You are on page 1of 8

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA HBEF 2703 SEMESTER JANUARI/2012 PENDIDIKAN KOKURIKULUM JURNAL REFLEKTIF

(Kumpulan)

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL TUTOR

: : : : : :

ROSLAN BIN MOHD NOH 730122125173001 730122-12-5173 0178643128 jamhirwa72@yahoo.com ANANDAN A/L DORAYSAMY PPT SANDAKAN

PUSAT PEMBELAJARAN :

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengenalan Kelemahan Kekuatan Tindakan dan cara mengatasi

3 4-5 6 7

JURNAL REFLEKTIF

PENGENALAN

DEFINISI JURNAL REFLEKTIF

Mengikut kamus dewan dwi bahasa 1979 reflektif bermaksud sebagai gambar bayangan dalam cermin,pembalikan,renungan kenangan atau pernyataan fikiran dalam bentuk tulisan atau percakapan.Mengikut Mezirow (1994) Reflektif merupakan proses pedagogi membolehkan perkembangan bermakna berlaku menerusi penilaian kendiri terhadap sesuatu amalan dan dalam konteks pendidikan reflektif merupakan proses murid berusaha untuk meningkatkan dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang difikir atau dialaminya dan selepas itu menilai kembali.

Sukan sekolah merupakan aktiviti tahunan sekolah ini yang biasanya diadakan pada awal penggal kedua iaitu sekitar bulan julai antara objektif utama sukan sekolah ialah untuk mengcungkil bakat murid dan seterusnya mewakili sekolah di peringkat MSSZ,MSSD dan seterusnya ke peringkat negeri dan kebangsaan.Untuk tahun 2012 amatlah membanggakan apabila dua murid sekolah ini telah terpilih mewakili Negeri Sabah ke peringkat kebangsaan masing-masing untuk acara ragbi iaitu adik Julfadlie Sailan dan atlit lari berpagar 80 meter adik Arman Selatan dan yang paling membanggakan adik Arman Selatan mendapat pingat perak dalam kejohanan peringkat kebangsaan.

Refleksi sebelum kejohanan sukan sekolah

Kelemahan

Antara kelemahan yang berlaku sebelum kejohanan ialah masalah penentuan tarikh kejohanan sukan ini memandangkan banyak aktiviti sekolah yang dibuat selepas penggal kedua terutama murid tahun enam yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR sekitar bulan September jadi banyak kelas tambahan.diadakan dan program yang lain untuk tahun enam jadi persoalanya adakah mereka dilibatkan dalam aktiviti sukan sekolah nanti. Kelemahan yang kedua ialah kekurangan peralatan yang digunakan untuk latihan rumah sukan antara peralatan yang tidak ada ialah tilam dan besi lompat tinggi,peluru dan juga pagar yang digunakan untuk acara lompat berpagar.kekurangan dan ketiadaan perlatan sukan akan menyebabkan murid sukar untuk berlatih terutamanya peralatan lompat tinggi. Di samping itu sekolah ini tidak mempunyai padang untuk berlatih yang ada hanya dewan serbaguna yang tidak sesuai untuk membuat latihan rumah sukan kerana ruangnya yang terhad terutama untuk acara balapan seperti acara 200 meter dan acara lari bergantiganti.Begitu juga dengan acara lontar peluru tidak ada padang rumput kerana dewan ini bersimen. Kelemahan yang terakhir sebelum sukan bermula ialah masalah kekurangan masa latihan ini disebabkan sekolah ini dua sesi dan rumah sukan sebanyak empat rumah sukan jadi masa untuk mengadakan latihan adalah pendek hanya dua minggu sebelum sukan bermula ini menyebabkan murid tidak mempunyai masa yang banyak untuk berlatih bergitu juga dengan kekurangan guru yang menjadi pelatih kepada murid kerana ada guru rumah sukan yang bertugas pada waktu petang ini menyebabkan guru yang melatih terdiri daripada guru-guru sesi pagi,ini menyebabkan kekurangan guru yang menjadi jurulatih rumah sukan.

Kelemahan semasa kejohanan sukan berlangsug.

Antara kelemahan yang dapat dikesan semasa kejohanan sedang berlangsung ialah masalah PA system yang digunakan menghadapi masalah antaranya suara yang tidak begitu jelas dan kadang-kadang suara pengacara majlis langsung tidak keluar ini menyebabkan kelancaran perjalanan sukan ter jejas sedikit.begitu juga dengan pembahagian hadiah yang agak tidak sistemetik kerana menunggu semua acara tamatlah barulah dibahagikan hadiah sepatutnya setiap acara selesai terus dibahagikan hadiah supaya tidak mengambil masa yang banyak. Kelemahan yang seterusnya ialah kelancaran sesuatu acara sukan itu tidak begitu lancar kerana pengadil bagi sesutu acara terpaksa menunggu murid yang terlebih dahulu mengikuti acara lain ini menyebabkan acara tersebut lama diadakan contohnya acara lompat tinggi yang paling lama disiapkan kerana berlakunya sitausi macam ini. Kelemahan yang ketiga ialah masalah murid yang masuk ke gelanggang acara tujuan mereka ialah untuk menyaksikan acara tersebut ini menganggu guru yang bertugas pada waktu itu kerana ada antara murid ini yang begitu hampir dengan gelanggang dan membahayakan mereka contoh seperti acara lontar peluru.Di samping itu ada juga murid yang bising dan menjerit semasa tetamu jemputan masih ada di pentas selepas acara perasmian bukan sahaja menjerit ada antara mereka yang melontar bekas minuman kepada rakan-rakan mereka yang lain ini menyebabkan imej sekolah tercalar dengan perbuatan dan sikap murid berkenaan. Dan kelemahan yang terakhir ialah kurangnya sambutan daripada ibu bapa yang datang ke Komplek sukan ini menyebabkan suasana sukan tidak begitu meriah kerana kurangnya penonton terutama ibu bapa yang datang disebabkan masalah pengangkutan ke komplek sukan Sandakan dan ada antara ibu bapa murid yang bekerja pada waktu itu jadi menyukarkan mereka untuk hadir menyaksikan anak-anak mereka bersukan.

