You are on page 1of 20

Faculty Of Education And Language

MEI 2015 /SMP ambilan SEPTEMBER 2013

HBHE2103

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

NAMA : SIN KHENG WEI


NO. MATRIKULASI : 861028295934001
NO. KAD PENGNEALAN : 861028-29-5934
NO. TELEFON : 012-9682500
E-MEL : vandhy@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

Kandungan Muka Surat

1.0Pengenalan 3-4

2.0Penyakit Berkaitan Sistem Penafasan 4-7

3.0Penyakit Cirit-Birit 7-11

4.0Penyakit Malaria 12-15

5.0Keracunan Makanan 15-18

6.0Rancangan Aktiviti
 Kecerian Dan Kebersihan Kawasan Persekitaran Sekolah 19-20
 Ceramah Kebersihan 21-22
 Pameran Pencegahan Penyakit 23-24
 Pertandingan Kuiz Kesihatan 25-26

7.0Rumusan 26

8.0Rujukan 27-28

2
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

1.0 Pengenalan

Menurut Wikipedia, Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang
menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan kepada orang yang terbabit atau
berhubung rapat dengan. Kadang kala istilah ini digunakan secara umun untuk menerangkan
kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu
struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang
boleh dibezakan.

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh
disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi dan juga oleh
penyakit keturunan.

1.1 Penyakit Kanak-Kanak

Cabaran getir menjaga anak kecil ialah mereka jatuh sakit, memandangkan pada tahap
usia baru lahir hingga kanak-kanak yang berumur 14 tahun, sistem ketahanan badan masih
belum berkembang sepenuhnya. Kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
mendapati lima juta kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun di negara-negara yang sedang
membangun akibat penyakit-penyakit dengan persekitaran mereka.

Di antara jenis-jenis penyakit yang biasanya menyerang kanak-kanak ialah seperti deman
panas, keracunan makanan, selesema, cirit-birit, jangkitan sisitem penafasan, malaria, taun
dan sebagai.

Menurut Utusan Online, dalam Perunding dan Pakar Kardiologi Kanak-Kanak, Datuk Dr.
Zulkifli Ismail berkata bahawa sebagai ibu bapa harus mengetahui sekurang-kurang fakta
asas tentang penyakit yang lazim dihadapi kanak-kanak.

Sebagai contoh, suhu badan normal pada bayi yang sihat adlah daripada 36.5 darjah
celcius sehingga 37.7 darjah celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah celcius pada

3
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

waktu petang. Jika suhu kanak-kanak meningkat, ibu bapa perlu tahu langkah-langkah awal
yang boleh diambil di rumah sebelum membawa berjumpa doktor.

2.0 Pengakit Jangkitan Pada Sistem Pernafasan

Manusia dilengkapi oleh alat yang mapu menghirup udara sehingga tubuh badan akan
dioksigen dengan pebuh. Tanpa oksigen, aktiviti dalam tubuh manusia tidak dapat
berlangsung.

Sistem pernafasan pada manusia biasa mengalami gangguan penafasan, terutama pada
kanak-kanak yang masih kecil. Bertahanan badan kanak-kanak masih lemah berbanding
dengan dewasa. Berikut adalah penyakit jangkitan pada sistem pernafasan yang biasa
dihadapi oleh kanak-kanak:

4
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

2.1 Jangkitan Kuman di Paru-Paru

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah.
Bahagian bawah terletak di dalam dada terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi
udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan
(bronchitis) dan pundi-pundi di udara (pneumoria).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneuminia. Ia adalah
jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia
disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal
pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian
bawah sistem penafasan.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada
keadaan yang membahayakan nyawa dalam masa yang singkat terutamanya dikalangan
kanak-kanak kecil.

2.1.1 Tanda-Tanda Jangkitan Kuman Paru-Paru


Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
 Pernafasan laju
 Sukar untuk bernafas
 Bibir menjadi biru
 Tidak boleh makan atau minim atau tidak kencing.

5
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

2.1.2 Rawatan Jangkitan Kuman Paru-Paru

Jenis rawatan untuk jangkitan di paru-paru bergantung kepada tahap jangkitan.

Kebanyakkannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus. Oleh itu, sistem
pertahanan badan memainkan peranan utama untuk penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini
disebabkan bakteria, antikbiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, rawatan dirumah boleh dicuba dalam bentuk pil:
 Peracetamol / Panadol
 Rehat yang secukupnya
 Minum air yang banyak.

