You are on page 1of 5

Bincangkan sejauh mana usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah agar aktiviti seni dan

kebudayaan di Malaysia tidak tenggelam oleh pengaruh seni negara luar.


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting di dalam membentuk
sahsiah dan jati diri pelajar. Justeru itu, penghayatan terhadap budaya, seni dan warisan
menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara dalam membina kesedaran
terhadap sejarah dan warisan serta masa depan untuk dikongsi bersama oleh semua rakyat
Malaysia. Pengaruh media global serta teknologi tanpa sempadan pada masa kini
mendedahkan pelajar dengan pelbagai budaya luar. Apa yang ditakuti ialah pelajar
menjadikan budaya-budaya ini amalan dalam kehidupan serta meninggalkan budaya asal
mereka. Sehubungan itu, pihak sekolah perlu memainkan peranan utama dalam usaha
menyemai dan menanam sikap cintakan kebudayaan dan kesenian terhadap pelajar,
selaras dengan objektif yang terkandung dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Memperbanyakkan kelab-kelab seni dan budaya di sekolah boleh menjadi medan dalam
usaha tersebut. Antara fungsi penubuhan kelab-kelab kebudayaan dan kesenian ini adalah
sebagai medan manifestasi seni bagi pelajar menonjolkan bakat disamping membantu
mengembangkan seni budaya dan warisan, merakyatkan seni budaya dan warisan dan
membantu melahirkan pelajar yang berkebolehan, berdaya saing dalam
mempertingkatkan
pembangunan dan perkembangan mutu seni budaya warisan. Melalui kelab-kelab ini,
pelbagai program boleh dirancang bertujuan untuk mendekatkan seni kepada pelajar serta
menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian mereka. Antara akiviti yang
boleh diadakan seperti persembahan tarian tradisional dan moden, drama dan muzik
serta aktiviti berkaitan seni dan kraf.










Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira
kaum, bangsa dan agama. Kebudayaan merupakan keseluruhan yang
kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang
didapat seseorang sebagai anggota masyarakat.
Di Malaysia pertembungan budaya antara generasi amat ketara dalam
bidang seni dan kebudayaan. Di zaman perkembangan pesat ini, budaya
juga melalui tranformasi yang jauh bezanya dengan industri kesenian di
zaman dahulu. Contohnya dalam bidang kesenian tarian, di mana zaman
sekarang terdapat tarian pengaruh barat seperti Hip Hop dan Rap. Ramai
anak muda sekarang tidak mengetahui kesenian asal nenek moyang
mereka seperti Makyong, Wayang kulit, Tarian Kuda Kepang, Tarian
Singa, Tarian Kipas dan lain-lain lagi. Pertembungan budaya ini
menyebabkan ramai anak muda sudah tidak menghargai kesenian yang
wujud beratus tahun lamanya. Perkara ini disebabkan pengaruh media
global yang begitu pesat membangun dengan teknologi terkini.
Maka, sekolah perlu mewujudkan kelab dan persatuan yang
memperkenalkan seni dan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia.
Selain itu, dalam majlis-majlis yang selalu diadakan di sekolah, seni dan
budaya tempatan harus diutamakan. Dengan usaha demikian, maka
murid-murid berpeluang mengenali dan mengambil bahagian dalam
bidang ini.











Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), mendefinisikan seni
sebagai halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai
suara,comel bentuk badan. Manakala seni, II: membawa maksud karya
termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lainlagi yang dicipta dengan bakat
atau kecekapan,dan hasil daripada sesuatu ciptaan Menurut Ensiklopedia
Malaysiana (1996:453), seni ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu
yang indah-indah pada pandangan pancainderamanusia sama ada melalui
penglihatan atau pendengaran. Kesenian atau seni boleh
dibahagikankepada 4 bahagian iaitu Seni Suara, Seni Gerak,Seni Rupa dan
Permainan Tradisional.
Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang
kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang
didapat seseorang sebagai anggota masyarakat. Justeru, kebudayaanadalah
sesuatu yang akan memengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi sistem
idea atau gagasan yang terdapat dalam fikiran manusia, sehingga dalam
kehidupan sehari-hari, kebudayaan itu bersifat abstrak.
Seni dan kebudayaan merupakan satu bidang yang saling berhubungkait. Di
negara kita, seni dan kebudayaan secara formal mula disemai di peringkat pra
sekolah lagi. Penzahiran seni yang dikaitkan dengan kebudayaan akan
mencerminkan identiti nasional dan cukup indah untuk dinikmati oleh diri
sendiri dan orang lain. Seni suara yang berlandaskan unsur-unsur tradisional
seperti keroncong dan lagu asli, seni gerak tari seperti zapin dan tarian naga,
seni rupa seperti penghasilan wau manakala permainan tradisional seperti
gasing dan congkak tentunya memberikan gambaran betapa uniknya
khazanah negara kita ini. Semua ini terkandung dalam subjek formal seperti
Muzik, Pendidikan Seni dan Kelab dan Permainan serta aktiviti sampingan
seperti kuiz, penghasilan blog, sudut kraftangan, pertandingan dan
sebagainya.
Ringkasnya, aktiviti seni dan kebudayaan yang diamati dan dihayati
sebaik-baiknya oleh generasi hari ini akan membentuk sikap positif dan
kreativiti yang tinggi.










Assalamualaikum dan salam sejahtera buat saudari.
Tahniah dan terima kasih atas perkongsian pendapat berdasarkan topik forum. Memang benar apa
yang saudari utarakan itu. Saya jugabersetuju dengan usaha pihak sekolah yang menubuhkan Kelab
Kesenian dan Kebudayaan di sekolah masing-masing. Dengan penubuhan kelab ini secara tidak
langsung murid-murid akan bergiat aktif dalam program yang disusun dan dirancang umpamanya
mengadakan kursus dalaman tentang seni tari tarian tradisional, kursus permainan alat muzik
tradisional dan sebagainya dengan mengundang jurulatih dari pihak Kementerian Kesenian atau
badan-badan NGO atau badan-badan sukerela.
Dengan usaha-usaha seperti ini pastinya dapat memupuk kecintaan terhadap seni budaya warisan
bangsa dari tenggelam dek arus kemodenan. Selain itu juga melalui Kelab Kesenian dan Kebudayaan
sekolah juga para peserta boleh menunjukkan bakat masing-masing dengan menyertai
pertandingan-pertandingan yang diadakan di peringkat zon atau daerah masing-masing. Pihak sekolah
juga boleh melibatkan ahli kelab untuk membuat persembahan kesenian dalam satu-satu majlis. Selain
dapat memupuk minat dan menghargai warisan budaya aktiviti ini juga membantu mengisi masa
lapang para pelajar daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

You might also like