You are on page 1of 21

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN ………………………………………………………………….. 2 - 4
2. ANALISIS …………………………………………………………………….……. 5 - 14
3. CADANGAN ………………………………………………………………..……… 15 - 17
4. KESIMPULAN ……………………………………………………………………… 18 - 19
5. RUJUKAN …………………………………………………………………………... 20 - 21

1|Page
1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Coronavirus adalah keluarga virus yang boleh menyebabkan masalah pernafasan kepada
manusia. Virus ini dipanggil ‘corona’ kerana pancangnya seperti mahkota pada permukaan virus.
Kebanyakan orang yang dijangkiti virus tersebut akan mengalami penyakit pernafasan ringan
hingga sederhana dan pulih tanpa memerlukan rawatan khas. Walau bagaimanapun, sesetengah
orang akan menjadi sakit teruk dan memerlukan rawatan perubatan. Penyakit ini berisiko kepada
orang tua, wanita mengandung, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan
seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, penyakit pernafasan kronik atau kanser. Sesiapa sahaja
boleh jatuh sakit dengan penyakit COVID-19 ini dan berkemungkinan akan menjadi lebih teruk
atau meninggal dunia tidak kira peringkat umur. Menurut data dari World Health Organization
(WHO) di peringkat global terdapat 761,402,282 kes yang disahkan COVID-19 dan seramai
6,887,000 kematian yang dilaporkan setakat 9.19 pagi pada 29 Mac 2023. Manakala menurut data
dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula sebanyak 4,810,082 kes tempatan dan seramai
36,387 kematian dilaporkan setakat 5.12 a.m pada 6 Oktober 2022.

1.2 PERMASALAHAN

Terdapat beberapa permasalahan ataupun isu yang telah dikenalpasti semasa berlakunya
pandemik ini antaranya ialah isu berkaitan politik. Menurut kamus dewan, politik merupakan
segala sesuatu bukan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain ataupun
pertubuhan yang bergiat dalam bidang politik. Hal ini dapat dikaitkan dengan Pilihan Raya Negeri
(PRN) Sabah ke-16 yang berlangsung sewaktu negara berdepan dengan serangan wabak covid-19
pada 26 September 2020. Selepas daripada pilihan raya tersebut kes baharu meningkat secara
mendadak iaitu sebanyak 70 peratus pada minggu pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) itu
berlangsung. Tambahan pula, terdapat anggaran peningkatan kes sebanyak 2.979 kes baharu yang

2|Page
dilaporkan di negeri tersebut antara 26 September 2020 sehingga 12 Oktober 2020. Selain itu, pada
12 Januari 2021 proklamasi darurat telah diadakan kerana penularan wabak Covid-19 di Malaysia
pada ketika itu semakin membimbangkan. Hal ini dapat dilihat sebagai suatu darurat yang besar
dan akan menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi, dan ketenteraman awam di dalam
persekutuan atau mana-mana bahagiannya akan terancam sekiranya tidak dibendung.

Seterusnya, isu berkaitan pendidikan. Menurut Confucius (551-479 SM) pendidikan adalah
proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manasia dan ini boleh dicapai melalui tingkah
laku manusia yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, menghormati orang tua,
menyayangi orang yang lebih muda serta taat kepada pemerintah dan cintakan negara. Pada 2
Oktober 2020, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuat keputusan untuk
menangguhkan pendaftaran secara fizikal mahupun bersemuka kepada semua pelajar. Hal ini
disebabkan oleh jumlah pesakit Covid-19 yang semakin meningkat secara mendadak dan juga
bagi mengelakkan daripada kampus-kampus IPT tersebut dari menjadi pusat wabak. Sejurus
daripada keputusan tersebut Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad telah mendapat kritikan
daripada ibu bapa para pelajar tersebut kerana diumumkan pada saat akhir. Walau bagaimanapun,
sewaktu pandemik ini melanda, para pelajar tidak dapat pergi ke sekolah mahupun ke kolej kerana
terpaksa mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak tersebut. Oleh
itu, penggunaan gadget menjadi satu alternatif yang sangat penting dalam sistem pendidikan yang
terpaksa dijalankan secara atas talian. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan juga terpalit dengan
beberapa permasalahan iaitu dakwaan mengenai pengabaian pihak kerajaan tentang pemberian
sejumlah komputer riba kepada para pelajar yang berkeperluan seperti yang tertakhluk dalam
Belanjawan Malaysia 2021.

