You are on page 1of 42

JABATAN PERDAGANGAN

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

MUHAMMAD ANIQ LUQMAN BIN HUZAIMY


06DAT20F1054

ABANGAH AGENCY
SU 958, JALAN BANDAR BARU 7,
78300 MASJID TANAH, MELAKA.

SESI 2: 2022/2023

1
PENGESAHAN PELAJAR

“Saya, Muhammad Aniq Luqman Bin Huzaimy, nombor pendaftaran 06DAT20F1054,


mengesahkan bahawa Laporan Latihan Industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………….

Nama Pelajar : MUHAMMAD ANIQ LUQMAN BIN HUZAIMY

Nombor Pendaftaran : 06DAT20F1054

Tarikh :

Disahkan Oleh:

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penyelia : SITI HAJAR BIN MAT JALI

Syarikat : ABANGAH AGENCY

Tarikh dan Cop :

2
RINGKASAN EKSEKUTIF

Sebagai pelajar Diploma Perakaunan di Politeknik Port Dickson, ini adalah kursus yang
paling penting sebelum menamatkan pegajian, iaitu menjalani Latihan Industri selama 20-Minggu
di organisasi yang telah dipilih sendiri oleh pelajar. Pelajar telah memilih tempat untuk menjalani
Latihan industri di Syarikat Takaful bertempat di Melaka, iaitu Abangah Agency, Masjid Tanah,
Melaka. Pelajar akan menjalani Latihan industri bermula 31 Januari 2023 sehingga 16 Jun 2023.
Waktu operasi di syarikat tersebut adalah pada hari Isnin hingga sabtu, bermula jam 9.00 pagi
sehingga 5.00 petang. Pada hari lapor diri di pejabat, pelajar ditempatkan dan ditugaskan di
Bahagian Pengurusan. Selain itu, sebelum pelajar menjalani tugasnya, kakitangan syarikat
memberi beberapa taklimat ringkas tentang tugas, tatatertib, dan tanggungjawab semasa berada
di pejabat. Sepanjang 10 minggu menjalani Latihan Industri, pelajar telah berjaya meningkatkan
jumlah pembaharuan cukai jalan sebanyak 15%. Pelajar berasa bersyukur dan gembira, kerana
pelajar dapat menyelesaikan segala tugasan yang diberikan dengan lancar disebabkan bantuan
dan sokongan penuh daripada kakitangan yang lain. Tanpa mereka semua, pelajar tidak mampu
untuk menyelesaikan segala tugasnya dengan baik dan lancar. Disamping itu, pelajar sangat-
sangat rasa bertuah kerana dapat peluang menjalani Latihan Industri di Abangah Agency. Banyak
yang telah dipelajari oleh pelajar, seperti Cara pengurusan wang yang betul, bagaimana takaful
menjamin masa depan keluarga, cara berkomunikasi secara profesional dan yakin antara
pelanggan, dan banyak lagi. Akhir kata, Abangah Agency adalah tempat yang terbaik untuk
menjalani Latihan Industri, kerana banyak perkara yang boleh dipelajari dan disamping dapat
membina pengalaman kerja sebagai Ejen Takaful di sesebuah syarikat. Pelajar sangat
mengesyorkan kepada pelajar diluar sana untuk menjalani Latihan Industri di Abangah Agency.

3
ISI KANDUNGAN

BAB 1 ........................................................................................................................................ 5
1.1 PENGENALAN ............................................................................................................ 5
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI ................................................................................. 6
1.3 OBJEKTIF LAPORAN ................................................................................................ 7
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR ........................................ 8
1.5 PENGENALAN SYARIKAT / ORGANISASI ................................................................ 9
1.6 LOKASI ORGANISASI ...............................................................................................10
1.7 WAKTU OPERASI......................................................................................................10
1.8 LATAR BELAKANG ORGANISASI ............................................................................ 11
1.9 JENIS AKTIVITI ORGANISASI ..................................................................................12
1.10 CARTA ORGANISASI ................................................................................................13
1.11 PENCAPAIAN SYARIKAT ..........................................................................................14
BAB 2 .......................................................................................................................................15
2.1 PENGENALAN ...............................................................................................................15
2.2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI .................................................................16
BAB 3 .......................................................................................................................................24
3.1 PENGENALAN TAKAFUL ..............................................................................................24
3.2 DEFINISI ........................................................................................................................24
3.3 PRINSIP – PRINSIP ASAS TAKAFUL ............................................................................25
3.4 MODEL TAKAFUL ..........................................................................................................28
3.5 PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI ABANGAH AGENCY .................................29
3.6 TUGAS SECARA SPESIFIK ...........................................................................................35

4
BAB 1

PENGENALAN & LATAR BELAKANG ORGANISASI / SYARIKAT

1.1 PENGENALAN

Latihan Industri merupakan salah satu cabang subjek yang perlu diambildan
ditempuhi oleh setiap pelajar di IPTA/IPT mengikut kursus yang diambil dan tahap
pendidikan yang tertentu. Di peringkat Politeknik, semua pelajar WAJIB untuk
menjalani Latihan Industri seawal peringkat Sijil dan Diploma, manakala di IPTA/IPT
lain dikehendaki menjalani Latihan Industri pada peringkat Ijazah Sarjana yang
dijalankan pada semester yang berlainan. Latihan Industri merupakan satu syarat bagi
pelajar untuk dianugerahkan sijil, diploma dan ijazah sarjana.

Latihan Industri bukan sahaja membolehkan pelajar menerokai pelbagaiilmu


berkaitan dengan apa yang dipelajari semasa di IPTA/IPT, malahan mendedahkan
gambaran awal untuk persediaan pelajar-pelajar ke arah alam pekerjaan yang
sebenar. Bukan itu sahaja, pelajar juga turut boleh mempelajari sesuatu yang baru
dan yang mungkin tidak akan diajar oleh pensyarah- pensyarah mereka semasa di
dalam bilik kuliah mahupun semasa di makmal.

Latihan Industri juga mendidik pelajar untuk menjadi lebih berdisiplin. Jika di
IPTA/IPT pelajar harus mengikut undang-undang dan peraturan yang telah
dikuatkuasakan oleh IPTA/IPT, maka sama sahaja halnya sewaktu mereka menjalani
Latihan Industri. Pelajar haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah
ditetapkan oleh syarikat tersebut. Pelajar juga mestilah mempamerkan imej yang baik
ketika menjalani Latihan Industri di syarikat agar tidak memburukkan nama baik
IPTA/IPT.

