You are on page 1of 11

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

UNIT PENGURUSAN PERNIAGAAN

PENGURUSAN PERNIAGAAN (AP015)


SEMESTER 1
AMBILAN 2021

SOALAN TUGASAN INDIVIDU 1

ARAHAN DAN PANDUAN AM

1. Tugasan ini berasaskan kepada kes yang diberikan.

2. Jawapan tugasan adalah secara tulisan tangan yang kemas, jelas dan boleh
dibaca oleh pemeriksa. Pastikan anda menulis nama dan nombor matrik pada
setiap helaian jawapan.

3. Tugasan yang dihantar mestilah di dalam bentuk fail PDF dan disusun seperti
berikut:
i. Muka hadapan (seperti lampiran)
ii. Borang PB/PTP (seperti lampiran)
iii. Jawapan

4. Tugasan mestilah dihantar pada atau sebelum 20 Ogos 2021 pada jam 4.15
petang. Tugasan yang tidak menepati masa tidak akan dilayan dan tidak diberi
markah.

5. Anda dikehendaki merujuk Spesifikasi Tugasan (PB/JST2) bagi mematuhi


peraturan penyediaan tugasan, integriti akademik, serahan tugasan lewat dan ciri-
ciri tugasan baik.

1
KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
UNIT PENGURUSAN PERNIAGAAN

PENGURUSAN PERNIAGAAN (AP015)


SEMESTER 1
AMBILAN 2021

TUGASAN INDIVIDU 1

Nama Pensyarah : _PUAN AINA BINTI AHMAD

Nama Pelajar : _NURUL AIDA BINTI ERROL OMAR

STEENSON @ OMAR

Kumpulan Tutorial : A9T4________________ __

Nombor Matrik : _MA2114111143___________

Markah

2
PB/PTP
PENGAKUAN TUGASAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
STUDENT’S DECLARATION
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA MATRICULATION PROGRAMME

Nama Pelajar / Student’s Name: Kursus / Course: PENGURUSAN No. Matrik / Matric No.:
PERNIAGAAN
NURUL AIDA BINTI ERROL OMAR MA2114111143
STEENSON @ OMAR Kod / Code: AP015

Tajuk Tugasan: TUGASAN INDIVIDU 1

Pengakuan Pelajar/ Student’s Declaration

Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya
saya jelaskan sumbernya.

I declare that this task is my own work except for the citations and summaries of which I acknowledged the source.

Tandatangan/ Signature: ___________________ Tarikh/ Date: 19/8/2021


( NURUL AIDA BINTI ERROL OMAR STEENSON
@ OMAR )

Nota: Borang ini hendaklah dikepilkan bersama tugasan bertulis/ bercetak/ model dan diserahkan kepada pensyarah
yang memeriksa tugasan.

3
SOALAN TUGASAN INDIVIDU 1 (BAB 1)
Arahan:
Jawab semua soalan di bawah.
Untuk menjawab soalan ini, anda perlu baca kes di bawah dengan teliti dan merujuk ke laman
sesawang https://www.satekajang.com.my/.
Sate Kajang Hj Samuri & Anak-anak Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang didaftarkan
dalam tahun 2000. Syarikat yang mulanya beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan
sejak tahun 1992, kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat korporat yang boleh
dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial. Kini,
rangkaian restoran ini telah mempunyai 20 buah rangkaian cawangan Sate Kajang Hj Samuri
yang beroperasi di sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri
Sembilan. Sate Kajang Hj Samuri mengeluarkan pelbagai jenis sate iaitu sate daging, sate
ayam, sate ikan, sate perut, sate hati, sate arnab, sate kambing dan menu sampingan seperti
nasi goreng dan mee goreng. Sate Kajang Hj Samuri juga merupakan pembekal sate utama
kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.
Sate Kajang Hj Samuri mempunyai kekuatan pekerja lebih dari 500 orang pekerja di samping
memiliki persijilan GMP (Good Manufacturing Practice) ataupun Amalan Pengilangan Baik dan
persijilan Halal yang menjanjikan pasaran yang lebih meluas melangkaui sempadan
antarabangsa. Pengiktirafan yang diterima dari pihak kerajaan mahupun badan swasta telah
menjadi sumber inspirasi kepada syarikat ini untuk terus maju. Selain itu, keprihatinan syarikat
dalam memperkenalkan sate yang sinonim makanan tradisional masyarakat Malaysia ke serata
dunia juga menjadi perangsang untuk menjadi lebih berdaya saing dalam menempuh dunia
perniagaan yang semakin mencabar.
1. Beri definisi perniagaan. [2 markah]

