You are on page 1of 62

ABSTRAK

ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT HAJI ABDUL RAHIM BAKERY,


BANDAR COUNTRY HOMES

Satu kajian telah dijalankan bertujuan menganalisis campuran pemasaran syarikat Haji Abdul
Rahim Bakery. Objektif pertama kajian ini adalah mengkaji campuran pemasaran yang
dijalankan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery untuk mencapai matlamat perniagaan.
Objektif kedua mentaktif elemen campuran produk dari segi atribut, penjenamaan dan lini
produk bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Objektif ketiga pula adalah menentukan kaedah
penetapan harga berdasarkan kos melalui kaedah Titik Pulang Modal (TPM) dan harga
berasaskan nilai bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Manakala objektif keempat ialah
menganalisis strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan
perhubungan awam yang dijalankan syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Instument yang telah
digunakan untuk memperoleh dan menganalisis data adalah laman sesawang, jurnal, temubual
dan pemerhatian. Analisis pengkaji diaplikasikan dalam setiap elemen campuran pemasaran
yanag disentuh. Ringkasan dalam bentuk peta minda disediakan bagi memudahkan
persembahan aliran maklumat. Pada kesimpulan kajian, pengkaji merumuskan dapatan yang
diperoleh dan cadangan untuk penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan
syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak syarikat ini untuk
mengekalkan produk sedia ada dan memperkenalkan produk baru harus dipuji dan dicontohi.
Masyarakat haruslah mencontohi sikap pengurus yang berjaya mengamalkan elemen campuran
pemasaran dalam mengembangkan perniagaannya.

KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN

ABSTRAK i

PENGHARGAAN ii

KANDUNGAN iii

1.0 PENGENALAN 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3

3.0 LATAR BELAKANG 4

4.0 KAEDAH KAJIAN 7

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 DAPATAN OBJEKTIF 1 10

5.2 DAPATAN OBJEKTIF 2 13

5.3 DAPATAN OBJEKTIF 3 26

5.4 DAPATAN OBJRKTIF 4 35

6.0 RUMUSAN 40

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN A- SURAT KEBENARAN SEKOLAH

LAMPIRAN B- JADUAL AKTIVITI BERSAMA PENGURUS

LAMPIRAN C- PROTOKOL TEMU BUAL

LAMPIRAN D- LAMPIRAN GAMBAR


PENGHARGAAN

Perasaan syukur tidak terhingga kerana dapat juga pengkaji menyiapkan kerja kursus
Pengajian Perniagaan kertas 4 (946/4) penggal 3 tahun 2015 yang bertajuk Analisis Campuran
Pemasaran Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery, Bandar Country Homes dalam masa yang
ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Khoo Ah Wan yang merupakan guru matapelajaran
Pengajian Perniagaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes.

Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Puan Aida Binti Joned yang merupakan pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes yang telah memberi keizinan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur. Kebenaran telah yang
diberikan oleh beliau untuk menjalankan kajian diluar dan sokongan moral kepada pengkaji
semasa menyiapkan tugasan ini.

Seterunya pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran
Pengajian Perniagaan, Puan Khoo Ah Wan yang telah banyak meluangkan masa, memberi
tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu pengkaji menyiapkan kajian ini. Selain memberikan
semangat kepada pengkaji untuk menjalankan tugasan ini sebaik-baiknya.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya iaitu
Mohamed Nazarulla Bin Kamaruddin serta Ummul Barakath Binti Zubir Khan yang banyak
berkorban untuk pengkaji dari segi tenaga, dorongan, kewangan serta sumbangan idea untuk
memastikan kajian ini berjalan lancar.

Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih juga diucapkan kerana sudi memberi
bantuan kepada pengkaji dengan sentiasa memberi dorongan, sokongan dan memberi idea untuk
membina ayat yang lebih menarik. Semoga segala usaha kita berhasil dan dapat mencapai cita-
cita.

Akhir sekali, pengkaji ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam membantu
pengkaji mengumpulkan data dan maklumat.

Semasa saya menjalankan kajian ini, saya telah menghadapi banyak kesukaran dan
cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak
putus, dapat juga saya menyiapakan kerja kursus ini dengan jayanya.
1.0 PENGENALAN

Penyelidik telah memilih sebuah organisasi iaitu syarikat Haji Abdul Rahim Bakery
kerana campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat tersebut sesuai untuk tujuan kajian
ini. Kajian ini meliputi tiga elemen yang berikut iaitu produk, penetapan harga dan promosi.

Syarikat ini merupakan sebuah perniagaan yang berasaskan roti dan kek yang
mempunyai beberapa cawangan. Haji Abdul Rahim Bakery mula bertapak di Bukit Beruntung
dan meluaskan pasarannya ke Bandar Tasik Puteri dan Bandar Country Homes. Haji Abdul
Rahim Bakery semakin mendapat perhatian di kalangan pelanggan dengan menyediakan kek dan
pastri mengikut citarasa pelanggan dengan harga berpatutan. Penyelidik akan membuat analisis
terhadap campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat ini dan akan mencadangkan
penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat ini untuk menentukan sasaran pasaran yang
tepat yang mendorong syarikat mengekalkan prestasi dan tembusi pasaran melalui campuran
pemasaran.

Campuran Pemasaran merupakan gabungan elemen yang harus diterapkan dalam


sesebuah perniagaan untuk terus maju. Campuran Pemasaran membantu organisasi
menghasilkan produk yang memenuhi keperluan dan kehendak citarasa pelanggan. Campuran
pemasaran adalah kombinasi pembolehubah pemasaran untuk membentuk strategi dan skop
pemasaran dalam sebuah perniagaan. Sesebuah perniagaan harus mengambil kira manfaat dari
produk yang dihasilkan dan sejauh mana kebergantungan pelanggan terhadap produk tersebut.
Elemen campuran pemasaran boleh mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Permintaan
pelanggan terhadap sesuatu produk boleh berubah mengikut empat elemen iaitu produk, harga,
saluran agihan dan produk.

Produk merupakan barangan atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada pembeli.
Usahawan haruslah menghasilkan produk secara fizikal yang boleh menarik perhatian dan
menepati kehendak pengguna meliputi aspek kepelbagaian produk, kualiti, rekabentuk, ciri-ciri,
jenama, pembungkusan, saiz, perkhidmatan, jaminan dan pulangan. Keluaran ditakrifkan sebagai
apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, pemilikan, penggunaan untuk
digunakan dan yang memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Dalam erti kata lain, keluaran
termasuk objek fizikal, perkhidmatan, orang, idea, tempat, organisasi atau campuran semua entiti
ini. Sesuatu keluaran yang ditawarkan di pasaran terdapat dalam bentuk barangan, perkhidmatan,
idea atau campuran dari ketiga-tiganya.

Harga adalah amaun wang yang dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan keluaran
seperti yang dinyatakan dalam buku Kotler P., Armstrong G. Diterjemah oleh Ghazali Jaffar,
Norjaya Mohd Yasin, Ahmad Azmi Mohd Ariffin. Prinsip Pemasaran. Edisi Kelapan. Prentice
Hall : Malaysia, 2000. Keputusan meletakkan harga adalah amat penting di dalam pembentukan
strategi pemasaran. Apabila harga dapat ditentukan dengan baik, maka hasilnya ialah
pertambahan dalam jualan, imej keluaran akan meningkat, kedudukan keluaran dalam pasaran
bertambah baik dan perhubungan awam bertambah erat. Penentuan harga mesti berhubungkait
dengan keputusan keluaran, pengagihan dan promosi. Ini kerana harga meletakkan nilai ke atas
keseluruhan aktiviti pemasaran yang ditawarkan kepada pengguna. Berdasarkan satu kajian yang
dilakukan oleh Federation of Malaysian Manufacturers (1998), mendapati masalah-masalah
utama pemasaran yang dihadapi merangkumi dari aspek penetapan harga iaitu harga yang
ditetapkan tidak mempunyai standard tertentu, penetapan harga tidak mengambil kira kos-kos
yang mempengaruhi harga dan mengakibatkan keuntungan yang diperolehi adalah rendah.

Patten D dalam bukunya Successful Marketing For small Busniess, 2nd e.d London :
Kogan Page Limited, 1993 menganggap promosi merupakan anak kunci kepada perancangan
strategik iaitu sebagai penggerak di dalam elemen-elemen pemasaran. Promosi merupakan
keseluruhan set aktiviti yang mengkomunikasikan produk, jenama, produk atau perkhidmatan
kepada pengguna. Ideanya adalah untuk mewujudkan kesedaran, perhatian dan menimbulkan
keinginan untuk membeli produk yang mereka sukai. Campuran promosi sesebuah syarikat
adalah penggunaan perantaraan seperti pengiklanan, perhubungan awam, jualan persendirian,
promosi jualan dan pemasaran terus. Promosi merupakan usaha-usaha yang dijalankan oleh
pihak pengeluar untuk mewujudkan satu saluran maklumat bertujuan untuk menperkenalkan
produk baru atau untuk mengekalkan pelanggan setia terhadap sesebuah syarikat.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery dikaji melalui aspek-aspek berikut:

2.1 Mengkaji campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery
untuk mencapai matlamat perniagaan.
2.2 Mentaktif elemen campuran produk dari segi atribut, penjenamaan dan lini produk bagi
syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

2.3 Menentukan kaedah penetapan harga berdasarkan kos melalui kaedah Titik Pulang
Modal (TPM), harga berasaskan nilai, harga berasaskan pesaingan, harga psikologi dan
penetapan harga produk baru bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

2.4 Menganalisis strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan
perhubungan awam yang dijalankan syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

3.0 LATAR BELAKANG

Penyelidik telah memilih untuk membuat analisis campuran pemasaran syarikat Haji
Abdul Rahim Bakery. Syarikat ini mempunyai empat cawangan di Bukit Beruntung, Bandar
Tasik Puteri dan Bandar Country Homes. (Rujuk Lampiran 1). Satu lagi cawangan terletak di
Pulau Pinang dengan mengunakan nama kedai yang berbeza. Syarikat ini menawarkan produk
berasaskan kek dan roti pelbagai jenis mengikut kategori dan keperluan pelanggan. Syarikat ini
mula beroperasi sejak 31 Mac 2005 di No 11-G Jlan 5/1 Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang, Selangor. (Rujuk Lampiran 2). Waktu syarikat ini beroperasi memudahkan
orang ramai datang dan membeli produk iaitu syarikat ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi
hingga 10 malam. Syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kek dengan caj
yang berpatutan.

Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery ialah perniagaan yang menjalankan pembuatan dan
pengedaran produk berasaskan bakeri seperti aneka jenis kek dan roti. Premis perniagaan yang
dipilih terletak di lokasi yang strategik dikawasan perumahan iaitu antaranya di Bandar Country
Homes, Rawang mendorong perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan yang mengalakkan
dari penduduk setempat. Syarikat ini merupakan syarikat turun temurun dari keluarga. Hasil
temubual saya bersama pengurus syarikat iaitu Pn Mizani yang menyatakan bahawa nama kedai
tersebut merupakan nama bapanya. Suatu masa dahulu bapanya turut terlibat dalam perniagaan
yang sama sebelum diambil alih oleh beliau disebabkan keadaan ayahnya yang uzur.