Sejiranya jangkitan menjadi lebih serius, ubat akan diberikan melalui suntikan. Jika
jangkitan kuman di paru-paru melarutan atau menjadi kritikal, kanak-kanak perlu
dihantarkan ke hospital untuk mendapatkan aksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang
lain.

2.1.3 Langkah Mengelakkan Jangkitan Kuman Paru-Paru

Mengekalkan amalan cara hidup yang sihat adalah langkah yang paling berkesan.
Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik amat penting. Ibu menyusukan susu ibu
kepada anak amat diperlukan. Ia mangambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di
paru-paru. Contohnya:
 Vaksin batuk kokol (pertussis) dan deman campak (measles):
wajid untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak
Negara (National Childhood Immunization Programme).
 Vaksin influenza:
untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan
yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan.
 Vaksin pneomococcal:

6
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi, contohnya kanak-kanak yang tiada


limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima
rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan.

3.0 Cirit-Birit

Cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan


membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap
masa.

 Cirit-birit akut: ia terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua
minggu.
 Cirit-birit kronik: ia berterusan (berlarutan) melebihi dua minggu.

Pembuangan najis dilihat berlaku apabila najis yang dikeluarkan dari dubur yang pada
kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat berair. Keadaan ini
biasanya berlaku selama 2-4 hari tanpa sebarang rawatan. Ia menyebabkan kekeringan air
(terdehidrasi @ dehydrated) dan sekiranya berterusan akan membahayakan nyawa pesakit.

7
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

3.1 Punca Cirit-Birit

Beberapa faktor utama yang dikenali pasti masalah cirit-birit adalah:


 Minuman air yang tidak sempurna atau tidak ditapis bersih.
 Minuman air tercemar.
 Makan makanan tidak bersih dan tidak dimasak dengan betul dan menyeluruh,
seperti memakan makanan daging dan telur yang mentah atau kurang dimasak.
 Ketidaktoleransian dan alahan kepada makanan serta sensitiviti. Ini kemungkinan
apabila makan makanan yang banyak lemak misalnya lauk bersantan, daging
tidak buang lemak, makan buah tinggi lemak seperti durian juga boleh
menyebabkan cirit-birit..
 Tindak balas terhadap ubat-ubatan. Antibiotik, ubat anti-antasid yang
mengandungi magnesium juga boleh menyebabkan cirit-birit.
 Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan.

Kebiasaannya jangkitan cirit-birit tersebar melalui pengambilan makanan dan minuman


yang tercemar menyebabkan jangkitan pada usus dan cirit-birit. Keadaan ini kerana pelbagai
jenis virus, bakteria dan parasit boleh menyebabkan gastroentroenteritis dan seterusnya cirit-
birit. Antera kuman yang biasa adalah:
 Virus – Rotaviris, Norovirus, Astrovirus
 Bakteria – Shigella, Campylobacter, Escherihia coli
 Parasit – Giardia lambdia, Entamoeba histolytica

8
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

3.2 Tanda-Tanda Cirit-Birit

Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit
dibahagian ulu hati. Pesakit pada permulaan biasanya mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan
berasa sejuk diseluruh badan. Dalam keadaan lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut
mula berasa loya, muntah-muntah dan juga deman.

Selepas itu, perut berasa ketidaknormalan, kerap berlaku dalam penggerakan usus. Pada
masa itu, kehilangan banyak air dan najis yang tidak dicerna sepenuhnya. Perut terasa kejang,
sakit menyengat di bahagian ulu hati. Perut berkembungan (Flatulence), kentut berpanjangan
adalah pembunagan gas mentana asli dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan, dan kerap.

Apabila bahagian abdominal dipicit dan diurut, bunyi air dapat didengar jelas.
Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah atau mengalami
kemuntahan.

Dalam kebanyakan kes, cirit-birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2-4 hari. Namum
ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu. Misalnya dalam kes taun, cirit-birit
serius boleh berlaku sehingga seminggu dengan kehilangan setengah liter air dalam badan
dalam tempoh kira-kira sejam.