Perniagaan ialah aktiviti jual beli barang atau perkhidmatan dengan


menggunakan wang atau alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi mendapat
keuntungan, faedah dan kepuasan.

Contohnya, Sate Kajang Hj Samuri & Anak-anak Sdn Bhd merupakan


sebuah syarikat yang didaftarkan dalam tahun 2000.Syarikat yang mulanya
beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992 dan
berkembang sehingga dapat menjual makanan sampingan lain seperti nasi
goreng dan mee goreng.Aktiviti menjual makanan ini memenuhi kehendak dan
keperluan pelanggan dengan menawarkan harga,masa dan tempat yang
bersesuaian demi mendapat keuntungan.

4
2. Jelaskan elemen perniagaan berikut yang terdapat di dalam perniagaan Sate Kajang Hj
Samuri & Anak-anak Sdn Bhd:

a) Aktiviti jual beli [2 markah]

Aktiviti jual beli bermula di mana perniagaan membeli sesuatu


barangan untuk dijual kepada pengguna bertujuan mendapatkan
keuntungan. Seseorang peniaga memulakan perniagaannya dengan
menyediakan produk atau perkhidmatan untuk dijual.

Contohnya,perniagaan Sate Kajang Hj Samuri & Anak-anak Sdn


Bhd menjual pelbagai jenis sate antaranya ialah sate ayam yang dijual
pada harga RM1.17 dan sate daging yang dijual pada harga RM1.27
dengan menggunakan khidmat penghantaran seperti Delivery Sate
Kajang dan Foodpanda yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang
ingin merasa kelazatan sate kajang Hj Samuri

b) Kepuasan [2 markah]

Keupayaan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi


kehendak dan keinginan manusia.

Contohnya,perniagaan Sate Kajang Hj Samuri & Anak-anak bukan


sahaja mengeluarkan pelbagai jenis sate iaitu sate daging, sate ayam,
sate ikan, sate perut, sate hati, sate arnab, sate kambing dan malah
disertakan dengan menu sampingan seperti nasi goreng dan mee goreng
demi memenuhi kepuasan pelanggan yang kurang gemar untuk makan
sate sahaja.

5
3. Terangkan DUA kepentingan perniagaan Sate Kajang Hj Samuri & Anak-anak kepada
masyarakat dan negara. [6 markah]

i. MEMENUHI KEPERLUAN MASYARAKAT


Perniagaan cuba memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dengan
menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang bermutu dengan harga, masa
dan tempat yang sesuai kepada pelanggan.Perniagaan dapat membantu menyediakan
keperluaan asas masyarakat seperti barangan makanan serta perkhidmatan seperti
penghantaran makanan dan katering.

