalam kalangan pengguna dadah diakui sebagai
mempunyai hubungan atau berkait rapat dengan jangkitan HIV/AIDS khususnya
pada permulaan wabak penyakit ini. Biasanya disebut sebagai kongsi picagari
atau kongsi jarum, amalan ini melibatkan dua atau lebih pengguna dadah
berturutan menggunakan jarum dan/atau picagari yang sama untuk menyuntik
satu dos dadah cecair seperti heroin, kokain, amfetamina atau buprenorphine.

Perlakuan yang mendorong amalan kongsi jarum dan picagari termasuklah


perbuatan pinjam dan meminjamkan, menjual, membeli dan menyewa, ataupun
memungut picagari yang sudah dipakai dan dibuang oleh pengguna lain. Kurang
kesedaran tentang risiko atau kemungkinan jangkitan HIV/AIDS menyebabkan
serta menggalakkan amalan kongsi jarum dan picagari ini.

Malahan, amalan berkongsi ini dipengaruhi kuat oleh latar belakang pengamal,
norma dan ritual kelompok, kesukaran mendapat alatan suntikan yang bersih dan
ketidakupayaan membawa alatan suntikan kerana keadaan persekitaran keluarga,
masyarakat (sosial) dan undang-undang. Semua faktor demikian menjelaskan
sebab jarum dan picagari masih dikongsi bersama meskipun terdapat alatan
suntikan yang bersih dan steril.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  229

Terdapat beberapa cara lain bagi jangkitan HIV, umumnya dalam situasi sosial
apabila pengguna dadah secara suntikan menyediakan dan menggunakan dadah
bersama-sama atau beramai-ramai. Contohnya, pengguna dadah secara suntikan
lazim berkongsi alatan lain ketika menyediakan dadah yang disuntik, misalnya
tempat memasak, cawan air, penapis, sudu, kapas kesat, ampul dan bekas lain
yang digunakan bagi menyediakan, menyimpan dan membawa dadah.

Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan
hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah
dijangkiti memasuki badan manusia yang belum dijangkiti. HIV berjangkit
melalui pemindahan sebarang bendalir daripada tubuh mereka yang telah
dijangkiti kepada orang lain. Virus ini boleh didapati dalam bendalir badan
seperti:

(a) Darah;

(b) Cecair seminal/air mani (dan air mazi);

(c) Rembesan faraj; dan

(d) Susu badan.

Seperti yang dinyatakan dalam Rajah 10.9, AIDS juga boleh merebak daripada ibu
yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungkannya. Berdasarkan fakta ini,
aktiviti yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan AIDS adalah
seperti yang berikut:

(a) Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan daripada kedua-dua


jantina;

(b) Melakukan hubungan seks dengan pelacur;

(c) Berkongsi jarum dan picagari dalam kalangan penagih dadah;

(d) Melakukan hubungan seks dengan individu yang telah dijangkiti tanpa
sebarang perlindungan seperti kondom;

(e) Pemindahan darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke
dalam sistem peredaran darah orang lain; dan

(f) Pemindahan organ − Daripada organ, tisu atau air mani mereka yang telah
dijangkiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Walau bagaimanapun, AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan ataupun


konteks biasa seperti:

(a) Berpegangan tangan;

(b) Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak;

(c) Berjabat tangan;

(d) Bekerja bersama;

(e) Bermain; dan

(f) Ciuman ringan.

Selain itu, anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan:

(a) Berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi,


tandas atau melalui gigitan nyamuk.

(b) Menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah
tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja.

(c) Proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang
didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi
AIDS. Antibodi AIDS ialah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang
dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus HIV.

(d) Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS
kerana virus HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan
tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus HIV.

Seseorang itu dianggap sebagai pembawa AIDS apabila ujian darahnya didapati
positif terhadap antibodi AIDS walaupun dia belum menunjukkan sebarang gejala
AIDS.

