You are on page 1of 4

RUMUSAN

Bolehkah sesebuah negara wujud tanpa perniagaan antarabangsa? Sesebuah

negara yang tidak mengimport mahupun mengeksport dikatakan tidak saling

bergantung dengan komuniti dunia. Ia hanya bergantung kepada diri sundiri

untuk mengeluarkan segala barang bagi memnuhi keperluan dan kehendak

rakyatnya. Keadaan ini jarang berlalku kerana tiada negara yang dikurniakan

dengan segala jenis sumber alam atau kepakaran untuk menghasilkan semua

jenis barang yang diperlukan.

Selain bahan mentah, perniagaan antarabangsa turut memastikan

bekalan yang berterusan bagi sumber makanan di sesebuah negara. Malaysia

telah mengalami masalah kekurangan beras selaman ini. Oleh kerana nasi

merupakan makanan ruji di Malaysia, permintaan terhadapnya tinggi

sehingga pengeluar tempatan gagal untuk menampungnya. Dengan adanya

perniagaan antarabangsa, beras berlebihan di Negara Thai dan Myanmar

dapat diimport oleh Malaysia untuk menampung permintaan rakyat

tempatan.

Jumlah eksport Malaysia bagi tempoh tiga suku pertama tahun 2001

bernilai RM251.1 billion, menurun sebanyak RM26.3 billion berbanding


RM277.4 billion bagi tempoh yang sama pada tahun 2000. Kerajaan

Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk membantu para

pengeksport. Salah satu daripadanya ialah Skim Jaminan Kredit.

Pengeksport akan dibayar ganti rugi melalui skim ini jika pegimport di

seberang laut gagal menjelaskan hutangnya.

Jumlah import Malaysia bagi tempoh tiga suku pertama tahun 2001

bernilai RM210.2 billion. Angka ini menunjukkan kejatuhan sebanyak 10%

atau RM23.4 billion berbanding RM233.6 billion dalam tempoh yang sama

pada tahun 2000.

Akta Zon Bebas 1990 telah diperkenalkan sebagai pendekatan baru

kea rah menubuhkan Zon Bebas dalam negara ini untuk tujuan perdagangan

dan perkilangan. Akta ini mula dikuatkuasakn pada 5 september 1991.

penguatkuasaan akta ini telah memberi peluang yang luas untuk Malaysia

memainkan peranan penting dalam perniagaan entrepot.

Sekiranya pengimport hendak menagguhkan pembayaran duit omport,

dia boleh menyimpan barang import itu dia gudang berbon. Gudang ini

digunakan untuk menyimpan barang yang masih belum dijelaskan duti


importnya. Barang tidak boleh dikeluarkan daro gudang berbom selagi

dutinya masih belum dijelaskan.

Melalui perniagaan antarabangsa, negara yang kurang maju dari segi

teknologi boleh mengimport teknologi moden dari negara lain.

Penyelidikan pasaran merupakan sesuatu kaedah atau cara untuk

memperoleh maklumat yang berkaitan dengan permintaan pasaran bagi

sejenis keluaran. Ia biasanya dijalankan oleh pakar penyelidikan menerusi

temu bual, soal selidik, pengumpulan statiatik, pemerhatian dan sebagainya.

Hasil penyelidikan boleh digunakan untuk mengatur strategi pemasaran bagi

menjamin kejayaan dalam melariskan jualan sesuatu barang.

Perniagaan antarabangsa memberi manfaat kepada peniaga-peniaga

tempatan. Ini kerana perniagaan antarabagsa menyediakan pasaran yang

lebih besar kepada para peniaga berbanding perniagaan dalam negeri. Firma

tempatan akan dapat menikmati ekonomi bidangan itu. Kos pengeluaran dan

harga barang turut dapat dikurangkan.

Kerajaan Malaysia juga membantu peniaga tempatan dalam

mempromosi dan memasarkan keluaran mereka. Sebagai contoh, Syarikat

Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) membantu dalam pemasaran padi.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (


FAMA) membantu dalam memperbaiki system pemasaran dan pengedaran

hasil-hasil pertanian tempatan, manakala Karyaneka pula memasarkan dan

mengeksport hasil kraf tangan tempatan.

Di Malaysia, syarikat-syarikat yang diberi layanan sebagau syarikat

antarabangsa akan dikecualikan daripada pembayaran cukai pendapatan

sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun yang berhubung dengan jualan

eksportnya. Namun, syrikat tersebut perlu memenuhi syarat-syarat tertentu

untuk mendapatkan galakan ini, iaitu :-

- syarikat itu harus dimiliki sekurang-kurangnya 70% oleh pemilik

tempatan

- syarikat itu harus menggunakan kemudahan tempatan seperti

perkapalan,insurans, perbankan dan pelabuhan

- syarikat itu dikehendaki melibatkan diri dalam pengeluaran barang

kilang daripada industri kecil dan sederhana

You might also like