You are on page 1of 24

LAPORAN

FAKULTI SENIBINA DAN EKISTIK

STUDENT IN ENTREPRISE PROGRAMME (SIEP)

MODULE 1

NAMA: MUHAMAD AL KHAWARIZMI BIN ZAKARIAL ANSAR

NO.MATRIK: G21B0384

PENSYARAH : EN. ISMI LUQMAN BIN HAMADI IBRAHIM


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

ABSTRAK 3

PENGHARGAAN 4

1.0 PENGENALAN 5

2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT 6-10

2.1 VISI & MISI SYARIKAT

2.2 CARTA ORGANISASI

2.3 SIJIL SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 11

4.0 4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGURUSAN AM 12

4.2 SISTEM OPERASI 13

4.3 REKOD KEWANGAN 14

4.4 PEMASARAN 15

4.5 PRODUK/PERKHIDMATAN 17

4.6 BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 18

5.0 PERBINCANGAN 19

6.0 KESIMPULAN 20

7.0 RUJUKAN 21

8.0 LAMPIRAN 22 - 24
ABSTRAK

Laporan ini adalah dilakukan mengenai aktiviti saya sepanjang menjalani SIEP selama sepuluh
hari untuk modul yang pertama. Syarikat perniagaan yang telah dipilih ialah Augy Kudapan Qaseh
SDN. BHD. 201301003417 (1033256W) yang terletak di Bertam Pulau Pinang. Syarikat ini
menjual pelbagai jenis kuih raya dan pelbagai jenis makanan trendy yang menjadi permintaan
ramai dan idaman masyarakat tempatan. Laporan ini turut menerangkan dengan lebih teperinci
tentang latar belakang syarikat, carta organisasi, pengurusan keluar masuk barang serta sumber
manusia. Semoga segala informasi dan cerahan nota ini dapat menjadi rujukan ramai pelajar.
Malah, dapat memberi manfaat kepada diri saya dan syarikat tersebut. Selain itu, dapat memberi
saya panduan untuk membuat laporan dengan lebih teperinci. Seterusnya, memberi saya kekuatan
dalam menghadapi segala permasalahan yang bakal saya hadapi dalam apa jua jenis pekerjaan di
sesuatu tempat yang baru.
PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan kalimat alhamdulillah kerana limpah dan kurnianya dapat
saya jayakan laporan modul satu selaku penamat suku awal buat Latihan SIEP selama sepuluh hari
genap dua minggu bekerja di syarikat yang di pilih sebagaimanapun saya dengan rendah hati
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Rosnizam bin Ishak selaku Pengarah 1
buat syarikat Augy global Kudapan Qaseh SDN BHD. Sepanjang tempoh Latihan ini dijalankan,
beliau telah banyak menabur ilmu dan tunjuk ajar kepada saya dalam pelbagai ilmu dalam
sesebuah pengurusan keusahawanan yang merupakan kunci matlamat Latihan SIEP ini dijalankan.

Selain itu, ribuan terima kasih juga kepada warga syarikat yang terdiri daripada pekerja staff
pejabat, pekerja operasi pembuatan, pekerja logistic dan pengurusan kerana sudi mengajar saya
dalam tempoh sepuluh hari ini. Seterusnya, keluarga tercinta serta rakan rakan seperjuangan atas
tidak jemu menberi dorongan dan kata kata semangat untuk menamatkan Latihan ini dengan
cemerlang.

Disamping itu, Saya juga mahu berterima kasih kepada pensyarah dan kakitangan kerana
memberikan maklumat yang berharga, cadangan serta bimbingan dalam penyusunan dan
penyediaan laporan ini. Saya juga sangat terhutang budi kepada semua kakitangan Fakulti Senibina
dan Ekistik (FSE) di atas bimbingan dan penyeliaan yang berterusan dan menyediakan maklumat
yang perlu mengenai SIEP seterusnya dalam menyiapkan program ini.
PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Program SIEP atau Student In Enterprise Programme sebuah program yang WAJIB diselesaikan
oleh semua pelajar University Malaysia Kelantan sebagai syarat untuk bergraduat, yang di
Amanahkan kepada pelajar sehingga diluluskan “Student In Enterprise Programme (SIEP)” yang
WAJIB diikuti oleh pelajar pada cuti semester (sama ada cuti antara semester atau cuti akhir tahun
akademik) sebagai salah satu syarat pengijazahan,bermakna tertakluk kepada syarat dan peraturan
yang telah ditetapkan,pelajar-pelajar yang gagal mengikuti program tersebut dengan jayanya tidak
akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.latihan.

