You are on page 1of 32

KAJIAN TENTANG REKA BENTUK ORGANISASI, PROSES DAN KONSEP PENGORGANISASIAN SERTA GAYA KEPIMPINAN PEMIMPIN TERTINGGI SYARIKAT

HARTALEGA SDN. BHD. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat reka bentuk, proses dan konsep pengorganisasian serta mengenalpasti gaya kepimpinan pemimpin tertinggi yang diamalkan oleh Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. Lokasi kajian terletak di No 7, Kawasan Perusahaan Suria, 45600 Bestari Jaya, Selangor. Penyelidik telah mengedarkan borang soal-selidik kepada sejumlah 10 respondan bagi mengumpulkan data. Selain itu, penyelidik telah membuat pemerhatian di tapak kajian dan telah menemu-bual Pengarah Sumber Manusia, Encik Vincent Kuan dan Pengurus Eksekutif Sumber Manusia, Encik Fairus Khusaini bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Melalui data yang didapati daripada borang soal-selidik yang telah diedarkan kepada sejumlah respondan dan temu-bual serta pemerhatian yang dilakukan, dapat disimpulkan bahawa Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. ini telah menggunakan reka bentuk organisasi fungsian dan telah melaksanakan proses pengorganisasian yang sistematik. Data juga menunjukkan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin tertinggi Hartalega Sdn. Bhd. adalah demokratik. Berdasarkan kajian, dapat dirumuskan bahawa dengan amalan pengurusan dan gaya kepimpinan sedia ada, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. mempunyai peluang yang cerah untuk mencapai kejayaan besar di pasaran antarabangsa seperti yang telah ditetapkan dalam matlamat organisasi.

1.0 PENGENALAN Syarikat Hartalega Sdn. Bhd telah dipilih sebagai fokus kajian ini. Syarikat ini merupakan syarikat berbentuk perniagaan dan telah beroperasi selama 25 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1988. Syarikat ini bermula dengan satu matlamat, iaitu; Menjadi pengeluar sarung tangan No. 1 di samping menjaga kebajikan masyarakat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti reka bentuk organisasi, proses dan konsep pengorganisasian serta gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin tertinggi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. Produk yang dihasilkan oleh Syarikat Hartalega Sdn. Bhd adalah sarung tangan yang khusus untuk kegunaan hospital. Kilang Syarikat Hartalega Sdn. Bhd mampu mengeluarkan 29 bilion sarung tangan per tahun. Antara jenis produk utama yang dihasilkan adalah; Natural Rubber Examination Gloves, Nitrile Examination Gloves, Nitrile Clean Room Gloves dan Natural Rubber Surgical Gloves. Sesebuah organisasi yang besar seperti Syarikat Hartalega Sdn. Bhd perlu mengamalkan pengorganisasian untuk menyusun dan menyelaras serta mengagihkan sumber dengan efisien. Oleh kerana displin pihak pengurusan dalam mengawal dan menyelaras operasi syarikat, syarikat telah menerima beberapa anugerah. Antara anugerah yang telah diterima oleh Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. ialah; AsiaMoney Overall Best Managed Company 2010-2012, Selangor Innovative Excellence Award 2007 dan Selangor Export Excellence Award 2005. 1.1 PENGORGANISASIAN Menurut Certo (1997); Fokus utama pengorganisasian adalah menentukan setiap aktiviti yang dilakukan oleh sumber manusia dalam organisasi dan bagaimana sumber-sumber tersebut dapat diselaraskan atau digabungkan dengan cara yang terbaik untuk mencapai objektif organisasi. Pengorganisasian adalah penting bagi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. kerana sumber dapat diagihkan dengan lebih cekap. Selain itu, pengagihan tugas dalam setiap jabatan dan penyelarasan setiap jabatan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan serta penyeliaan terhadap tugasan diberi.

1.2 REKA BENTUK Struktur organisasi bermaksud suatu sistem atau jaringan formal tentang perkaitan dan perhubungan antara tugas dan aktiviti lain ke dalam satu-satu jabatan untuk membentuk satu struktur syarikat. Syarikat Hartalega Sdn. Bhd telah mengamalkan reka bentuk organisasi mengikut fungsi sebagai asas struktur syarikat. Struktur fungsian ini memudahkan pihak pengurusan menyelaras dan mengagihkan sumber secara efisien dan optimum selain membuat pengkhususan dan pengawalan kerja Selain itu, penyeliaan ke atas pekerja dan tugasan mudah dilaksanakan. 1.3 PROSES ENGORGANISASIAN Menurut Ernest Dale (Management Book; James A.F Stoner); Proses pengorganisasian boleh diklasifikasikan sebagai meneliti seluruh tugasan yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi kerana organisasi dibentuk berdasarkan suatu matlamat. Maka, penelitian terhadap setiap tugasan amat penting bagi memastikan tugasan yang diberi tidak tersasar daripada matlamat dan objektif organisasi. Proses pengorganisasia melibatkan lima proses, iaitu; Penentuan Objektif, Pengenalpastian Aktiviti, Pengelasan Aktiviti, Pengelompokan Aktiviti dan Pengagihan Tugas, Autoriti dan Tanggungjawab. 1.4 KONSEP PENGORGANISASIAN Terdapat sembilan konsep dalam bidang pengurusan, iaitu; Autoriti, Tanggungjawab, Akauntabiliti, Pemusatan dan Pemencaran Autoriti,

Penugasan, Empowermen, Autoriti Lini dan Staf, Jangkauan Kawalan dan Rantaian Arahan. Namun, di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, mereka hanya menekankan enam konsep, iaitu; Autoriti, Tanggungjawab, Akauntabiliti, Pemusatan dan Pemencaran Autoriti, Penugasan dan Rantaian Arahan. Konsep

pengorganisasian ini dilihat dapat mempengaruhi displin dan keberhasilan pekerja-pekerja Syarikat Hartalega Sdn. Bhd.