3|Page
Di samping itu, ekonomi juga menjadi salah satu isu sewaktu wabak Covid-19 melanda.
Ekonomi dapat didefinisikan sebagai mengambil kira semua bentuk perniagaan, organisasi tidak
berasaskan keuntungan atau unit pentadbiran. Berkaitan isu ini, pada 2021 penutupan penuh sektor
perkilangan yang menyumbang jumlah eksport lebih RM 1 trilion setiap tahun akan memberi
kesan buruk kepada ekonomi negara, kata Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Profesor
Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali. Hal ini juga akan menyebabkan masalah pengangguran semakin
meningkat dan ramai yang telah hilang pekerjaan. Selain sektor perkilangan, sektor perhotelan
juga turut terkesan akibat daripada wabak covid-19 ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif
Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Yap Lip Seng menyatakan bahawa dalam tempoh PKP
(Perintah Kawalan Pergerakan) sejak 18 Mac 2020, kadar penginapan hotel jatuh ke tahap paling
rendah iaitu sekitar 5 peratus sahaja. Selain daripada itu, sektor perlancongan juga terkesan akibat
daripada penularan wabak ini. Hal ini kerana kerugian semasa yang dialami oleh sektor
perlancongan negara sejak mac 2020 dianggarkan mencecah sebanyak RM45 bilion. Pengarah
Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Amerika/ Eropah/ Oceania), Tourism Malaysia, Datuk
Dr Ammar Abdul Ghapar berkata, punca kerugian tersebut adalah berpunca daripada penutupan
sempadan negeri dan negara susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan.

4|Page
2 ANALISIS

I. MENGAPA ISU INI PENTING ?

Pandemik COVID-19 telah menjadi isu yang sangat penting di Malaysia sejak ia mula merebak
di seluruh dunia pada awal tahun 2020. Ia mempunyai impak yang luas terhadap masyarakat,
ekonomi dan kesihatan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Menurut data Worldometer pada
5 April 2023, terdapat lebih daripada 5 juta kes COVID-19 di Malaysia dan lebih daripada
36,000 kematian akibat penyakit ini. Jumlah kes ini menunjukkan bahawa pandemik COVID-19
masih menjadi isu yang serius dan berterusan di Malaysia.

COVID-19 telah memberikan kesan besar dalam kehidupan manusia pada zaman ini,
menyebabkan perubahan drastik dalam corak kehidupan manusia. Perubahan tersebut dikenali
sebagai perubahan sosial dan ia mempengaruhi masyarakat dalam skala besar dan kecil,
termasuk perubahan pola berfikir dan struktur masyarakat yang memberikan kesan langsung
pada masa depan. Oleh itu, sebelum membincangkan bentuk-bentuk perubahan sosial yang
disebabkan oleh COVID-19, adalah penting untuk memahami konsep perubahan sosial secara
keseluruhannya (Nanang Martono, t.t.). Mohamad Kamil dan Rahimin Affandi (2009) juga
mengakui bahawa masyarakat sentiasa mengalami perubahan sosial dan perubahan ini boleh
terjadi pada skala kecil atau besar, memberi kesan yang signifikan pada kehidupan mereka.

Pandemik COVID-19 telah memberikan impak yang besar terhadap kesedaran dan
kewaspadaan masyarakat Malaysia mengenai kepentingan kesihatan dan kebersihan. Segelintir
masyarakat kini lebih prihatin dan berhati-hati dalam menjaga kebersihan dan mengamalkan
langkah-langkah pencegahan untuk menghalang penularan virus. Masyarakat lebih memahami
bahawa tindakan-tindakan sederhana seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan secara
berkala, dan menjaga jarak sosial adalah penting untuk mengelakkan penularan virus.

5|Page
Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Perundingan Kesihatan
Malaysia (IPK), sebanyak hamper 90 peratus masyarakat Malaysia kini memakai pelitup muka
dalam kehidupan seharian mereka. Ini merupakan perkembangan yang positif kerana ia
menunjukkan bahawa kesedaran tentang kepentingan memakai pelitup muka dalam menghalang
penularan virus telah meningkat di kalangan masyarakat. Selain itu, masyarakat kini juga lebih
peka dan memahami bahawa menjaga kebersihan adalah penting untuk mengelakkan penularan
virus. Kewaspadaan kesihatan yang ditingkatkan ini juga membantu meningkatkan kesedaran
sosial dan tanggungjawab individu dalam melindungi diri dan orang lain dari wabak ini.
Masyarakat kini lebih memahami bahawa mereka mempunyai peranan penting dalam
melindungi orang lain dari virus dan menyediakan sokongan moral kepada mereka yang terjejas
oleh pandemik ini.