Sebelum mengambil alih dan dalam usaha meneruskan perniagaan ini pengurus syarikat
ini iaitu Pn Mizani telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran
berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan kek serta roti. Proses untuk memantapkan diri
dengan pelbagai kemahiran berkaitan bidang yang diceburi mengambil masa yang singkat
daripada pengalaman berkursus di beberapa buah kedai kek disekitar lembah klang dan
mengikuti kursus jangka pendek di institusi swasta.

Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk meneruskan perniagaan
keluarga serta bagi mempertingkatkan status sosioekonomi, Pn Mizani telah berusaha
mengumpul wang daripada pendapatan bulanan yang diperolehi dan telah berjaya membeli
sebuah oven, sebuah heavy dutycake mixer dan beberapa peralatan lain yang berkenaan. Ini
adalah sebahagian daripada langkah mentranformasikan kaedah pembuatan kek dan roti secara
moden dengan menggunakan mesin

Selain daripada itu, hasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan
bakeri yang halal untuk pelanggan beragama Islam juga telah menjadi pendorong kepada
pengurus iaitu Pn Mizani untuk menceburi bidang perniagaan untuk mengembangkan industri
hub halal Malaysia. Seterusnya, juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat
setempat.

Visi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery adalah untuk membuka sebuah galeri kek popular
yang menawarkan kepelbagaian dari segi rasa dan bentuk. Selain membuka sebuah kedai yang
menjual kek dan roti yang dijual dengan harga yang berpatutan. Misi syarikat ini pula ialah
memastikan orang Islam mempunyai pilihan alternatif dalam membeli produk berasaskan bakeri
yang diyakini halal. Berlandaskan motto Halalan Toyyiban yang membawa maksud halal dan
bersih, ianya dapat menarik minat pelanggan daripada kalangan orang Islam khususnya membeli
produk yang dijual tanpa was-was. Selain daripada itu, ianya dapat menjadi pencetus kepada
usahawan yang berbangsa India Muslim khususnya untuk menceburi bidang yang berbeza.

Setiap perniagaan mempunyai gaya pengurusan yang berbeza, keperluan untuk menjadi
usahawan yang berjaya juga haruslah dilengkapi dengan persediaan awal seperti penyediaan
rancangan perniagaan, pelan pemasaran, sumber modal dan sebagainya yang ditulis oleh A. M.
Azmi, O. Nik Hairi, L. Kuan Yee dalam buku Faktor Kritikal Kejayaan Usahawan dalam
Perniagaan. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusian.Halaman 34-45, 2012. Strategi Pengurusan
dijalankan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery adalah berasaskan keyakinan bahawa
pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan
sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat dapat
mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi
pengurusan yang dipraktikkan di syarikat ini adalah dengan mengamalkan budaya bekerja dalam
berkumpulan atau berpasukan di kalangan para pekerja. Di samping itu, syarikat turut memberi
peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja meliputi aspek latihan pembuatan dan
pengeluaran produk di samping latihan pengurusan dan pemasaran. Syarikat ini juga memastikan
maklum balas daripada pelanggan dan pekerja diberi perhatian melalui sesi khas dalam
mesyuarat bulanan di mana perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja diadakan bagi
mengatasi dan memperbaiki segala kelemahan. Pengurus syarikat ini sentiasa bersedia dengan
risiko yang tidak dijangka kerana persediaan dibuat dalam belanjawan pada setiap akhir tahun
dan berusaha untuk mendapatkan mengatasi segala kekurangan.
Pengetahuan tentang campuran pemasaran dalam aspek pemasaran khususnya strategi
campuran pemasaran adalah penting kepada usahawan bagi menjamin kejayaan sesebuah
perniagaan. Ini disokong oleh B. Nazimah , dalam buku Elemen-elemen Pemasaran Yang
Membantu Kejayaan Perniagaan Usahawan Bumiputera. Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn : Tesis Sarjana, 2001 yang mengatakan bahawa perkembangan dan pengetahuan
tentang strategi pemasaran bukanlah ilmu yang bersifat statik tetapi sentiasa berkembang dan
perlu di perbaharui dari semasa ke semasa. Jelas disini bahawa syarikat Haji Abdul Rahim
Bakery menggunakan pendekatan campuran pemasaran mengikut tuntutan pasaran melalui
keperluan produk, kaedah penetapan harga dan promosi yang dijalankan. Syarikat Haji Abdul
Rahim Bakery sentiasa melakukan penyeragaman keatas semua cawangannya terhadap elemen
campuran pemasaran yang sesuai.
Pendedahan kepada ilmu pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran
membolehkan syarikat mengetahui strategi campuran pemasaran secara terperinci dan
memahami situasi yang memerlukan mereka menggunakan strategi campuran pemasaran yang
bersesuaian dengan jenis perniagaan yang dijalankan.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini.
Kaedah yang berlainan digunakan untuk untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah
betul dan tepat. Dalam kajian ini, data yang digunakan adalah dengan menggunakan data primer
dan data skunder yang dianalisis secara kualitatif. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat.

Kajian kualitatif ditafsirkan sebagai kaedah penyelidikan yang bukan melibatkan


pengiraan oleh Nik Safiah Karim dan Arbak Othman dalam Kamus Komprehensif Bahasa
Melayu, Shah Alam: Oxford Fajar, 2005. Kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk mengkaji
ciri-ciri, sifat-sifat, keadaan dari kualiti setiap produk yang dikaji.
Data primer didefinisikan sebagai data yang dikumpulkan sendiri oleh individu atau oleh
suatu organisasi secara langsung dari objek yang diteliti dan untuk kepentingan kajian yang
berkaitan yang dapat melalui pemerhatian atau mendapatkan maklumat secara perbualan
bersemuka. Definisi data primer diakses pada 27 Jun 2015 dari http://www.pengertianahli.com.
Data primer digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat secara lebih tepat yang
terperinci. Penggunaan data primer membantu dalam menyelesaikan persoalan tentang produk
yang dikaji dengan lebih jelas.

Data Sekunder didefinisikan sebagai data yang diperoleh atau dikumpulkan dan
disatukan oleh kajian-kajian sebelum ini atau yang diterbitkan oleh pelbagai agensi-agensi lain.
Biasanya sumber tidak langsung berupa data dokumentasi dan arkib-arkib rasmi. Definisi data
sekunder diakses pada 27 Jun 2015 dari http://www.pengertianahli.com. Data Sekunder
digunakan oleh pengkaji dalam mendapatkan maklumat tambahan dan gambar-gambar produk
yang dipasarkan oleh syarikat yang dikaji.

Instrumen digunakan untuk melaksanakan penyelidikan, pengkaji telah menentukan


instrumen kajian sebelum memulakan kajian. Instrumen kajian dipilih daripada alat yang sedia
ada, diubahsuai daripada alat yang diperoleh atau dibina sendiri. Instrumen kajian dalam
penyelidikan melibatkan proses pembinaan soalan-soalan untuk menebual pengurus syarikat bagi
mengetahui maklumat yang berkaitan objektif yang dikaji. Terdapat beberapa instrumen yang
telah digunakan untuk menjalankan kajian iaitu temubual, rujukan perpustakaan, jurnal, laman
sesawang dan pemerhatian.

Temubual merupakan sesi temubual langsung dengan pihak tertentu untuk mendapatkan
maklumat. Pengkaji telah menemubual pengurus syarikat Haji Abdul Rahim Bakery bagi
mendapatkan maklumat berkaitan campuran pemasaran yang dijalankan untuk mencapai
matlamat perniagaan. Pengkaji telah mengunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat yang
jelas dan tepat dimana pengurus syarikat adalah individu yang mengetahui segala pengerakkan
dalam perniagaan. Pengkaji telah menemubual pengurus mengikut jadual yang dirancang oleh
pengkaji dan pengurus untuk memastikan pengurus dapat memberi komitmen semasa pengkaji
ingin mendapat maklumat tentang campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Haji
Abdul Rahim Bakery. Tujuan utama temubual adalah untuk mengenalpasti kaedah bagi
perlaksanaan setiap elemen campuran pemasaran untuk mencapai sasaran pasaran. Temu bual
dijalankan dengan mengajukan soalan spontan kepada pengurus syarikat Haji Abdul Rahim
Bakery. Data yang diperolehi direkod dan dianalisis secara manual. Temubual bersama pengurus
dijalankan mengikut pada tarikh yang ditetapkan. Dapatan kaedah ini dibentangkan dalam
bahagian latar belakang dan dapatan kajian yang merangkumi empat objektif sebagai bahan
bukti yang menyokong kajian ini.

Kaedah pemerhatian digunakan untuk memerhatikan situasi setiap proses berjalan


mengikut aturan secara sistematik dan terancang. Kaedah ini direkod dalam dapatan kajian
dalam menjelaskan cara penghasilan produk yang berkualiti dan promosi melariskan produk
yang dijalankan berdasarkan objektif kajian. Pemerhatian yang direkodkan mengikut elemen
iaitu proses penghasilan produk dari sudut kepentingan kualiti dan keseragaman, proses
penetapan harga oleh pengurus mengikut kategori yang telah ditetapkan dan kaedah promosi
yang digunakan untuk memasarkan, memperkenalkan produk sama ada yang sedia ada atau
produk baru untuk menarik dan mengekalkan pelanggan. Pengkaji telah mengunakan kaedah ini
untuk memenuhi objektif pertama dan ketiga dari kajian yang dijalankan.

Dalam kaedah ini pengkaji telah menggunakan pelbagai rujukan dari perpustakaan seperti
buku dan majalah. Pengkaji turut merujuk kepada kertas kerja Sharifah Yuhayu dan Suzana,
2013 di Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah yang berjudul
Kajian Sorotan Kepentingan Pengetahuan Campuran pemasaran di dalam bidang keusahawanan.
Pengkaji telah menggunakan kaedah ini untuk menjelaskan pengenalan campuran pemasaran.
Turut digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan definisi atau frasa yang berkaitan produk,
penetapan harga dan promosi yang dijalankan untuk dimuatkan dalam dapatan kajian mengikut
objektif kajian.

Pengkaji telah merujuk jurnal pengurusan oleh Sofiah Md. Auzair, Rozita Amiruddin,
Ainun Abdul Majid dan Ruhanita Maelah yang bertajuk Hubungan Strategi Perniagaan dengan
Perakaunan Pengurusan: Satu Kajian di Organisasi Perkhidmatan Malaysia, dalam Jurnal
Pengurusan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Malaya, halaman 45-52, 2013.

