You are on page 1of 7

GARIS PANDUAN

PENULISAN LAPORAN
KAUNSELING
PENDAHULUAN
• Garis panduan ini menerangkan piawaian minimum dalam penulisan
laporan kaunseling.
• Laporan kaunseling adalah tanggungjawab kaunselor berdaftar yang
disediakan serta merta dan tidak melebihi 24 jam selepas setiap sesi
kaunseling.
• Laporan kaunseling yang disediakan perlulah objektif, ringkas dan
padat.
• Semua tafsiran tentang kaunselor dan kaunseling hendaklah merujuk
kepada Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan peraturan-peraturan
serta dokumen yang berkaitan dengannya.
BAHAGIAN UTAMA LAPORAN KAUNSELING

Laporan kaunseling hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya


empat (4) perkara berikut :

1. Masalah yang dikemukakan


2. Penilaian masalah
3. Perancangan rawatan dan tindakan
4. Penilaian sesi kaunseling
BAHAGIAN 1: MASALAH YANG DIKEMUKAKAN

• Bahagian ini mengandungi maklumat yang objektif dan subjektif


berkaitan dengan cerita, peristiwa, maklumat yang dikongsikan oleh
klien.
• Secara umumnya maklumat yang diperoleh pada peringkat awal ini
adalah terdiri daripada apa yang dilihat, diamati dan yang didengar
oleh kaunselor sendiri semasa sesi kaunseling dijalankan.
• Ini bermakna kaunselor akan melaporkan apa yang diberitahu atau
yang diceritakan oleh klien dan juga apa yang dilihat oleh kaunselor
pada diri klien.
• Kaunselor boleh melaporkan secara deskriptif keadaan klien.
BAHAGIAN 2: PENILAIAN MASALAH

Bahagian ini mengandungi pentaksiran profesional dan penghuraian klinikal.


Kaunselor boleh membuat penilaian terhadap permasalahan klien
berdasarkan:
• Teori-teori kaunseling.
• Konstruk Patologi yang membantu kaunselor membuat konseptualisasi kes.
• DSM 5 atau ICD.
• Pentaksiran ujian psikologi yang piawai.
• (kecekapan kaunselor?)
• Maklumat berkaitan yang diperoleh daripada profesional lain.
BAHAGIAN 3: PERANCANGAN RAWATAN DAN TINDAKAN

Bahagian ini mengandungi tindakan semasa sesi dan perancangan yang akan
diambil oleh klien dan kaunselor.
Setiap pelan tindakan yang hendak dijalankan perlulah dipersetujui bersama
setelah menilai masalah.
• Perancangan rawatan dan tindakan hendaklah mengikut konseptualisasi
kes.
• Teknik yang digunakan perlu selari dengan teori yang digunapakai selaras
dengan matlamat kaunseling.
• Tugasan juga boleh diberikan kepada klien sekiranya perlu.
• Perancangan rawatan meliputi matlamat kaunseling jangka pendek dan
jangka panjang.
BAHAGIAN 4: PENILAIAN SESI KAUNSELING

• Bahagian ini mengandungi catatan berkaitan sesi kaunseling kini,


kemajuan dan hasil perubahan kognitif, afektif, tingkahlaku dan
penampilan.
• Penulisan boleh berasaskan kepada pemerhatian kaunselor dan
kenyataan klien dan/ atau penjaga (jika berkaitan).

You might also like