Contohnya,perniagaan Sate Kajang Hj Samuri & Anak-anak dapat mengeluarkan


pelbagai varian sate dan jenis menu lain yang memiliki persijilan GMP (Good
Manufacturing Practice) ataupun Amalan Pengilangan Baik dan persijilan Halal supaya
masyarakat Muslim boleh menikmati makanan tanpa keraguan serta menjanjikan
pasaran yang lebih meluas melangkaui sempadan antarabangsa .Perniagaan ini juga
melakukan promosi iaitu set popia sate dengan harga serendah RM3.50 dan pelanggan
boleh membuat pesanan melalui perkhidmatan penghantaran Foodpanda dengan
mudah.

ii. MENINGKATKAN PELUANG PEKERJAAN


Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang
mempunyai kepelbagaian latar belakang pendidikan. Pelbagai kemahiran dan
pengetahuan diperlukan dalam sesebuah perniagaan.Dengan menyediakan pekerjaan,
perniagaan-perniagaan ini dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui
pendapatan yang mereka terima.
Contohnya,perniagaan Sate Kajang Hj Samuri & Anak-anak mengiklankan
jawatan kosong kepada mereka yang berkelayakan untuk menjadi operator
perngeluaran di 20 buah rangkaian cawangan Sate Kajang Hj Samuri yang beroperasi di
sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan
mengikut syarat-syarat tertentu iaitu pekerja hendaklah berumur di antara 18 tahun
sehingga 40 tahun dengan gaji pokok sebanyak RM1200 serta para pekerja diberikan
pelbagai intensif seperti 2 pasang uniform percuma untuk setahun, cuti sakit,cuti umum
dan sebagainya.

6
4.“Sate Kajang Hj Samuri mempunyai kekuatan pekerja lebih dari 500 orang di samping
memiliki persijilan GMP (Good Manufacturing Practice) ataupun Amalan Pengilangan
Baik dan persijilan Halal”.

a) Berdasarkan pernyataan di atas, kenalpasti SATU elemen persekitaran


perniagaan bagi Sate Kajang Hj Samuri kepada pihak berkepentingan yang
bersesuaian. [1 markah]

i) Pekerja
Pekerja atau staff Sate Kajang Hj Samuri menyumbang pelbagai
kemahiran dan pengetahuan dalam melaksanakan perniagaan Sate
Kajang Hj Samuri seperti proses mencucuk sate,memeram sate dan
membakar sate demi mendapat gaji,upah dan ganjaran yang lumayan
serta memastikan perniagaan beroperasi dengan baik.

b) Huraikan pengaruh faktor 4(a) kepada perniagaan Sate Kajang Hj Samuri.


[2 markah]

Pekerja adalah Individu yang menawarkan masa, tenaga, fikiran


dan kemahiran untuk melakukan kerja-kerja dalam perniagaan.Setiap
tindakan pekerja akan mempengaruhi kejayaan atau kegagalan sesebuah
perniagaan.
Perniagaan perlu mendapatkan pekerja yang cekap dan mahir supaya
segala kerja dapat dilakukan dengan berkesan.Produktiviti pekerja yang
tinggi akan membantu meningkatkan prestasi perniagaan.

Contohnya, Sate Kajang Hj Samuri mempunyai kekuatan pekerja


lebih dari 500 orang di samping memiliki persijilan GMP (Good
Manufacturing Practice) ataupun Amalan Pengilangan Baik dan persijilan
Halal”. Pekerja-pekerja perniagaan ini menawarkan masa,tenaga,fikiran
dan kemahiran semasa melakukan tugasan.Produktiviti dan kereaktifan
pekerja dalam menguruskan pelanggan dapat meninggalkan impak yang
baik kepada imej perniagaan.

7
5 a) Nyatakan SATU bentuk entiti perniagaan Sate Kajang Hj Samuri & Anak-anak
paling sesuai mengikut kes di atas . [1 markah]

i) Syarikat Sendirian Berhad

Syarikat Sate Kajang Hj Samuri & Anak-anak Sdn Bhd terdiri


daripada 2 hingga 50 orang pemilik serta menerima sumber modal
daripada modal yang dilaburkan oleh pemilik syarikat iaitu Hj Samuri &
Anak-anak Sdn Bhd serta pinjaman daripada pihak Bank.