32
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Terdapat banyak objektif yang harus dicapai oleh pelajar ketika menjalani
Latihan Industri. Antaranya ialah supaya pelajar dapat membiasakan diri mereka
kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. Hal ini adalah kerana pelajar haruslah
mematuhi undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh sesuatu syarikat
tersebut. Selain daripada mematuhi undang-undang dan peraturan, pelajar juga
haruslah menepati masa supaya tidak hadir lewat ke syarikat.

Selain itu, dengan menjalani Latihan Industri, pelajar dapat meluaskan lagi
pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar dalam bidang yang diceburi. Inikerana
dengan menjalani Latihan Industri, pelajar akan diajar dengan perkara yang baru,
perkara yang mungkin tidak diajar oleh pensyarah-pensyarah ketika berada di
IPTA/IPT.

Kemudian, Latihan Industri juga dapat menanamkan semangat Kerjasama


antara pelajar, penyelia dan masyarakat. Hal ini kerana, sewaktu di firma, pelajar dapat
memahami atau mengetahui sesuatu perkara akan diajar oleh pekerja lain atau
penyelia. Selain dapat memupuk semangat kerjasama, ia juga dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim antara pelajar dan penyelia.

Selain itu, melatih para pelajar supaya patuh kepada arahan penyelia juga
merupakan salah satu objektif Latihan Industri. Pelajar mestilah bertanggungjawab
dalam menjalankan amanah yang diberikan serta berdisiplin dalam melakukan
pekerjaan supaya tidak menghadapi kesulitan kelak. Pelajar juga dapat menepati
masa, hal ini kerana penyelia telah menetapkan tarikh untuk pelajar menyiapkan
sesuatu kerja itu. Pelajar juga tidak akan berasa kekok ataupun terasing apabila
berada dalam alam pekerjaan sebenar kerana telah lima bulan menjalani Latihan
Industri.

Dengan menjalani Latihan Industri, ia merupakan salah satu cara bagaimana


para pelajar mempraktikkan segala apa yang dipelajari di Politeknik semasa
melakukan Latihan Industri di Firma atau syarikat terbabit. Pelajar haruslah
menggunakan segala kesempatan ini dengan menunjukkan kebolehandan apa yang
telah dipelajari di Politeknik. Hal ini juga dapat menambah baik nama pelajar dan
Politeknik.

6
Akhir sekali, Latihan Industri dapat melatih para pelajar menyediakan satu
buku laporan yang lengkap dan bermutu. Melalui laporan inilah penilaian secara
menyuluruh dibuat oleh pensyarah untuk menentukan tahap kecemerlangan pelajar.
Ia juga merupakan salah satu cara untuk memudahkan pelajar dalam mencari
pekerjaan pada masa akan datang kerana mereka telah mempunyai pengalaman
bekerja yang berkualiti.

1.3 OBJEKTIF LAPORAN

Antara objektif laporan adalah sebagai bukti Latihan Industri yang telah
dijalankan sepanjang semester ke-6 (bagi pelajar diploma). Selain itu, supaya dapat
menjelaskan segala aktiviti yang telah dipelajari atau dibuat sepanjang Latihan Industri.
Kemudian laporan Latihan Industri yang bermutu boleh dijadikan sebagai dokumen
sokongan dalam temu duga. Ia juga dapat membina personaliti individu yang boleh
bekerja secara berpasukan, amanah, berkeyakinan dan bertanggungjawab. Laporan
juga dapat mengajar pelajar supaya menepati masa dengan menyiapkan leporan
mengikut tarikh yang ditetapkan.

Kemudian, pelajar juga dapat mengamalkan etika dan peraturan kerja yang
baik. Seterusnya, laporan juga dapat memberikan pengetahuan terhadap kedua belah
pihak sama ada pelajar dan pihak yang membaca tentang apa yangdipelajari semasa
menjalani Latihan Industri. Pelajar juga dapat mempelajari cara menyediakan sebuah
laporan yang baik, mematuhi syarat lulus Latihan Industri yang ditetapkan oleh
Politeknik. Akhir sekali, laporan merupakan rujukan terhadap apa yang dipelajari
semasa menjalani Latihan Industri.

7
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

Latihan Industri merupakan salah satu perkara penting kepada para pelajar
kerana pelajar dapat menambah dan memperluaskan pengetahuan teoridan teknikal
serta kemahiran para pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperoleh pengetahuan
secara teori dan hanya memprakrikkan sebagai latihan tambahan untuk memahami
suatu perkara itu, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui
dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa sesuatu
pekerjaan sedang dijalankan. Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi
atau kemahiran yang baru dimana sesetengah kemahiran ini tidak ada dalam
pengajaran semasa di Politeknik.

Selain daripada itu, latihan ini juga memperkenal diri pelajar itu sendiri dari segi
kebolehan, kesanggupan dalam melakukan tugasan, dan sikap kepada majikan dan
rakan sekerja. Latihan ini dapat menonjolkan kebolehan pelajar untuk bekerja dengan
bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap
yang positif kepada majikan. Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan
rasa rendah diri seseorang pelajar itu semasa berada di Politeknik tetapi apabila
pelajar itu berada dalam latihan itu berkemungkinan dia akan bertemu dengan
pegawai-pegawai yang berpangkat tinggi atau menghadiri mesyuarat secara rasmi
dan formal serta menyediakan tugasan dengan pekerja internasinal.

8
1.5 PENGENALAN SYARIKAT / ORGANISASI

Rajah 1.1 Abangah Agency Masjid Tanah

Agensi Abangah membawa peranan penting dalam memberikan perkhidmatan


kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perlindungan takaful hayat,
memperbaharui cukai jalan kenderaan, dan memudahkan pelanggan mendapatkan
khidmat nasihat mengenai takaful. Syarikat ini juga boleh memperbaharui takaful sama
ada untuk kenderaan atau untuk pelanggan dan juga keluarga pelanggan.

Abangah Agency adalah merupakan agensi kepada beberapa syarikat takaful


seperti Etiqa Takaful, Zurich Takaful dan FWD Takaful . Hal ini dapat memberikan
pelanggan pilihan untuk memilih produk takaful dan syarikat takaful yang terbaik dan
sesuai dengan kehendak pelanggan.

Abangah Agency bukan sahaja memberikan perkhidmatan yangsangat pantas


dan berkualiti, tetapi juga telah menawan hati banyak pelanggan dalam pelbagai cara.
Syarikat ini juga telah memberikan keyakinan kepada pelanggan dan menjadikan
pengalaman mereka lebih menarik setiap kali mereka berurusan dengan pihak
Abangah Agency .