Laman sesawang digunakan oleh pengkaji dalam mendapatkan data dan maklumat yang
berkaitan. Pengkaji turut mendapatkan maklumat secara aktif dengan merujuk di laman rasmi
syarikat Haji Abdul Rahim Bakery iaitu http://hajirahimbakery.blogspot.com/,
https://hajibakery.wordpress.com dan http://www.majalah.com/?business:haji-abdul-rahim-
bakery. Laman sosial perniagaan Haji Abdul Rahim Bakery ialah
https://www.facebook.com/hajibakery/. Maklumat yang terdapat di laman perniagaan
mendedahkan tentang latar belakang perniagaan, produk yang diniagakan dan tawaran-tawaran
hebat menjelang musim perayaan atau cuti sekolah. Maklumat yang didedahkan bertujuan
supaya pelanggan tertarik dengan konsep yang ditawarkan. Pengkaji telah mengunakan kaedah
ini untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang, bilangan produk yang dihasilkan dan
kaedah promosi yang dijalankan.

Instrumen-instrumen yang digunakan oleh pengkaji banyak membantu dalam


mendapatkan maklumat tentang elemen campuran pemsaran yang diamalkan oleh syarikat yang
dikaji. Data atau maklumat yang diperoleh dimuatkan dalam latar belakang, pengenalan dan
dapatan kajian oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan pelbagai instrumen bagi memastikan
ketepatan dan kesahihan terhadap maklumat yang diperoleh.

5.0 DAPATAN KAJIAN

PRODUK

PENGEDARAN
CAMPURAN
PEMASARAN
PENETAPAN
HARGA

PROMOSI

5.1 Campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery untuk
mencapai matlamat perniagaan.
Campuran pemasaran umumnya merangkumi 4 aspek iaitu produk, pengedaran,
penetapan harga dan promosi. Dalam menjalankan kajian ini pengkaji telah memilih tiga
daripada aspek-aspek berkenaan iaitu produk, penetapan harga.
Produk merujuk kepada sesuatu yang dihasilkan berdasarkan kreativiti dan inovasi yang
dicetuskan oleh seorang usahawan. Produk yang dihasilkan akan dapat dipasarkan apabila telah
melalui proses penyelidikan bagi memastikan produk tersebut tidak memudaratkan dan memberi
manfaat kepada individu yang membelinya. Perancanagan yang teliti amat diperlukan untuk
memasarkan sesuatu produk supaya khasiat dan manfaat tersebut dapat dinikmati oleh individu
yang mengunakannya.
Proses penetapan harga adalah berkait rapat dengan gaya penawaran harga di pasaran
bagi produk yang dijual. Mempunyai pelbagai kaedah dalam menetapkan harga yang relevan
setanding dengan kualiti produk yang dipasarkan. Harga yang diletakkan pada sesuatu produk
berperanan mempengaruhi pelanggan sama ada untuk memilikinya atau sebaliknya.
Promosi adalah satu langkah untuk memancing pelanggan supaya tertarik dengan umpan
yang ditawarkan. Terdapat pelbagai kaedah dalam memastikan produk yang dijual mendapat
perhatian dipasaran. Promosi mampu mengubah fikiran pelanggan dalam membuat keputusan
pembelian produk yang ditawarkan. Promosi boleh dijalankan bagi produk yang kurang laris
atau produk yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran. Selain itu, promosi juga
dijalankan oleh sesebuah organisasi atau syarikat dalam memasarkan produk dan keluaran baru.
Sebelum membuka sesuatu perniagaan banyak faktor perlu diambil kira untuk
memastikan perniagaan berjalan lancar dan mencapai matlamat organisasi. Premis perniagaan ini
terletak di kawasan perumahan yang berkepadatan sederhana tinggi. Kemudahan infrastruktur
yang sedia ada meliputi telekomunikasi, bekalan elektrik dan air telah lama lengkap. Pusat
perniagaan Bandar Country Homes dikatakan kawasan yang strategik kerana terletak di pusat
bagi masyarakat setempat mendapatkan keperluan. Walaupun ruang kedai yang terhad ia masih
dapat mempamerkan produk dengan baik dan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang
datang berkunjung. Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery memiliki beberapa peralatan asas yang
dibeli secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan perniagaan pada masa ini. (Rujuk
lampiran 3).

Pn Nur Mizani Binti Abdul Rahim, iaitu pengurus bagi syarikat Haji Abdul Rahim
Bakery berusaha menerapkan elemen-elemen campuran pemasaran dalam menjalankan
perniagaan dan mengembangkan perniagaannya secara meluas. Konsep campuran pemasaran
merupakan satu kaedah khusus dalam merangka strategi pemasaran bagi memastikan produk
yang dibuat atau dipasarkan diterima oleh masyarakat.

Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery memasarkan produk berasaskan kek dan roti. Kek
terbahagi kepada beberapa jenis seperti kek perkahwinan dan kek hari lahir. Turut disediakan roti
lebih dari 30 variasi dan perisa sumber diakses dari http://hajirahimbakery.blogspot.com/ pada 1
Julai 2015. Perniagaan ini juga turut menyediakan perkhidmatan penyediaan dessert table atau
juga dikenali sebagai candy corner atas permintaan ketika majlis-majlis tertentu seperti majlis
pertunangan atau majlis hari jadi. (Rujuk lampiran 4)

Menentukan harga barangan atau produk merupakan satu proses yang agak sukar. Idea
asal dari pengarang petikan Majumdar R. 2007, Product Management in India (3rd Ed.). New
Delhi; Prentice-Hall of India Private Limited. Syarikat ini menetapkan harga melalui beberapa
kaedah dan kaedah yang digunakan adalah berbeza mengikut cawangan. Harga ditentukan
selepas melalui beberapa penilaian sama ada mengikut kesesuaian peletakan lokasi perniagaan,
pesaing mengikut kawasan atau meletakkan harga sekadar untuk mendapatkan semula modal
membuat produk tersebut. Harga yang berpatutan serta mengikut harga pasaran yang bukan
sahaja menguntungkan penjual tetapi ianya juga menguntungkan para pembeli kerana mampu
memperoleh produk yang memenuhi kehendak kata pengurus kepada pengkaji semasa seisi
temubual dijalankan pada 7 Jun 2015 di Haji Abdul Rahim Bakery cawangan Bandar Country
Homes.

Pelbagai idea dikeluarkan oleh pengurus bagi memasarkan produk melalui pelbagai cara.
Syarikat ini menjalankan promosi dengan memberi tawaran istimewa menjelang hari-hari
perayaan bagi menggalakkan jualan. Selain itu syarikat ini juga membuat promosi dengan
menyediakan potongan harga kepada pelanggan setia dan pelanggan yang membeli kek atau roti
sampai kepada satu amaun yang ditetapkan.

Pengkaji berpendapat bahawa sikap pengurus syarikat ini yang sangat positif mendorong
perniagaan ini terus berkembang maju. Pengurus syarikat ini bersikap sangat berinisiatif terhadap
perniagaan, pekerja dan pelanggan. Melalui pemerhatian pengkaji pengurus syarikat ini sentiasa
memastikan semua produk dan projek perkhidmatan penghantaran berjalan mengikut jadual yang
ditetapkan.

5.2 Campuran produk berdasarkan attribut, penjenamaan, lini produk syarikat Haji
Abdul Rahim Bakery.

MUTU PRODUK
CIRI PRODUK
REKA BENTUK
ATRIBUT
OBJEKTIF
PENGELUARAN
PRODUK

PENGREDAN
PENJENAMAAN KESELAMATAN
PEMBUNGKUSAN
PELABELAN KEBERSIHAN
KESIHATAN

KEPANJANGAN
PRODUK
LINI
KOMPOSISI
PRODU PEMODENAN
K CIRI/ RUPA LINI
PRODUK

5.2.1 Campuran produk berdasarkan attribut

Pengkaji mengkaji elemen campuran produk dari segi atribut, penjenamaan dan lini
produk yang diamalkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Penekanan dari aspek atribut
adalah ditekankan melalui produk yang dijual di syarikat Haji Abdul Rahim Bakery secara
khusus iaitu kek dan roti. Produk-produk yang dihasilkan menjadi asas dalam pembangunan
perniagaan tersebut. Atribut produk merangkumi beberapa aspek iaitu penekanan terhadap mutu
produk yang dikeluarkan. Perhatian diberikan terhadap mutu produk dari sudut kualiti bahan
yang digunakan untuk menghasilkan produk. Bahan mentah dipilih oleh pengurus dengan
mengenalpasti pembekal yang dapat membekalkan pelbagai kelengkapan serta bahan-bahan
mentah membuat kek, roti dan pastri. Bahan mentah dipesan daripada pembekal yang sama bagi
memastikan kualiti yang sama. Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery mengambil bahan mentah
dari syarikat Bagus Baking Solution Center, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Pengurus turut
mandapatkan bahan mentah dari pembekal House Of Ingredients, Sri Damansara dan Bibun
Food Sdn Bhd, Selayang Bharu. Pengurus sangat mementingkan kualiti produk dan dijamin
halal. Antara bahan mentah yang dipesan dari Bagus Baking Solution Centre adalah bahan asas
untuk membuat roti dan kek seperti tepung dan marjerin. Di samping itu, Syarikat Haji Abdul
Rahim Bakery mendapatkan bahan hiasan kek seperti buah ceri dan buah beri biru daripada
Bibun Food Sdn Bhd. Manakala House of Ingredients pula membekalkan alatan seperti nozzle
(Rujuk lampiran 5) , kotak, platform, lilin dan aksesori yang berkaitan.

Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery dikaji mengikut
kategori iaitu tea-time cake, happy bithday cake, breads, cookies, pie, cupcake, muffin, mini tart
dan weeding cake.
Buttercream Slice
Birthday Cake Biskut Raya
Cake

Chocolate Moist
Chocolate Swirl Bun Wedding Cake
Cupcake

Mini Tart Apple Pie

Antara produk yang dihasilkan dalam kategori tea-time cake adalah buttercream slice
cake. Syarikat ini menyediakan kek dalam potongan bagi pelanggan yang mengemari konsep
berkenaan. Slice cake dihidangkan sepanjang masa walaupun ianya tergolong dalam kategori
tea-time cake. Permintaan yang tinggi dari pelanggan terhadap buttercream slice cake menjadi
faktor pengkaji memilih produk tersebut untuk dikaji dengan lebih terperinci. Bukan sahaja
persembahan produk yang menarik malah rasanya yang sedap membuatkan buttercream slice
cake mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Walaupun pada mulanya idea dan
resepi ini hanya dibuat di cawangan pertama syarikat ini iaitu di Bandar Tasik Puteri tetapi
berjaya diperluaskan ke semua cawangan melalui latihan dan pengajaran teknik merealisasikan
resepi dengan sempurna kepada semua pekerja oleh pengurus syarikat Haji Abdul Rahim Bakery
iaitu Pn Nur Mizani.