1.5 GAYA KEPIMPINAN Gaya kepimpinan merujuk kepada cara atau kaedah yang digunakan oeleh seseorang pemimpin yang menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi para pekerjanya. Terdapat empat gaya kepimpinan; Autokratik, Demokratik, Laissez-faire dan Kontigensi. Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin tertinggi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd ialah gaya kepimpinan demokratik. Gaya kepimpinan demokratik memudahkan ketua atasan Syarikat Hartalega Sdn. Bhd berinteraksi dengan pekerja bawahan untuk bekerjasama dalam membuat satu keputusan terbaik. Setiap cadangan yang diberi pekerja akan dinilai oleh pemimpin dan seterusnya pemimpin akan membuat keputusan bijak. Sebarang keputusan akan dimaklumkan pekerja untuk mendapatkan maklum balas. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan roses pembuatan keputusan akan mudah difahami oleh pekerja. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk; 2.1 Mengenalpasti reka bentuk organisasi di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd 2.2 Mengenalpasti proses pengorganisasian di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd 2.3 Mengenalpasti konsep pengorganisasian di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd 2.4 Mengenalpasti gaya kepimpinan tertinggi di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN/LOKASI KAJIAN 3.1 Sejarah Syarikat Hartalega Sdn. Bhd Syarikat Hartalega Sdn. Bhd telah dipilih sebagai fokus kajian. Syarikat ini merupakan syarikat berbentuk perniagaan yang telah beroperasi selama 25 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1988. Pada awalnya, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd bermula sebagai syarikat pembinaan (R&D) di Kepong pada awal 60-an sehingga 80-an. Oleh kerana pada tahun tersebut penduduk mepunyai tanah sendiri untuk diusahakan, idea pembinaan Syarikat Hartalega kurang mendapat sambutan. Pengasas Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, Encik Kuan Kam Hon telah mengambil risiko besar dengan menukar arah perniagaanya kepada penghasilan sarung tangan getah pada tahun 80-an berikutan permintaan getah yang tinggi dan harganya sedang melambung tinggi. Di bawah kepimpinan beliau, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd telah menjadi pengeluar terkemuka sarung tangan getah dalam industri dan kini merupakan syarikat awam yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd. Syarikat Hartalega Sdn. Bhd yang mempunyai kepakaran dalam kedua-dua penghasilan sarung tangan getah dan nitril telah memenuhi kesseluruhan standard piawaian antarabangsa dan menawarkan jenis sarung tangan berikut; Natural Rubber Examination Gloves, Nitrile Examination Gloves, Nitrile Clean Room Gloves, Natural Rubber Surgical Gloves. Justeru, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd telah Berjaya menembusi pasaran antarabangsa (lebih kepada 40 negara) terutamanya Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman, khususnya dalam pembuatan sarung tangan bagi hospital.

3.2 Matlamat Organisasi (Visi dan Misi) VISI : Untuk menjadi pengeluar No. 1 yang menghasilkan sarung tangan TERBAIK dan paling inovatif di dunia; dan diiktiraf sebagai sebuah syarikat PRIHATIN kepada masyarakat dan alam sekitar. MISI : Untuk memberikan perlindungan yang terbaik kepada mereka yang bekerja menggunakan tangan mereka dalam keadaan terdedah dan persekitaran yang mencabar dengan menyediakan konsistensi unggul; sarung tangan yang lebih selamat dan mudah di pasaran terpilih. 3.3 Jumlah Pekerja dan Waktu Operasi Berdasarkan data pekerja yang saya peroleh daripada Encik Fairus Kusaini, dianggarkan bahawa Syarikat Hartalega Sdn. Bhd mempunyai seramai 4, 084 pekerja (data tidak berubah sehingga 21 Ogos 2013); di mana pekerja tempatan adalah seramai 800 penduduk tempatan manakala pekerja asing adalah seramai 3, 284 orang. Waktu operasi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd adalah 24 jam dan setiap pekerja mempunyai shift tersendiri. Namun, pada hari sambutan Tahun Baru dan Hari Pekerja, seluruh operasi kilang akan ditutup seharian.

3.4 Pasaran dan Pemasaran Syarikat Hartalega Sdn. Bhd menghasilkan sarung tangan getah mengikut citarasa dan kehendak pelanggan mereka. Oleh itu, pihak Syarikat Hartalega Sdn. Bhd akan cuba memenuhi permintaan pelanggan. Empat jenis utama sarung tangan yang ditawarkan oleh Syarikat Hartalega Sdn. Bhd;

Manufacturer of Latex Gloves

Natural Rubber Examination Gloves

Nitrile Examination Gloves

Nitrile Clean Room Gloves

Natural Rubber Surgical Gloves

Clorinated Powder Free

Clorinated Powder Free

Polymer Coated Powder Free

Powdered

Powdered

Rajah 3.4.1; Empat Jenis Utama Sarung Tangan Berdasarkan maklumat di dalam brosur syarikat, produk-produk yang dihasilkan telah menembusi pasaran antarabangsa dan dijual kepada 40 buah negara di seluruh dunia; terutama di pasaran quality-demanding.

Amerika Syarikat

Eropah

Asia Pasifik

Lain-lain

5% 10%

52% 33%

Rajah 3.4.2; Jangkauan Pasaran

3.5 Lokasi Kajian Syarikat Hartalega Sdn. Bhd beralamat di No. 7, Kawasan Perusahaan Suria, 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan. Rujuk peta di bawah;

Google Maps; Peta Lokasi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd 3.6 Keluasan Premis Di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, terdapat enam kilang pengeluaran yang dibina di atas tapak seluas 33-ekar, dikelilingi ladang kelapa sawit dan getah.