Terdapat dua rawatan untuk penyakit HIV/AIDS, iaitu:

(a) Rawatan Farmakologi


Rawatan untuk HIV melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan
merawat simptom yang dialami oleh pesakit. Dadah yang digunakan untuk
rawatan ini diterangkan dalam Jadual 10.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  231

Jadual 10.3: Empat Jenis Dadah yang Digunakan dalam Rawatan Farmakologi

Jenis Huraian
Dadah Dadah antiretrovirus menyerang dan memusnahkan
antiretrovirus retrovirus, termasuklah HIV. Kebelakangan ini, para
penyelidik telah mencapai kemajuan besar dalam
penghasilan pelbagai rawatan pilihan bagi HIV/AIDS.

Sejak akhir tahun 1980-an, para profesional perubatan di


Amerika telah menggabungkan dadah antiretroviral ke
dalam rawatan yang dipreskripsikan kepada pesakit yang
dijangkiti. Kombinasi tiga atau lebih dadah antiretroviral
yang biasanya dipanggil „dadah koktel,‰ didapati
berkesan dalam menurunkan paras jangkitan HIV dalam
tubuh individu yang dijangkiti, dengan cara
memperlahankan kemerebakan HIV.
Perencat protease HIV akan melalui proses replikasi dan menjangkiti sel
yang sihat dalam tubuh pembawa HIV. Keseluruhan
proses ini akan menyebabkan pembentukan AIDS. HIV
memerlukan sejenis enzim yang dikenal sebagai protease
untuk proses replikasi. Perencat protease menghalang
enzim ini dengan berkesan dan seterusnya menyekat
replikasi daripada berlaku.
Nucleoside Reverse Untuk HIV digandakan, enzimnya mestilah memasuki
Transcriptase nukleus sel seseorang pesakit. Satu enzim yang dikenal
Inhibitors (NRTI) sebagai HIV Reverse Transcriptase membantu
dan Non-nucleoside menggandakan bahan genetik HIV dalam nukleus sel
Transcriptase pesakit tersebut. NRTI adalah penghalang enzim Reverse
Inhibitors (NNRTI) Transkriptase ini. Oleh itu, NRTI dapat melengahkan
tindakan enzim HIV ini.
Gabungan dadah Perencat protease, nukleosida dan bukan nukleosida
menghalang pelbagai fungsi HIV yang berbeza. Dadah
antiretrovirus, jika diberi secara bersendirian, gagal
menghasilkan kesan yang berpanjangan. Oleh itu,
beberapa jenis dadah diberi secara gabungan.

(b) Rawatan Bukan Farmakologi


Tujuan pengurusan adalah memberikan khidmat perubatan yang terbaik
kepada individu yang telah dijangkiti AIDS, bagi mengurangkan kadar
kesengsaraan dan mengelakkan diskriminasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

(i) Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk individu


yang dijangkiti HIV disepadukan ke dalam perkhidmatan rawatan
perubatan. Rawatan ini boleh didapati di semua hospital. Program ini
dikelolakan oleh Bahagian Perubatan dan Cawangan AIDS/STD,
Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia.

(ii) Rawatan termasuk kaunseling diberi kepada pesakit HIV/AIDS sama


ada pesakit luar atau pesakit dalam wad. Kaunseling diberi sebelum
dan selepas pesakit diuji untuk HIV.

(iii) Kesemua pesakit yang dijangkiti HIV dirawat oleh pakar di hospital
yang terdekat. Disebabkan implikasi jangkitan HIV/AIDS adalah
serius, rujukan kepada doktor pakar yang berpengalaman adalah perlu
sebelum sebarang diagnosis dipastikan. Tiada wad ataupun hospital
yang khas untuk pesakit AIDS ataupun mereka yang disyaki HIV
positif. Pemencilan pesakit AIDS hanya dilakukan atas sebab
perubatan, contohnya jika pesakit telah tenat.

(iv) Pesakit diberi jagaan perubatan sepenuhnya termasuklah penggunaan


Azidothymidine (AZT) setelah disarankan oleh pakar yang
menjalankan rawatan. Garis panduan tentang penggunaan AZT telah
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

(v) Kesemua individu yang dijangkit HIV perlu menghadiri rawatan


lanjutan setiap tiga hingga enam bulan.

(vi) Kesemua pesakit HIV akan diberikan kaunseling perubatan yang


intensif oleh doktor.

(vii) Kesemua pesakit akan diberitahu tentang diagnosis dan dinasihatkan


mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai.