3.3 Cara Mengurus Kanak-Kanak Yang Mendapat Cirit-Birit

3.3.1 Rehidrasi
Selepas cirit-birit, air dan mineral dalam badan hilang untuk mencegah dehidrasi.
Oleh itu, ibu perlu teruskan menyusu susu ibu kepada bayi. Disamping itu, perlu memberi
kanak-kanak minum air garam rehidrasi (oral rehyration salt – ORS).

9
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

Sekiranya bayi tidak menyusu badan, teruskan bayi makanan biasa dan minum air
garam rehidrasi. Gunakan sudu atau picagari kecil untuk memberi ORS sebanyak yang
mungkin dan biasanya tidak melebihi apa yang kanak-kanak boleh minum. Sekiranya
kanak-kanak mempunyai tanda dehidrasi atau tanda-tanda yang bahaya atau tidak pasti
apa yang perlu dibuat, sila jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

3.3.2 Fasa pemulihan


Apabila keadaan kanak-kanak bertambah baik, teruskan memberi ORS dan menyusu
badan. Dengan perlahan-lahan tambahkan jumlahnya apabila selera kanak-kanak telah
kembali.

Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika kanak-kanak terus
bertambah pulih. Keadaan najis mungkin akan mengambil masa 7 hari untuk kembali
seperti biasa (sebahagian daripada proses pemulihan).

3.3.3 Susu

Ibu bapa elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati. Dapatkan nasihat
doktor jika rasa susu formula yang diberikan kepada kanak-kanak tidak sesuai untuknya.

3.3.4 Ubat-ubatan
Ubat untuk menghentikan cirit-birit hendaklah dielakkan kerana tidak selamat untuk
bayi dan kanak-kanak. Selain itu, ubat ini akan mengganggu keupayaan badan untuk
menghapuskan jangkitan.

10
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

3.3.5 Antibiotik
Secara umumnya tidak perlu tetapi kadang kala diberi oleh doktor untuk jangkitan
bakteria usus yang jarang-jarang berlaku. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai rawatan
ini.

3.3.6 Krim-krim sapu


Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan
bahagian punggung bayi yang sakit.

3.3.7 Rawatan untuk cirit-birit berlarutan (kronik)


Penilaian dan siasatan lanjut perlu dilakukan oleh doktor sebelum menentukan
rawatan yang khusus untuk kes-kes cirit-birit berlarutan yang biasanya disebabkan oleh
penyakit serius.

4.0 Rancangan Aktiviti


NAMA PROGRAM Keceriaan Dan Kebersihan Kawasan Persekitaran Sekolah
OBJEKTIF / 1. Meningkatkan tahap kesedaran dan perubahan sikap warga
MATLAMAT sekolah mengenai kepentingan kebersihan dan keceriaan kawasan
sekolah.
2. Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis.
3. Memupuk sikap bertanggungjawab pelajar dan seluruh warga
sekolah terhadap kewujudan institusi pendidikan mereka.
4. Mempertingkatkan kualiti persekitaran sekolah yang lebih selamat,
bersih dan selesa bagi merangsang proses pembelajaran agar dapat
melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.
5. Menggalakkan kerjasama diantara warga sekolah dengan
masyarakat setempat dalam aktiviti penjagaan kawasan
persekitaran sekolah.
TERLIBAT Warga sekolah, ibu bapa pelajar, pekerja sekolah
AKTIVITI YANG 1. Mengenal pasti kawasan sekolah sekolah dan kelas yang perlu

11
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

AKAN DILAKUKAN diperindah dan diceriakan.


2. Memberi tumpuan terhadap taman taman yang kurang ceria.
3. Membahagikan tugas menceriakan kawaan dan taman kepada
persatuan dan badan beruniform.
4. Menceriakan kawasan persekitan sekolah dengan menambahkan
pokok-pokok hiasan.
5. Menyedikan kemudahan kepada pelajar terutama pondok
ilmu,tempat istirahat, wakaf diskusi dan laluan pelajar dengan
lebih banyak.
6. Mewujudkan dana keceriaan sekolah daripada pelbagai pihak.
7. Memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu diceriakan
dan meningkatkan kemudahan untuk keselesaan pelajar.
8. Meminta nasihat dan bantuan daripada konsultan atau pihak luar
yang lain yang berpengalaman bagi meningkatkan keceriaan
lanskap kawasan sekolah.
9. Membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah, tapak
pelupusan dan kawasan pemberisih dengan lebih baik.
10. Menambahkan bilangan pokok bunga yang sesuai untuk
memperindah kawasan sekolah.
11. Menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihat segar.
CONTOH GAMBAR
 KECERIAAN
PONDOK
 KEBERSIHAN
TANDAS
 KECERIAAN
POKOK BUNGA
 KERJASAMA
WARGA
SEKOLAH