Tempoh minimum bagi program ini untuk pelajar Fakulti Senibina dan Ekistik (FSE) adalah
selama 20 hari dan ia dibahagikan kepada 2 modul iaitu modul 1 dan model 2 juga. 10 hari pelajar
dibenarkan untuk melakukan program ini lebih daripada 20 hari jika ia dipersetujui oleh penyelia
SIEP dan pemilik syarikat. Program ini adalah fleksibel supaya ia boleh dilakukan pada bila-bila
semasa cuti semesta selagi pelajar mendapat kebenaran daripada fakulti. Dalam modul 2,b agi
garis panduan SIEP fakulti Senibina Dan Ekistik(FSE), para pelajar dikehendaki mengkaji
beberapa perkara berkaitan perniagaan antaranya aspek kajian mengenai menginterprestasi aspek
kejayaan atau kelemahan, keupayaan mengekalkan perniagaan, daya saing serta cadangan
penambahbaikan.
LATAR BELAKANG SYARIKAT

Bermula dengan penubuhan Syarikat Augy Enterpise pada tahun 2008, menjadi titik tolak Syarikat
Augy melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan berkaitan tekstil rumah dan juga kuih raya.
Melihat kepada permintaan yang amat memberangsangkan, maka pemilik syarikat mengorak
langkah untuk lebih berdaya saing dengan menubuhkan syarikat persendirian awam iaitu Syarikat
Augy Global Marketing Sdn Bhd pada tanggal 30 Januari 2013.

Dengan peningkatan ini, pihak syarikat memulakan langkah yang lebih agresif dengan menjadi
pengeluar kuih raya moden yang telah mendapat permintaan tinggi dengan pengedaran meluas di
seluruh Malaysia. Berbekalkan visi dan misi yang menjadi fokus kepada kejayaan syarikat, pihak
Augy Global Marketing Sdn Bhd berharap agar dapat terus maju dalam bidang keusahawanan dan
memberikan khidmat terbaik kepada semua pelanggan.
LOKASI

Peta lokasi syarikat

Augy Global Marketing Sdn Bhd kini bertapak di 77, Jalan Dagangan 4, Pusat Bandar Bertam
Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Berada di tengah bandar dan dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan persekitaran serta kawasan yang strategik untuk Kaedah pembangunan
keusahawanan negeri Pulau Pinang khususnya warga tempatan Bertam untuk beroperasi.

Peta 1 : Peta yang menunjukkan lokasi syarikat Augy Global Marketing Sdn Bhd.
VISI SYARIKAT

Menjadi pengeluar makanan halal dan bermutu tinggi terbesar dia Asia Tenggara

MISI SYARIKAT

Komited kearah menghasilkan produk patuh syariah (Halal), sentiasa mementingkan peningkatan
kualiti produk, dan menjaga kepuasan pelanggan
CARTA ORGANISASI SYARIKAT
SIJIL PENDAFTARAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
OBJEKTIF KAJIAN

Students in Enterprise Programme (SIEP) ialah program untuk meningkatkan kemahiran


keusahawanan yang dianjurkan oleh fakulti. Objektif adalah untuk:

• Memahami struktur keusahawanan syarikat


• Menghuraikan sistem dan konsep operasi syarikat
• Mengkaji budaya dan etika keusahawanan syarikat
• Memberi cadangan penambahbaikan kepada syarika
DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGURUSAN AM

Sepanjang penubuhan syarikat Augy Global Marketing Sdn Bhd, syarikat telah berjaya merekrut
lebih kurang 100 Stokis dan 4000 orang Agen yang mendaftar terus dibawah Augy. Syarikat sangat
komited dalam membangunkan Agen dan Stokis agar menjadi lebih berdaya maju dalam
menjalankan bisnes, dengan mengadakan training, mewujudkan pakej2 insentif, pemberian
anugerah di Konvensyen Usahawan Augy dan lawatan ke Luar Negara bagi Agen dan Stokis yang
berjaya mencapai sasaran jualan.