9
1.6 LOKASI ORGANISASI

Rajah 1.2 Peta Lokasi Abangah agency Masjid Tanah

ABANGAH AGENCY

SU 958, TINGKAT BAWAH

JALAN BANDAR BARU 7 ,

78300 MASJID TANAH , MELAKA.

1.7 WAKTU OPERASI

HARI MASA

ISNIN – JUMAAT 9.00 PAGI – 6.00 PETANG

SABTU 9.00 PAGI – 2.00 PETANG

AHAD CUTI

10
1.8 LATAR BELAKANG ORGANISASI

Abangah Agensi telah ditubuhkan pada 1 Disember 2007 sebagai sebuah


syarikat yang menawarkan beberapa jenis perlindungan iaitu dari segi kesihatan,
pelaburan,pendidikan, kenderaan, kebakaran,kecurian,kecurian turutan serta khidmat
latihan dalam pengurusan,pemasaran dan persaraan. Abangah Agency telah berdaftar
sebagai anak syarikat Maybank dan mendapat status Bumiputera.

Modal permulaan RM 15,000.00 dan penaung bagi syarikat ini adalah Ustazah
Fauziah Binti Tompang. Syarikat ini beroperasi pada mulanya di alamat SU 958 (A)
Jalan Bandar Baru 7, 78300 Masjid Tanah, Melaka.Di Masjid Tanah merupakan pusat
utama Abangah Agensi. Kini Abangah Agensi telah membuka cawangan baru pada 27
Julai 2011 di alamat No. 9-2 ( Tingkat 2 ), Jalan KPAA 1, Kompleks Perniagaan Al-
Azim, 75150 Bukit Baru, Melaka.
Matlamat syarikat ini adalah untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang
dan berkesan kepada sesiapa yang hadir atau yang berminat untuk mendapatkan
bantuan daripada perunding tentang produk takaful mahupun insursan. Syarikat ini
mengamalkan sikap bantu membantu dan sentiasa ikhlas dalam segala perkara yang
dilakukan. Hal ini kerana semua perkara yang dilakukan dengan niat yang ikhlas akan
mendapat hasil yang memuaskan. Perkhidmatan yang digunakan bagi syarikat ini
adalah sangat memuaskan hati para pelanggan. Hal ini kerana, ejen – ejen akan
sentiasa mengemaskini maklumat pelanggan beliau bagi memastikan tiada masalah
pembayaran atau sebagainya. Para ejen akan turut serta berada di hospital sekiranya
pelanggan beliau dimasukkan ke dalam wad. Para ejen juga dipraktikkan supaya
sentiasa bertanya khabar para pelanggan serta berbincang sekiranya para pelanggan
mengalami sebarang permasalahan mengenai polisi yang diambil.

Syarikat ini merupakan syarikat yang terbaik diantara syarikat – syarikat di


negeri Melaka bahkan di seluruh negara Malaysia. Segala usaha yang dilakukan oleh
pengurus syarikat, para pekerja serta para ejen nyata telah membuahkan hasil. Hal ini
di mana, Abangah Agensi telah dikenali diserata tempat. Walaupun syarikat ini telah
banyak menerima pengiktirafan, akan tetapi syarikat ini terus melakukan
tanggungjawab dengan penuh istiqamah.

11
1.9 JENIS AKTIVITI ORGANISASI

I. Mengeluarkan cukai jalan menggunakan mesin MyEg secara segera . Maka,


pelanggan tidak perlu menunggu untuk masa yang lama untuk mendapatkan
cukai jalan.
II. Membantu pelanggan memperbaharui takaful motor dan rumah mereka
dengan cepat pada setiap tahun.
III. Membantu pelanggan dalam melakukan tuntutan.
IV. Menawarkan pelindungan takaful pembantu rumah bagi mengelakkan
kejadian yang tidak diinginkan berlaku.
V. Menawarkan perlindungan nyawa dengan FWD Takaful kepada pelanggan.
VI. Menawarkan perlindungan takaful pelancongan kepada mereka yang ingin
melancong.

12
1.10 CARTA ORGANISASI

PENGARAH (GAD)
FAUZIAH BINTI TOMPANG

PENGURUS PENGURUS PENGURUS KETUA


AGENSI AGENSI AGENSI STAFF
AMERUDDIN BIN HIDAYAH BT ABD
SHAMILA BT SITI HAJAR
MD DAUD KARIM
IBRAHIM BT JALUT

AGEN
AGEN STAFF
-HUMAIRAK
-AHMAD SALEH -MAS IZZATI
-ANIQ LUQMAN
(PENYELIA)
-AHMAD -HUDA ABDUL -NURUL
HASBULLAH -HALIM AHMAD SHAFIQAH
-IKRAM AMIN -AHMAD
-MAWADDAH HAMBALI
-SHAHRIZAN
ISMAIL INTERN
-AMIN MANSOR -ANIQ
LUQMAN
-AZAMUDDIN
AZMAN -AZAMUDDIN
AZMAN

13
1.11 PENCAPAIAN SYARIKAT

RAJAH 1.3 PENCAPAIAN SYARIKAT

PENGARAH AGENSI – Ustazah Fauziah Binti Tompang


1. 2nd Runner Up, Higest NBYFCC Group Agency Director, Soutern Region
• Family Takaful Agency Regional Quarterly Award Quarter 2/Fy 2015
2. 2nd Runner Up Highest NBYFCC Agency Director Southern Region
• Family Takaful Agency Regional Quarterly Award Quarter 3/Fy 2015
3. 1st Runner Up Highest NBYFCC Agency Director Southern Region
• Family Takaful Agency Regional Quarterly Award Quarter 4/Fy 2015
4. . Champion Highest Big Cases Agency Director Southern Region
• Family Takaful Agency Regional Quarterly Award Quarterly 4/Fy 2014
5. Top Agensi Director Etiqa Takaful Berhad
• Regional Agency Leaders Forus 2013
6. Million Ringgit Agency Direct Unit
• ADAP 2013/2014
7. Champion Highest NBYFCC Agency Director Southern Region
• Family Takaful Agency Regional Quarterly Award Quarterly 1/Fy 2014
8. Agency Manager – Individual Agent
• Etiqa Takaful Berhad Awards Presentations 2012/2013 (Champion)
9. ETA Southern Challenge 1st Quarter Top Leader (Cases)
• 1st Runner Up
10. 1st Runner Up, NBYFCC Agency Director Southern Region
• Family Takaful Agency Regional Quarterly Award Quarter 2/Fy 2014
11. Top Agency Director (AD) By Director Unit FUCP Etiqa Takaful Berhad