Di samping terapi dadah, terdapat satu faktor lagi yang boleh menyumbang
ke arah kehidupan yang lebih panjang dan sihat untuk pesakit AIDS, iaitu
pemakanan yang sihat. Makanan berkhasiat membantu pesakit AIDS
mengekalkan kesihatan mereka dengan memberikan perlindungan daripada
komplikasi jangkitan berkaitan HIV.

Pengambilan makanan berkalori tinggi bersama protein dan karbohidrat


yang cukup boleh mempertahankan diri daripada kekurangan zat makanan,
malserapan nutrien, penurunan sistem imun dan susut badan. Pemakanan
yang baik akan membantu mengurangkan kesan buruk dadah dan
meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap ubat-ubatan tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  233

Sesungguhnya, peratus jangkitan baharu HIV/AIDS melalui perkongsian jarum


telah dikurangkan daripada 70 peratus pada tahun 2002 kepada 48 peratus pada
tahun 2010 dan pada tahun 2018, hanya tiga peratus. Namun begitu, kita masih
perlu berusaha untuk menurunkan peratusan ini kerana gejala ini secara tidak
langsung menunjukkan gaya hidup yang tidak sihat dalam kalangan masyarakat.

SEMAK KENDIRI 10.2

Nyatakan langkah pencegahan bagi mengawal jangkitan penyakit


HIV/AIDS.

AKTIVITI 10.1

Pernahkah anda mendengar petugas yang mengendalikan pesakit


HIV/AIDS mendapat jangkitan ketika bertugas? Cari maklumat
mengenainya dan bincangkan dalam forum myINSPIRE mengapakah
ia berlaku.

10.3 KESAN HIV/AIDS


Tahukah anda jangkitan HIV dan AIDS belum pernah dilaporkan di Malaysia
sebelum tahun 1986? Bilangan kes mereka yang dijangkiti HIV meningkat tahun
demi tahun. Golongan remaja dan dewasa dalam lingkungan umur 20 hingga
39 tahun ialah golongan yang paling ramai dijangkiti HIV (rujuk kembali
Rajah 10.1). Jumlah HIV yang dilaporkan dari 1986 hingga 2017 adalah sebanyak
115,263. Begitu juga, kematian yang berkaitan dengan AIDS dari 1986 hingga 2017
ialah sejumlah 42,864.

Mari kita lihat Rajah 10.10 yang menunjukkan bahawa kes jangkitan baharu
yang dikesan pada tahun 2018 ialah sebanyak 3,293 kes, iaitu 10 kes bagi setiap
100,000 penduduk. Daripada jumlah itu, sebanyak 47 kes membabitkan individu
yang berumur di bawah 18 tahun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Rajah 10.10: Status HIV pada tahun 2018 di Malaysia


Sumber: KKM (2019b)

10.3.1 Kenal Pasti Tanda dan Gejala HIV/AIDS


Bilakah seseorang itu disahkan sebagai pesakit AIDS? Seseorang itu disahkan
sebagai pesakit AIDS apabila mereka memiliki ciri-ciri berikut:

(a) Ujian darah mereka disahkan mengandungi antibodi AIDS.

(b) Mereka telah mempamerkan tanda dan gejala AIDS [rujuk Subtopik 10.2.1
(a)].

(c) Mereka telah mendapat komplikasi daripada AIDS [rujuk Subtopik 10.2.1
(b)].

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  235

Sekarang, mari kita lihat tanda dan gejala seseorang dijangkiti penyakit AIDS.
Secara amnya, pesakit AIDS akan mengalami gejala berikut:

(a) Penurunan berat badan sehingga 10 peratus yang tidak diketahui puncanya.

(b) Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan.

(c) Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku sama ada secara berkala
ataupun berterusan.

(d) Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.

(e) Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan


jangkitan saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit.

(f) Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit


yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).

(g) Jangkitan herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks


merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di
sekeliling mulut dan alat kelamin.

Mari kita lihat Jadual 10.4 menunjukkan antara implikasi kesihatan akibat
penyakit AIDS.

Jadual 10.4: Komplikasi Kesihatan Akibat Penyakit AIDS

Penyakit Huraian
Kandisiasis Penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat,
selalunya menyerang pada bahagian mulut dan
tekak.