Sepanjang 10 tahun Augy Global Marketing Sdn Bhd beroperasi, syarikat telah menerima
beberapa anugerah dari badan-badan tertentu sebagai mengiktiraf pencapaian syarikat di dalam
bidang ini disamping sebagai pembakar semangat agar syarikat dapat pergi ke tahap yang lebih
tinggi.

Detail Syarikat

Nombor Pendaftaran : 1033256-W

Tarikh Penubuhan : 30 Januari 2013

Alamat Syarikat : No 77 Jalan Dagangan 4, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Nombor Telefon : +6011-10884094

Alamat E-Mail : augyglobal@gmail.com

Pengarah 1 : Rosnizam bin Ishak Pengarah 2 Roazian bt Md Nor

Modal Berbayar : RM 510,000.00

Bank-bank Syarikat : Public Bank Cawangan Kepala Batas, 21 Jalan Bertam, 13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang

Akaun No: 3810994121


4.2 SISTEM OPERASI

a) Hari Biasa

Waktu operasi syarikat pada hari biasa ialah setiap hari isnin sehingga hari sabtu dari jam 8

pagi sehingga 6 petang.

b) Cuti Umum

Cuti umum bagi syarikat PKM adalah pada hari Ahad dan pada musim perayaan yang disambut

oleh masyarakat Malaysia seperti Hari Kemerdekaan dan perayaan khusus bagi penduduk

negeri Sabah seperti Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.

OEM CUSTOMER LIST

1) Brain Story Sdn Bhd – Jenama OCOC


2) PG Food & Beverages – Jenama Food Panda
3) Sugalation Sdn Bhd – Jenama Sweetlab
4) Aunty Sherry Enterprise – Jenama Muazzin
5) MGR Malaysia Sdn Bhd – Jenama Chemilan
6) Rara Global Solution – Jenama NJC
7) Santapan Warisan Enterprise
8) Aset Perwira (M) Sdn Bhd
4.3 REKOD KEWANGAN

Rekod kewangan ialah proses merekod, mencatat dan ringkasan semua urusniaga perniagaan
secara sistematik. Rekod kewangan perlu kerana daya ingatan manusia sangat terhad dan
terbatas, senahagian menjadi catatan hitam putih yang berlaku semasa menggunakan transaksi
perniagaan. Segala rekod kewangan memudahkan penyediaan penyata kewangan dan merupakan
bukti peniaga berlaku turun naik bajet pembelian bahan mentah mahupun penyelewengan duit
syarikat.

Rekod kewangan syarikat merupakan sesuatu yang peribadi dan sulit sesebuah syarikat.
Menerusi sesi temubual bersama En. Rosnizam secara terperinci tentang rekod kewangan
syarikat namun beliau memberikan anggaran purata jualan untuk bulanan dan tahunan secara
kasar. Dengan menjaga kepercayaan dan kesulitan rekod kewangan beliau tidak memberi
sebarangan maklumat secara terperinci. Namun ini sedikit banyak yang telah di ambil nota oleh
saya sendiri.

(a) Prestasi / Untung Rugi Syarikat

1. Purata jualan untuk kedai sendiri :

▪ Dianggarkan jualan Produk Kudapan Qaseh ini adalah sebanyak RM 3,000.00 hingga
RM5,000.00 majoriti tempahan mengikut kotak dalam sebulan sebanyak 100 hingga 300
kartan kotak
▪ RM5,000.00 x 26 hari beroperasi = RM130,00.00 sebulan. (Anggaran kasar)
▪ RM130,000.00 x 12 bulan = RM 1,560 000.00 setahun.
4.4 PEMASARAN

Augy Global Kudapan Qaseh mengeluarkan produk yang memenuhi keperluan dan kehendak
penduduk sekitar Bertam bandar baharu dan juga seluruh Malaysia mahupun disemenanjung .
Berdasarkan permintaan pelanggan, makanan berkhasiat dan halal adalah penting serta penyediaan
makanan yang mudah amat membantu golongan yang bekerjaya. Oleh itu, Augy Global Kudapan
Qaseh mensasarkan pasaran dari segi demografi kepada golongan isi rumah seperti golongan
wanita yang tidak mempunyai banyak masa untuk dihabiskan di dapur dalam menyediakan kuih
muih terutamanya semasa penyediaan persediaan hari raya dan hari hari penting untuk keluarga
berkumpul ramai ramai.