Contohnya,Syarikat Sate Kajang Hj Samuri & Anak-anak mendapat


kelulusan daripada pihak bank untuk memberi pinjaman modal kepada
syarikat untuk mengembangkan lagi perniagaannya.Pemilikan maksimum
Syarikat Sendirian Berhad yang dibenarkan adalah seramai 50 orang.

b) Nyatakan ciri perniagaan tersebut dari aspek :

i. Pemilikan [1markah]

Pemilikan Syarikat Sate Kajang Hj Samuri dimiliki oleh 2 orang


sehingga 50 orang.Pemilik akan menyumbangkan modal ke dalam
syarikat untuk memastikan perniagaan berjalan dengan baik.Dikawal oleh
Akta Syarikat 1965.

Contohnya,Hj Samuri & pemilik yang lain mendaftarkan syarikatnya


pada tahun 2000 dan melaburkan modal sebanyak RM 5 juta setahun
untuk membeli keperluan perniagaan seperti aset perniagaan,membayar
hutang pembekal dan memastikan stok perniagaan mencukupi agar tidak
berlaku sebarang kekurangan bahan.

ii. Pendedahan Laporan Kewangan [1 markah]

Laporan Kewangan Syarikat perlu didedahkan kepada para


pelabur.Para pelabur akan melihat prestasi syarikat sama ada syarikat ini
akan memperolehi keuntungan yang tinggi,berdaya saing atau sebaliknya
untuk memastikan modal atau wang yang dilaburkan oleh mereka adalah
yang terbaik serta dapat mengembangkan perniagaan menjual makanan
ini.

Contohnya, dalam laporan kewangan syarikat Sate Kajang


Hj Samuri menunjukkan kedudukan syarikat pada tahun semasa. Semua
pemilik serta para pelabur dapat melihat keuntungan atau kerugian yang
diperolehi syarikat melalui laporan kewangan dan boleh mengambil
tindakan susulan untuk memajukan syarikat pada masa akan datang.

8
c) Sate Willy yang diusahakan oleh En Rosman Shahid merupakan di antara
pesaing utama Sate Kajang Hj Samuri. Jelaskan TIGA kelebihan bentuk
entiti Perniagaan Sate Kajang Hj Samuri & Anak-anak berbanding bentuk
entiti perniagaan Sate Willy En Rosman.
[6markah]
i) Modal yang besar

Modal yang dikumpulkan oleh syarikat Sate Kajang Hj Samuri


disumbangkan oleh semua pemilik syarikat dan juga daripada pihak
pinjaman bank berbanding dengan milikan tunggal Sate Willy modal
hanya disumbangkan oleh seorang sahaja iaitu pemilik perniagaan
sendiri.

Contohnya, Hj Samuri menyumbangkan RM 1 juta


manakala 2 orang anak-anaknya masing-masing menyumbangkan
RM500,000 setiap seorang. Jumlah modal yang terkumpul adalah
sebanyak RM 2 juta.Manakala, En Rosman telah melabur sebanyak
RM 10 000 sebagai modal perniagaan milikan tunggalnya yang
menunjukkan keupayaan kewangan lebih rendah berbanding Syarikat
sate Kajang Hj Samuri.

ii) Liabiliti Terhad

Liabiliti yang ditanggung oleh syarikat Sate Kajang Hj Samuri


adalah terhad setakat modal yang dilaburkan manakala perniagaan
Sate Willy menanggung liabiliti tidak terhad iaitu asset atau harta
peribadi boleh digadaikan.

Contohnya, jika berlaku kerugian kepada syarikat Sate


Kajang, liabiliti yang ditanggung adalah terhad setakat modal yang
dilaburkan sahaja tanpa melibatkan harta peribadi manakala
perniagaan Sate Willy, perlu menanggung semua kerugian dan beban
perniagaan sendiri jika berlaku kerugian atau ketidakmampuan untuk
membayar hutang dalam masa yang ditetapkan dengan menggadaikan
harta peribadi untuk melangsaikan hutang.