14
• Regional Agency Leaders Forum 2014
12. 1st Runner Up Agency Director
• ADAP 2013/2014

BAB 2

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini menerangkan tentang ringkasan aktiviti yang dijalankan


sepanjang menjalankan Latihan Industri. Tujuan ringkasan ini dibuat adalah untuk
dijadikan sebagai rujukan sepanjang perjalanan Latihan Industri pelajar. Semasa
menjalani Latihan Industri para penuntut Politeknik diberikan dokumen laporan harian
yang menjadi satu dokumen penting kerana dokumen tersebut akan
mendokumentasikan suatu skop kerja sepanjang Latihan Industri. Dokumen laporan
harian ini mestilah dilengkapkan oleh pelajar setiap hari untukmembuktikan kerja atau
aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Daripada keseluruhan dokumen laporan harian ini,
pelajar dikehendaki meringkaskan catatan keja atau aktiviti sepanjang Latihan Industri
dalam bentu mingguan berdasarkan dokumen laporan harian.

15
2.2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

Minggu/ Tarikh Aktiviti

- Lapor diri pada jam 9 pagi


- Menyediakan kertas kerja sebagai permulaan
Latihan Industri
Minggu 1 - Menyertai sesi Q&A bersama agent
30/1/2023 – 4/2/2023 - Mempelajari tentang produk & servis yang ditawarkan
oleh syarikat
- Mempelajari membuat “copy writting”
untuk pemasaran produk
- Membuat penutupan harian

- Mempelajari cara untuk memperbaharui cukai jalan


menggunakan mesin MyEg.
- Agent mengajar mengenai teknik untuk approach
Minggu 2
produk takaful kepada client.
7/2/2023 – 11/2/2023
- Mempelajari penggunaan website Flush Etiqa
untuk membuat quotation takaful kenderaan client.

- Memasukan wang jualan harian di mesin ATM


Maybank.

- Membuat penutupan harian

- Mempelajari penggunakan website Zurich Takaful


untuk membuat quotation takaful kenderaan .
- Mempelajari cara mengemaskini maklumat peserta
PEKDIS menggunakan Excel
Minggu 3
13/2/2023 – 17/2/2023 - Mempelajari melakukan proses “closing” iaitu
melakukan pengiraan komisen takaful kenderaan ,
komisen pembaharuan cukai jalan , komisen ejen dan
komisen takaful rumah.
- Membuat penutupan harian

16
- Membuat Quotation pelanggan menngunkan Etiqa
dan Zurich General Takaful.
- Memperbaharui takaful kenderaan pelanggan di
website Flush Etiqa General Takaful.
Minggu 4
20/2/2023 – 25/2/2023 - Mempebaharui roadtax di mesin MyEg
- Membuat temu janjji bersama pelanggan di KFC
Masjid Tanah
- Membuat kiraan komisen roadtax pada hari tersebut.
- Membantu di dalam proses penutupan akaun syarikat

- Menghantar dan menguruskan dokumen claims client


di hospital Oriental Melaka .
- Membantu dalam memperbaharui cukai jalan di mesin
MyEg .
Minggu 5 - Membuat quotation untuk pelanggan di Whatsapps
27/2/2023 – 3/3/2023
dan Walk-in .
- Membuat temu janji bersama pelanggan
- Latihan yang diberikan oleh akademi etiqa secara atas
talian di platform zoom
- Membuat penutupan harian

- Belajar membuat pengiraan quotation untuk takaful


pembantu rumah
- Belajar cara untuk menambah kertas “roadtax” yang
telah habis di Mesin Myeg
- Membuat Quotation pelanggan menngunkan Etiqa
Minggu 6
6/3/2023 – 11/3/2023 dan Zurich General Takaful.
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
Etiqa General Takaful
- Mempebaharui roadtax di mesin MyEg
- Memasukkan duit jualan syarikat di ATM Maybank .
- Membuat penutupan harian

17
- Belajar mempebaharui takaful kenderaan yang telah
tamat tempoh melebihi 60 Hari menggunakan sistem
Etiqa
- Membeli kiriman wang dan mengepos dokumen
mengenai claims kepada Hospital Kota Tinggi di
pejabat pos masjid tanah.
- Pergi ke Bank Maybank untuk memasukkan duit yang
tak boleh di bank in di counter.
Minggu 7 - Menghantar report client di Hospital Pantai Ayer Keroh
13/3/2023 – 17/3/2023
- Membuat Quotation pelanggan menggunakan Etiqa
dan Zurich General Takaful.
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
Etiqa General Takaful
- Mempebaharui roadtax di mesin MyEg
- Membuat kiraan komisen roadtax pada hari tersebut
- Memasukkan duit jualan syarikat di ATM Maybank .
- Membuat penutupan harian

- Menghantar dokumen dokumen ke cawangan Etiqa


Melaka.
- Belajar membuat takaful pelancongan untuk client
dengan plan TripCare 360 daripada produk etiqa
- Membuat Quotation pelanggan menngunkan Etiqa
dan Zurich General Takaful.
Minggu 8 - Membuat temu janji bersama pelanggan untuk
20/3/2023 – 24/3/2023
memberi pendedahan tentang takaful.
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
Etiqa General Takaful
- Memperbaharui roadtax di mesin MyEg
- Membuat kiraan komisen roadtax pada hari tersebut
- Memasukkan duit jualan syarikat di ATM Maybank .
- Membuat penutupan harian .

18
- Membuat kiraan quotation pembantu rumah
- Membuat Quotation pelanggan menggunakan Etiqa
dan Zurich General Takaful.
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
Etiqa General Takaful
Minggu 9
27/03/2023-31/03/2023 - Mempebaharui roadtax di mesin MyEg
- Mengikuti latihan yang diadakan oleh akademi etiqa
secara online menggunakan platform zoom
- Membuat kiraan komisen roadtax pada hari tersebut
- Memasukkan duit jualan syarikat di ATM Maybank .
- Membuat penutupan harian

- Membuat Quotation pelanggan menggunakan Etiqa


dan Zurich General Takaful.
- Menguruskan “claim” pelanggan di AIA cawangan
Melaka .
- Menyusun surat dan bil syarikat mengikut kategori
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
Minggu 10 Etiqa General Takaful
3/4/2023 – 7/4/2023
- Memperbaharui roadtax di mesin MyEg
- Membuat peringatan ringkas mengenai Tarikh tamat
tempoh roadtax kepada pelanggan melalui
Whatsapps.
- Memasukkan duit jualan syarikat di ATM Maybank .
- Membuat penutupan harian