Pandemik COVID-19 bukan sahaja memberikan kesan terhadap kesihatan fizikal


masyarakat, tetapi juga memberikan kesan yang signifikan terhadap kesihatan mental. Kesan dari
pandemik ini termasuk tekanan, kebimbangan, kesepian, dan kesedihan yang dialami oleh
individu yang terjejas secara langsung atau tidak langsung oleh pandemik ini.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2021,
trend peningkatan permasalahan kesihatan mental, termasuklah tingkah laku bunuh diri, turut
membimbangkan dengan trend kejadian kes bunuh diri menunjukkan peningkatan ketara iaitu
sebanyak 81% (1,142 kes). Kajian ini juga mendapati bahawa wanita dan golongan muda di
bawah 30 tahun lebih cenderung mengalami masalah kesihatan mental. Kajian lain yang
dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, peningkatan hampir lima (5) kali ganda pada
tahun 2021 (212,319 panggilan) berbanding pada tahun 2020 (44,061 panggilan) menunjukkan
bahawa jumlah orang yang mencari bantuan kesihatan mental di pusat-pusat kesihatan mental.
Ini menunjukkan bahawa pandemik COVID-19 telah memberikan impak yang signifikan
terhadap kesihatan mental masyarakat di Malaysia.

6|Page
Selain itu, sektor ekonomi penting dalam isu pandemik COVID-19 di Malaysia kerana
impak pandemik ini terhadap ekonomi negara dapat memberi kesan besar terhadap sumber
kewangan negara, peningkatan kadar pengangguran, dan kemiskinan. Sektor ekonomi juga
memainkan peranan penting dalam menyediakan lapangan pekerjaan dan meningkatkan
pendapatan rakyat.

Menurut laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi negara mengalami susut
nilai sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2020 akibat pandemik COVID-19. Penutupan sektor
ekonomi adalah salah satu tindakan drastik yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan
penularan COVID-19 di Malaysia. Pada awal pandemik, pelbagai sektor ekonomi termasuk
industri pembuatan, peruncitan, pelancongan dan perkhidmatan lain telah ditutup untuk jangka
masa yang tidak ditentukan. Ini telah memberikan kesan yang besar terhadap ekonomi dan
kewangan masyarakat di seluruh negara.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, nilai keluaran Malaysia mencatatkan


kadar inflasi pada paras negatif 1.2 peratus pada tahun 2020 berbanding dengan suku yang sama
pada tahun sebelumnya. Selain itu, sektor pelancongan dan perkhidmatan lain turut mengalami
penurunan yang ketara, terutamanya akibat daripada kawalan pergerakan yang ketat dan
kebimbangan orang ramai terhadap penularan COVID-19.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah memberikan bantuan kewangan dan bantuan lain
kepada sektor-sektor yang terjejas untuk membantu mengurangkan kesan penutupan tersebut. Ini
termasuklah Program Bantuan Prihatin Rakyat yang telah membantu individu yang terkesan
dengan pandemik ini, serta pelbagai insentif dan bantuan kewangan untuk membantu syarikat
dan perniagaan yang terjejas. Pandemik COVID-19 telah memberikan impak yang besar kepada
pasaran buruh di Malaysia dan mengakibatkan peningkatan jumlah pengangguran di negara ini.

7|Page
Banyak syarikat terpaksa menutup dan mengurangkan kos operasi mereka akibat kurangnya
permintaan dan penurunan pendapatan.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada suku kedua 2021, jumlah
pengangguran di Malaysia mencapai 4.8 % iaitu 768,700 orang. Peningkatan jumlah
pengangguran ini juga terdapat di sektor-sektor tertentu seperti sektor pelancongan,
pengangkutan dan perniagaan kecil yang terjejas teruk oleh pandemik COVID-19. Sektor
pelancongan telah mengalami penurunan tajam dalam permintaan, menyebabkan banyak syarikat
perhotelan dan restoran terpaksa menutup perniagaan dan mengurangkan pekerja.. Ini
menunjukkan bahawa sektor ekonomi memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi
negara dan sumber kewangan negara. Oleh itu, isu pandemik COVID-19 di Malaysia perlu
diambil kira dengan serius untuk mengurangkan kesan buruknya terhadap sektor ekonomi dan
masyarakat secara keseluruhan.