Google Maps; Plan Premis Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

3.7 Persekitaran Fizikal dan Alam Sekitar Manusia Peka Bestari Jaya atau dahulu dikenali sebagai Pekan Batang Berjuntai, menjadi pilihan Syarikat Hartalega Sdn. Bhd untuk pembangunan tapak perkilangan. Kesannya, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sebagai salah satu khidmat masyarakat yang ditawarkan bagi memenuhi kehendak matlamat organisasi. Oleh kerana kawasan ini berada di luar bandar, penduduk sukar mencari pekerjaan dan sumber-sumber di kawasan tersebut masih belum diteroka dan digunakan secara optimum. Berdasarkan situasi menang-menang, pihak syarikat turut memperoleh faedah melalui pemilihan tapak lokasi kerana dapat menerokai sumber yang masih belum disentuh dan tenaga buruh. Perletakan kilang di tengah-tengah kawasan penempatan penduduk telah memudahkan pekerja tempatan untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja; manakala bagi pekerja asing, kemudahan asrama telah disediakan. Selain itu, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd turut menyediakan kemudahan bas shuttle untuk kegunaan pekerja-pekerja syarikat. Pembinaan kilang di kawasan tanah rendah memudahkan operasi perkilangan dijalankan dan di sekitar kawasan perklangan, terdapat ladang kelapa sawit dan ladang getah mengelilingi dan melindungi tapak kilang. Selain itu, penempatan kilang di tengah-tengah kawasan penempatan boleh dikira strategik kerana di sekitar kawasan perkilangan ini terdapat kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan, iaitu; tapak pasar, stesen bas, stesen minyak, klinik kesihatan, bank, pejabat pos, sekolah, masjid, kedai runcit, balai polis dan balai bomba.

4.0 KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian merujuk kepada cara yang digunakan oeh penyelidik untuk memahami situasi, menyelesaikan masalah dan juga mengenalpasti sesuatu isu. Penyelidik telah menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi memperolehi data mentah; Antara kaedah kajian yang telah digunakan ialah; 4.1 Borang Soal Selidik Penyelidik telah mengedarkan borang soal selidik yang berkaitan dengan tajuk kajian kepada sejumlah 10 orang pekerja Hartalega Sdn. Bhd. Kaedah ini bertujuan untuk mengumpul data dan mengenalpasti reka bentuk, proses dan konsep pengorganisasian yang diamalkan oleh Hartalega Sdn. Bhd, serta mengenalpasti gaya kepimpinan pihak tertinggi yang diamalkan. 4.2 Temu Bual Pada 24 Julai 2013 (Rabu), jam 5.00 6.30 PM, saya telah membuat temujanji bersama Pengarah Sumber Manusia, Encik Vincent Kuan untuk mengumpul data berkenaan reka bentuk dan konsep pengorganisasian Hartalega Sdn. Bhd. Manakala pada 27 Ogos 2013 (Selasa), jam 1.30 2.45 PM, saya telah menemu-bual Eksekutif Jabatan Sekuriti, Encik Fairus Kusaini untuk mendapatkan lagi maklumat berkenaan mengenai proses pengorganisasian secara terperinci dan mendalam. Walaupun saya telah berjaya untuk menemu-bual pihak atasan, kami tidak dapat merakamkan perbualan berikutan polisi syarikat yang tidak membenarkan orang luar membawa telefon bimbit ke dalam kawasan kilang. Oleh itu, saya akur dan perlu patuhi kepada peraturan tersebut. 4.3 Pemerhatian Pada 24 Julai 2013, jam 6.30 PM, saya telah membuat pemerhatian di tapak kajian, Hartalega Sdn. Bhd. Saya telah memerhatikan bagaimana tingkah-laku pekerja dalam melaksanakan kerja dan bagaimana proses pengorganisasian Syarikat Hartalega Sdn. Bhd dilaksanakan.

10

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 5.1 Reka Bentuk Syarikat Hartalega Sdn. Bhd Reka bentuk organisasi terbahagi kepada tiga, iaitu; fungsian, divisyen dan matriks. Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. telah mengamalkan reka bentuk organisasi mengikut fungsi. Struktur mengikut fungsi merujuk kepada pengelompokan atau perkumpulan tugas berdasarkan fungsi asas organisasi, seperti; Jabatan Pengeluaran, Jabatan Pemasaran atau Jabatan Kewangan. Hartalega Sdn. Bhd. mempunyai pecahan tujuh jabatan dan setiap jabatan diketuai oleh pengurus jabatan masing-masing. Rujuk carta di bawah;

Pengarah Sumber Manusia Encik Vincent Kuan


Jabatan Perakaunan Encik Yong Pat Chau Jabatan Sumber Manusia Encik Vincent Kuan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Encik Eu Jin Jabatan Jaminan Kualiti Puan Nurul Aisyah Jabatab Pembelian dan Pemasaran Puan Catherine Jabatan Logistik Encik Akhbar Jabatan Kejuruteraan Encik Tan Kim Wah

Rajah 5.1.0; Carta Organisasi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd Tugas-tugas di setiap jabatan; JABATAN Jabatan Perakaunan TUGAS Encik Yong Pat Chai bertugas untuk menjaga akaun syarikat, mengawal aliran keluarmasuk wang, akaun pelaburan, bayaran gaji. Jabatan Sumber Manusia Encik Vincent Kuan perlu merangkumi keseluruhan data pekerja syarikat. Selain itu, beliau bertugas untuk pengambilan pekerja baru serta menjaga kebajikan pekerja. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Encik Eu Jin bertugas untuk memastikan setiap penghasilan sarung tangan getah di dalam Jabatan atau Penyelidikan mengikut dan citarasa

Pembangunan

pelanggan perlu menepati standard piawaian syarikat serta mengenalpasti potensi produk.