Kelemahan Selepas sukan berakhir

Antara kelemahan yang berlaku selepas sukan berakhir ialah masalah kebersihan yang tidak begitu memuaskan ada antara murid yang membuang sampah merata tempat terutamanya di sekitar astaka terdapat plastic aiskrim yang dibuang oleh murid.Mujurlah ada pekerja pembersihan sekolah yang turut sama hadir bertugas semasa kejohanan

berlangsung.Merekalah yang telah membersihkan kawasan astaka.Disamping itu ada juga murid yang tidak bekerjasama apabila diarahkan memungut sampah mereka tidak mengendahkan arahan guru sebaliknya melarikan diri.

Kelebihan sebelum.semasa dan selepas sukan


Walau pun banyak kelemahan namun ada juga kelebihan kelebihan di sini saya akan merumuskan kelebihan secara keseluruhan iaitu kelebihan sebelum.semasa dan selepas sukan berlangsung. Antara kelebihan yang pertama sekali ialah semangat kesukanan yang sangat tinggi yang ditunjukkan oleh murid terutamanya dari segi kehadiran yang amat baik dan mereka hadir lebih awal daripada guru.Begitu semangat yang mereka tunjukkan sewaktu latihan walaupun tidak ada padang yang luas mereka tetap juga mahu berlatih dalam dewan yang serba sempit. Begitu juga dengan kerjasama guru yang sanggup hadir pada waktu petang walaupun mempunyai komimen yang lain tetapi sanggup turun untuk melatih murid.Bukan sahaja guru malah pentadbir sekolah terutamanya guru besar telah memberikan komitmen dalam sukan terutama dari segi penyediaan kewangan untuk kejohanan sukan sekolah contohnya setiap rumah sukan diberikan RM 250.00 untuk kegunaan rumah sukan ini tidak lagi menyukarkan guru dan murid rumah sukan untuk mencari sumber kewangan. Ibu bapa juga bekerjasama dengan pihak sekolah terutamanya memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk hadir bagi menghadiri latihan rumah sukan.Begitu juga dengan kakitangan Komplek Sukan Sandakan yang memberikan kerjasama dalam penyediaan peralatan semasa kejohanan berlangsung dan begitu juga dengan murid-murid yang terlibat dalam acara persembahan semua menunjukkan komitmen yang baik contoh penari di bawah
6

bimbingan cikgu Priscilla dan juga pasukan rekoder sekolah yang dipimpin oleh cikgu Romie semuanya memberikan komitmen yang baik,

Cara mengatasi kelemahan dan tindakan susulan


Antara cara mengatasi kelemahan kekurangan peralatan untuk latihan sukan ialah dengan cara meminjam dari sekolah yang berdekatan terutamanya sekolah menengah yang mempunyai kelengkapan sukan yang baik.dengan cara ini peralatan sukan akan mencukupi.Manakala masalah tempat latihan yang terhad tidak ada padang jadual latihan rumah sukan perlu di buat dengan menghadkan dalam masa satu hari hanya satu atau dua sahaja latihan rumah sukan diadakan .ini untuk mengelakkan kesesakan di dalam dewan sekolah. Masalah PA system yang kurang memuaskan pihak sekolah perlu membawa PA systemnya sendiri sebagai alternatif sekiranya PA system yang sedia ada di Komplek sukan menghadapi masalah.Masalah murid yang terlalu dekat dengan gelanggang guru AJK keselamatan perlu bertindak dan memastikan murid tidak dekat dengan gelanggang acara mereka hanya boleh menonton dari astaka sahaja.Begitu juga dengan AJK disiplin perlu mengawasi murid agar sikap dan kelakuaan mereka dijaga semasa berada di Astaka.Dan untuk memeriah kejohanan sukan sekolah pihak pentadbir perlu menyedikan sebuah bas khas untuk ibu bapa menghadiri sukan sekolah ini Kesimpulannya dengan adanya kerjasama pentadbir,guru dan murid sekolah ini segala kelemahan ini akan dapat diatasi dan segala yang baik haruslah diteruskan ini untuk memastikan murid-murid dapat bersukan dengan baik dan yang paling penting bakat-bakat murid dalam bidang sukan dapat digilap demi untuk kecemerlangan sukan di sekolah ini sejajar dengan aspirasi kerajaan yang mahu melahirkan atlet yang bertaraf dunia dan sekolah adalah tempat mengilap bakat-bakat murid dalam bidang sukan.

You might also like