You are on page 1of 4

JTW 116 PRINSIP PENGURUSAN

JTW 104 PENGANTAR PENGURUSAN


TUGASAN BERKUMPULAN
MINI KES: KEPIMPINAN DALAM SYARIKAT FUN BOOKS LTD.
Syarikat Fun Books Ltd. merupakan sebuah syarikat multi nasional. Ia beribu pejabat di
Frankurt, Jerman. Pada bulan Januari, dua tahun lepas, Fun Books Ltd telah membuka
cawangan mereka di Kuala Lumpur, Malaysia.
Encik Alexander Kohn, berusia 42 tahun, berasal dari Frankfurt Germany. Beliau adalah ketua
Jabatan Pemasaran di Syarikat multi nasional, Fun Books Ltd. Terdapat tiga unit kecil yang
melapor kepada Encik Alexander, iaitu Unit Promosi yang diketuai oleh Cik Irene; Unit
Pentadbiran yang diketuai oleh Puan Goh Ai Nee dan Unit Jualan yang diketuai oleh Encik
Sivaraja.
Cik Irene Smith, berusia 38 tahun dan beliau berasal dari negara England and telahpun
bekerja di Malaysia selama 7 tahun. Walaupun Cik Irene mempunyai pengalaman yang lama,
namun beliau baharu sahaja bekerja di Syarikat Fun Books Ltd.
Puan Goh Ai Nee, berusia 54 tahun dan mempunyai pengalaman di bidang percetakan
melebihi 20 tahun. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dan kemahiran kerja yang
sangat baik dalam bidang pentadbiran. Puan Goh berbangsa Tiong Hua dan berasal dari
Johor.
Encik Sivaraja pula, berusia 40 tahun, berbangsa India dan berasal dari Perak. Beliau
mempunyai pengalaman kerja melebihi 10 tahun dalam industri yang sama.
Di Unit Promosi, Cik Irene mempunyai enam orang pekerja yang diselianya. Beliau
merupakan ketua unit yang sering memberi peluang kepada anak buahnya untuk mereka
memberikan pendapat dan idea-idea baru bagi meningkatkan jualan buku di Syarikat Fun
Books. Cik Irene juga mendengar masalah pekerjanya dan memberikan penyelesaian kepada
isu ataupun masalah yang dihadapi oleh pekerjanya. Beliau juga sering memberikan kata-
kata motivasi kepada para pekerjanya. Oleh kerana sifat dan cara Cik Irene bergaul dengan
para pekerjanya, beliau sering dijadikan inspirasi oleh para pekerjanya di Unit Jualan.
Di Unit Pentadbiran, Puan Goh mempunyai 12 orang pekerja. Puan Goh merupakan ketua
yang tegas dan sangat menyukai fakta. Beliau merasakan bahawa semua perkara perlu
mengikut S.O.P (Standard Operating Procedure) syarikat. Beliau tidak mengalu-ngalukan
sebarang pandangan ataupun idea daripada para pekerjanya. Puan Goh selalu merasakan
beliau seorang ketua unit yang hebat dan sentiasa mempunyai pendapat yang betul.
Di Unit Jualan, Encik Sivaraja mempunyai lapan orang kakitangan. Encik Sivaraja sering
menegaskan bahawa “sekiranya anda berjaya menaikkan jualan buku pada tiga bulan
berturut-turut; anda akan diberikan ganjaran bonus selama satu bulan gaji.” Encik Sivaraja
juga merasakan bahawa setiap pekerja hanyalah seorang pekerja dan beliau menganggap
bahawa apabila seorang pekerja berusaha sebanyak 10 peratus, pekerja itu patut diberikan
ganjaran yang sama iaitu 10 peratus juga. Ianya sejajar dengan usaha yang diberikan oleh
pekerja tersebut. Encik Sivaraja juga percayakan hukuman ataupun ganjaran mestilah
setimpal dengan perkara yang dilakukan oleh para pekerjanya.
Berdasarkan mini kes ini, jawab soalan berikut :
Soalan 1 (20 markah)
Apakah “leadership style” yang ditunjukkan oleh Cik Irene Smith. Jelaskan sebab kumpulan
anda berpendapat begini.

Soalan 2 (20 markah)


Apakah “leadership style” yang ditunjukkan oleh Puan Goh Ai Nee. Jelaskan sebab kumpulan
anda berpendapat begini.

Soalan 3 (20 markah)


Apakah “leadership style” yang ditunjukkan oleh Encik Sivaraja? Jelaskan sebab kumpulan
anda berpendapat begini.

Soalan 4 (30 markah)


Jika sekiranya anda adalah Encik Alexander Kohn, apakah “leadership style” yang akan anda
tunjukkan kepada para pekerja di Jabatan Pemasaran? Berikan EMPAT (4) sebab utama dan
jelaskan kenapa.

(Hint: Mesti membaca artikel/bab tentang kepimpinan (Bab 17). Anda juga boleh mencari
artikel mengenai kepimpinan di platform Google Scholar.