12
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

NAMA PROGRAM Ceramah Kebersihan Diri


OBJEKTIF / 1. Memberi pendedahan kepada pelajar, warga sekolah mengenai
MATLAMAT kebersihan diri dan penjagaan diri.
2. Kaedah praktikal membasuh tangan dengan cara yang betul.
3. Praktikal kecederaan yang melibatkan patah dan terseliuh pada
bahagian tangan.
4. Praktikal kecederaan melibatkan kaki.
5. Bacaan ikrar kebersihan supaya menerapkan nilai kebersihan
dalam diri.
6. Membina amalan kebersihan diri sebagai budaya hidup yang
berterusan.
7. Meningkatkan keperihatian dan komitmen diri terhadap penjagaan
kebersihan diri.
8. Memupuk semangat bertanggungjawab terhadap kebersihan diri.
TERLIBAT Warga sekolah, penceramah
AKTIVITI YANG 1. Menubuhkan Kelab Kebersihan di kalangan pelajar di sekolah.

13
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

AKAN DILAKUKAN 2. Pihak penganjur menentukan tajuk, masa, tempat dan orang
penceramah yang akan dijalankan ceramah secara lanjar.
3. Pihak penganjur menyediakan bahan yang diperlukan oleh
penceramah.
4. Pihak penganjur menentukan sasaran yang akan menghadiri
ceramah ini.
5. Pihak penganjur memastikan alatan yang diperlukan oleh pelajar
untuk membuat catatan.
6. Penceramah menyenaraikan kaedah-kaedah dan teknik-teknik
penyampaian mesej secara berkesan.
7. Penceramah menyenaraikan cara-cara meningkatkan kredibiliti
semasa menyampaikan maklumat kepada pelajar dan warga
sekolah.
CONTOH GAMBAR
 MENENTUKAN
SASARAN
 PENGLIBATAN
MURIT
 ALAT BANTUAN
YANG MENARIK
 BERINTERAKSI
DENGN
SASARAN

14
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

NAMA PROGRAM Pameran Pencegahan Penyakit


OBJEKTIF / 1. Menyampaikan maklumat warga sekolah cara pencegahan penyakit.
MATLAMAT 2. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada warga sekolah
mengenai kejadian sesuatu penyakit dan bagaimana cara-cara untuk
mencegahkan melalui program pendidikan kesihatan.
3. Memberi peluang kepada warga sekolah untuk mempelajari , melihat
dan meneliti serdiri penyakit-penyakit yang bahayakan manusia.
4. Mendidik warga sekolah untuk menjaga kesihatan dan mempromosi
cara hidup sihat.
5. Menyuntuk minat pada pelajar untuk mendalamkan bidang
pendidikan kesihatan dengan ilmu yang betul dan bersandarkan fakta
sains.
6. Memberikan pendedahan kepada warga sekolah tentang peranan
penting yang dimainkan oleh bidang perubatan yang ada dalam
negara.
TERLIBAT Warga sekolah, Kementerian Kasihatan Malaysia
AKTIVITI YANG 1. Pameran dibuka untuk semua warga sekolah.
AKAN 2. Mengagihkan masa yang berlainan untuk semua tahap pelajar untuk

15
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

DILAKUKAN menghadiri.
3. Menentukan masa bagi setiap tahap berada di satu tempat (15-
20minit).
4. Pelbagai tema yang berlain dan ditentukan di kawasan sekolah yang
berasingan (dewan, koridor sekolah, bilik kesihatan).
5. Pameran melalui broser, iklan, poster, gambar 2D, 3D, tayangan
video, penjelasan daripada anggota Kementerian Kesihatan.
6. Pelbagai tajuk pencegahan penyakit yang terkini dan merarik
7. Bahan pameran disediakan mengikut senarai yang ditetapkan.
8. Menyampai maklumat dan skrip berdasarkan tema yang disampaikan.
CONTOH GAMBAR
 POSTER YANG
DIPAPALKAN
 DIKUNJUNG
OLEH WARGA
SEKOLAH
 PENJELASAN
YANG JELAS

