You are on page 1of 26

KKC3013 KAUNSELING KERJAYA

PROSES KAUNSELING KERJAYA


AHLI KUMPULAN
HAZIATUL NATASYA BINTI HAZMIZAL
NURUL FAIQAH SYAMIMI BINTI ARIPIN
ZIMMATUN NOOR BT PAHWAZUL KHAIR
AHMAD ASWARI BIN MOHD AZANI

NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR MUHAMMAD BAZLAN


BIN MUSTAFA
MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN
MEMBUAT KEPUTUSAN
KERJAYA
pengenalan

Satu kaedah sistematik yang boleh dijadikan panduan oleh


individu untuk membuat keputusan tentang matlamat kerjaya
dengan menggunakan kaedah yang dipanggil pelan tindakan.
Pelan Tindakan
 Pelan tindakan ialah satu pelan bertindak yang perlu dilakukan bersama oleh kaunselor
dan klien.
 Satu proses mengurangkan pilihan kerjaya yang banyak kepada fokus satu pilihan kerjaya
sahaja.
 Pelan tindakan memerlukan tiga perkara iaitu:

- maklumat diri

- maklumat pekerjaan

-kepakaran dalam membuat keputusan

 Kaunselor menerokai sekurang-kurangnya empat aspek iaitu personality, minat, nilai dan
pencapaian diri klien.
Langkah-Langkah Dalam Membuat Keputusan

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

Langkah 6 Langkah 5 Langkah 4


Langkah 1

1. Senaraikan nama pekerjaan yang ingin diterokai oleh klien yang dirasakannya
sesuai dan selaras dengan potensi diri klien.
2. Menyenaraikan nama pekerjaan yang sesuai dengan kod tiga-mata Holland.
3. Klien boleh menambah bilangan nama pekerjaan atau program pengajian yang
difikirkan sangat sesuai oleh klien dan menyeronokkan pada masa ini atau masa
akan datang.
4. Contoh:
Klien menyenaraikan nama pekerjaan sebanyak 45 nama pekerjaan.
Langkah 2

1. Berdasarkan senarai nama pekerjaan daripada Langkah 1, klien dengan


bantuan kaunselor diminta memotong nama pekerjaan yang klien pasti
tidak menyukainya.
2. Bilangan nama pekerjaan yang diminati klien berkurangan sebanyak
satu pertiga daripada jumlah yang terkandung dalam Langkah 1.
Langkah 3
1. Mengurangkan bilangan pilihan pekerjaan klien kepada satu pertiga daripada
senarai dalam Langkah 2.
2. Klien perlu mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci bagi setiap
pekerjaan dan menulis maklumat tersebut dengan bantuan daripada kaunselor.
3. Contoh maklumat pekerjaan:
Langkah 4
1. Klien membandingkan kesemua pekerjaan dan membuat pangkatan berdasarkan
keutamaan dan kesukaan klien.
2. Klien perlu mengenal pasti pilihan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya untuk tujuan
membuat keputusan.
3. Klien perlu menjawab item-item yang terkandung dalam borang tersebut dan kemudiannya
mengira jumlah markah untuk setiap satu nama pekerjaan.
4. Klien boleh memikirkan semula atau mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan
mendalam sebelum pilihan akhir dibuat.
5. Setelah klien mengenal pasti tiga pekerjaan yang paling diminati berasaskan analisis
untung rugi, klien diminta untuk memasukkan nama pekerjaan tersebut pada ruangan yang
disediakan di bawah.
Langkah 5

1. Tugas terakhir anda adalah untuk memilih satu daripada tiga pilihan pekerjaan atau bidang
pengajian yang ada.
2. Tugas ini amat sulit dan rumit kerana ketiga-tiga pilihan yang paling sesuai dengan potensi
diri klien.
3. Namun begitu beberapa akitiviti boleh dicadangkan untuk membantu klien membuat
pilihan terakhir.
4. Klien perlu memilih bidang kerjaya yang paling realisitik dan dapat dicapai olehnya.
5. Klien pada ruangan yang telah disediakan dan catatkan apa yang perlu dilakukan oleh
klien serta tarikh yang klien jangkakan akan menjawat jawatan itu pada ruangan yang
disediakan di bawah.
Langkah 6