II. PUNCA BERLAKUNYA COVID-19

Penyakit ini disebabkan oleh virus yang dipanggil sindrom pernafasan coronavirus 2 (SARS-CoV-
2), juga dikenali sebagai novel coronavirus 2019 (2019-nCoV). Virus itu dipercayai berasal dari
zoonosis. Cara penularan utama adalah melalui titisan pernafasan apabila orang yang dijangkiti
bersin, batuk atau menghembus nafas. Pegawai Shanghai mengenal pasti beberapa cara
penghantaran, termasuk penghantaran terus, penghantaran sentuhan, dan penghantaran aerosol.
Penghantaran sentuhan dan aerosol berlaku apabila seseorang menyentuh permukaan yang
tercemar dengan titisan pernafasan dan menyedut udara yang tercemar dengan titisan pernafasan.

8|Page
Ada beberapa faktor mengapa banyak wabak bermula dari China. China merupakan
negara yang paling ramai populasinya – mencecah sehingga 1.4 bilion manusia yang merangkumi
17.7 peratus populasi dunia setakat 31 Disember 2021. Manusia paling ramai tinggal di China.
Disebabkan populasinya tinggi, pembangunan bandar dan perumahan untuk dijadikan tempat
tinggal juga tinggi. Jadi, China juga merupakan negara yang paling tinggi pembandarannya.
Sebanyak 60 peratus daripada populasi di China tinggal di bandar. Pembangunan bandar telah
mengakibatkan habitat haiwan perlu diganggu. Perkara ini tidak dapat dielakkan. Maka, banyak
pencerobohan habitat liar dan penebangan hutan dilakukan. Penebangan ini sebenarnya menjadi
salah satu pemicu untuk munculnya wabak.

Apabila hutan ditebang, populasi haiwan liar pemangsa akan menurun. Dengan ketiadaan
pemangsa untuk memakan, haiwan mangsa dalam rantaian makanan mudah untuk bermandiri hasil
daripada penebangan ini dan jumlah mereka akan meningkat. Misalnya kelawar dan tikus yang
telah menjadi hos pelbagai jenis virus akan meningkat. Habitat mereka yang terancam akan
menjadikan mereka dapat hidup berhampiran dengan bandar. Seterusnya, hidup bersama manusia.

Pembandaran telah mewujudkan rangkaian ekosistem antara haiwan liar, haiwan ternakan
dan manusia. Ini bermakna, pencerobohan habitat liar untuk proses perbandaran telah mewujudkan
hubungan antara manusia dengan haiwan liar. Hal ini menyebabkan mudahnya berlaku penularan
virus daripada haiwan liar kepada manusia. Seterusnya, menjadikan manusia sebagai hos baharu
untuk virus.

9|Page
Negara kita yang pernah isytihar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara
negara yang berjaya mengawal penularan Covid-19 pada Mac 2020, nampaknya tidak berjaya
dalam pengawalan gelombang ketiga. faktor utama yang menyumbangkan kepada penularan
Covid-19, iaitu kekurangan kesedaran tanggunjawab individu dan kekurangan keberkesanan
pihak penguat kuasa.

Setiap individu memainkan peranan penting dalam usaha mengawal penularan


pandemik ini. Kesedaran tanggungjawab dan disiplin diri yang tinggi perlu dimiliki oleh setiap
individu dalam masyarakat kita, dan merupakan pengerak utama masyarakat mematuhi
peraturan dan standard operasi piawai (SOP) yang telah disediakan oleh pihak pentadbir.
Namun, masyarakat kita nampaknya kekurangan kesedaran tanggungjawab dan disiplin
individu yang tinggi. Setiap hari, ratusan individu yang didenda sebab melanggar peraturan atau
SOP. Ini merupakan punca utama kegagalan kita memutuskan rantai jangkitan Covid-19 di
negara kita. Sebagai contoh, masih terdapat segelintir individu yang enggan memakai pelitup
muka walaupun mereka memahami tentang kepentingannya dalam usaha mencegah jangkitan
Covid-19. PKPB telah diperkenalkan oleh kerajaan sebagai usaha memilih titik keseimbangan
antara kesihatan rakyat, kebebasan individu dan ekonomi negara. Tetapi, ramai yang telah
menyalahgunakan kebebasan yang diberikan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Kesemua ini berpunca daripada kekurangan kesedaran tanggungjawab individu. Ini


telah menyebabkan PKPB gagal mengawal pergerakan individu dan justeru itu gagal mencegah
penularan pandemik Covid-19. Sepatutnya setiap pelosok masyarakat harus mamahami dan ikut
nasihat ketua pengarah kesihatan yang sentiasa menyeru kita duduk di rumah, dan hanya keluar
apabila ada urusan penting sahaja; dan mematuhi SOP apabila berada di tempat awam. Dengan
ini, pastinya kita akan berjaya memutuskan rantai jangkitan Covid-19 di negara kita. Kesemua
ini berpunca daripada tiada disiplin dan tanggunjawab individu.