Kaposi sarcoma Penyakit yang melumpuhkan keupayaan badan dan


menyebabkan barah pada kulit ataupun mulut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Bengkak kelenjar Penyakit yang menyerang bahagian leher, ketiak atau


pangkal paha.

Herpes simpleks Jangkitan kulit yang kelihatan seperti lepuh-lepuh


pada bahagian mulut atau kemaluan.

Bagi memastikan sama ada kuman HIV wujud dalam tubuh seseorang, satu ujian
darah antibodi HIV boleh dijalankan (contohnya, HIV ELISA, EIA, aglutinasi
partikel). Ujian ini boleh dilakukan di semua klinik dan hospital kerajaan atau
swasta. Apabila virus telah memasuki tubuh, satu sebatian yang dikenal sebagai
antibodi akan terhasil. Antibodi inilah yang dikesan dalam ujian darah yang
dijalankan.

Ujian HIV dapat mengenal pasti kewujudan antibodi dalam darah seawal dua
minggu selepas jangkitan tetapi tubuh mungkin mengambil masa selama enam
bulan untuk mengeluarkan antibodi secukupnya. Purata masa yang diambil ialah
25 hari.

Keputusan seropositif bagi ujian HIV ini membawa maksud antibodi HIV wujud
dalam saluran darah seseorang dan ia HIV positif. Untuk mendapat penyakit
AIDS, kemungkinan mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih. Rawatan
menggunakan dadah untuk melambatkan perkembangan AIDS boleh didapati
tetapi pesakit tidak boleh sembuh sepenuhnya.

Keputusan seronegatif biasanya menandakan bahawa anda tidak dijangkiti HIV.


Walau bagaimanapun, anda perlu diuji semula dalam masa enam bulan, jika anda
berisiko tinggi untuk mendapat AIDS kerana ujian ini mengambil masa begitu
panjang untuk menghasilkan antibodi yang mencukupi.

Sesiapa yang menerima keputusan HIV positif perlu mendapatkan kaunseling


sebelum dan selepas ujian ini untuk memahami keputusan ujian, membincangkan
kaedah pencegahan dan pilihan rawatan yang ada.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  237

10.3.2 Isu Berkaitan dengan HIV/AIDS


Di Malaysia, terdapat banyak isu berkaitan dengan HIV/AIDS. Isu ini banyak
mendatangkan masalah kepada masyarakat. Banyak agensi kerajaan dan bukan
kerajaan menghabiskan banyak masa, wang dan tenaga untuk menangani
pelbagai isu tersebut. Antara isu yang menjadi perbualan hangat masa kini adalah
seperti yang dipaparkan dalam Jadual 10.5.

Jadual 10.5: Antara Isu yang Berkaitan dengan HIV/AIDS

Isu Huraian
Kes jenayah Lazimnya, banyak kes jenayah melibatkan penagih. Antaranya
melibatkan penagih ialah kes kecurian, rompakan, peras ugut, rogol dan yang paling
semakin meningkat teruk ialah membunuh.
Penyalahgunaan Seperti yang dibincangkan dalam Topik 9, antara bahan yang
bahan sering disalahgunakan pada masa kini ialah dadah.
Ramai gadis Seks secara rambang bermaksud melakukan seks secara
terlibat dalam seks bertukar-tukar pasangan. Isu ini amat membimbangkan kerana
secara rambang melibatkan ramai anak gadis. Jika mereka melakukan seks tanpa
menggunakan kondom, kemungkinan dijangkiti HIV adalah
lebih tinggi. Jika wanita yang mengandung dijangkiti HIV,
kemungkinan besar akan berjangkit kepada bayinya juga.

SEMAK KENDIRI 10.3

Jelaskan tiga isu yang berkaitan dengan HIV/AIDS.

AKTIVITI 10.2

Bincangkan dalam forum myINSPIRE kesan kepada negara, jika


bilangan pesakit HIV/AIDS semakin meningkat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

• HIV dan AIDS ialah sindrom penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang
melemahkan sistem pertahanan badan.