1. Klien perlu merancang strategi bagaimana untuk melaksanakan pilihannya agar


pada akirnya nanti, klien berjaya mencapai idamannya.
2. Klien memerlukan bantuan untuk menulis resume atau cara menghadapi temu
duga dengan berkesan, klien boleh berhubung dengan kaunselor kerjaya.
3. Boleh jadi klien ingin berjumpa dengan kaunselor yang klien telah temui
sebelum ini untuk mendapatkan pandangan berhubung dengan rancangan
tindakannya.
PROSES KAUNSELING

● Pada umumnya terdapat banyak model yang dikemukakan


berhubung dengan proses kaunseling kerjaya.
● Kesemua model mempunyai sedikit perbezaan dari segi falsafah dan
prosesnya namun matlamat akhirnya adalah sama.
● Berikut merupakan contoh proses kaunseling kerjaya Tret dan
Faktor yang mudah:
PROSES KAUNSELING
Berikut merupakan proses kaunseling kerjaya Tret dan Faktor yang lebih kompleks
terbahagi kepada dua penilaian iaitu YA dan TIDAK:
B)
MODEL TEORI KERJAYA SUPER
✷ Diasaskan oleh Donald E. Super yang merupakan pakar terawal
dalam dunia kaunseling kerjaya.
✷ Pendekatan kaunseling kerjaya yang bergantung pada kedudukan
klien dalam proses keseluruhan kaunseling kerjaya itu.
✷ Terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh kaunselor
apabila mengadakan sesi kaunseling bersama-sama klien.
MODEL TEORI KERJAYA SUPER
gABUNGAN IDEA SUPER DAN CRITES DALAM
PERINGKAT I, II DAN III

● Mementingkan perbicaraan dan penerokaan


● Nada perbincangan dan sesi kaunseling ala PERINGKAT I
PCC, iaitu tidak berarah atau non-directive

● Bersesi ala RET iaitu bersifat


● Kaunselor bersifat lebih mengarah atau directive.
mengarah dan terus ● Menggunakan beberapa
bertindak untuk PERINGKAT inventori khusus
memberitahu apa yang PERINGKAT II ● Dua jenis inventori Career
III
ingin diketahui oleh klein. Development Inventory (CDI)
● Sesi kaunseling directive dan Career Maturity Inventory
(CMI)
PROSES KAUNSELING KERJAYA
BERORIENTASIKAN MATLAMAT

● Satu pendekatan yang diperkenalkan oleh Sidek Mohd Noah (1992)


● Bertujuan untuk menolong klien yang mempunyai masalah dalam melaksanakan
alternatif dan strategi yang ditentukan kerana kekurangan motivasi.
● Model ini dibangunkan setelah 5 tahun bermula tahun 1987 hasil pemerhatian
pelatih praktikum kaunseling UPM.
● Antara masalah yang dihadapi adalah sesi kaunseling tidak berkembang dan
klien tidak mahu bertindak melaksanakan alternatif dan strategi yang telah
dipilih.
MODEL KAUNSELING KERJAYA
BERORIENTASIKAN MATLAMAT
CONTOH DIALOG KAUNSELING
BERORIENTASIKAN MATLAMAT
CONTOH DIALOG KAUNSELING
BERORIENTASIKAN MATLAMAT

Dengan menggunakan pendekatan ini kaunselor umumnya tidak mempunyai masalah dari segi
memberi fokus dan tumpuan dalam penerokaan kes klien. Penerokaan umumnya tertumpu kepada
masalah ranting , masalah pokok dan matlamat. Apabila semuanya telah jelas kaunselor boleh
mengemukakan kepada klien hubung kait antara masalah pokok serta matlamatnya.
Penutup / rumusan

Proses kaunseling kerjaya telah dikembangkan


menggunakan beberapa model serta
pendekatan iaitu model tret dan faktor, model
membuat keputusan, model kerjaya Super dan
model kaunseling kerjaya beronrentasikan
matlamat.
Sekian,
Terima Kasih
kerana sudi mendengar

You might also like