Birthday Cake adalah menjadi asas kepada bakery ini kerana sebelum syarikat ini
berkembang dengan pelbagai kategori kek, roti dan pastri, syarikat ini hanya bermula dengan
perkhidmatan membuat kek hari lahir. Kini terbit pelbagai gaya dalam penghasilan kek hari
lahir. Antara gaya persembahan produk kek hari lahir yang diketengahkan oleh syarikat Haji
Abdul Rahim Bakery adalah dalam bentuk animasi seperti angry bird, mickey mouse, cinderella,
frozen dan pelbagai lagi. Turut ditampilkan kek hari lahir yang formal untuk hidangan golongan
dewasa. Menurut pengurus syarikat Haji Abdul Rahin Bakery kek hari lahir adalah antara produk
yang paling banyak dihasilkan mengikut purata bulanan. Kebanyakan pelanggan yang datang
lebih gemar menempah kek mengikut citarasa mereka sendiri.

Roti adalah produk yang dihasilkan melalui inspirasi pengurus syarikat Haji Abdul
Rahim Bakery sendiri iaitu, Pn Mizani. Produk ini dihasilkan hasil daripada idea pengurus yang
mahu mengembangkan segala ilmu tentang pembuatan roti dan kek yang dipelajari suatu masa
dahulu. Dengan langkah menghasilkan roti bukan sahaja ilmu yang dipelajari tidak lapuk ditelan
zaman malah ianya dapat menambahkan keuntungan syarikat. Chocolate Swirl Bun merupakan
antara roti yang paling laris berbanding roti yang lain. Walaupun Chocolate Swirl Bun
merupakan produk baharu yang diperkenalkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery tetapi
permintaan terhadap produk ini sangat menakjubkan. Persembahan produk yang kemas, reka
bentuk roti yang kreatif dan teknik penghasilan roti yang bagus membangkitkan nama produk
sehingga menjadi produk sandaran utama syarikat Haji Abdul rahim Bakery.

Cookies atau biskut dihasilkan dan dipasarkan oleh syarikat ini mengikut musim. Seperti
syarikat Haji Abdul Rahim Bakery membuka tempahan kepada orang ramai menjelang perayaan
hari raya. Biskut raya yang dihasilkan hanya mengikut tempahan. Biskut bukan dalam kategori
produk sedia ada tetapi ianya 100% mengikut tempahan dalam tempoh yang ditetapkan.
Tempoh tempahan dihebahkan dalam laman sosial syarikat iaitu
https://www.facebook.com/hajibakery. Pelbagai biskut dihasilkan dengan harga yang berpatutan.

Chocolate Moist Cupcake merupakan salah satu produk syarikat Haji Abdul Rahim
Bakery yang termasuk dalam kategori cupcake. Chocolate Moist Cupcake merupakan antara
cupcake yang paling menonjol antara cupcake yang lain. Ciri yang paling menonjol yang
terdapat pada produk ini adalah rupa yang menarik dan toping kacang hazel yang memukau
sesiapa sahaja yang melihatnya. Chocolate Moist Cupcake merupakan produk insipirasi daripada
sebuah kedai bakeri di negara London. Idea untuk menghasilkan produk dengan lebih menarik
timbul apabila pengurus pergi melancong ke luar negara sambil melihat perkembangan produk
syarikat-syarikat bakeri disana.

Wedding Cake dipasarkan dalam bentuk produk sedia ada dan melalui tempahan
mengikut citarasa pengguna. Kek ini memerlukan kemahiran yang sangat penting kerana
terdapat pelbagai elemen yang rumit. Elemen yang rumit adalah seperti fondan kek yang licin
dan ketebalan yang sama, proses piping bentuk khusus seperti bunga, daun atau corak bebas.
Corak bebas pada kek bermaksud corak yang melibatkan bentuk batik atau bentuk geometrik
(Rujuk Lampiran 6).

Mini tart dipesembahkan dalam rupa yang sama tetapi perisa yang berbeza. Antara perisa
yang menjadi permintaan adalah perisa strawberi dan beri biru (blueberry). Syarikat ini juga
mempersembahkan mini tart dalam perisa unik yang lain seperti tart telur, tart blulee nenas, tart
oren berkopi dan tart buah. Tart mini jarang dibuat oleh pengurus untuk dijual. Tart mini akan
dibuat apabila terdapat doh yang berlebihan atau bahan mentah yang hampir tarikh luput. Tart ini
jarang dibuat kerana risiko tarikh luput yang terlalu cepat dan kebimbangan produk tidak habis
dijual sebelum tarikh luput. Tart mini mesti dijual 3 hari dari hari tart tersebut dihasilkan.

Apple Pie adalah satu-satunya jenis pai yang dijual di kedai Haji Abdul Rahim Bakery .
Apple Pie dihasilkan untuk menambahkan variasi produk dalam syarikat Haji Abdul Rahim
Bakery. Apple pie adalah hasil cetusan idea salah satu pelajar tahun akhir diploma yang pernah
membuat praktikal di kedai tersebut. Pengurus mengambil keputusan untuk mengekalkan produk
tersebut kerana keunikannya. Penghasilan produk ini menjadikan syarikat ini mempunyai
kelainan daripada syarikat pesaing yang beroperasi di lokasi berdekatan.

Aspek yang turut terlibat dalam atribut produk adalah ciri yang terdapat pada produk
yang dihasilkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Idea untuk menonjolkan persembahan
produk adalah penting bagi memastikan kehendak pelanggan dapat dipenuhi. Produk yang
bervariasi membolehkan pelanggan yang datang mempunyai banyak pilihan. Hal ini bukan
sahaja dapat memenuhi citarasa pengguna malah turut memberikan pulangan yang lumayan
kepada perniagaan. Keseragaman menjadi tunggak kepada komitmen dalam menghasilkan
sesuatu produk. Langkah yang paling bijak diambil oleh pengurus syarikat Haji Abdul Rahim
Bakery adalah dengan menghantar pekerja-pekerjanya ke kursus latihan dalam menghasilkan kek
yang berkualiti secara konsisten. Kursus dihadiri oleh pekerja secara berperingkat di Bake With
Yen di No 33 Lorong Haji Taib Satu, 50350 Kuala Lumpur.(Rujuk Lampiran 6) Kursus secara
supaya pekerja konsisten dari sudut penggunaan bahan tanpa pembaziran dan sukatan yang sama
adalah sangat penting untuk menjaga kualiti rasa kek atau roti yang dihasilkan. Kelas bakeri
penting bagi menambah ilmu berkaitan teknik betul dan resipi yang boleh digunakan untuk
mempelbagaikan jenis kek untuk jualan. Jika tidak berguru dengan orang yang mahir, pasti tidak
diketahui teknik serta panduan bermula dari awal membuat kek hingga menyimpannya.
Keseragaman rasa dan reka bentuk dapat mengekalkan kepercayaan pelanggan setia terhadap
produk dan syarikat tersebut.

Selain itu reka bentuk produk turut menjadi teras bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery
dalam menerapkan campuran pemasaran produk berasaskan atribut produk. Pengurus syarikat ini
percaya bahawa reka bentuk pada kek dan roti yang dihasilkan sangat penting kerana ianya
memberikan pandangan pertama kepada pelanggan yang datang ke kedai tersebut. Reka bentuk
yang dihasilkan adalah hasil gabungan beberapa produk yang sedia ada di pasaran. Inovasi reka
bentuk kek dan roti juga turut dihasilkan berdasarkan ilham tersendiri terang pengurus kepada
pengkaji.
5.2.2 Campuran produk berdasarkan penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan.

Pembungkusan sesuatu produk berfungsi sebagai bekas yang akan memuat dan
melindungi produk supaya selamat dan tidak rosak. Petikan diolah dari petikan Kotler P.,
Armstrong G. Diterjemah oleh Ghazali Jaffar, Norjaya Mohd Yasin, Ahmad Azmi Mohd Ariffin.
Daripada buku Prinsip Pemasaran. Edisi Kelapan. Prentice Hall: Malaysia, 2000.
Penjenamaan produk dapat dipamerkan melalui peletakan istilah, tanda nama, simbol
yang dikaitkan dengan identiti syarikat. Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery mempunyai istilah
yang tersendiri iaitu Everlasting Taste dengan slogan We Serve You With The Finest
Ingredients Tanda nama syarikat ini adalah Haji Abdul Rahim Bakery. (Rujuk lampiran 8).
Indentiti syarikat ini jelas ditonjolkan melaui konsep Cake House dimana kebanyakan
pelanggan datang untuk menempah kek bebas mengikut citarasa mereka. Langkah penjenamaan
produk diambil oleh pengurus setelah mengkaji peletakan pasaran setiap cawangan yang
mendapat sambutan yang amat mengalakkan sama ada penduduk setempat mahupun luar
kawasan. Penjenamaan produk bertujuan untuk membezakan sesuatu produk pengeluar dengan
pesaing-pesaingnya di pasaran. Pembungkusan adalah faktor yang sangat penting bukan sahaja
sekadar memasarkan produk tetapi bagi menarik pengguna supaya memilih produk yang
dipasarkan itu.

Bungkusan
Bungkusan Roti Bungkusan Kek
Muffin & Roti

Pembungkusan melibatkan aktiviti mereka bentuk dan mengeluarkan bekas atau


pembungkus untuk sesuatu produk. Pembungkusan dalam syarikat Haji Abdul Rahim Bakery
adalah bertujuan untuk menyimpan dan melindungi produk, menarik minat pembeli untuk
membeli melalui grafik yang menarik pada kotak kek. (Rujuk lampiran 9). Elemen-elemen
tertentu yang terdapat dalam pembungkusan adalah terdapat dalam saiz dan bentuk mengikut
kesesuai kek atau roti yang dibeli, penggunaan warna yang padan dengan pemasaran produk
berasaskan kek dan roti dan tanda perniagaan. Pembungkusan inovatif yang dihasilkan oleh
syarikat ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk mengatasi pesaing tetapi ianya merupakan satu
strategi dalam menarik pelanggan yang melihat imej bungkusan dari luar. Pengurus syarikat
menyatakan bahawa di dalam persekitaran pemasaran pembungkusan merupakan peluang untuk
penjual mempengaruhi pembeli.

Aspek yang turut ditekankan oleh pengurus syarikat Haji Abdul Rahim Bakery dari sudut
kebersihan dan kesihatan. Keselamatan produk dikawal dengan penggunaan bahan yang mesra
alam seperti penggunaan kotak untuk pembungkusan kek dan roti. Penggunaan kotak bukan
sahaja menjamin produk dari tercemar malah ianya juga boleh dikitar semula. Kebersihan
diterapkan dari mula proses penghasilan produk hinggalah ke proses pembungkusan dan
pelabelan. Kawasan khas untuk aktiviti pembungkusan dan pelabelan disediakan disatu ruang
khas dalam kedai tersebut. Melalui pemerhatian pengkaji kawasan tersebut kelihatan sangat
kemas, kering dan bersih. (Rujuk lampiran 10).