 Deadline: 27hb Mac 2024 (Rabu) sebelum jam 12 tengah malam. Markah kosong
akan diberikan kepada anda jika tugasan anda lewat diterima.
 Emelkan tugasan PDF anda kepada emel berikut : tugasan104@gmail.com.
 Sila lihat perincian di bawah mengenai cara penyerahan tugasan.
 Hanya SOFT COPY DIPERLUKAN. TIDAK PERLU HANTAR HARD COPY.
S.O.P Tugasan Berkumpulan:

 Tugasan WAJIB dilakukan secara berpasangan, tiga orang atau maksima 4 orang
sahaja dalam sebuah kumpulan.
 Kumpulan yang melebihi daripada empat (4) orang akan dikenakan penalti.
 Lebihan ahli kumpulan akan ditolak markah sebanyak 20 markah untuk seorang ahli yang
melebihi kuota. Contohnya, jika ahli kumpulan anda ENAM (6) orang, maka jumlah
markah tugasan yang akan ditolak daripada keseluruhan jumlah tugasan ialah 40 markah
(20 markah untuk seorang darab dua ahli tambahan = 40).
 Sila cari rakan sekumpulan dengan cara mengiklankan diri anda di portal e learning
PPPJJ. Dr akan buatkan platform ini untuk anda di portal JTW 116/104.
 Anda boleh juga menggunakan platform lain (jika anda ada seperti FB, IG dll).
 INGATAN: Individu yang menyiapkan tugasan ini secara perseorangan ataupun individu
akan mendapat gred F.
 AMARAN: Sekiranya didapati kumpulan anda meggunakan sebarang A.I (Artificial
Inteligence) dalam melakukan tugasan anda, kumpulan anda akan diberikan markah
gagal.
 AMARAN: Sekiranya didapati kumpulan anda mempunyai indeks plagiat, terdapat
penolakan markah mengikut peratusan seperti di bawah :

Indeks Plagiat Penolakan Markah


80% hingga 90% 80 markah
60% hingga 79% 70 markah
50% hingga 59% 50 markah
40% hingga 49% 40 markah
30% hingga 39% 30 markah
Kurang daripada 30% Tiada
Keperluan tugasan:

1.0 Jawab semua soalan yang terdapat dalam mini kes Kepimpinan dalam Syarikat Fun
Books Ltd.
2.0 Jawapan anda mesti mengandungi jawapan yang bernas dan ianya perlu disokong oleh
rujukan artikel ilmiah.
3.0 Gunakan kaedah American Psychological Association (APA) Style semasa melakukan
‘citation’. Buat carian di google tentang APA style.
4.0 Senarai bahan rujukan hendaklah disenaraikan mengikut ‘alphabetical order’.
5.0 Jumlah markah ialah 90 markah untuk penyelesaian kes dan 10 markah untuk format dan
citation/reference tugasan anda.
6.0 Artikel dan lain-lain buku rujukan boleh digunakan sebagai bantuan.
7.0 Pastikan artikel dan teks berkaitan mempunyai rujukan.
8.0 Jangan gunakan rujukan di Wikipedia kerana ianya tidak bersifat ilmiah.

Format Tugasan:

 Tugasan disediakan menggunakan komputer.


 Soft Copy sahaja. Fail PDF SAHAJA, bukan Microsoft Words. Tiada hard copy
diperlukan.
 Muka hadapan tugasan perlu ada butiran seperti nama dan no matrik setiap individu.
Gunakan kulit tugasan anda di e learning portal pppjj anda.
 Gunakan saiz font 12” dan bergaya “arial”.
 Isi kandungan tugasan tidak melebihi 50 muka surat (tidak termasuk lampiran jika ada).
 Penulisan berperenggan langkau-dua (double spacing).
 Marjin: satu inci bagi setiap arah muka surat.
 Perlu ada ‘page number’ ataupun muka surat. (Bottom/Centre).
 Tugasan boleh dibuat dalam Bahasa Malaysia ataupun Inggeris.

Aturan Kandungan Tugasan :


1. Kulit tugasan (yang didownload dari portal e-learning). Mengandungi nama & no matrik
dll)
2. Jawapan kepada soalan satu
3. Jawapan kepada soalan dua
4. Jawapan kepada soalan tiga
5. Jawapan kepada soalan empat
6. Senarai Sumber Rujukan
*Setiap jawapan perlu dimulakan di muka surat baharu./Your answer for each questions must
begin in a new page.
Cara Penyerahan Tugasan:

 Deadline: 27hb Mac 2024 sebelum jam 12 tengah malam. Markah kosong akan diberikan
kepada anda jika tugasan anda lewat diterima.
 Emelkan tugasan PDF anda kepada emel berikut : tugasan104@gmail.com.
 Semasa emel, cc ataupun sk kepada emel semua ahli anda. Ia untuk pastikan ahli
kumpulan tahu bahawa tugasan mereka telah dihantar kepada pensyarah.
 Dr akan “reply’ emel anda semua dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan.
 Sekiranya pengirim emel tidak menerima sebarang akuan penerimaan dari Dr selepas 24
jam dari tarikh penghantaran emel anda, semak semula “email address” tersebut ataupun
resend semula tugasan anda. Contoh :

To: tugasan104@gmail.com

From : mohdnasser@gmail.com

Cc:murnimohd.abdullah@student.usm.my;ganesan@yahoo.com; kevin@gmail.com

SUBJECT: Penghantaran Tugasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dr.,

Saya selaku ketua kumpulan, Mohd Nasser Mohd Ali, no matrik JG 10987/23, melampirkan
tugasan berkumpulan bagi kursus JTW 116 Prinsip Pengurusan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi di talian 013 4567865.

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh: NMD (2023).

You might also like