10 | P a g e
Keberkesanan pihak penguat kuasa adalah penting dalam usaha mencegah penularan
pandemik ini, terutamanya di kalangan masyarakat kita yang kekurangan kesedaran
tanggungjawab dan disiplin individu. Namun, terdapat banyak kekurangan pihak penguatkuasa
kita yang menyebabkan kegagalan usaha kita memutuskan rantai jangkitan pandemik. Pihak
penguatkuasa yang memilih kasih dan tidak tegas merupakan faktor utama yang menyumbang
kepada ketidakberkesanan penguat kuasa peraturan yang telah ditetapkan. Terdapat individu yang
bertaraf VIP telah diberi kelonggaran tertentu, seumpamanya terlepas kuarantin yang sepatutnya
dilaksanakan. Ini memberi suatu teladan yang tidak baik dan gagal memberi pengajaran yang
sewajarnya kepada masyarakat kita.

Kegagalan pihak penguat kuasa mengenal pasti potensi penularan jangkitan Covid-19 di
kluster Teratai menyumbang kepada peningkatan kes. Kuster tersebut telah dikenal pasti pada 7
November dan langkah yang tegas tidak diambil dengan sewajarnya. Setakat kini, seramai 4,036
kes dikesan positif daripada 5,777 saringan daripada kluster tersebut. Sepatutnya tindakan yang
lebih tegas perlu diambil dari awal, seperti PKPD, saringan lebih awal pekerja industri yang
terlibat, dan mengetatkan SOP industri tersebut. Semoga kita dapat memutuskan rantai jangkitan
Covid-19 dengan azam yang kuat, dengan syarat setiap pelapis masyarakat memainkan peranan
masing-masing dan memikul tanggungjawab yang diberikan. Semoga segala pengorbanan masa
dan tenaga barisan hadapan, terutamanya barisan penjaga kesihatan, dapat diberkati oleh hasil
kejayaan memutuskan rantai jangkitan Covid-19 di negara kita.

11 | P a g e
III. BAGAIMANA UNTUK MENANGANI ISU INI

Pandemik COVID-19 adalah satu isu global yang memberikan kesan besar pada kesihatan
manusia dan ekonomi dunia. Di Malaysia, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk
menangani isu pandemik COVID-19.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan


(PKPP) adalah satu langkah utama yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi mengurangkan
penyebaran virus COVID-19. PKP dan PKPP memerintahkan rakyat Malaysia untuk
mengamalkan jarak sosial dan bekerja dari rumah. Kajian telah menunjukkan bahawa langkah-
langkah ini berkesan dalam mengurangkan penyebaran virus COVID-19. Sebuah kajian yang
dilakukan oleh para penyelidik dari Universiti Malaya menunjukkan bahawa langkah-langkah
pengawalan pergerakan dapat mengurangkan jumlah kes COVID-19 di Malaysia.

Selain itu, satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal The Lancet pada Februari 2021
menunjukkan bahawa langkah-langkah pengawalan pergerakan adalah satu daripada tiga langkah
utama yang diperlukan bagi mengurangkan penyebaran virus COVID-19. Kajian ini
menunjukkan bahawa langkah-langkah pengawalan pergerakan dapat membantu mengurangkan
penyebaran virus COVID-19 dengan ketara, terutama jika dilaksanakan dengan cepat dan
berkesan. Walau bagaimanapun, langkah-langkah pengawalan pergerakan juga memberikan
kesan besar pada kehidupan dan ekonomi rakyat Malaysia. Banyak perniagaan terpaksa ditutup
sementara dan ramai pekerja kehilangan pekerjaan. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia,
PKP dan PKPP telah memberikan kesan yang besar pada ekonomi Malaysia, dengan menjangka
bahawa pertumbuhan ekonomi pada tahun 2020 akan menurun kepada -5.6%.

12 | P a g e
Secara keseluruhan, langkah-langkah pengawalan pergerakan seperti PKP dan PKPP
adalah satu daripada langkah-langkah utama yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi
mengurangkan penyebaran virus COVID-19. Walaupun langkah ini memberikan kesan besar
pada kehidupan dan ekonomi rakyat Malaysia, ia terbukti berkesan dalam mengurangkan
penyebaran virus COVID-19 di Malaysia.