19
- Membuat Quotation pelanggan menggunakan Etiqa
dan Zurich General Takaful.
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
Etiqa General Takaful
Minggu 11 - Membuat peringatan ringkas mengenai Tarikh tamat
10/4/2023 – 14/4/2023
tempoh roadtax kepada pelanggan melalui
Whatsapps.
- Mempebaharui roadtax di mesin MyEg
- Memasukkan duit jualan syarikat di ATM Maybank
- membuat penutupan harian

- Membuat Quotation pelanggan menngunkan Etiqa


dan Zurich General Takaful.
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
Etiqa General Takaful
Minggu 12
17/4/2023 – 20/4/2023 - Mempebaharui roadtax di mesin MyEg
- Mrmbantu proses penutupan akaun syarikat
- Memasukkan duit jualan syarikat di ATM Maybank .
- Membuat penutupan harian

Minggu 13 - Cuti Raya Aidilfitri.


25/4/2023 – 29/4/2023

20
- Mengemaskini maklumat PEKDIS di excel
- Membantu kerani dalam cek untuk pengeluaran duit
dari akaun PEKDIS
- Memasukkan cek di mesin cek di Maybank
- Membuat Quotation pelanggan menngunkan Etiqa
dan Zurich General Takaful.
Minggu 14
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
2/5/2023 – 5/5/2023
Etiqa General Takaful
- Mempebaharui roadtax di mesin MyEg
- Membuat kiraan komisen roadtax pada hari tersebut
- Memasukkan duit jualan syarikat di ATM Maybank .
- Membuat penutupan harian

- Membuat Quotation pelanggan menggunakan Etiqa


dan Zurich General Takaful.
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
Etiqa General Takaful
Minggu 15
8/5/2023 – 13/5/2023 - Mempebaharui roadtax di mesin MyEg
- Membantu dalam proses pembahagian cek PEKDIS
- memasukan duit jualan syarikat di mesin ATM
Maybank .
- Membuat penutupan harian

21
- Membuat Quotation pelanggan menggunakan Etiqa
dan Zurich General Takaful.
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
Etiqa General Takaful
Minggu 16 - Memperbaharui roadtax di mesin MyEg
15/5/2023 – 19/5/2023
- Mengikuti kelas yang diadakan oleh akademi Etiqa
- Membuat peringatan ringkas mengenai Tarikh tamat
tempoh roadtax kepada pelanggan melalui
Whatsapps.
- Membuat penutupan akaun harian

- Membuat Quotation pelanggan menggunakan Etiqa


dan Zurich General Takaful.
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
Etiqa General Takaful
Minggu 17
22/5/2023 – 27/5/2023 - Memperbaharui roadtax di mesin MyEg
- Menguruskan “claim” kematian pelanggan di Hospital
Oriental Melaka
- Membuat penutupan harian

- Membuat Quotation pelanggan menggunakan Etiqa


dan Zurich General Takaful.
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
Etiqa General Takaful
Minggu 18
29/5/2023 – 2/6/2023 - Mempebaharui roadtax di mesin MyEg
- Menguruskan borang hartanah di Tengkera, Melaka
- Memasukkan duit jualan syarikat di ATM Maybank .
- Membuat penutupan harian

22
- Membuat Quotation pelanggan menggunakan Etiqa
dan Zurich General Takaful.
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
Minggu 19 Etiqa General Takaful
6/6/2023 - 9/6/2023
- Memperbaharui roadtax di mesin MyEg
- Membuat peringatan ringkas mengenai Tarikh tamat
tempoh roadtax kepada pelanggan melalui
Whatsapps.
-

- Membuat Quotation pelanggan menggunakan Etiqa


dan Zurich General Takaful.
- Memperbaharui insurans pelanggan di website Flush
Etiqa General Takaful
Minggu 20
12/6/2023 – 16/6/2023 - Mempebaharui roadtax di mesin MyEg
- Menguruskan pertukaran maklumat peribadi
pelanggan di AIA cawangan Melaka
- Membuat penutupan harian

23
BAB 3

LAPORAN TUGASAN

3.1 PENGENALAN TAKAFUL

Industri Takaful Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat sejak


awal penubuhannya pada tahun 1984. Industri ini telah berkembang daripada yang
terdiri dari Pengendali Takaful tunggal untuk menjadi industry yang berdaya maju. Hari
ini, Takaful merupakan industry yang penting dalam sistem kewangan Islam.

Menurut laporan Bank Negara Malaysia yang terkini, industry Takaful mengalami
purata kadar pertumbuhan sebanyak 27 peratus daripada segi sumbangan atau
caruman bersih antara tahun 2005 hingga 2012.

3.2 DEFINISI

Ulama Islam sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan yang sesuai


dengan kehendak syariah boleh diasaskan atas konsep Islam Takaful. Takaful adalah
kata nama yang berasal daripada kata kerja bahasa Arab “kafala” yang bermaksud
untuk menjaga keperluan seseorang. Takaful bermaksud saling menbantu dalam
kalangan kumpulan iaitu setiap ahli kumpulan bersama – sama berusaha untuk
membantu mereka yang memerlukan dari dalam kumpulan.

Konsep Takaful adalah berdasarkan perpaduan, berkongsi tanggungjawab dan


persaudaraan dalam kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai tindakan
sekumpulan orang yang berhasrat untuk menjamin antara satu sama lain dari dakam
kumpulan terhadap kehilangan atau kerosakan yang mungkin berlaku ke atas sesiapa
sahaja antara mereka.

24
3.3 PRINSIP – PRINSIP ASAS TAKAFUL

- Kepentingan boleh takaful ( lindung )

Istilah “Kepentingan Boleh Takaful” merujuk kepada manfaat seseorang


yang adapada sesuatu objekatau orang yang dilindungi.Manfaat ini boleh dirujuk
kepada antara satu sama lain, manfaat kewangan. Seseorang yang dimiliki
kepentingan yang dibolehkan pada suatu benda yang apabila dia mengalami
kerugian (kewangan atau sebaliknya) sekiranya benda tersebut dirosakkan atau
hilang.

Kepentingan Boleh Takaful wujud apabila terdapat hubungan antara peserta


dengan sesuatu benda, kebiasaanya timbul daripada beberapa situasi seperti
pemilik harta benda, potensi liability undang – undang dan hak perundangan.