11

Jabatan Jaminan Kualiti

Puan Nurul Aisyah bertanggungjawab untuk memeriksa setiap produk sarung tangan yang dihasilkan perlu menepati standard kualiti piawaian yang ditetapkan syarikat serta memenuhi kehendak kualiti pasaran

antarabangsa sebelum dipasarkan. Jabatan Pembelian dan Pemasaran Puan Catherine bertugas untuk memastikan pembelian produk berjalan secara efektif dan efisien. Selain itu, beliau perlu merekodkan bagaimana prestasi syarikat di pasaran antarabangsa selain menguruskan bahagian pemasaran produk. Jabatan Logistik Encik Akhbar bertugas untuk menguruskan aliran sumber dari lokasi ianya diwujudkan hingga ke destinasi pengguna atau pembeli atau mengendalikan sebarang masalah

berlaku di bahagian; pengendalian produk, inventori, pengangkutan dan pergudangan. Jabatan Kejuruteraan Encik Tan Kim Wah bertanggungjawab untuk memastikan seluruh mesin berfungsi untuk memproses input kepada output. Sebarang masalah teknikal atau mekanikal, hendaklah dirujuk kepada beliau.

Rajah 5.1.1; Tugas-tugas Jabatan

12

5.1.1

Rasional Pemilihan Struktur Fungsian Hartalega Sdn. Bhd. merupakan sebuah organisasi yang luas dan besar. Ia mempunyai pecahan pengurusan kepada tujuh jabatan manakala jumlah pekerja bawahan adalah seramai 4,084 pekerja (data sehingga 21 Ogos 2013). Oleh itu, rasionalnya organisasi ini memilih struktur fungsian adalah untuk memudahkan pengkhususan kerja dapat dilakukan dengan berkesan kerana setiap pekerja mempunyai kemahiran, kelulusan dan pengalaman yang berbeza berikutan kepelbagaian tugas yang perlu dijalankan. Selain itu, struktur fungsian ini dapat memudahkan penyeliaan terhadap tugasan yang dilaksanakan untuk dilakukan. Pertindihan tugas juga dapat dielakkan serta keputusan berpusat dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan.

5.2 Proses Pengorganisasian Syarikat Hartalega Sdn. Bhd Menurut Ernest Dale (Management Book; James A.F Stoner); Proses pengorganisasian boleh diklasifikasikan sebagai meneliti seluruh tugasan yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi kerana organisasi dibentuk berdasarkan suatu matlamat. Maka, penelitian terhadap setiap tugasan amat penting bagi memastikan tugasan yang diberi tidak tersasar daripada matlamat dan objektif organisasi. 5.2.1 Penentuan Objektif Di peringkat pertama, pengurus dikehendaki mengenalpasti matlamat organisasi dan objektif setiap jabatan dalam sesebuah organisasi. Selain itu, pengurus perlu mengenalpasti sumber yang perlu ada dan tugas yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Di Hartalega Sdn. Bhd, visi dan misi utama yang telah ditetapkan oleh syarikat ialah menjadi pengeluar sarung tangan getah No. 1 di samping mementingkan kebajikan masyarakat.

13

JABATAN Jabatan Perakaunan

OBJEKTIF Memastikan pengaliran kewangan dilakukan secara optimum dan efisien.

Jabatan Sumber Manusia

Menguruskan pengambilan pekerja baharu dan menjaga kebajikan para pekerja.

Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan

Membuat penyelidikan dan membangunkan satu produk yang memenuhi kehendak pelanggan serta mengenalpasti potensi

produk-produk yang dikaji. Jabatan Jaminan Kualiti Memastikan kualiti setiap produk menepati standard piawaian syarikat dan pasaran. Jabatan Pembelian dan Pemasaran Menguruskan proses jual-beli produk

berjalan seara efektif dan efisien selain memastikan produk yang dihasilkan

menembusi pasaran antarabangsa. Jabatan Logistik Memastikan sumber mentah sentiasa ada serta menyediakan kelengkapan gudang. Jabatan Kejuruteraan Memastikan setiap mesin berfungsi dan mempertingkatkan lagi kemahiran.

Rajah 5.2.1.0; Objektif di Setiap Jabatan

14

5.2.2

Pengenalpastian Aktiviti Di peringkat ini, pengurus akan mengenalpasti secara khusus aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan. Hal ini penting bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan selaras dengan fungsi jabatan dan pertindihan tugasan tidak berlaku. Bagi memastikan matlamat Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. dicapai; Menjadi pengeluar sarung tangan getah No. 1 di samping menjaga kebajikan masyarakat, pihak yang pengurusan dilakukan telah seperti;

mengenalpasti

aktiviti-aktiviti

mendapatkan bekalan getah daripada pembekal atau memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan tentang sarung tangan yang ditempah mengikut citarasa. Pihak pengurusan perlu mengambil bahagian dalam khidmat memberi nasihat kepada pelanggan tentang criteria-kriteria yang perlu ada pada sarung tangan serta mendengar pendapat dan permintaan yang dibuat oleh setiap pelanggan. Seterusnya, pihak pengurusan akan menerima bayaran pendahuluan atau bayaran penuh daripada pelanggan sebelum menerima tempahan sebagai satu jaminan. Selesai saja bayaran dibuat, tempahan akan diterima dan proses pembuatan akan dimulakan mengikut tempoh yang diberi oleh pelanggan. Sebaik saja proses pembuatan sarung tangan siap, output yang dikeluarkan akan diuruskan oleh Jabatan Pengangkutan (Shipping Management) dan produk akan dihantar kepada pelanggan. Akhir sekali, pihak pengurusan akan merekodkan jualan-beli yang dibuat.

15

5.2.3

Pengelasan Aktiviti Di peringkat ini, pihak pengurusan akan menyusun aktiviti mengikut kemahiran dan kecekapan pekerja atau criteria tertentu. Dalam sebuah organisasi, terdapat pelbagai aktiviti perlu dijalankan untuk mencapai objektif tertentu dan pelbagai kemahiran perlu dimiliki pekerja untuk melaksanakan aktivitinya. Seperti di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, aktiviti seperti memberi nasihat dalam pemilihan kriteria sarung tangan yang dikehendaki dan menerima tempahan sarung tangan boleh dikelaskan di dalam satu kategori. Melalui pengelasan aktiviti, ia akan memudahkan operasi dijalankan dengan lebih lancar mengikut kemahiran pekerja serta dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dalam tempoh yang ditetapkan oleh pelanggan.

