You are on page 1of 7

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan..2
2.0 Kategori Perniagaan Pengguna Ke Pengguna
Dalam E-Dagang (C2C).... 2
2.1 Lelong/Auction...... 3
2.2 Iklan Kecil/Clasified ads...... 4
2.3 Perkhidmatan Peribadi/Personal Service....5
2.4 Perkongsian Fail/File Sharing.. 6
3.0 Kesimpulan.........7
4.0 Rujukan.. 7

1.0 Pengenalan

E-dagang ialah aktiviti bisnes atas talian dalam julat yang luas untuk
produk dan perkhidmatan. Ia menerangkan proses pembelian dan
penjualan atau pertukaran produk, perkhidmatan dan maklumat melalui
rangkaian termasuk dalam internet. Kalakota dan Whinston (2002)
menakrifkan e-dagang perspektif atas talian iaitu yang bermaksud
keupayaan pembelian dan penjualan produk dan maklumat di internet
dan perkhidmatan internet yang lain. E-dagang mempunyai empat
kategori iaitu bisnes ke bisnes (B2B), pelanggan ke bisnes (C2B), bisnes
ke pelanggan (B2C) dan pelanggan ke pelanggan (C2C). Kajian ini hanya
tertumpu kategori C2C e-dagang.
Menurut Turban (2006), pelanggan ke pelanggan e-dagang (C2C)
merujuk kepada perdagangan antara kedua-dua pelanggan di mana
kedua-dua pembeli dan penjual ialah individu dan bukan bisnes.
Kajian ini membincangkan mengenai kategori-kategori C2C e dagang
serta dengan contoh laman web bagi setiap kategori.

2.0 Kategori Perniagaan Pengguna Ke Pengguna Dalam E-Dagang (C2C)


Perniagaan pengguna ke penggguna(C2C) mempunyai beberapa kategori. Antaranya ialah
lelong, iklan kecil, servis peribadi dan perkongsian fail. Berikut merupakan antara contoh
laman web bagi setiap kategori C2C ini :

2.1 Lelong/Auction

Lelong ialah satu tempat di mana pengguna ingin melelong barang atau perkhidmatan
di dalam satu tempat.

Rajah 2.1 : Laman web LELONG.my

Satu contoh laman web bagi kategori lelong ialah LELONG.my. Tujuan laman web
ini dibangunkan untuk membuat lelongan kepada sesiapa yang ingin membelinya
dengan harga yang murah. Dalam laman web ini terdapat beberapa kategori barangan
yang dijual. Contohnya phone & tablet, fashion, home & gardening dan sebagainya.

2.2 Iklan Kecil/Clasified ads

Iklan kecil ini merupakan satu perkhidmatan untuk meletakkan iklan-iklan kecil di
satu tempat.

Rajah 2.2
: Laman web jobstreet.com

Contoh yang digunakan laman web bagi kategori iklan kecil ialah laman web
jobstreet.com. Laman web ini menampilkan enjin pengiklanan kerja kosong bagi
pencari kerja dan juga sebagai satu tempat untuk majikan menawarkan kerja kepada
pengguna yang mencari kerja. Firma ini juga menyediakan produk-produk
pengambilan dalam talian lain seperti e-dagang dan juga e-perniagaan serta
perkhidmatan untuk pencari kerja.

2.3 Servis Peribadi/Personal Servis

Servis peribadi merupakan satu bahagian di dalam C2C yang menyediakan servis
untuk kegunaan peribadi setiap pengguna Internet seperti perkhidmatan perguaman,
kelab pelaburan, khidmat sebagai agen bertemu jodoh dan lain-lain lagi.

Rajah 2.3 : Laman web BaitulMuslim.com

Contoh laman web C2C bagi ketegori ini ialah laman web BaitulMuslim.com. Laman
web ini merupakan satu laman web yang menyediakan perkhidmatan mencari jodoh
di Malaysia. Di dalam laman web ini, seseorang pengguna menggunakan pihak
BaitulMuslim.com sebagai perantara untuk mencarikan jodoh mengikut kehendak
pengguna tersebut.

2.4 Perkongsian fail/File Sharing


Perkongsian fail pula ialah satu bahagian dalam C2C yang membenarkan pengguna
untuk berkongsi fail atau dokumen di dalam satu tempat di Internet.

Rajah 2.4 : Laman Web scribd.com

Contoh laman web yang diambil bagi kategori perkongsian fail ini ialah laman web
scribd.com. Laman web ini menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara digital
dan juga tempat untuk berkongsi dokumen-dokumen di dalam pelbagai kategori.

3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, C2C ialah suatu bahagian di dalam e-dagang di mana seseorang pengguna
mengendalikan perdagangan secara elektronik dengan pengguna yang lain. Terdapat empat
jenis kategori C2C e-dagang iaitu lelong, iklan kecil, perkhidmatan peribadi dan perkongsian
fail. Lelong digunakan untuk membuat lelongan barang dan perkhidmatan di dalam satu
tempat. Iklan kecil pula ialah suatu bahagian yang mana iklan-iklan kecil diletakkan di satu
tempat. Perkhidmatan peribadi ialah suatu perkhidmatan yang disediakan untuk kegunaan
peribadi seseorang pengguna sementara perkongsian fail pula ialah satu bahagian yang
digunakan oleh pengguna untuk berkongsi fail atau dokumen di dalam satu laman web.
4.0 Rujukan
Efrain Turban, Jae Lee, David King, H.Michael Chung.(2006).Electronic
Commerce : A Management Perspective.United State of America :
Prentice Hall International,Inc.
Kalakota dan Whinston.(2002).Electronic Commerce (2nd edition).New
York : McGraw-Hill Higher Education.
http://www.lelong.my
http://www.jobstreet.com
http://www.baitulmuslim.com
http://www.scribd.com

You might also like