Pelabelan merupakan sebahagian daripada pembungkusan yang mengandungi maklumat


6/bercetak atau bersama produk. Petikan dari pengarang A. Sazelin, penulisannya dalam
Keupayaan Pemasaran Dalam kalangan Pengusaha Kecil Makanan halal di Melaka Tengah :
Satu Kajian Awal. Universiti Teknikal Malaysia Melaka, 2009. Syarikat Haji Abdul Rahim
Bakery turut mencetak maklumat tentang produk termasuk nama produk, bahan yang
digunakan, berat atau bilangan kandungan dan logo halal pada kotak bungkusan untuk rujukan
pelanggan. Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery memastikan kesegaran produk terjamin melalui
penetapan tarikh luput yang dipaparkan pada setiap bungkusan untuk rujukan pelanggan.
Melalui perbualan pengkaji dengan pengurus syarikat tentang penetapan tarikh luput, pengurus
memaklumkan bahawa tarikh luput ditetapkan berdasarkan bahan yang digunakan dalam sesuatu
kek atau roti tersebut. Tempoh luput bagi kek adalah maksimum tiga hari dan aneka roti
ditetapkan tarikh luput selama seminggu dari tarikh produk dihasilkan. Jika produk tersebut
mempunyai 1 hari berbaki untuk luput maka pengurus atau pekerja pada masa itu akan membuat
jualan murah untuk melariskan roti atau kek tersebut. Langkah ini adalah langkah yang paling
efesien untuk mengurangkan pembaziran.

Penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan adalah penting untuk menjaga kepentingan


nama syarikat. Pengurus memutuskan bahawa beliau juga harus menyusun strategi dengan
memasarkan produk yang pelbagai dengan tidak menumpukan satu produk sahaja iaitu kek. Ini
bagi memastikan perniagaan bertahan lama di pasaran walaupun menerima saingan dari syarikat
perniagaan berasaskan kek, roti dan pastri yang lebih besar. Dengan ini produk yang terhasil
lebih bertahan lama, lebih banyak dan lebih berkualiti.

5.2.3 Campuran produk berdasarkan lini produk.

Konsep lini produk ingin diterapkan oleh Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery dalam
mempelbagaikan keluaran produk agar pelanggan mempunyai banyak pilihan. Antara usaha
yang ketara dilaksanakan oleh syarikat ini untuk mevariasikan produknya adalah dengan
mencipta satu resepi baru bagi setiap sukuan tahun. Resepi dihasilkan melalui gabungan idea
pengurus dan pekerja-pekerja yang berkemahiran di syarikat tersebut. Resepi yang baru setiap
sukuan akan dimuat naik dalam laman sosial syarikat dan laman rasminya iaitu
http://hajirahimbakery.blogspot.com/ dan https://www.facebook.com/hajibakery/ untuk
memaklumkan kepada pelanggan yang sentiasa mengikuti perkembangan produk syarikat ini
supaya tidak melepaskan peluang untuk memilikinya. Idea atau resepi yang baru dihasilkan
bukan sahaja untuk untuk menarik pelanggan tetapi ianya merupakan satu usaha untuk
menwujudkan produk baru dipasaran.

Penekanan lini produk oleh syarikat ini berfokus kepada komposisi produk itu sendiri.
Komposisi produk ditampilkan melalui keseragaman dalam menghasilkan penghasilan kek dan
roti. Keseragaman produk dicapai melalui proses pemberian latihan dan kursus kepada pekerja
supaya dapat melaksanakan kerja dengan betul dan seragam. Pada mulanya segala tugas
sentuhan terakhir (finishing touch) pasti akan dilakukan oleh pengurus dahulu sebelum produk
dipamerkan. Tetapi selepas menyedari bahawa tugasan yang banyak semakin membebani beliau
maka langkah pemberian latihan kepada pekerja telah diberikan. Tujuan latihan dan pendedahan
diberikan adalah supaya hasil kek atau roti yang dihasilkan memenuhi tuntutan reka bentuk asal
produk.

Melalui temu bual saya bersama pengurus syarikat, beliau telah memberitahu bahawa
syarikat tersebut tidak bergantung sepenuhnya kepada mesin dan teknologi terbaharu bukan
kerana kekurangan modal untuk memiliki mesin-mesin yang memudahkan proses pembuatan
kek dan roti. Sebaliknya, syarikat ini mengamalkan gaya tradisional dalam proses menghasilkan
roti seperti menguli doh menggunakan tangan, membuat elemen-elemen yang kecil pada kek
mengunakan gaya tradisional. Walaupun cara ini kelihatan rumit tetapi bagi pengurus yang
sangat berpengalaman ini ianya adalah sangat berbaloi. Bagi pendapat pengurus cara tradisional
yang diamalkan bukan sahaja membuatkan produk yang dihasilkan sedap dan lembut malah
dapat melatih pekerja-pekerja membuat kerja secara cekap dan tidak hanya bergantung kepada
teknologi mesin pengadun dan sebagainya. Turut ditekankan adalah aspek kebersihan setiap kali
hendak memulakan proses menghasilkan produk melalui cara tradisional.

Walaupun kebanyakan cawangan Haji Abdul Rahim Bakery terletak dikawasan


perumahan tetapi pengurus sentiasa membuat pemantauan ke atas lokasi dan kekerapan
pelanggan yang datang berkunjung. Langkah ini dilaksanakan bagi memasarkan produk yang
sesuai mengikut tempat yang menjadi tumpuan ramai. Pengurus perniagaan ini amat
mengutamakan kualiti produk dengan menggunakan bahan-bahan mentah bermutu tinggi. Hasil
pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa syarikat ini mempunyai beberapa produk yang
mempunyai ciri rupa lini produk yang mana produk-produk dalam kategori ini adalah dalam
usaha untuk diketengahkan kepada pasaran utama pelanggan. Antara produk yang diberi
perhatian adalah chocolate swirl bun, chocolate moist cake, mini tart, apple pie, buttercream
slice cake dan raisin cookies. Manakala kek yang diberi tumpuan adalah birthday cake dan
tempahan kek perkahwinan yang datang dari pelanggan yang mempunyai pelbagai citarasa yang
berbeza. (Rujuk lampiran 11).
Bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang pengurus untuk menghasilkan resepi,
membuat produk memasarkan dan mengembangkan perniagaannya. Maka syarikat ini
memerlukan sokongan dan bantuan sampingan bagi memastikan perniagaan beroperasi dengan
jayanya. Syarikat ini mempunyai 6 orang pekerja mempunyai kemahiran yang berbeza dalam
bidang yang sama iaitu penghasilan kek dan pastri. Kelebihan yang terdapat pada pekerja-
pekerja ini telah mendorong syarikat ini bebas menghasilkan idea dan reka bentuk kek dan roti
yang tersendiri. Pekerja-pekerja ini turut dihantar ke kursus dan pengajian jangka pendek bagi
mengukuhkan bakat dalam kemahiran masing-masing. Pekerja-pekerja ini ditempatkan di
cawangan yang berbeza mengikut keperluan penghasilan kek dan roti. Pekerja-pekerja yang
berkerja mempunyai kemahiran dalam menghias muffin dan kek, kemahiran dalam memilih
bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan kek atau roti dan kemahiran dalam
menggunakan teknik yang efektif dalam menghasilkan produk yang berkualiti

Terdapat pekerja yang berkemahiran dalam membuat dekorasi kek (Cake Decorating).
Hasil perbualan saya dengan beliau, beliau memberitahu bahawa dekorasi kek adalah salah satu
hasil seni dengan sedikit usaha, kreativiti dan pertolongan peralatan kecil ini, sebiji kek bulat
atau persegi yang biasa akan bertukar menjadi sebiji kek yang elegan, hebat dan di kagumi.
Teknik dekorasi kek menggunakan kaedah memicit (piping) adalah satu cara yang paling kreatif
dalam menghias kek. Pekerja yang berkemahiran diperlukan untuk menggunakan pelbagai
bentuk dan saiz muncung (nozzle) untuk menghasilkan hiasan seperti bentuk kelopak bunga,
daun, jalinan bakul, rumput, pokok, hati, dan bintang.
Terdapat juga pekerja yang mempunyai kemahiran dalam memilih aising yang sesuai
seperti aising yang sering di gunakan untuk kaedah memicit adalah dari jenis Buttercream icing
(aising krim mentega), Butter icing (aising mentega) dan Royal icing (aising royal).

Salah seorang daripada pekerja syarikat Haji Abdul Rahim Bakery mahir dalam kaedah-
kaedah untuk menghasilkan kek. Misalnya, membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah
kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan
gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Untuk membuat kek span pula,
kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul
kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.

Gabungan semua kemahiran yang ada pada pekerja yang berlainan bukan sahaja dapat
menghasilkan produk yang berkualiti malah dapat mengeratkan hubungan kerja sepasukan dan
berkongsi kemahiran masing-masing.
5.3 Kaedah penetapan harga berdasarkan kos melalui kaedah Titik Pulang Modal (TPM),
berasaskan pesaing, berasaskan harga psikologi dan harga berasaskan nilai bagi syarikat
Haji Abdul Rahim Bakery.

BERASASKAN
PESAING

KAEDAH PENETAPAN
HARGA

Menentukan harga barangan atau produk merupakan satu proses yang agak sukar. Hal ini
kerana, penentuan harga sesuatu barang atau perkhidmatan akan bersandarkan kepada kualiti,
kuantiti, keperluan atau kehendak pengguna serta kemampuan pengeluar dalam membekalkan
produk tersebut dan kemampuan pengguna untuk membeli atau membayar produk tersebut.
Petikan diolah dari pengarang buku Managing New Product and Process Development iaitu
Clark K.B & Wheelwright S.C. 1993.. New York; The free Press.

Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan price-follower atau harga pasaran iaitu
mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain. Proses penetapan harga
adalah amat penting kerana ianya memberi tanggapan pengguna ke atas harga dan nilai sesuatu
produk yang dihasilkan tersebut.

5.3.1 Kaedah penetapan harga berdasarkan kos

Syarikat perlu meletakkan harga yang akan meliputi kos pengeluaran, pengagihan,
penjualan dan pada masa yang sama menghasilkan pulangan yang setimpal dengan usaha dan
risiko yang ditanggung. Kos sesebuah syarikat merupakan elemen yang sangat penting dalam
strategi penentuan harga. Syarikat yang mempunyai kos yang terendah dapat menetapkan harga
yang rendah dan akan menghasilkan jualan dan keuntungan yang lebih.