16
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

NAMA PROGRAM Pertandingan Kuiz Kesihatn


OBJEKTIF / 1. Memberi pendedahan dan pendidikan dengan berteraskan penyakit
MATLAMAT berjangkit (punca, cara mencegah, cara rawatan dan cara merebak).
2. Menguji pengetahuan tentang ilmu kesihatan dengan penyakit
berjangkit.
3. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kejadian
sesuatu penyakit dan bagaimana cara-cara untuk mencegahkan
melalui program pendidikan kesihatan.
4. Menggalakkan persaingan ingin berjaya di kalangan pelajar.
TERLIBAT Panitia Pendidikan Kesihatan, pelajar
AKTIVITI YANG 1. Menentukan jumlah peserta dalam 1 kumpulan (3 orang dalam satu
AKAN DILAKUKAN kumpulan) akan melalui 3 pusingan.

 Pusingan 1 : jawab secara individu


Soalan pusingan ini mengenai kefahaman dan pengetahuan
basic
 Pusingan 2 : jawab secara perbincangan
Soalan pusingan ini mengenai aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian.
 Pusingan 3 : siapa sepat dia dapat

17
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

Soalan yang melingkungi soalan KBAT.

2. Menentukan tempat dan masa menjalankan pertandingan kuiz.


3. Menyediakan soalan yang berbezaan mengikut pusingan yang
berlaian.
4. Menentukan masa menjawab setiap satu soalan dan masa yang
digunakan sepanjang pertandingan kuiz.
5. Menentukan hakim dan pencatat markah.
6. Menentukan cara mengira markah supaya mengadili pertandingan
ini.
7. Menentukan syarat pertandingan.
CONTOH GAMBAR
 SEMASA
PERTANDINGAN

7.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, kesihatan merupakan aset penting bagi setiap insan terutama generasi baru
yang banyak menghadapi cabaran penyakit berjangkit. Kekayaan tidak dapat menbeli kesihatan.
Malangnya, kes-kes wabak berjangkit masih berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu,
pengetahuan dan kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengamalkan hidup yang sihat amat
penting. Kita tidak boleh memandang sebelah mata sahaja terhadap masalah ini kerana penyakit
berjangkit boleh mengorban banyak nyawa yang tidak berdosa.

18
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

8.0Rujukan

LAMAN WEB:

Wikipedia. (2015). Penyakit. Retrieved 16 Julai 2015. From


https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit

Chan Kwai Cheng. (2012). Jangkitan Kuman Di Paru-Paru. Retrieved 16 Julai 2015. From
http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/paru-paru/jangkitan-kuman-di-paru-
paru

Wikipedia. (2015). Malaria. Retrieved 16 Julai 2015. From


https://ms.wikipedia.org/wiki/Malaria

Wikipedia. (2015). Diarea. Retrieved 16 Julai 2015. From


https://ms.wikipedia.org/wiki/Diarea#Sebab_berlaku

Lim Nyok Ling, Lim Sern Chin. (2012). Cirit-Birit. Retrieved 16 Julai 2015. From
http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/perut/cirit-birit

Kelab Doktor Muda. (2012). Unit 2 : Mencegah Deman Malaria. Retrieved 17 Julai 2015. From
http://drmuda.gov.my/old/GP/ML_skop06_U2.html

19
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT HBHE2103

Faud Hashim. (2012). Malaria. Retrieved 17 Julai 2015. From


http://www.myhealth.gov.my/index.php/malaria

A’ainsah bt. Senin. (2012). Keracunan Makanan. Retrieved 17 Julai 2015. From
http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/keselamatan-a-kualiti-makanan/keracunan-
makanan

BUKU RUJUKAN
Norazhan Che Lan. (2012). HBHE2103 : Program Bersepadu Sekolah Sihat. Selangor : Meteor
Doc. Sdn. Bhd.

Saat Sulaiman. (2010). Panduan Menjadi Ibubapa Cemerlang. Kuala Lumpur : PTS Publication
Sdn Bhd.

Mohdzir Mohd Yasin. (2011). Buku Teks Untuk Ahli Belia PBSM :Persatuan Sabit Merah
Malaysia. Kuala Lumpur : Cerdik Publication Sdn Bhd.

20

You might also like