5.2.4

Pengelompokan Aktiviti Proses pengelompokan aktiviti dilakukan selepas semua aktiviti dikenal-pasti dan pengelasan aktiviti mengikut kemahiran pekerja dan kriteria pelanggan dibuat. Di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, aktiviti seperti memberikan nasihat tentang produk akan diletakkan di bawah bidang tugas Jabatan Jaminan Kualiti Produk. Manakala, aktiviti menerima pembayaran pula akan diuruskan oleh Jabatan Perakaunan dan aktiviti membuat tempahan sarung tangan dan penghantaran kepada pelanggan serta merekod jualan dan belian akan diuruskan oleh Jabatan Pembelian dan Pemasaran.

16

5.2.5

Pengagihan Tugas, Autoriti dan Tanggungjawab Apabila setiap unit sudah terbentuk mengikut pengkhususan kerja masing-masing, langkah yang terakhir adalah untuk menentukan bilangan pekerja yang diperlukan di dalam setiap unit, pihak yang akan melakukan tugas, bidang tugas dan tanggungjawab pekerja serta rantaian arahan. Di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, pihak pengurusan atasan akan membuat pengagihan tugas kepada setiap ketua jabatan dan memaklumkan kepada mereka tentang objektif yang perlu dicapai. Apabila mendapat arahan daripada pihak atasan, pengurus setiap jabatan pula akan mengagihkan tugas kepada individu yang sesuai supaya tugas dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tugas-tugas yang diberi haruslah berpadanan dengan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh seseorang individu. Sebagai contoh, pekerja yang mempunyai kemahiran dalam bidang perakaunan diberi tugas untuk membuat catatan lejar berdasarkan dokumen urus niaga. Seseorang pekerja juga akan diberikan autoriti, iaitu hak atau kuasa kebenaran untuk mengambil sesuatu keputusan dan tindakan. Sebagai contoh, kilang Syarikat Hartalega Sdn. Bhd pernah dipecah-masuk oleh penceroboh. Oleh hal yang demikian, pekerja-pekerja yang bertugas di bahagia sekuriti, terutama Eksekutif perlu membuat keputusan sendiri tanpa diarahkan oleh pihak atasan untuk menangkap penceroboh tersebut. Keputusan yang dibuat termasuklah langkah-langkah untuk mengatasi pencerobohan berlaku, bagaimana penceroboh boleh melepasi sistem sekuriti, pada jam berapa pencerobohan berlaku, siapa yang harus bertanggungjawab atas kerugian yang dialami dan lain-lain.

17

5.3 Konsep Pengorganisasian Syarikat Hartalega Sdn. Bhd Terdapat sembilan konsep pengorganisasia, iaitu; Autoriti, Tanggungjawab, Akauntabiliti, Pemusatan dan Pemencaran Autoriti, Penugasan, Empowermen, Autoriti Lini dan Staf, Jangkauan Kawalan dan Rantaian Arahan. Autoriti merujuk kepada hak seseorang individu dalam membuat keputusan dan mengarahkan individu lain dalam organisasi. Seorang pengurus diberikan autoriti berdasarkan kepakarannya dalam organisasi. Tanggungjawab ditakrifkan sebagai tugas yang diagihkan kepada seseorang individu dan tugas tersebut wajib dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh individu berkenaan. Apabila seorang pengurus memberikan sesuatu tugasan kepada seseorang individu, maka individu tersebut bertanggungjawab ke atas perkara tersebut. Akauntabiliti wujud apabila seseorang individu dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sesuatu tugas dan seterusnya menerima kesan daripada pelaksanaan tanggungjawab tersebut. Pemusatan autoriti berlaku apabila segala hak membuat keputusan ditumpukan kepada seorang individu sahaja di dalam organisasi. Secara relatifnya, autoriti ini dimiliki seseorang individu yang memegang jawatan tertinggi di dalam organisasi seperti, Encik Vincent Kuan. Manakala pemencaran autoriti berlaku apabila hak membuat keputusan diagihkan

kepada individu yang berada dalam lingkungan struktur organisasi tetapi autoriti tertinggi masih dipegang oleh pengurusan atasan. Malahan, autoriti yang diberikan boleh ditarik balik. Penugasan autoriti melibatkan pengagihan tanggungjawab daripada seorang ketua kepada pekerja bawahannya. Setiap pengurus atau ketua harus melaksanakan penugasan autoriti untuk mengelakkan mana-mana individu dalam organisasi memikul tanggungjawab yang terlalu berat. Pengurus biasanya bergantung pada pekerja bawahan mereka untuk membantu melaksanakan tanggungjawab yang telah diagihkan.

18

Empowermen didefinisikan sebagai satu proses pengurus membuat penyerahan kuasa dan autoriti kepada pekerja dalam mebuat sesuatu keputusan. Proses ini merupakan suatu keadaan yang melibatkan kuasa, sumber kuasa dan dan autoriti tertumpu kepada satu individu. Autoriti Lini dan Staf merujuk kepada tugas dan aktiviti penting yang perlu dilaksanakan secara langsung untuk mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan dan tugas yang menyokong aktiviti ini. Oleh itu, pengurus lini bertanggungjawab secara langsung untuk melaksanakan tugas yang diberi dan pengurus staf akan berperanan sebagai penasihat dan memberi cadangan, menjalankan penyelidikan serta menyediakan perkhidmatan pakar. Jangakauan kawalan dikenali sebagai jangkauan pengurusan yang merujuk kepada bilangan staf atau pekerja bawahan yang berada di bawah kawalan seorang ketua. Jangkauan kawalan melibatkan penyeliaan seorang ketua kepada pekerja bawahannya dan bilangan pekerja yang melaporkan. Terdapat dua jenis jangakaun kawalan, iaitu; Jangkaan kawalan sempit merujuk kepada bilangan pekerja yang sedikit diletakkan di bawah kawalan seorang ketua atau pengurus dan; Jangkauan kawalan luas merujuk kepada sejumlah besar subordinat yang dipertanggungjawabkan untuk diselia oleh seorang ketua atau pengurus. Rantaian arahan menunjukkan hubungan secara langsung antara ketua dengan subordinatnya. Melalui rantaian arahan, persoalan siapa melapor kepada siapa dapat dijawab. Rantaian arahan menunjukkan sistem pelaporan dalam organisasi. Menurut Henri Fayol, semakin jelas rantaian arahan, maka semakn berkesan proses membuat keputusan dan kecekapan.Hal ini membolehkan individu mengetahui siapa yang boleh membuat keputusan dan tindakan serta siapa yang perlu melaksanakan arahan berkenaan.