Hubungan Huraian

Pemilik harta benda akan rugi daripada segi


Pemilikan Harta
kewangan jika harta benda mereka rosak atau
benda
musnah.
Kepentingan Boleh Takaful boleh wujud sekiranya
Potensi Liabiliti
ada potensi kerugian kewangan yang berlaku
Undang-Undang
daripada liabiliti undang-undang.
Kepentingan Boleh Takaful diwujudkan sekiranya
terdapat peruntukan dalam kontrak bahawa satu
Hak Perundangan pihak bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang
kerugian atau kerosakan pada harta benda dan
liabiliti pihak ketiga.

Jadual 1 : Jenis-Jenis Situasi Kepentingan Boleh Takaful Wujud

25
- Kewajipan penuh percaya mutlak

Kewajipan Penuh Percaya Mutlak boleh ditakrifkan sebagai kewajipan yang


positif secara sukarela untuk menzahirkan, dengan tepat dan sepenuhnya semua
fakta penting mengenai risiko yang dicadangkan, sama ada diminta atau tidak.
Kegagalan berbuat demikian boleh memberi pihak yang menanggung hak untuk
menganggap kontrak sebagai tidak sah. Kedua-dua pihak, iaitu peserta dan
Pengendali Takaful mesti mendedahkan semua fakta material secara penuh dan
jujur.
Oleh itu, sepatutnya tidak ada penyembunyian, salah nyataan atau niat
penipuan mengenai faktafakta material. Kewajipan ini akan berterusan sepanjang
tempoh Takaful di mana peserta dikehendaki memaklumkan dan mendedahkan
kepada Pengendali Takaful mengenai apa-apa perubahan yang mungkin
meningkatkan risiko secara material.
Contoh ialah perubahan fungsi sesebuah bangunan daripada sebuah kedai
runcit kepada stor penyimpanan bahan bunga api.

- Prinsip indemnity

Indemniti boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme yang digunakan oleh


Pengendali Takaful untuk menyediakan pampasan dalam uasaha untuk
mengendalikan peserta kepada kedudukan kewangan yang sama selepas kerugian
sepertimana yang dinikmati sebelum kerugian.
Contohnya peserta A mengambil perlindungan keretanya dengan harga
pasaran RM80,000 dan beberapa bulan kemudian, keretanya dicuri dan pada masa
kehilangan, nilai pasaran kereta hanya RM60,000. Pengendali Takaful akan
memberi pampasan kepada Peserta A dengan RM60,000 kerana dia boleh
mendapatkan kenderaan yang sama dengan harga RM60,000.

26
- Prinsip Subrogasi

Prinsip Subrogasi merujuk kepada hak Pengendali Takaful untuk berada di tempat
peserta, sesudah pembayaran tuntutan daripada pihak ketiqa, sehingga peserta berhak
untuk kembali pulih. Hak subrogasi walau bagaimanapun, dilaksanakan oleh Pengendali
Takaful sebelum pembayaran kerugian. Prinsip ini adalah turutan daripada Prinsip
Indemniti.

- Prinsip Sumbangan

Prinsip Sumbangan boleh ditakrifkan sebagai hak orang yang dilindungi untuk meminta
orang lain yang mempunyai perlindungan yang sama tetapi tidak semestinya
bertanggungjawab kepada peserta yang sama untuk berkongsi kos bayaran indemnity.
Oleh itu, ia hanya terpakai kepada kontrak indemnity sahaja.

- Tabarru’ (Derma)

Dalam perniagaan takaful, tabarru’ (derma takaful) adalah satu kontrak di mana peserta
bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada carumannya (untuk
dana takaful) bagi menyediakan bantuan kepada peserta lain. Dengan cara ini, dia
memenuhi kewajipan bagi jaminan bersamadan saling membantu seandainya peserta
lain mengalami kerugian. Konsep ini juga telah menghapuskan unsur gharar daripada
kontrak takaful

27
3.4 MODEL TAKAFUL

Operasi takaful dalam sector Tijari (komersial) boleh distrukturkan kepada beberapa

model perniagaan seperti yang disenaraikan di bawah.

• Model Wakalah
• Model Mudharabah
• Model Mudharabah + Model Wakalah (Hibrid)
• Model Wakaf
Walau bagaimanapun hanya model wakalah dan model mudharabah sahaja yang
diamalkan di Malaysia.

i) Model Wakalah

Di bawah model ini, peserta Takafulsebagai principal akan melantik Pengendali Takaful
sebagai wakil atau ejen untuk menguruskan penyertaan peserta dalam pelbagai produk
Takaful yang disediakan oleh Pengendali Takaful. Sebagai balasan terhadap
perkhidmatan agensi, Pengendali Takaful dibenarkan untuk mengenakan bayaran di
bawah perjanjian tersebut. Fi boleh dibayar daripada caruman Takaful yang dibayar oleh
peserta. Ini bererti berdasarkan model di atas, perbelanjaan pengurusan boleh dicajkan
kepada dana takaful sebagai bayaran pendahuluan.

ii) Model Mudharabah

Di bawah perjanjian ini, peserta Takaful sebagai penyelia modal (sahibul mal) akan
memeterai kontrak perkongsian keuntungan dengan Pengendali Takaful sebagai
pengusaha (mudharib). Peserta Takaful berkewajipan membuat sumbangan Takaful
(modal) manakala Pengendali Takaful akan menguruskan perniagaan Takaful.
Kontrak ini akan menentukan keuntungan perniagaan Takaful dan nisbah untuk dikongsi
bersama antara kedua-dua pihak seperti 50:50 atau 70:30, antara peserta dengan
pengendali.

28
3.5 PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI ABANGAH AGENCY

i) Takaful Am

Perniagaan takaful am pada dasarnya adalah kontrak yang direka untuk memenuhi keperluan
untuk perlindungan sekiranya berlaku sebarang kerugian atau kerosakan atau kecederaan badan
akibat kemalangan. Hal ini berlaku sama ada berpunca daripada bencana alam ataupun
sebaliknya. Selain itu, ia juga dikenakan ke atas harta benda, barang – barang material atau
manusia. Tempoh bagi sesuatu polisi biasanya meliputi jangka masa pendek iaitu setahun
ataupun kurang dari setahun.
Di Abangah Agensi, pihak kami bertanggungjawab memastikan setiap tuntutan yang dibuat oleh
para pelanggan. Pihak kami akan mengendalikan sesuatu masalah tuntutan itu dengan cara
professional dan efisyen. Pelanggan akan dilayan,atau diberi perkhidmatan sebaiknya dari mula
tuntutan dibuat sehingga tuntutan berjaya diperolehi.
.
Antara produk yang ditawarkan di dalam takaful am dan insuran am:

1) Kenderaan

Syarikat kami menawarkan produk Etiqa Takaful dan produk Zurich Takaful. Abangah Agency
merupakan syarikat yang berlandaskan prinsip syariah seperti konsep mudharabah (perkongsian
untung dan rugi) dan tabarru’ (derma).