Selain itu, program vaksinasi meluas di Malaysia telah dilaksanakan sejak Februari 2021,
setelah kedatangan bekalan pertama vaksin Pfizer-BioNTech. Kerajaan Malaysia mempunyai
matlamat untuk mengurangkan penyebaran virus COVID-19 dan meningkatkan keselamatan
negara dengan melindungi masayarakat daripada kesan yang lebih buruk akibat wabak ini.
Menurut data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga 5 Oktober 2022, jumlah dos
vaksin yang telah dijalankan di Malaysia adalah 55,614,578 dos. Daripada jumlah tersebut,
28,103,503 adalah dos pertama dan 27,511,075 dos adalah dos kedua. Bagi memastikan program
vaksinasi berjalan dengan lancar, kerajaan Malaysia telah membuka pusat-pusat vaksinasi di
seluruh negara dan bekerjasama dengan sektor swasta untuk menyediakan kemudahan yang
mudah dan cepat untuk menerima vaksin. Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan
kempen penyampaian maklumat untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya
vaksinasi dalam memerangi pandemik COVID-19. Secara keseluruhan, program vaksinasi
meluas di Malaysia telah memberikan manfaat yang besar dalam mengurangkan penyebaran
virus COVID-19 dan meningkatkan keselamatan negara. Namun, kerajaan terus menggalakkan
masyarakat untuk menerima vaksinasi dan mematuhi langkah-langkah kesihatan awam untuk
membantu mengurangkan penyebaran virus COVID-19.

Ketika pandemik COVID-19 melanda Malaysia, ekonomi negara mengalami kesan yang
signifikan. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk
membantu memulihkan sektor ekonomi negara.

13 | P a g e
Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA) pada bulan Jun 2020 untuk membantu pemulihan ekonomi negara. Pelan ini terdiri
daripada pelbagai program dan insentif yang bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi
dan membantu perniagaan serta individu yang terkesan oleh pandemik COVID-19. Kerajaan
Malaysia telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada bulan Mac 2020. BPN
merupakan bantuan kewangan tunai yang diberikan kepada individu dan keluarga yang terkesan
oleh pandemik COVID-19. Bantuan ini membantu meningkatkan daya beli dan mengurangkan
kesan negatif terhadap ekonomi negara. Selain daripada inisiatif yang telah diperkenalkan oleh
kerajaan, rakyat Malaysia juga telah memberi sumbangan dalam usaha memulihkan sektor
ekonomi. Contohnya, program "Buy Malaysian Products" telah diperkenalkan untuk
menggalakkan rakyat Malaysia membeli produk buatan Malaysia sebagai sokongan kepada
perniagaan tempatan.

Secara keseluruhannya, inisiatif kerajaan dan sumbangan rakyat Malaysia telah


membantu dalam usaha memulihkan sektor ekonomi negara semasa pandemik COVID-19.
Meskipun cabaran ekonomi masih ada, usaha berterusan dan kerjasama semua pihak diharapkan
dapat membantu memulihkan dan meningkatkan ekonomi negara.

14 | P a g e
3 CADANGAN

Penularan wabak COVID-19 di negara ini bermula seawal 25 Januari 2020 selepas pelancong
dari China yang memasuki tanah air dari Singapura disahkan menghidap wabak itu. Walaupun
berlaku peralihan kerajaan, namun misi tetap sama iaitu, untuk memutuskan rantaian wabak
COVID-19. Melalui media, kita diperkenalkan dengan pelbagai istilah yang jarang atau tidak
pernag didengar sebelum tercetusnya pandemic COVID-19. Bermula dengan Koronavirus yang
menyebabkan ‘Corona Virus Disease’ yang disingkatkan menjadi COVID-19 oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Februari 2020.

Terdapat beberapa cadangan berkenaan kupasan terhadap wabak COVID-19 antaranya


ialah kehidupan norma baharu yang telah ditetapkan oleh kerajaan haruslah diteruskan sehingga
sekarang. Hal ini merupakan salah satu pendekatan yang mampu dilaksanakakan bersama
dengan kerjasama setiap lapisan masyarakat. Dengan adanya norma baharu, masyarakat akan
lebih tersusun dan mudah untuk melaksanakannya. Aplikasi MySejahtera juga telah
diperkenalkan dalam era norma baharu ini bertujuan untuk masyarakat menerima informasi
terkini tentang pandemik, memaklumkan status jangkitan dan contact tracing. Dalam norma
baharu juga telah diperkenalkan amalan 3C / 3S yang mesti dielakkan iaitu tempat yang sesak,
sembang rapat dan ruang sempit berjarak satu meter mesti diamalkan. Hal ini selalunya tidak
diambil berat oleh rakyat Malaysia, tetapi ketika berlakunya pandemik perlindungan diri perlu
dalam norma baharu iaitu 3W yang mesti dipatuhi seperti (wear) memakai pelitup muka, (wash)
kerap cuci tangan dan (warn) peringatan