9
iii) Jangka hayat berpanjangan

Jangka hayat syarikat Sate Kajang Hj Samuri Sdn Bhd adalah lebih
lama dan panjang kerana mempunyai sistem operasi yang baik
berbanding dengan perniagaan Sate Willy yang mempunyai jangka hayat
yang lebih pendek dan mudah dibubarkan kerana operasi perniagaan
Sate Willy diusahakan secara berseorangan.

Contohnya, syarikat Sate Kajang Hj Samuri diusahakan oleh 2


sehingga 50 orang pemilik yang membolehkan perniagaan berjalan
dengan lebih sistematik.Pembahagian tugas pemilik pemilik dan orang
bawahan menjamin jangka hayat sesebuah perniagaan itu untuk kekal
beroperasi lebih lama berbanding perniagaan Sate Willy yang hanya
diusahakan oleh seorang individu sahaja dan pemilik sendiri perlu
mengerah idea berseorangan dan menjalankan tugas secara kecil-
kecilan. Jika pemilik perniagaan Sate Willy meninggal dunia, maka
perniagaan itu akan secara rasmi terbubar dengan sendirinya.

6. Keadaan ekonomi yang semakin menguncup akibat pandemic covid 19


memberi kesan kepada semua peniaga. Di samping sate dan menu
makanan sampingan yang disediakan di rangkaian restorannya, Sate
Kajang Hj Samuri juga menyediakan beberapa jenis perkhidmatan
untuk pelanggan, peniaga dan masyarakat setempat. Berdasarkan
carian anda di laman sesawang https://www.satekajang.com.my/, nyata
dan jelaskan 3 jenis perkhidmatan tersebut.
[6 markah]

i) Perkhidmatan Delivery Satekajang

Sate Kajang Hj Samuri menyediakan perkhidmatan delivery menghantar


makanan yang membolehkan pelanggan membuat pesanan pada bila-bila
masa, dari mana sahaja dan sangat menjimatkan masa pelanggan daripada
menunggu di restoran.

Contohnya,perkhidmatan delivery Satekajang melakukan penghantaran di


sekitar Kajang,Bangi dan Putrajaya sahaja.Luar kawasan yang dinyatakan
adalah mengikut terma & syarat.Perkhidmatan delivery sate kajang beroperasi
pada hari Isnin hingga hari Ahad dari 11.30 pagi sehingga 8.30 malam.

10
ii) Perkhidmatan Foodtruck

Perniagaan Sate Kajang Hj Samuri mengambil bahagian dalam program-


program besar dengan membuka kedai jualan sate melalui foodtruck di seluruh
semenanjung Malaysia. Perniagaan food truck lebih sistematik malahan mula
membentuk komuniti sendiri dalam masa terdekat ini.

Contohnya,perniagaan Sate Kajang Hj Samuri terlibat dalam menyertai


pelbagai jualan yang berkonsepkan promosi seperti LIMA
Langkawi,MAHA,Halalfest,SDSI Melaka,Motor GP dan sebagainya di mana
terdapatnya ramai pengunjung yang berminat untuk membeli makanan di
foodtruck seterusnya dapat menaikkan nama perniagaan di seluruh negeri
Malaysia.

iii) Perkhidmatan ruang iklan untuk di sewa

Perkhidmatan ruang iklan untuk di sewa juga disediakan oleh


perniaagan Sate Kajang Hj Samuri kepada peniaga-peniaga lain di luar sana
yang ingin mempromosikan produk mereka.Ruang iklan ini disediakan sebagai
salah satu daripada punca pendapatan syarikat.Ini kerana,perniagaan ini bijak
mengambil peluang dengan mencari punca pendapatan baru selain daripada
perniagaan utama mereka iaitu menjual sate.

Contohnya,terdapat dua ruang iklan berukuran 12 kaki x 20 kaki dan 12


kaki x 36 kaki yang disediakan kepada orang awam yang ingin menyewa dan
mempromosikan produk mereka di bangunan Dato Nazir, Kajang.

SOALAN TAMAT

11

You might also like