5.3.1.1 Kaedah penetapan harga berdasarkan Titik Pulang Modal (TPM)

Analisis titik pulang modal ialah satu teknik perakaunan yang membantu pihak
pengurusan menilai sesuatu rancangan perniagaan serta membuat keputusan yang bijak. Hong
Lia Wan, Tee Kok Bin dan Lim Yoke Kim, Halaman 296-299, 2003. Ungu Masteri SPM Prinsip
Perakaunan. Shah Alam, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Titik pulang modal (TPM)
menunjukkan sama ada sesuatu rancangan perniagaan wajar dilaksanakn atau tidak dan sama ada
keuntungan atau kerugian yang dihasilkan. Pada titik pulang modal, jumlah hasil jualan adalah
sama dengan jumlah kos. Ini bermakna tiada untung atau rugi didapati pada titik ini.

=
20
18
16
14 Kawasan
Kos dan hasil

12
10
Jumlah Kos
8 TPM
Jumlah Hasil
6
4
Kawasan
2
0
2 4 6 8
Pengeluaran

Rajah 1 menunjukkan lakaran keluk analisis titik pulang modal

Jumlah Kos Tetap


=

Kos Tetap + Untung Sasaran


=
Harga Jualan Seunit Kos Berubah Seunit

Kaedah penetapan harga beasakan kos mengunakan konsep Titik Pulang Modal (TPM)
diamalkan oleh syarikat ini untuk melariskan produk yang kurang laris. Konsep ini diterapkan
apabila produk yang dihasilkan hampir tarikh luput maka syarikat ini mengambil langkah untuk
menurunkan harga sehingga ke titik pulang modal. Konsep ini menyebabkan syarikat tidak
memperoleh sebarang untung dan tidak menanggung sebarang kerugian. Hasil dari jualan
produk-produk ini hanya cukup sebagai modal pusingan (rolling income) untuk menghasilkan
produk yang sama pada masa akan datang. Analisis ini amat penting untuk mengetahui
penawaran dan permintaan menguntungkan atau tidak. Rajah 1 menunjukan analisis Titik Pulang
modal. Analisis ini dibuat berdasarkan jumalah kos dan jumlah hasil. Jika jumlah kos melebihi
jumlah hasil bermakna syarikat mengalami kerugian kerana hasil yang diperoleh tidak dapat
menampung kos. Sebaliknya jika, jumlah hasil melebihi jumlah kos bermakna syarikat
memperoleh keuntungan. Titik Pulang Modal terbentuk apabila jumlah kos sama dengan jumlah
hasil.
5.3.2 Kaedah penetapan harga berasaskan nilai

Syarikat ini menetapkan harga berasaskan nilai bagi produk-produk yang ditempah oleh
pelanggan. Harga yang ditawarkan bagi produk tempahan ini mencecah puluhan ringgit dan
harga yang ditawarkan tersebut boleh diturunkan bersandarkan kepada promosi yang dijalankan.
Harga yang ditawarkan bagi produk tempahan adalah agak berpatutan mengikut kepada reka
bentuk dan kreativiti dalam penghasilan kek tersebut. Hal ini kerana, kreativiti dalam penampilan
produk tersebut akan menjadi kunci kepada nilai harga sesuatu produk. Ini menunjukkan bahawa
seni halus dan reka bentuk dan kompleks dan cantik akan mampu untuk menarik pelanggan
untuk membuat tempahan kerana ianya mampu memenuhi kehendak dan citarasa pengguna itu
sendiri. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan yang mana menjadikan keupayaan
golongan berpendapatan sederhana dan rendah mampu untuk menempah produk seperti kek
mengikut citarasa mereka.
5.3.3 Kaedah penetapan harga produk baru

Penentuan harga bagi produk baru merupakan salah satu daripada strategi pemasaran.
Harga permulaan ini mudah berubah-ubah dan penetapannya merupakan keputusan yang paling
asas dalam campuran pemasaran. Harga permulaan boleh ditetapkan tinggi untuk mendapatkan
semula kos pembangunan secepat mungkin atau menetapkan harga yang rendah agar produk
berjaya mendapat bahagian pasaran yang besar.

Terdapat dua jenis strategi untuk produk yang baru sama ada harga tarahan atau
penembusan. Pemilihan kaedah ini berdasarkan objektif penentuan harga perniagaan. Petikan
dari buku Jose Silva Ed Bernd, 1998, Kuasa Jualan, Ulu Kelang: MDC Publisher Sdn Bhd.
Kaedah penetapan harga produk baru adalah memberi harga pengenalan bagi setiap produk baru
yang dikeluarkan oleh syarikat. Kaedah penetapan harga produk baru lazimnya digunakan oleh
syarikat Haji Abdul Rahim Bakeri ketika mula memasarkan produk baru setiap sukuan tahun.

Produk-produk baru keluaran syarikat Haji Abdul Rahim Bakery ini ditampilkan dengan
konsep penembusan pasaran. Konsep penembusan pasaran adalah menetapkan harga serendah
mungkin untuk meraih pelanggan yang banyak. Peletakkan harga yang rendah adalah untuk
meningkatkan permintaan dan pada masa ini untung kurang diutamakan. Teknik ini digunakan
kerana syarikat ini mengeluarkan produk berorientasikan buruh dan menggunakan teknologi
yang rendah. Kebiasaannya syarikat mengalami kerugian pada tahap pengenalan produk baru
menggunakan konsep penembusan pasaran.
Apabila penjualan produk telah stabil dan pelanggan mula membuat permintaan syarikat
mula dengan konsep tarahan pula iaitu kaedah penetapan harga yang tinggi untuk menunjukkan
prestij dankualiti produk yang dihasilkan. Konsep ini mula diterapkan apabila syarikat telah
memperoleh pulangan modal yang mencukupi daripada hasil ditahap pengenalan. Kaedah
penarahan dijalankan berorientasikan modal. Pada peringkat ini pelanggan akan mula selesa
dengan harga yang ditawarkan walaupun pada awalnya harga yang ditawarkan rendah
berbanding selepas penjualan produk tersebut stabil.

5.3.4 Kaedah penetapan harga berasaskan pesaing

Kaedah penetapan harga pesaing dibuat berdasarkan harga yang dibuat oleh pesaing.
Dengan kaedah ini, syarikat meletakkan harga sehampir mungkin dengan pesaing yang paling
hampir dengannya dari segi kualiti produk dan tempoh pengalaman menceburi bidang
perniagaan yang sama. Pesaing bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery terdiri daripada kategori
persaingan monopolistik, iaitu pasaran mengandungi ramai pembeli dan penjual yang berdagang
di bawah harga yang berbeza. Harga yang berbeza ini berlaku kerana penjual dapat membezakan
tawaran mereka kepada pembeli.

Pengguna biasanya membuat penilaian produk berasaskan harga yang pesaing kenakan
untuk produk yang serupa. Oleh itu, pihak pengurus harus peka dengan harga yang diletakkan
oleh pesaing. Harga berasaskan pesaing ditentukan melalui penentuan harga kadar kini iaitu
meletakkan harga yang sama, lebih tinggi atau lebih rendah daripada pesaing utama dan
penentuan harga bida tertutup pula merupakan penetapan harga sama dengan pesaing.

Objektif perniagaan adalah untuk berusaha meningkatkan mutu produk supaya boleh
meletakkan harga sama dengan pesaing yang mempunyai prestij. Pesaing yang terbaik
dikawasan yang sama dijadikan sasaran dan mendorong perniagaan ini berusaha sedaya upaya
menandingi pasaing yang terbaik tadi.

Nama Syarikat
Haji Abdul Rahim Bakery Sweet Sugar Cake House
Jenis Produk
Kek Hari Lahir RM 35 RM40
Berat: 1 kg

Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery menetapkan harga berdasarkan pesaing mengikut
konsep harga kadar lini iaitu menentukan harga lebih rendah daripada pesaing. Jurang yang
wujud antara harga yang ditetapkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery dan syarikat
pesaingnya iaitu Sweet Sugar Cake House. Tetapi mengikut analisis pengkaji, pengkaji
mendapati bahawa persembahan kek dan tekturnya hampir sama, ini bermakna kedua-dua
syarikat ini mempersembahkan kualiti produk yang sama. Lebih berbaloi bagi pengguna jika
mendapatkan sesuatu produk yang sama kualitinya dengan harga yang lebih rendah.

Produk/ Cholacolate Muffin Chocolate Muffin


Nama Syarikat LA Boheme Haji Abdul Rahim Bakery
Sebelum GST RM 2.00 RM 2.00
Selepas GST RM 2.50 RM 2.30

Sebelum Kerajaan menguatkuasakan perlaksanaan Good Service Tax (GST) Syarikat


Haji Abdul Rahim Bakery menetapkan harga berdasarkan pesaing mengikut konsep harga bida
iaitu menentukan harga sama dengan harga yang ditetapkan oleh pesaing. Tetapi selepas
penguatkuasaan perlaksanaan GST mulai 1 April 2015, wujud jurang antara harga yang yang
ditetapkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery dan syarikat pesaingnya iaitu Sweet Sugar
Cake House. Mengikut analisis pengkaji, pengkaji mendapati bahawa syarikat Haji Abdul Rahim
Bakery lebih menjaga kebajikan masyarakat kerana walaupun kedai ini terpaksa menaikan harga
produknya tetapi perubahan yang dibuat pada harga adalah minimum berbanding harga yang
ditetapkan oleh pesaing selepas pesaing jauh lebih tinggi dan mengaut keuntungan yang lebih
dari pelanggan.

Faedah-faedah tambahan yang ditawarkan bersama-sama produk bagi mewujudkan


perbezaan di antara produk sesuatu syarikat dengan pesaing-pesaingnya seperti khidmat
penghantaran. Khidmat penghantaran disediakan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery dengan
harga RM 4 setiap 1 km, untuk kawasan berdekatan sahaja.
5.3.5 Kaedah penetapan harga mengikut strategi psikologi

Strategi penetapan harga psikologi adalah peletakan harga yang menggalakan pengguna
untuk membeli dengan berasakan emosi dan menggunakan rasional fikiran mereka.Inspirasi dari
buku Nazri Kadir dan Shah Kadir, 2012, Jutawan Gaya Trump, PTS Professional Sdn Bhd.
Antara konsep peletakan harga psikologi adalah meletakkan harga dengan angka genap seperti
RM 10 atau meletakkan harga dengan angka ganjil seperti RM 9.99 supaya nampak murah.

Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery mengikuti pendekatan penetapan harga dengan angka
ganjil bagi kategori roti, cupcake dan muffin. Misalnya, harga Chocolate Swirl Bun adalah RM
3.95. Harga sebegini sengaja diletakkan kerana kebanyakan pengguna atau pelanggan hanya
melihat angka depan harga. Sedangkan harga yang ditetapkan hampir kepada RM 4 jika
dilakukan penggenapan.

Selain itu, harga diskaun juga merupakan sebahagian daripada strategi psikologi dalam
penetapan harga. Harga diskaun adalah harga tawaran yang lebih rendah daripada harga asal
yang diberikan kepada pengguna kerana sebab-sebab tertentu seperti jualan murah dan tawaran
pembukaan. Biasanya jumlah diskaun ditetapkan sebanyak 10%, 20%, 30% atau lebih,
bergantung kepada jumlah produk yang dibeli.

Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery mengamalkan pemberian potongan harga istimewa
bagi setiap musim perayaan dan hari hari tertentu. Potongan harga istimewa akan ditawarkan
untuk satu jangka masa tertentu. Potongan harga biasanya dijalankan untuk produk yang
dikhususkan seperti hamper hari raya.
Hamper hari raya ini mengandungi gabungan pelbagai jenis produk keluaran syarikat
Haji Abdul Rahim Bakery. Walaubagaimanapun harga yang ditetapkan untuk sebuah hamper
tidaklah mengira dari harga setiap produk tersebut. Harga yang ditetapkan untuk hamper tersebut
adalah selepas diskaun bagi keseluruhan produk didalamnya.
5.4 Strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan
awam yang dijalankan syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

PENGIKLANAN

PROMOSI

PERHUBUNGAN
PROMOSI
AWAM
JUALAN

Promosi adalah komunikasi maklumat mengenai produk dengan cara yang menarik dan
memujuk bagi mempengaruhi pembeli atau pasaran sasaran untuk membeli produk yang
dipromosikan. Promosi juga adalah penting kerana ianya memastikan barangan atau produk yang
ditawarkan dapat diperlihatkan dan diperdengarkan kepada para pengguna yang memerlukannya.
Promosi ini akan mampu menarik perhatian pengguna untuk membeli produk tersebut. Petikan
dari Ferrell O.C, Hartline M.D & Lucas G.H, 2002, Marketing Strategy. Australia; South-
Western Thomson Learning. Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery menjalankan promosi dalam
pelbagai bentuk yang bebas seperti mengadakan pakej dan pek istimewa kepada bakal-bakal
pegantin. Turut dijalankan promosi terhad mengikut tempoh misalnya pemberian tawaran
istimewa menjelang hari-hari perayaan bagi menggalakkan jualan. Segala usaha yang dijalankan
bukan sahaja untuk memaksimumkan keuntungan tetapi syarikat ini menghasilkan produk-
produk untuk memenuhi citarasa yang diingini oleh pelanggan.

5.4.1 Strategi campuran promosi menerusi pengiklanan.


Pengiklanan adalah pengenalan produk yang dikeluarkan tanpa mengeluarkan sebarang
bayaran. Pengiklanan merupakan komunikasi daripada pihak syarikat kepada masyarakat umum
dan tiada maklum balas daripada individu yang menerima mesej.

Pengiklanan dilakukan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery adalah melalui
cetakan fliers. Fliersdiedarkan ke setiap rumah dan kawasan pusat perniagaan berhampiran.
Fliers ini diedarkan apabila sesuatu cawangan baru dibuka di kawasan yang baru. Fliers yang
diedarkan lengkap dengan maklumat nama penuh syarikat, pemberitahuan cawangan yang sedia,
no telefon syarikat bagi setiap cawangan dan produk sera perkhidmatan yang ditawarkan.
Cetakan fliers hanya memerlukan kos yang sangat minimum. Usaha mengedarkan fliers
adalah bertujuan untuk mempromosikan cawangan yang baru dibuka dan cawangan-cawangan
yang sedia adalah di lokasi yang lain. Hasil temu bual saya dengan pengurus syarikat, beliau
menyatakan bahawa pengedaran fliers bukan sahaja untuk memperkenalkan kepada penduduk
setempat malah pihak syarikat Haji Abdul Rahim Bakery berharap agar fliers tersebut dapat
disebarkan kepada saudara-mara dan rakan taulan yang lain.

Mengikut analisis pengkaji, pengkaji mendapati kedai Haji Abdul Rahim Bakery ini juga
dikunjungi ramai pelanggan walaupun kedai tersebut baru dibuka. Ini adalah hasil dari
pengedaran fliers kepada penduduk setempat. Bukan itu sahaja hasil pemerhatian pengkaji,
pengkaji mendapati fliers turut diedarkan di pasar besar Bandar Country Homes dan Masjid
Cahaya Iman, Bandar Country Homes.

5.4.2 Strategi campuran promosi melalui promosi jualan


Haji Abdul Rahim Bakery menjalankan pelbagai promosi jualan bukan sahaja untuk
memperkenalkan produk yang baharu tetapi bagi menarik pelanggan yang pernah berkunjung ke
kedai tersebut untuk terus menjadi pelanggan setia kedai tersebut.

Antara promosi jualan yang dijalankan adalah menyediakan tester atau sampel di
kaunter jualan bagi setiap produk baru yang dihasilkan. Promosi jualan yang dijalankan melalui
hidangan tester memberikan peluang untuk pelanggan untuk menilai produk tersebut sama ada
memenuhi citarasa mereka atau sebaliknya. Hal ini menyebabkan setiap produk yang
dikeluarkan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan.
Kebiasaanya pelanggan yang datang sering menanti-nanti produk baru yang dihasilkan oleh
syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Setiap produk dihasilkan, sama ada produk baru atau produk
lama yang ditambah baik dilakukan hasil dari maklum balas yang diterima daripada pelanggan
yang merasai hidangan tester yang disediakan.

Mengikut analisis pengkaji, pengkaji mendapati bahawa promosi jualan yang dijalankan
sangat membantu perkembangan syarikat ini dari pelbagai aspek. Antara aspek-aspeknya adalah
pihak syarikat dapat menambah baik produk sedia ada mengikut citarasa pelanggan.

5.4.3 Strategi campuran promosi menerusi perhubungan awam


Promosi melalui publisiti adalah mesej tentang produk yang disampaikan melalui media
massa. Oleh kerana bajet pengiklanan semakin menguncup mengakibatkan bajet pengiklanan
akhbar dan radio tidak menjadi pilihan usahawan kecil kerana kekangan kewangan. Sebagai
kesannya, hari ini internet semakin relevan kerana ia adalah alternatif terbesar menawarkan
pengiklanan termurah dan berpanjangan kepada usahawan kecil.

Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery memilih lapangan jalur lebar untuk meluaskan
maklumat tentang produk-produk yang dihasilkan. Medium ini digunakan bertujuan utk
mewujudkan, mengekalkan dan memperluaskan pasaran bagi sesuatu produk yang dikeluarkan
oleh Syarikat Haji Abdul Rahim. Antara web yang mendedahkan maklumat tentang produk
syarikat Haji Abdul Rahim Bakery adalah

i. http://hajirahimbakery.blogspot.com/
ii. https://www.facebook.com/hajibakery
iii. https://hajibakery.wordpress.com/2010/09/30/welcome-2-hajis-bakery/
iv. http://www.majalah.com/?business:haji-abdul-rahim-bakery/.
v. https://twitter.com/hajibakery

Hasil pemerhatian pengkaji, pengkaji mendapati bahawa laman sosial


https://www.facebook.com/hajibakery/ adalah laman yang paling aktif bagi syarikat
memperkenalkan produk baru dan juga laman yang memudahkan pelanggan menyatakan komen
dan maklum balas terhadap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh syarikat Haji Abdul
Rahim Bakery.

6.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, dalam pengkaji menjalankan kajian mengenai campuran
pemasaran yang diamalakan oleh syarikat Haji Abdul Rahim Bakery. Syarikat ini menjalankan
perniagaan dengan mengaplikasikan setiap elemen campuran pemasaran dengan sanga terperinci
dalam beberapa aspek. Terdapat 3 daripada 4 elemen campuran pemasaran yang dikaji oleh
pengkaji merangkumi maklumat produk dipasarkan, penetapan harga dan promosi yang
dijalankan bagi memasarkan produk yang dikeluarkan.

Pengkaji mendapati produk yang dihasilkan untuk dipasarka adalah berkualiti. Kualiti
produk dinilai dari penelitian sumber bahan mentah yang digunakan dan kaedah yang digunakan
dalam menghasilkan roti dan kek. Penetapan harga yang berpatutan mengikut standart yang
ditetapkan sendiri oleh pengurus mengikut kategori produk-produk yang dijual. Harga ditetapkan
melalui pandangan dari dalam dan luar syarikat demi keuntungan syarikat dan kepuasan
pelanggan. Berdasarkan kajian rintis tentang perlaksanaan aktiviti promosi yang dijalankan oleh
syarikat Haji Abdul Rahim Bakery, syarikat ini menjalankan promosi mengikut corak
permintaan pelanggan terhadap produk tersebut. Syarikat turut menjalankan promosi ketika
menjelang musim perayaan dengan membuat produk mengikut tema perayaan berkenaan,
contohnya penghasilan kuih raya ketika perayaan hari raya aidilfitri.

Di samping itu, terdapat beberapa cadangan yang ingin dikemukakan kepada syarikat
Haji Abdul Rahim Bakery oleh pengkaji berdasarkan analisis dapatan yang diperoleh. Pengkaji
ingin mencadangkan supaya syarikat ini dapat menghasilakan produk dan menjalankan promosi
bagi sambutan hari-hari yang khusus seperti hari ibu, hari bapa dan hari guru. Pengkaji juga
berharap agar syarikat ini dapat mewujudkan keseragaman dalam semua cawangan melalui
papan tanda syarikat yang sama atau uniform pekerja yang seragam. Pengurus syarikat juga
boleh menempatkan setiap cawangan seorang pengurus atau pemantau bagi meringankan beban
pengurus yang mana terpaksa mengendalikan beberapa cawangan seorang diri.

Akhir sekali, bagi pengkaji yang ingin melakukan kajian lanjutan disarankan supaya
mengecilkan skop kajian tentang campuran pemasaran. Kajian yang ingin dijanlankan boleh
meliputi pelaksanaan kajian tetang produk sahaja tetapi lebih mendalam atau elemen campuran
pemasaran yang lain secara lebih terperinci. Hal ini membolehkan gambaran tentang syarikat ini
akan menjadi lebih jelas.

Tuntasnya, pengkaji berharap agar cadangan yang diberikan dapat membantu syarikat ini
untuk berkembang dengan lebih maju. Tambahan, pengkaji berharap pengkaji yang berminat
untuk membuat kajian lanjutan mendapat idea dari skop yang dicadangkan.
LAMPIRAN C

T B 0 1
Tarikh: 26 Mei 2015
PROTOKOL TEMU BUAL

Tajuk : ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT HAJI ABDUL RAHIM


BAKERY

Objektif :

I . Mengkaji campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Haji Abdul Rahim
Bakery untuk mencapai matlamat perniagaan.

II. Mentaktif elemen campuran produk dari segi atribut, penjenamaan dan lini produk
bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

III. Menentukan kaedah penetapan harga berdasarkan kos melalui kaedah Titik Pulang
Modal (TPM) dan harga berasakan nilai bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

IV. Menganalisis strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan
perhubungan awam yang dijalankan syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

Soalan:

1. Nama syarikat ini adalah diinspirasikan oleh siapa?


2. Syarikat ini mempunyai berapa cawangan?
3. Bilakah syarikat ini mula ditubuhkan?
4. Dimanakah lokasi pertama syarikat ini bertapak?
5. Apakah objektif penubuhan syarikat ini?
6. Bolehkan jelaskan kepada saya visi dan misi syarikat ini?
7. Apakah yang menjadi pendorong kepada syarikat ini untuk terus berkembang?
8. Bagaimanakah cara campuran pemasarn diterapkan dalam syarikat ini?