19

5.3.1

Konsep yang diamalkan oleh Syarikat Hartalega Sdn. Bhd Di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, mereka hanya menekankan enam konsep, iaitu; Autoriti, Tanggungjawab, Akauntabiliti, Pemusatan dan Pemencaran Autoriti, Penugasan dan Rantaian Arahan. Konsep pengorganisasian ini dilihat dapat mempengaruhi displin dan keberhasilan pekerja-pekerja Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. 5.3.1.1 Autoriti Di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, setiap pengurus jabatan mempunyai autoriti masing-masing untuk membuat

keputusan dalam apa-apa situasi yang berlaku dalam ruang lingkup jabatan mereka. Sebagai contoh, pengurus jabatan sumber manusia mempunyai hak dalam membuat

keputusan dan bertindak dalam hal-hal yang berkaitan dengan sumber manusia sahaja seperti; proses pengambilan pekerja baharu. Namun, pengurus di jabatan sumber manusia tidak mempunyai hal dalam pembuatan keputusan di jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Kewangan. 5.3.1.2 Tanggungjawab Di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, pihak atasan dalam

mempertanggungjawabkan

pekerja

bawahan

penghasilan sarung tangan. Oleh itu, pekerja-pekerja bawahan tersebut harus melaksanakan tugasan tersebut dengan amanah dan sempurna.

20

5.3.1.3 Akauntabiliti Pada suatu masa, kilang Syarikat Hartalega Sdn. Bhd pernah diceroboh oleh sekumpulan penceroboh. Eksekutif Bahagian Sekuriti, Encik Fairus Kusaini telah membuat keputusan sendiri tanpa arahan pihak atasan meletakkan beliau untuk bertanggungjawab ke atas keputusan yang dibuat tersebut. Beliau perlu menjelaskan kenapa dan bagaimana keputusan yang dibuat kepada pihak atasan dengan sebab yang kukuh. Jika sebarang tindakan atau keputusan yang diambil tidak membuahkan hasil

penyelesaian, beliau tidak akan meletakkan kesalahan tersebut pada bahu orang lain. Namun, sekiranya tindakan tersebut berhasil dan berkesan, beliau tidak akan

menganggap bahawa kejayaan tersebut adalah hasil usaha beliau sendiri semata-mata. 5.3.1.4 Pemusatan dan Pemencaran Autoriti Di Jabatan Kewangan Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, pemusatan autoriti berlaku apabila hanya seorang pengurus sahaja yang membuat keputusan tentang aliran keluarmasuk wang dan penggunaan dana syarikat kerana pembuatan keputusan ini sangat terbatas kepada pekerja yang berkemahiran khusus sahaja. Hasilnya, keputusan dapat dibuat dengan lebih seragam. Pemencaran autoriti merujuk kepada proses membuat keputusan yang diagihkan ke semua peringkat organisasi. Berdasarkan borang soal-selidik yang diedarkan kepada pekerja Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, Jabatan Sumber Manusia memerlukan bayak pihak dalam membuat keputusan mengikut bidang kuasa masing-masing

terutamanya dalam pengambilan pekerja baharu. Antara bidang kuasa tersebut termasuklah; Bahagian Sekuriti, Bahagian Pengurusan Gaji Pekerja dan Kebajikan Pekerja.

21

5.3.1.5 Penugasan Di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, keputusan bersama antara Eksekutif dan staf adalah penting bagi memudahkan tugas Eksekutif. Sebarang keputusan berkait dengan kebajikan pekerja akan dikendalikan oleh Eksekutif Jabatan Sumber Manusia. Staf bawahan akan membantu Eksekutif dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pekerja atau kebajikan pekerja. Namun, sebarang keputusan yang dibuat oleh staf bawahan masih tertakhluk di bawah keputusan yang dibuat oleh Eksekutif. 5.3.1.6 Rantaian Arahan Rantaian arahan yang berlaku di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd adalah apabila pihak atasan jabatan mengeluarkan arahan kepada pihak pengurusan pertengahan bagi

melaksanakan sesuati tugasan. Sebagai contoh, pihak atasan Jabatan Sumber Manusia mengeluarkan arahan kepada pihak pengurusan pertengahan, iaitu di Jabatan Jaminan Kualiti, supaya memastikan kualiti sarung tangan getah yang dihasilkan menepati standard piawaian syarikat dan tidak melanggar sebarang etika di dalam penghasilan sarung tangan berkualiti, Ini menunjukkan, pihak pengurusan pertengahan menjadi orang tengah yang menghubungkan arahan pihak atasan kepada pekerja-pekerja bawahan. Di sini, terdapat sejenis komunikasi berlaku, iaitu komunikasi sehala. Komunikasi sehala ini berlaku apabila hanya satu pihak sahaja menghantar maklumat tanpa mengharapkan jawapan atau maklum balas daripada pihak yang menerima maklumat. Dalam organisasi, perasaan takut dan segan menyebabkan pekerja bawahan menerima segala arahan daripada pengurusan atas tanpa memberi sebarang respon.