Di samping itu, Augy Global Kudapan Qaseh mensasarkan pasaran kepada golongan penjawat
awam yang bekerja di sekitar Universiti, bahan beruniform seperti RISDA dan lain lain, golongan
ibu yang sibuk bekerja dan golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Manakala dari segi
psikografi keinginan, cita rasa, ego dan status pelanggan itu sendiri menepati ciri-ciri pelanggan
yang ingin disasarkan oleh syarikat. Hal ini demikian kerana ciri- ciri pelanggan tersebut ialah
golongan yang tiada masa untuk menyediakan kuih trendy, memerlukan metodologi kaedah yang
senang disediakan, berpendapatan sederhana dan tinggi serta mementingkan gaya hidup yang
sihat, halal dan tidak lupa Premium packing dan rasa.
4.5 PRODUK/PERKHIDMATAN

a) Produk / Perkhidmatan dalam syarikat

Perkhidmaran utama bagi Kilang Augy Global Kudapan Qaseh ialah Kilang Pemprosesan dan
peniagaan kuih raya yang premium dan kudapan untuk seisi keluarga. Menurut Encik Rosnizam,
walaupun kos setiap Produk kuih telah ditetap mengikut harga jenis kuih, namun beliau tetap
menjaga kualiti setiap produk dengan baik serta dapat memberi keuntungan kepada syarikat.
Keutamaan diberikan kepada pelanggan yang menempah dalam kuantiti yang banyak secara
berkotak kotak supaya lebih senang untuk di edarkan dengan mass production kilang. Selain itu,
syarikat Augy Global Kudapan Qaseh turut membuka cawangan baru di lot kedai tajaan daripada
kakitangan pembangunan Bertam Pulau pinang untuk usahawan tempatan yang dapat dan mampu
menaiktarafkan pendedahan bidang keusahawan kepada rakyat jelata.

Augy Global Kudapan Qaseh juga menekankan konsep kepuasan dan kehendak pelanggan
diutamakan dengan memastikan kualiti produk terjamin, keselamatan dan memuaskan hati
pelanggan. Antara strategi untuk produk syarikat terjamin baik dan kekal lama:

1. Produk Berkualiti dan Premium

• Dalam kesemua produk kuih muih yang ditawarkan, pemilik memastikan kualiti produk
dijaga dan kemas semasa pembungkusan untuk packaging supaya kesudahan serahan
produk dapat memuaskan kehendak pembeli.
2. Penghantaran

• Produk yang dibeli oleh pelanggan akan dihantar terus ke fasiliti, tempat atau rumah
pelanggan dan kemudian diberikan secara direct pada hari hari yang ditetapkandengan
menaiki tempahan lori

3. Fasiliti

• Pemilik juga akan menyediakan ruang untuk keselesaan untuk setiap pekerja tetapi terdapat
kekurangan dari segi penghawa dingin dan sebagainya.

Harga dan jenis produk yang disediakan


4.6 BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)

PARTNERS KEY VALUE CUSTOMER CUSTOMER


ACTIVITY PROPOSITION RELATIONS SEGMENTS
• Firma Usahawan
jualan Kuih raya • Penjualan dan • Harga Mampu • Bekas Kuih • Syarikat
dan kudapan • Pemasaran Milik Pelbagai Guna Kusahawanan
ringgan • Bahan dan kuih • Produk • Balang Kerepek Kuih
• Pembekal Bahan trending Berkualiti dan dan Kuih yang Tempatan
& Pembuatan premium premium • Pelanggan
Kuih Muih • Menghasilkan • Servis • Packaging dalam agensi
• Kilang • Kuih kuantiti Penghantaran Menarik atau badan
Penghasilan banyak dan yang Pantas perhatian korporat yang
produk Kuih Tempahan • Pekerja Kilang ingin buat
Tempatan Khusus • Yang tempahan
• Pelangaan Tetap Berkebolehan