Seterusnya, sentiasa berwaspada dengan persekitaran. Hal ini kerana rasa gerun Ketika
COVID-19 melanda negara pada beberapa tahun lepas masih baru terasa. Pada masa sekarang
3W (Wear, Wash dan Warn) perlindungan diri haruslah tetap dilakukan kerana kita tidak pasti
dan tahu dimana virus itu berada. Keratan akhbar Berita Harian mengatakan kes COVID-19
meningkat mendadak dengan 11 kluster Pendidikan dilaporkan dari 26 Mac hingga 01 April

15 | P a g e
2023. Peningkatan kes dan kluster itu berlaku berikutan pembukaan sesi persekolahan Mac lalu
serta pergerakan masyarakat yang bercuti di musim cuti sekolah. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan
Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 11 kluster pendidian yang dilaporkan, enam
kluster membabitkan institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang
selebihnya kluster Pendidikan lain seperti maktab dan taska. Masyarakat perlulah lebih
berwaspada pada masa kini kerana peningkatan kes COVID-19 di Malaysia.

Sokongan sosial dari sekeliling amatlah penting di era COVID-19 ini terutamanya
keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Sokongan sosial bermaksud sokongan yang boleh
diterima melalui hubungan sosial dengan individu lain seperti ahli keluarga, rakan-rakan dan
komuniti masyarakat. Kualiti hubungan sosial sangat penting. Berhubungan sosial bukan sahaja
tentang interaksi dan komunikasi, malah dengan mempunyai ramai kawan, keluarga dan kenalan.
Kita tidak perlu merasa segan untuk meminta dan menerima sokongan. Terdapat bebrapa cara
untuk membina sokongan sosial yang berkait dengan cadangan kupasan terhadap COVID-19
ialah memelihara hubungan yang sedia ada dengan selalu bertanya khabar, meningkatkan
penglibatan dalam komuniti serta mendapatkan sokongan profesional seperti doktor.

Pematuhan kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa adalah sangat penting dalam
cadangan ini. Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh University of Sydney, 90% pematuhan
terhadap penjarakan sosial dapat mengurangkan kes-kes jangkitan terbaru dengan sangat
mendadak. Teori ini juga disokong oleh laporan kes jangkitan baharu di Malaysia yang telah
mencecah dua angka sehingga PKP Fasa 3 dilaksanakan. Faktor ini juga didorong oleh kuarantin
dan kawalan pencegahan seperti penutupan sekolah, larangan ke luar negara yang memberi
kesan besar terhadap penurunan kes COVID-19. Pada tahun 2023 ini, pemakaian pelitup muka
masih wajib dipakai ketika menaiki pengangkutan awam seperti kereta api dan bas. Hal ini
sangat perlu diwajibkan kerana kepadatan dan latar belakang penumpang di dalam sesebuah
pengangkutan awam tidak kita ketahui dari mana. Bermula 1 Mei 2022 lalu, KKM
mengumumkan kelonggaran pemakain pelitup muka apabila ia tidak lagi diwajibkan di luar

16 | P a g e
bangunan dan Kawasan terbuka, namun pelitup muka masih wajib dipakai apabila berada di
dalam bangunan dan pengangkutan awam. Penguatkuasaan pemakain pelitup muka adalah
berdasarkan peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
(Akta 342).

Pandemik COVID-19 telah memberikan impak yang besar di seluruh dunia termasuk
rakyat Malaysia dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan dan sosial.

Barisan pertahanan dan kesihatan negara telah bertungkus lumus untuk mencegah penularan
wabak COVID-19 ini. Slogan ‘Kita Jaga Kita’ amat signifikan pada masa dunia sedang
berperang dengan musuh tang tidak kelihatan oleh mata kasar iaitu COVID-19.