22

6.0 Gaya Kepimpinan Pemimpin Tertinggi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd 6.1 Definisi Kepimpinan dan Pemimpin Menurut Luthan, kepimpinan ialah kemampuan seseorang untuk

mempengaruhi individu lain supaya melakukan sesuatu yang diinginkan oleh individu tersebut. Secara umunya, kepimpinan adalah satu proses yang dilakukan oleh seorang pengurus untuk mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan dalam usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Oleh itu, pemimpin diperlukan untuk peranan sebagai ketua yang mempunyai subordinat di bawah kawalannya. Luthan turut menyatakan pemimpin ialah individu yang mampu mempengaruhi individu lain untuk melakukan sesuatu yang dikehendaki oleh individu tersebut. Proses membentuk dan melahirkan pemimpin terbaik memerlukan jangka masa yang panjang. Pemimpin hebat pada zaman kini tidak lagi dilahirkan secara semulajadi, sebaliknya dibentuk melalui proses pembentukan gaya kepimpinan bermula dari zaman persekolahan. Kepimpinan yang baik dapat memudahkan proses komunikasi dijalankan serta dasar dan perancangan yang diberikan oleh pengurus kepada subordinat dapat dilaksanakan. Selain itu, kepimpinan yang baik dapat memotivasikan pekerja dngan menggunakan insentif kewangan dan bukan kewangan bagi memastikan pekerja produktif. Ia juga dapat membentuk keyakinan yang tinggi dalam diri pekerja serta membenttuk persekitaran kerja yanglebih baik dan produktif. Melalui kepimpinan yang baik, penyelarasan semua aktiviti di setiap jabatan akan dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. 6.2 Jenis Gaya Kepimpinan 6.2.1 Gaya Kepimpinan Autokratik Gaya kepimpinan autokratik merujuk melibatkan aktiviti

pembuatan keputusan dilakukan oleh seorang ketua sahaja. Pekerja tidak diberi peluang untuk memberikan sebarang pandangan.

23

6.2.2

Gaya Kepimpinan Demokratik Pemimpin memberi kebebasan kepada pekerja untuk menjana idea dan membuat keputusan secara bersama. Kebiasaanya, pemimpin akan menyuarakan masalahnya dan akan meminta pandangan subordinatnya untuk penyelesaian masalah.

6.2.3

Gaya Kepimpinan Lissez-faire Gaya kepimpinan ini memberi kuasa sepenuhnya kepada pekerja organisasi untuk membuat keputusan. Maksud konteks ini ialah, pemimpin akan memberi kuasa kepada pekerjanya dalam pembuatan keputusan berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh pemimpin tersebut.

6.2.4

Gaya Kepimpinan Kontigensi Gaya kepimpinan kontigensi merupakan satucara kepimpinan mengambil kira faktor ciri-ciri pemimpin dengan faktor situasi. Gaya kepimpinan ini membuat penyesuaian gaya kepimpinan berdasarkan ciri-ciri pemimpin dengan faktor situasi dalam mewujudkan satu gaya kepimpinan berkesan.

24

6.3 Gaya Kepimpinan Pemimpin Tertinggi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd Gaya kepimpinan merujuk kepada kemampuan seseorang pemimpin mempengaruhi subordinatnya. Terdapat empat jenis gaya kepimpinan, iaitu; Autokratik, Demokratik, Laissez-faire dan Kontigensi.

Gaya Kepimpinan yang Diamalkan oleh Pemimpin Tertinggi Syarikat Hartalega Sd. Bhd
Autokratik Demokratik 0% 10% 30% Laissez-faire Kontigensi

60%

Rajah 6.3.1; Gaya Kepimpinan yang Diamalkan oleh Pemimpin Tertinggi Berdasarkan borang soal-selidik yang telah diedarkan kepada sejumlah 10 orang pekerja Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, 60% pekerja bersetuju bahawa pemimpin atasan mereka mengamalkan gaya kepimpinan demokratik di mana seorang pengurus melibatkan subordinat bawahannya dalam pembuatan keputusan. Sepertimana yang dilakukan oleh Jabatan Sumber Manusia di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. Terdapat tiga Eksekutif dan seorang kerani di bawah pengurus di Bahagian Pengambilan Pekerja dan setiap pekerja mempunyai peranan masing-masing dalam membantu pengurus dalam pengambilan pekerja baharu. Pekerja digalakkan untuk berkongsi idea dan pendapat untuk membuat keputusan tersebut walaupun ketua mempunyai kuasa akhir dalam membuat keputusan. Oleh hal yang demikian, pekerja akan berasa lebih terlibat dalam proses pembuatan keputusan.

25

Seterusnya,30% pekerja menyatakan bahawa pihak atasan syarikat menggunakan gaya kepimpinan autokratik di mana pemimpin tidak mementingkan atau menerima sebarang pandangan yang diberi. Pekerja beranggapan bahawa semua keputusan dibuat oleh ketua sahaja. Selain itu, mereka bersetuju dengan kehendak soalan yang menyatakan pekerja jarang dipercayai untuk membuat keputusan atau melaksanakan tugasan penting. Perkara ini membuatkan pekerja beranggapan bahawa pihak atas menganggap pekerja bawahan tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran serta kurang pengetahuan dalam melaksanakan tugas. Manakala bagi gaya kepimpinan laissez-faire, terdapat 10% pekerja yang menyokong gaya kepimpinan ini. Pekerja beranggapan bahawa pihak atasan tidak memberi banyak bimbingan kepada mereka tetapi memberikan kebebasan penuh kepada pekerja untuk membuat keputusan. Namun, pihak atasan masih menyediakan peralatan dan sumber yang diperlukan. Justeru, pekerja lebih berpuas hati dengan pelaksanaan kerja mereka. Akhir sekali, berdasarkan borang soal-selidik, tiada seorang pun respondan menyokong idea pemimpin mereka mengamalkan gaya kepimpinan kontigensi di dalam organisasi. Kesimpulannya, berdasarkan borang soal-selidik yang telah diedarkan, pemimpin tertinggi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd lebih banyak menggunakan gaya kepimpinan di dalam organisasi.