Polisi ini menawarkan perlindungan terhadap tuntutan dari pihak lain bagi kecederaan atau
kematian, kerosakan kepada harta benda pihak lain dan kemalangan yang bukan disengajakan
atau kerosakan akibat kebakaran atau kecurian.

29
2) Takaful Flexi-PA

Flexi PA adalah pelan perlindungan kemalangan diri yang melindungi anda dan keluarga anda
daripada beban kewangan sekiranya berlaku kemalangan.

Manfaat Utama
• Perlindungan kematian akibat kemalangan.
• Perlindungan hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUKM)
• Elaun kemasukan ke hospital
• Sumbangan yang berpatutan
• Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan
• Perlindungan di serata dunia

Manfaat Jumlah Dilindungi (RM)

=Kematian akibat kemalangan RM 15,000

Hilang upaya menyeluruh dan kekal


RM 15,000
akibat kemalangan

Elaun kemasukan ke hospital RM 50/malam, sehingga RM 5,000.00

3) Takaful pemandu dan penumpang kenderaan persendirian

Produk ini merupakan pelan kemalangan peribadi yang menyediakan perlindungan kepada
peserta,pemandu dan/atau penumpang kenderaan ketika menaiki, dalam perjalanan atau keluar
dari kenderaan peserta.

30
4) Risiko kerosakan harta benda

• Takaful kebakaran

Produk ini menawarkan perlindungan kepada harta benda anda daripada kerugian atau
kerosakan akibat kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk
tujuan domestic.

• Takaful isi rumah


Produk ini menawarkan perlindungan kepada kandungan isi rumah dan barangan peribadi seperti
yang dinyatakan dan berada di dalam rumah anda.

• Takaful empunya rumah

Produk inimenawarkan perlindungan kepada bangunan (kediaman persendirian) anda dan


melindungi kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir atau oleh mana –
mana peril seperti yang dinyatakan dalam sijil takaful.

• Takaful empunya rumah/ isi rumah


Produk ini menawarkan perlindungan kepada bangunan (kediaman persendirian) anda dan
kandungan isi rumah serta barangan peribadi di dalam rumah anda.

5) Takaful Keluarga

Takaful Keluarga ialah satu skim Takaful yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka
panjang kepada peserta. Seorang peserta Pelan Takaful Keluarga bersetuju untuk menyumbang
atau mencarum sejumlah wang kepada dana takaful. Sebahagian daripada caruman itu akan
diperuntukkan kepada dana (Dana Risiko Peserta) sebagai tabarru’ (derma) dan sebahagian
yang lain untuk simpanan dan pelaburan ( Dana Pelaburan Peserta ).

CARUMAN TAKAFUL

31
DANA RISIKO DANA PELABURAN
PESERTA PESERTA

i) Dana Pelaburan Peserta

Dana Pelaburan Peserta ialah bahagian akaun pelaburan daripada sumbangan


Takaful peserta (caruman) yang akan dikreditkan untuk tujuan simpanan dan
pelaburan. Pengendali Takaful akan melabur simpanan peserta dalam dana ini.
Keuntungan daripada pelaburan akan diolah seperti:

• Di bawah Model Mudharabah

Keuntungan akan dikongsi antara peserta dengan Pengendali Takaful mengikut nisbah
yang dipersetujui terlebih dahulu.

• Di bawah model Wakalah

Keuntungan bersih (selepas ditolak fi wakalah) akan dikreditkan ke dalam Dana


Pelaburan Peser

ii) Dana Risiko Peserta

Dana Risiko Peserta ialah baki daripada sumbangan Takaful Peserta yang dikreditkan
sebagai caruman penyertaan (tabarru’). Bahagian yang telah diperuntukan kepada
Dana Risiko akan digunakan untuk tujuan membantu sesame peserta takaful,
sekiranya mana – mana peserta menghadapi musibah disebabkan oleh kematian
atau hilang upaya kekal. Sekiranya peserta tidak menghadapi musibah sehingga
pelan mencapai tempoh matang, lebihan daripada AKP akan di olah seperti:

32
• Di bawah Model Mudharabah

Lebihan akan dikongsi antara peserta dengan Pengendali Takaful mengikut nisbah yang telah
dipersetujui.

• Di bawah Model Wakalah

Lebihan bersih (selepas ditolak fi wakalah) akan dikreditkan kepada peserta.

Ciri – ciri Pelan Takaful Keluarga

1. Kontrak Jangka Panjang dengan Kelaziman Caruman Sama Rata


2. Mematuhi Prinsip Penuh Percaya Mutlak oleh kedua – dua pihak
3. Kontak Satu Pihak
4. Kepentingan Takaful Dibenarkan
5. Penamatan Kontrak dengan Pembayaran Suatu Tuntutan
6. Risiko yang akan Dilindungi Meningkat dengan Masa

Risiko yang dilindungi oleh Pelan Takaful Keluarga

1. Kematian Awal
2. Hilang Upaya Kekal Sepenuhnya
3. Usia Tua
4. Perubatan dan Kesihatan dengan Penyakit Kritikal

33
Manfaat Takaful Keluarga

MANFAAT
TAKAFUL
KELUARGA

MANFAAT MANFAAT
KEMATIAN KEMATANGAN
MANFAAT NILAI
• Jika peserta • Jika peserta SERAHAN
meninggal masih hidup
dunia sebelum • Jika peserta
sehingga tarikh
tamat tempoh membuat
tempoh
matang, serahan awal,
matang,
manfaat peserta layak
peserta akan
kematian akan untuk nilai
layak untuk
dibayar kepada serahan.
manfaat
waris tempoh matang
pelanggan

34
3.6 PROSES KERJA / TUGASAN

Pada bahagian ini, akan merangkumi proses memperbaharui takaful kenderaan dari awal
sehingga selesai. Antara satu tugasan yang dipilih oleh pelajar adalah memperbaharui takaful
kereta MCD 1178 di Etiqa Takaful General . Pelanggan meminta untuk membuat penambahan
pelindungan cermin dan PA (Personal accident). Jadi ini adalah antara langkahnya: -

1. Mendapatkan maklumat penuh kenderaan bersama dengan maklumat pemilik kenderaan


dari geran kenderaan ataupun “cover note” tahun sebelumnya .