Tarikh: 01 Jun 2015 T B 0 2

PROTOKOL TEMU BUAL


Tajuk : ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT HAJI ABDUL RAHIM
BAKERY

Objektif :

I . Mengkaji campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Haji Abdul Rahim
Bakery untuk mencapai matlamat perniagaan.

Soalan:

1. Apakah prinsip campuran pemasaran yang dipenuhi oleh syarikat ini?


2. Bagaimanakah campuran pemasaran membantu melicinkan pengurusan syarikat?
3. Adakah campuran pemasaran yang diamalkan membantu mencapai matlamat yang
ditetapkan oleh syarikat?
4. Bagaimanakah perlaksanaan campuran pemasaran dipantau untuk sesuatu tempoh?

Tarikh: 04 Jun 2015 T B 0 3

PROTOKOL TEMU BUAL


Tajuk : ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT HAJI ABDUL RAHIM
BAKERY

Objektif :

II. Mentaktif elemen campuran produk dari segi atribut, penjenamaan dan lini produk
bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

Soalan:

1. Bagaimanakah syarikat ini mengekalkan mutu produk yang dikeluarkan?


2. Bagaimanakah syarikat ini menentukan ciri yang ingin ditonjolkan bagi produk yang
dikeluarkan?
3. Siapakah yang berperanan dalam menenentukan reka bentuk sesuatu priduk sebelum ia
dikeluarkan?
4. Apakah antara objektif utama penubuhan syarikat ini?
5. Bagaimanakah proses pemilihan bahan pembungkusan produk dipilih?
6. Apakah antara elemen yang diambil berat dalam proses pembungkusan produk?
7. Bagaimanakah syarikat ini memastikan jenama yang diwarisi terus kekal?
8. Apakah yang ditekankan dalam pelabelan produk siap yang dikeluarkan oleh syarikat
ini?
9. Bagaimanakah tarikh luput bagi produk yang dikeluarkan ditetapkan?
10. Bagaimanakah pengredan sesuatu produk yang dikelurkan ditentukan?
11. Bagaimanakah syarikat memastikan keseragaman dalam produk yang dihasilkan?
12. Adakah syarikat ini melakukan pemodenan dalam menghasilkan produk?
13. Apakah usaha syarikat ini untuk mengetengahkan ciri produk dalam konsep lini produk?
14. Berapa orang yang bekerja dibawah syarikat ini?
15. Bagaimanakah cara syarikat ini memastikan semua pekerja dapat menghasilkan produk
yang menepati piawaian yang ditetapkan oleh syarikat?
Tarikh: 07 Jun 2015 T B 0 4

PROTOKOL TEMU BUAL

Tajuk : ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT HAJI ABDUL RAHIM


BAKERY
Objektif :

III. Menentukan kaedah penetapan harga berdasarkan kos melalui kaedah Titik Pulang
Modal (TPM) dan harga berasakan nilai bagi syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

Soalan:

1. Apakah kaedah yang digunakan oleh syarikat ini dalam menentukan harga sesuatu
produk itu?
2. Jika produk itu ditempah mengikut citarasa pelanggan bagaimanakah harga produk itu
ditentukan?
3. Adakah syarikat ini bergantung kepada harga pesaing dalam menentukanharga produk
yang sama dengan pesaing?
4. Bagaimankah syarikat memastikan kos yang minimum dalam mengeluarkan produk yang
berkualiti?
5. Melalui pemerhatian saya, saya mendapati bahawa syarikat ini meletakkan harga yang
berbeza bagi produk yang sama di lokasi yang berbeza.
Apakah faktor yang menyebabkan jurang harga berlaku bagi produk yang sama di
cawagan yang berbeza
6. Bagaimanakah syarikat ini memastikan semua produknya terutama bagi yang kurang laris
untuk mencapai titik pulang modal dan mengelakkan kerugian?
7. Bagaimana syarikat ini menguruskan penetapan harga bagi produk yang dipasarkan di
cawangan-cawangan yang baru dibuka?

Tarikh: 09 Julai 2015 T B 0 5

PROTOKOL TEMU BUAL

Tajuk : ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT HAJI ABDUL RAHIM


BAKERY

Objektif :
IV. Menganalisis strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan dan
perhubungan awam yang dijalankan syarikat Haji Abdul Rahim Bakery.

Soalan:

1. Apakah antara kaedah yang digunakan oleh syarikat ini untuk memasarkan
produk yang dikeluarkan?
2. Apakah antara kaedah-kaedah yang digunakan paling berkesan untuk melariskan
produk yang dipasarkan?
3. Bagaimanakah syarikat ini menjalankan aktiviti pengiklanan?
4. Adakah promosi jualan yang diadakan berjaya menarik ramai pelanggan?
5. Adakah promosi dijalankan oleh syarikat ini sepanjang masa atau mengikut
musim?
6. Bilakah syarikat akan mengemaskini maklumat dalam laman rasmi?
7. Adakah promosi dijalankan seragam oleh semua cawangan atau mengikut lokasi
yang terpilih sahaja?
LAMPIRAN D
Lampiran 1

Cawangan syarikat Haji Abdul Rahim Bakery di Bandar Country Homes.

Lampiran 1

Cawangan syarikat Haji Abdul Rahim Bakery di Bukit Beruntung.


Lampiran 2

Syarikat ini mula beroperasi sejak 31 Mac 2005 di No 11-G Jlan 5/1 Green Valley Park, Bandar
Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor.
Lampiran 3

Ruang kedai yang terhad namun masih dapat mempamerkan produk dengan baik dan
memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung.
Lampiran 4

Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery menyediakan perkhidmatan penyediaan dessert table atau
juga dikenali sebagai candy corner atas permintaan pelanggan.
Lampiran 5

Nozzle (Peralatan Dekorasi Kek)

Muncung nozzle dalam pelbagai saiz dan kegunaan, nozzle bersaiz besar boleh digunakan pada
doh pastri seperti biskut, elair dan sebagainya.

Lampiran 6

Kursus dihadiri oleh pekerja secara berperingkat di Bake With Yen di No 33 Lorong Haji Taib
Satu, 50350 Kuala Lumpur.
Lampiran 7

Corak bebas pada kek bermaksud corak yang melibatkan bentuk batik atau bentuk geometrik.
Lampiran 8

Syarikat Haji Abdul Rahim Bakery mempunyai istilah yang tersendiri iaitu Everlasting Taste
dengan slogan We Serve You With The Finest Ingredients.
Tanda nama syarikat ini adalah Haji Abdul Rahim Bakery.
Lampiran 9

Pembungkusan dalam syarikat Haji Abdul Rahim Bakery adalah bertujuan untuk menyimpan
dan melindungi produk, menarik minat pembeli untuk membeli melalui grafik yang menarik
pada kotak kek.
Lampiran 10

Kawasan khas untuk aktiviti pembungkusan dan pelabelan disediakan disatu ruang khas dalam
kedai tersebut.
Lampiran 11

Kek yang ditempah dari syarikat Haji Abdul Rahim Bakery untuk majlis perkahwinan .
RUJUKAN

Karya Terjemahan

Kotler P., Armstrong G. Diterjemah oleh Ghazali Jaffar, Norjaya Mohd Yasin, Ahmad Azmi
Mohd Ariffin. Prinsip Pemasaran. Edisi Kelapan. Prentice Hall : Malaysia, 2000.

Karya Penulis

Patten D 1993. Successful Marketing For small Busniess, 2nd e.d London : Kogan Page
Limited

Managing New Product and Process Development iaitu Clark K.B & Wheelwright S.C. 1993.
New York; The free Press.

Majumdar R. 2007, Product Management in India (3rd Ed.). New Delhi; Prentice-Hall of India
Private Limited.

Hong Lia Wan, Tee Kok Bin dan Lim Yoke Kim, Halaman 296-299, 2003. Ungu Masteri SPM
Prinsip Perakaunan. Shah Alam, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Jose Silva Ed Bernd, 1998, Kuasa Jualan, Ulu Kelang: MDC Publisher Sdn Bhd.

Nazri Kadir dan Shah Kadir, 2012, Jutawan Gaya Trump, PTS Professional Sdn Bhd.

Ferrell O.C, Hartline M.D & Lucas G.H, 2002, Marketing Strategy. Australia; South-Western
Thomson Learning.

Jurnal

A. M. Azmi, O. Nik Hairi, L. Kuan Yee. Faktor Kritikal Kejayaan Usahawan dalam Perniagaan.
Jurnal Sains Sosial dan Kemanusian.Halaman 34-45, 2012.

Sofiah Md. Auzair, Rozita Amiruddin, Ainun Abdul Majid dan Ruhanita Maelah. Hubungan
Strategi Perniagaan dengan Perakaunan Pengurusan: Satu Kajian di Organisasi
Perkhidmatan Malaysia. Jurnal Pengurusan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti
Malaya, halaman 45-52, 2013.

Tesis

B. Nazimah . Elemen-elemen pemasaran Yang Membantu Kejayaan Perniagaan Usahawan


Bumiputera. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn : Tesis Sarjana, 2001.

A. Sazelin. Keupayaan Pemasaran Dalam kalangan Pengusaha Kecil Makanan halal di Melaka
Tengah : Satu Kajian Awal. Universiti Teknikal Malaysia Melaka, 2009.
Kamus
Nik Safiah Karim dan Arbak Othman dalam Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, Shah Alam:
Oxford Fajar, 2005.

Kertas Kerja

Sharifah Yuhayu dan Suzana, 2013. Kajian Sorotan Kepentingan Pengetahuan Campuran
Pemasaran. Kertas kerja bidang keusahawanan di Jabatan Perdagangan Politeknik
Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah.

Bahan Internet

Diakses pada 27 Jun 2015 dari http://www.pengertianahli.com

Diakses pada 1 Julai 2015 dari http://hajirahimbakery.blogspot.com/.

Diakses pada 3 Julai 2015 dari http://ejournals.ukm.my/pengurusan/article/view/3626/2112

Diakses pada 8 Julai 2015 dari http://file.upi.edu/

Diakses pada 14 Julai 2015 dari http://hajirahimbakery.blogspot.com/

Diakses pada 22 Julai 2015 dari https://www.facebook.com/hajibakery

Diakses pada 29 Julai 2015 dari https://hajibakery.wordpress.com/2010/09/30/welcome-2-hajis-


bakery/#respond

Diakses pada 3 Ogos 2015 dari http://www.majalah.com/?business:haji-abdul-rahim-


bakery:C876CLLCR16

You might also like