17 | P a g e
4 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya memang tidak dapat dinafikan bahawa , pandemik COVID-19 yang
melanda negara telah banyak membawa kesan kepada sistem politik, ekonomi, Social, kesihatan
dan Pendidikan terhadap negara. Penularan wabak COVID-19 yang bermula di Wuhan,China ini
telah memberi impak kepada semua aspek kehidupan. Malah transisi kehidupan norma baharu juga
turut memberi kesan psikologi kepada manusia sehingga ramai orang berasa cemas,
tertekan,bimbang dan takut dijangkiti wabak ini. Dengan tekanan yang dihadapi, seseorang itu
mungkin akan berkifir bahawa keadaan pandemik ini akan berlarutan dan memberi kesan terhadap
punca pendapatan, proses pembelajaran, status kesihatan, perhubungan sosial dan masa depan
secara umumnya. Perubahan terhadap rutin harian ini meyebabkan kita harus membuat
penyesuaian segera supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Selain itu, pihak kerajaan terus memikul tanggunjawab utama dalam menjaga kepentingan
negara terutamanya dalam keadaan penularan wabak COVID-19 ini. Bagi menangani cabaran
hebat yang telah memberi impak kepada ekonomi dan rakyat, kerajaan telah bertindak pantas
dengan melaksanakan langkah kitaran balas melalui beberapa siri pakej rangsangan dan pelan
pemulihan ekonomi. Tindak balas ini secara tidak langsung menyebabkan ekonomi negara akan
kembali melonjak dengan pantas selepas tempoh pemulihan.Justeru, pihak kerajaan telah
mewartakan pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi mengekang penularan wabak
ini secara berperingkat dengan melaksanakan enam fasa PKP telah dilaksanakan (PKP 1 -4 ; fasa
kritikal dan PKP 5-6; fasa pemulihan). Perniagaan secara norma baharu seperti dalam talian mula
digalakkan.

Walaubagaimanapun, disebalik kesan negatif ada juga kesan positif yang dapat kita lihat.
Perubahan kelakuan manusia dengan norma baru, kualiti udara yang semakin baik, kemunculan

18 | P a g e
aktiviti ekonomi baharu, serta revolusi Pendidikan mula kelihatan. Menurut laporan akhbar pada
mac 2020, menyebut bahawa kadar indeks jenayah didapati menurun dan kes kemalangan di jalan

raya menyaksikan penurunan sebanyak 70 peratus. Tetapi kes jenayah siber menyaksikan
peningkatan, dan pastinya pihak polis amat maklum terhadap perkara ini. Walaupun terasa sangat
sukar dan berat untuk semua pihak melalui dugaan besar diancam oleh pandemik virus COVID-
19 yang berlaku pada masa kini, namun telah ramai yang berjaya untuk kekal positif dan
mempunyai mekanisme tersendiri untuk terus kuat dalam berhadapan hakikat ini bagi mengatasi
tekanan yang berpunca daripada wabak itu. Oleh itu, setiap manusia seharusnya perlu melihat
setiap kejadian melalui kerangka pemikiran yang lebih luas samada untuk mengatasi kejadian
tersebut, mengambil iktibar yang positif daripadanya serta terus mengekalkan implikasi positif
yang lahir di sebalik kejadian ini. Diharapkan kewaspadaan dan kepekaan setiap dari ahli
masyarakat dalam menghadapi kemelut ini setiasa di tahap yang tinggi bagi mencapai kejayaan
yang konsisten dalam menghapuskan ancaman virus COVID-19 untuk selamanya dari permukaan
bumi ini.

19 | P a g e
RUJUKAN

(2022, September 7). Pelitup muka kini tidak wajib dipakai. Harian Metro Online.
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/09/879583/pelitup-muka-kini-tidak-wajib-
dipakai-metrotv

(2023, April 4). Kes, kluster COVID-19 meningkat, KKM saran pelajar, guru disaring. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1086067/kes-kluster-covid-
19-meningkat-kkm-saran-pelajar-guru-disaring

(2022, August 30). Perlukan Sokongan Sosial, Bagaimana Caranya? Pusat Pakar Psikologi
Jiwadamai. https://jiwadamai.com/2022/08/30/aku-perlukan-sokongan-sosial-tetapi-
bagaimana/

Astro Awani (2020, 19 April). COVID-19: Protes serata dunia bantah perintah berkurung,
http://www.astroawani.com/berita-dunia/COVID-19-protes-serata/dunia-bantah-perintah-
berkurung-239046

Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, (22 mei 2020) Hikmah Covid-19


https://www.sinarharian.com.my/article/84627/KHAS/Pendapat/Hikmah-Covid-19

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia
2022 (10 Oktober 2022)

20 | P a g e
file:///C:/Users/USER/Downloads/Kenyataan%20Media%20YBMK%20-
%20Hari%20Kesihatan%20Mental%20Sedunia%202022.pdf

Mohamad Sofuan Bin Mohamad Saleh, (2020) Pandemik COVID-19 : Kesan negatif dan positif
http://conference.kuis.edu.my/icomm/7th/images/eprosiding/18_SOFUAN.pdf

Prof. Madya Dr. Norsiah Abdul Hamid, Ketua Unit Penyelidikan Civic Media, Pusat Pengajian
Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia (UUM)
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1851891

Statistic Covid 19 Cases in Malaysia (5 April 2023),

https://www.worldometers.info/coronavirus/#countries

21 | P a g e

You might also like