Gambar rajah 3.1 :Contoh Geran Kenderaan Gambar rajah 3.2 :Contoh cover note

35
2. Pelanggan akan diterangkan mengenai maklumat yang sedia ada di dalam “cover note” lama
untuk memastikan pelanggan tahu pelan yang akan dipilih untuk memastikan tidak ada kesalah
fahaman

3. Setelah mengetahui apa yang diperlukan oleh pelanggan , kita perlu membuat rekod supaya
tidak ada kesilapan dan terus membuka laman sesawang Etiqa iaitu Etiqa Flas

Rajah 3.3 : Menunjukkan laman sesawang Etiqa flas Rajah 3.4 : Muka hadapan laman
sesawang Etiqa Flas

4. Setelah itu , perlu mencari “Create new quotation/Business” dan masukkan maklumat
peribadi pelanggan beserta maklumat kenderaan

Rajah 3.5 : Ruangan maklumat peribadi Rajah 3.6 : Ruangan maklumat kenderaan

5. DI bahagian ini , pelanggan boleh membuat perubahan harga sama ada pelanggan mahukan
jumlah pelindungan mengikut harga pasaran yang telah diberikan atau pelanggan mahu jumlah
pelindungan yang paling rendah atau jumlah pelindungan yang paling tinggi . Harga sesuatu
pelan tergantung kepada berapa jumlah pelindungan yang pelanggan inginkan

36
6. Setelah itu , Di bahagian ini lah kita perlu mengikut kehendak pelanggan sama ada
pelanggan ingin membuat penambahan di dalam pelan mereka . Antara penambahan yang
boleh ditambahan adalah pelindungan bencana alam , pelindungan cermin kereta , pelindungan
penumpang , dan sebagainya.

Rajah 3.7 : Ruangan penambahan pelindungan

7. Setelah selesai membuat penambahan pelindungan , pastikan semua maklumat berkaitan


pelanggan disemakan dengan teliti supaya tidak berlakunya kesalahan .

8. Di bahagian ini akan ditunjukan kesemua maklumat termasuk maklumat pemilik , kereta ,
maklumat pelan kenderaan , “NCD” , jumlah bayaran yang perlu dibuat , dan sebagainya .

Rajah 3.8 : Rajah diatas menunjukkan sebut harga untuk kereta MCD1178

37
9. Setelah pelanggan bersetuju dengan sebut harga yang diberi , sebut harga tersebut akan
diproses untuk dijadikan “cover note” baru .

10. “Cover note” baru akan dicetak sebanyak dua helai menggunakan mesin photostat untuk
diberikan kepada pelanggan dan syarikat bagi tujuan merekod .

Rajah 3.9 : Mencetak “Cover Note” Rajah 3.10 : Contoh Cover note yang telah dicetak

11. Salinan “cover note” akan disimpan sebagai rujukan di dalam file . Setelah insurans
kenderaan telah diperbaharui , Pelajar akan memperbaharui cukai jalan kenderaan
menggunakan mesin kiosk MYEG

Rajah 3.11 : Fail menyimpan “Cover note” Rajah 3.12 : Mesin Kiosk MYEG

38
12. Pelajar mengisi maklumat pelanggan yang diperlukan di mesin kiosk MYEG

Rajah 3.13 : Mengisi maklumat di mesin kiosk MYEG

13. Setelah pelajar menyemak maklumat yang dimasukkan tadi dengan teliti , Pelajar perlu
memastikan cukai jalan yang dicetak mesti tidak ada kerosakan atau kesalahan maklumat

Rajah 3.13 : Cukai jalan yang tidak mempunyai kerosakan

39
14. Akhir sekali , Pelajar perlu mengeluarkan resit pembayaran kepada pelanggan

Rajah 3.14 : Buku resit

40
Bab 4

KESIMPULAN DAN CADANGAN

4.1 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, latihan industri yang dilaksanakan oleh pelajar semester


akhir adalah amat berguna terutamanya bagi diri saya. Dengan adanya latihan industri
menjadi satu landasan bagi saya untuk mengenali bidang kerja yang sebenar serta lebih
luas. Di samping itu, ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian di politeknik di aplikasikan
sepenuhnya dalam dunia pekerjaan. Perbezaan semasa pengajian politeknik dan
menjalani latihan praktikal adalah amat berbeza sekali terutamanya cara berkomunikasi
dengan orang luar. Gaya komunikasi yang lebih matang merupakan satu kelebihan yang
saya peroleh untuk meningkatkan lagi kemahiran komunikasi saya. Justeru, latihan ini
amat baik dan wajar diteruskan bagi melahirkan graduan yang lebih berkualiti selaras
dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan profesional yang dinamik.

Dalam tempoh menjalani latihan industri di Abangah Agency banyak pengetahuan


dan pengalaman baru yang saya terima ketika melakukan kerja di dalam pejabat.
Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna untuk memajukan diri dan membantu
untuk kemudahan di masa hadapan terutama sekali dalam bidang pengurusan. Saya juga
telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta tugas di agensi ini secara tidak
langsung saya juga telah mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan di dalam agensi.
Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada para pelajar
terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan
berpengetahuan tinggi. Pelajar juga dapat mengenal pasti dan menangani masalah-
masalah yang sering timbul dalam situasi pekerjaan yang sebenar.

Banyak cabaran yang saya terpaksa tempuhi terutama sekali apabila ditempatkan
di kaunter khidmat pelanggan. Pelbagai ragam manusia yang perlu ditempuhi setiap hari
yang datang ke kaunter untuk berurusan. Pada mulanya agak sukar untuk saya mengatasi

41
masalah pelanggan yang datang berurusan kerana tidak pernah berhadapan dengan
perkara tersebut namun dengan bantuan daripada staf agensi tersebut lama-kelamaan
saya dapat mengatasi masalah tersebut dengan sendiri. Segal ilmu yang diturunkan akan
dipraktikkan oleh saya untuk menjadi pekerja yang berwibawa pada masa akan datang.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka
yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung yang telah memberi ilmu
dan tunjuk ajar yang berguna. Jasa dan bantuan mereka tidak dapat saya lupakan. Saya
juga ingin memohon maaf kepada pihak syarikat Abangah Agency dan Unit Perhubungan
dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan atas sebarang
kesilapan dan kekhilafan yang terkandung di dalam laporan ini serta ikhlas dan sedia
menerima teguran yang membina.

42

You might also like