26

7.0 RUMUSAN Kajian telah dilaksanakan berdasarkan tiga kaedah; temu-bual, pemerhatian dan pengedaran borang soal-selidik. Dapat dirumuskan bahawa syarikat berskala besar dan mempunyai pekerja yang ramai seperti Syarikat Hartalega Sdn. Bhd sesuai menggunakan reka bentuk fungsian sebagai asas struktur organisasi. Kelebihannya adalah dapat mengelakkan pertindihan tugas dan pengagihan tugasan juga dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan tersusun mengikut jabatan. Proses pengorganisasian yang dilaksanakan juga sangat teratur mengikut susunan kerjanya. Bermula daripada penentuan objektif syarikat, pihak pengurusan dapat membuat pengenalpastian aktiviti untuk dimulakan. Aktiviti yang dikenal-pasti termasuklah mendapatkan bekalan getah, menasihati pelangan tentang pemilihan kriteria sarung tangan, proses tempahan, proses pembayaran, proses penghantaran dan proses merekod jualan dan belian. Seterusnya, semua aktiviti ini akan dikelaskan di bawah satu kategori mengikut jabatan masing-masing. Selepas itu, proses pengelompokan aktiviti akan dilaksanakan mengikut bahagian di jabatan masing-masing mengikut kemahiran dan kepakaran. Proses terakhir ialah mengagihkan tugas, autoriti dan tanggungjawab. Di peringkat ini, pengurus berperanan sebagai penggerak unit masing-masing. Pengurus akan mengagihkan tugasan kepada individu yang sesuai untuk melaksanakannya. Konsep pengorganisasian yang diamalkan di dalam Syarikat Hartalega Sdn. Bhd ialah autoriti, tanggungjawab, akauntabiliti, pemusatan dan pemencaran autoriti, penugasan dan rantaian arahan. Konsep-konsep tersebut dapat dilihat sebagai pengaruh yang mempengaruhi keberhasilan pekerja serta mempengaruhi kualiti produk sarung tangan getah yang dihasilkan. Akhir sekali, berdasarkan borang soal-selidik yang telah diedarkan kepada sejumlah 10 orang pekerja, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin tertinggi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd adalah gaya kepimpinan demokratik. Gaya kepimpinan ini juga turut mempengaruhi keberhasilan dan prestasi pekerja dalam tugasan diberi.

27

7.1 Cadangan Sebagai sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd perlu mengambil inisiatif untuk penambah-baikan proses organisasi, iaitu dalam pengambilan pekerja yang betul-betul berpengalaman dan

berkemahiran dalam sesuatu bidang. Kriteria ini akan memudahkan sesuatu tugasan itu dapat dilaksanakan dengan sempurna apabila diserahkan kepada pekerja yang mempunyai kemahiran khusus. Seterusnya, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd boleh mempelbagaikan jenis sarung tangan. Syarikat Hartalega Sdn. Bhd khusus dalam penghasilan sarung tangan getah untuk kegunaan hospital. Oleh itu, syarikat hanya berurusan dengan satu sektor sahaja, iaitu sektor hospital. Justeru, dengan penghasilan pelbagai jenis sarung tangan, syarikat dapat memperluaskan hubungan perniagaan dengan sektor-sektor utama yang lain. Di samping itu, pihak syarikat dapat menjana pendapatan yang lebih. Selain itu, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd mempunyai lebih ramai pekerja asing dan ianya telah memberi imej negatif kepada syarikat selain mengalami masalah komunikasi. Oleh itu, syarikat perlu mengambil pekerja tempatan bagi mengatasi masalah komunikasi. Rantaian arahan juga dapat difahami dengan lebih jelas dan peluang pekerjaan terbuka luas kepada pekerja tempatan untuk meningkatkan taraf hidup. Berikutnya, kekurangan tenaga mahir dalam kalangan pekerja menyebabkan produktiviti terjejas. Pekerja gagal menguasai kemahiran khusus kerana tahap pendidikan yang rendah. Oleh itu, pihak pengurusan Syarikat Hartalega Sdn. Bhd boleh menyediakan latihan dan kursus kemahiran untuk meningkatkan lagi kemahiran pekerja. Kesannya, kos pengeluaran dapat diminimumkan dan penggunaan sumber digunakan secara optimum. Akhir sekali, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd boleh menawarkan gaji yang lebih lumayan. Oleh kerana faktor sara hidup semakin meningkat, penduduk tempatan lebih mencari pekerjaan yang bergaji lumayan. Bagi mereka, kerja kilang hanyalah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Justeru, syarikat perlu mengambil kira faktor ini.

28

8.0 RUJUKAN 8.1 Brosur/Katalog


8.5 Artikel

Brosur Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

8.2 Laman Sesawang http://www.hartalega.com.my http://webmpm.mpm.edu.my/perisian/ManualPBS9464 http://cikgukarthik.blogspot.com

8.3 Keratan Akhbar bt@nstp.com.my New Straits Times, March 29/2008

8.4 Buku Rujukan Mokhtar Pet & Rafidah Manap. 2013. Ace Head Teks STPM Pengajian Perniagaan: Pengurusan Penggal 2. Shah Alam. Oxford Fajar.

www.asiamoney.com/Article/3128921/BEST-MANAGEDCOMPANY -AWARDS-Malaysia

29

9.0 LAMPIRAN

Gambar 1.0; Artikel Mengenai Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

Gambar 2.0; Penghasilan Sarung Tangan Getah

30

Gambar 3.0; Logo Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

Gambar 4.0; Tapak Perkilangan Syarikat Hartalega Sdn. Bhd di Bestari Jaya

31

Gambar 5.0; Artikel Mengenai Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

Gambar 6.0; Sidang Mensyuarat Hartalega Holdings Bhd.

32

You might also like