• Masyarakat berperanan penting dalam mencegah masalah HIV/AIDS. Antara


peranannya adalah memberi sokongan dan semangat kepada pesakit yang
dijangkiti, membantu mereka dari segi kewangan, tidak meminggirkan
mereka, memberi pendidikan yang secukupnya, sentiasa memantau aktiviti
anak dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

• Agensi yang terlibat dalam membantu membanteras masalah HIV/AIDS


adalah seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Mencegah
Dadah Malaysia (PEMADAM), Majlis AIDS Malaysia (MAC – Malaysian AIDS
Council), Pusat Serenti, polis dan kastam, agensi swasta dan Program Sihat
Tanpa Aids untuk Remaja Malaysia (PROSTAR).

• Cara melindungi diri daripada HIV/AIDS ialah menghindari seks di luar


perkahwinan, mengelak daripada hubungan seks dengan berbilang pasangan,
menggunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti, menjauhi
hubungan seks sejenis serta menghindari perkongsian peralatan peribadi
seperti pisau cukur dan berus gigi yang boleh dicemari oleh darah dan lain-
lain.

• Tanda seseorang itu terkena jangkitan HIV/AIDS adalah seperti penurunan


berat badan ketara sehingga 10 peratus; cirit-birit serta batuk yang kronik dan
berterusan; demam yang berpanjangan; pembengkakan nodus limfa
terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang; dan jangkitan herpes zoster yang
berulang-ulang.

• Antara isu yang berkaitan dengan HIV/AIDS ialah peningkatan kes jenayah
melibatkan penagih, penyalahgunaan bahan dan peningkatan jumlah remaja
perempuan yang melakukan seks secara rambang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS  239

Agensi Seks rambang


Human Immunodeficiency Virus (HIV) Simptom
Isu Sindrom Kurang Daya Tahan
Penyakit (AIDS – Acquired Immune
Kesan Deficiency Syndrome)
Komuniti Sokongan
Melindungi diri Tanggungjawab
Penagihan dadah
Peranan

Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2017).


Prostar. Dicapai dari https://www.infosihat.gov.my/index.php/projek-
khas/ prostar

Hanneeyzah Bariah Baharin. (2018, Januari 14). Seks bebas antara penyumbang
peningkatan HIV/AIDS. Berita Harian. Dicapai dari https://www.bharian.
com.my/berita/nasional/2018/01/375392/seks-bebas-antara-penyumbang-
peningkatan-hivaids

Intan Mas Ayu Shahimi. (2018, Oktober 26). Tangani cabaran remaja kini.
myMetro. Dicapai dari https://www.hmetro.com.my/hati/2018/10/
389810/tangani-cabaran-remaja-kini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2019a). Taburan jangkitan HIV di


Malaysia mengikut peringkat umur. Dicapai dari https://www.facebook.
com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/taburan-jangkitan-hiv-di-
malaysia-mengikut-peringkat-umur45-penghidap-hiv-adalah/
10156537999776237/

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2019b). Status terkini HIV di Malaysia.


Dicapai dari https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/
posts/10156535529296237

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Malaysian AIDS Council (MAC). (2019). Who we are? Malaysian AIDS Council
(MAC). Dicapai dari https://www.mac.org.my/who-is-mac/our-stories/

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). (2018, Disember 2). Sokong


usaha pastikan penghidap HIV tak didiskriminasi. Sinar Harian. Dicapai
dari https://www.sinarharian.com. my/article/1707/BERITA/Nasional/
Sokong-usaha-pastikan-penghidap-HIV-tak-didiskriminasi

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). (2019, Jun 24). Kerajaan dipuji
kerana tidak lagi lihat penagih dadah sebagai pesalah jenayah. Dicapai dari
https://siakapkeli.my/2019/06/25/kerajaan-dipuji-kerana-tidak-lagi-
lihat-penagih-dadah-sebagai-pesalah-jenayah/

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). (2019, Oktober 12).


Peruntukan RM15 juta bantu AADK tambah baik program banteras dadah –
Lam Thye. Berita Harian. Dicapai dari https://www.bharian.com.my/
berita/nasional/2019/10/617045/peruntukan-rm15-juta-bantu-aadk-
tambah-baik-program-banteras-dadah

Shamsudin Mohd Sharif, Sharizad Yusof, & Mohd Sofian Omar Fauzee. (2002).
Pendidikan jasmani dan kesihatan, Tingkatan 4. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like