COST STRUCTURE KEY RESOURCES CHANNELS REVENUE


STREAMS
• Kos Pembuatan • Lesen (Lesen • Bilik Online
Kuih Perniagaan dan engagement • Penjualan
• Gaji Pekerja SSM) • Atas Talian servis
• Cukai dan • Jenama Augy • (Facebook, Pembekal kuih
Insuran pekerja Kudapan Qaseh Tiktok, • Pembuatan
• Marketing Sales • Operation Chef Instagram) Kilang kuih
Cost • Pereka Grafik tempatan dan
• Sewa Bilik Tempahan
Kilang dan Bil Khas
Utiliti • Caj Servis
Penghantaran
5.0 PERBINCANGAN

Bahagian isu perbincangan ini adalah untuk meneliti dan spekulasi daripada pemerhatian saya
terhadap car acara atau kaedah pekerjaan yanga telah dilaksanakan oleh setiap staff pekerja di
syarikat tersebut malah untuk menjustifikasi sebarang ketidaksuaian yang dihadapi semasa waktu
pekerjaan mahupun di luar jangkaan seabliknya.Bahagian ini bukanlah perlu diangkat kritikan
malah banyak kearah soalselidik dan usaha untuk menambahbaikan dari segi tertentu yang
diperhatikan oleh saya. Jika tidak wajarkan akan pemerhatian saya, usahlah usulkan kepada
pihak yang bertanggungjawab.

Pertama sekali, seorang usahawan yang Berjaya perlulah mempunyai kpi atau target yang perlu
ditetapkan untuk kelangsungan dan keuntungan sesebuah syarikat malah menjadi kepentingan
yang besar bagi kestabilannya. Jika tidak kerana kekurangan dan tidak memuaskan dari sistem
pengurusan operasi kilang, Augy Global tentu akan mempunyai tenaga kerja yang lebih efektif
dan berkualiti pada setiap tugasan yang diberi. Malah isu perbincangan ini adalah atas sebab ini,
terdapat segelintir dan hamper setiap minggu staff kebanyakkan berhenti kerja dan meletakkan
jawatan. Hal demikian itu, kekurangan petugas untuk menyiapkan operasi kuih dan bancuhan
semua agak tergendala dan Slow-pacing pada bahagian itu.
6.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, Student In Enterprise Programme (SIEP) ini adalah satu program yang
merupakan first step untuk pelajar University Malaysia Kelantan untuk mencuba pengalaman
baharu dengan alam pekerjaan amalah memberi inisiatif untuk peljar mempelajari ilmu
keusahawanan . Ia juga menjadikan seseorang pelajar itu dapat membuat persediaan awal sebelum
menjalani Latihan Industri mereka nanti. Selain itu, program ini mampu melatih fikiran dan
kemahiran pelajar dan mampu diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.

Selain daripada ilmu pengetahuan am, saya dapat mengenalpasti kebolehan dan kekurangan
sesebuah syarikat dalam menjalani operasi dengan lebih mendalam serta terperinci. Ini dapat juga
membuka minda saya dalam membuat keputusan dan cara untuk tanggani permasalahan yang
terdapat dalam skop kerja yang didokong. Bahkan saya dapat mempelajari ilmu pengurusan
syarikat kecil dan berlainan bidang Ijazah Sarjana Muda saya. Walaupun kelihatan mudah dan
kecil namun tidak senang untuk kendali dengan jayanya atas sebab sebab tertentu.

Namun, saya bersyukur dapat menghabiskan Modul 1 SIEP ini dalam tempoh yang sepatutnya
sebelum menjalani Latihan Industri yang sebenar. Sekian sahaja daripada saya . Terima kasih.
7.0 RUJUKAN

Buku Panduan Students In Enterprise Programme (Sesi Feb 2019/2020), Fakulti Teknologi

Kreatif Dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan.

Medium. Nur Athirah Syafikah Bt Mohd Hanafi (March, 2020) Apa Itu Business Model Canvas.
Dilayari Pada March, 23, 2024

Di laman website https://www.coursehero.com/file/114008945/LAPORAN-SIEP-1-NUR-


ATHIRAH-SYAFIKAH-BT-MOHD-HANAFI-G18B0073pdf/
8.0 LAMPIRAN

Logo Branding Syarikat (Lama)

Logo Baharu Augy Kudapan Qaseh


Process Mereka bentuk sticker dan Menampalkan di balang produk

Membuang defect kesan sticker labeling production yang rosak

Mengangkat Kotak kotak tempahan yang perlu di hantar atas lori syarikat
Gambar luar dan dalaman Kilang Augy Kudapan Qaseh

You might also like