You are on page 1of 18

LAPORAN BERTULIS LATIHAN INDUSTRI

NAMA: NUR AMIRAH NAJWA BINTI NOOR ARIS

NO. MATRIK: A157677

PROGRAM (Pengkhususan): PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEWANGAN)

TARIKH MULA DAN TAMAT: 4 FEBRUARI 2019 – 31 MEI 2019

SYARIKAT: EH UTARA HOLDING SDN BHD

ALAMAT: EH UTARA HOLDING, NO.2 TAMAN SERI TEMIN, 06050 BANDAR BUKIT
KAYU HITAM, KEDAH MALAYSIA

1
ISI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1-2
 Objektif dan kepetingan latihan industri 2-3
2.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI
 Maklumat organisasi 4-5
 Carta organisasi
6
 Perkhidmatan organisasi
 Budaya kerja organisasi 7
8-10
3.0 HASIL PEMBELAJARAN
 Tugasan dan tanggungjawab yang dilakukan 11-12
 Kemahiran dan pengalaman pembelajaran yang diperolehi
12-13
 Pencapaian objektif
 Kelebihan Latihan Industri 13
 Cabaran 14
14
4.0 KESIMPULAN
 Refleksi diri 15
 Persediaan menghadapi alam pekerjaan
15
 Cadangan penambahbaikan
16
5.0 LAMPIRAN

2
1.0 PENGENALAN

Program Latihan Industri merupakan kursus wajib bagi Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran
Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Pendedahan awal kepada persekitaran kerja
diberikan kepada pelajar melalui latihan industri sebelum menamatkan pengajian di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Oleh itu, setiap pelajar boleh mempraktikkan ilmu dan kemahiran
berkaitan bidang pengkhususan yang telah dipelajari semasa di universiti. Pelajar diberi
kelonggaran untuk memohon mana-mana organisasi mengikut bidang pengajian mereka.
Tempoh latihan industri adalah selama 4 bulan.

Pelajar wajib mematuhi peraturan organisasi dan menjalankan tugas-tugas yang


diamanahkan kepada mereka. Pengenalan amalan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar
kepada kehidupan sebenar yang penuh dengan cabaran. Selain itu juga, pelajar boleh
meningkatkan pengetahuan dan menyumbang kepada organisasi. Para pelajar akan diuji dari segi
keupayaan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh penyelia syarikat dan menilai
kemampuan pelajar. Melalui penilaian ini, kelemahan dan kelebihan pelajar dapat dikenalpasti
seterusnya membantu meningkatkan keupayaan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk
bersaing dalam pasaran kerja.

Pelajar telah memilih menjalankan latihan industri di EH Utara Holding Sdn Bhd yang
terletak di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kedah. Pada 01 Februari 2019, pelajar telah
melaporkan diri kepada organisasi sebagai pelajar praktikal. EH Utara Holding Sdn Bhd adalah
syarikat industri pengangkutan yang beroperasi dalam perkhidmatan logistik termasuk udara,
laut dan darat ke seluruh dunia.

Pelajar telah ditempatkan dibawah Jabatan forwarding dan jabatan servis perkhidmatan
pengguna. Pelbagai pengetahuan yang boleh diperoleh seperti bagaimana keduan dua jabatan
tesebut berfungsi dan menyelaras aktiviti syarikat untuk memastikan kelancaran fungsi
organisasi. Selain itu, pandangan pelajar mengenai budaya kerja organisasi lebih luas dan dapat
melihat bagaimana organisasi ini mengendalikan pekerjanya untuk memastikan mereka sentiasa
bermotivasi untuk memberikan yang terbaik kepada organisasi.

Kesimpulannya, latihan industri ini akan memberikan pengalaman, cara berkomunikasi


serta menambah keyakinan pelajar dalam menangani segala cabaran. Malah, ini akan

3
meningkatkan pengetahuan pelajar untuk membolehkan pelajar dalam menyumbang kepada
pembangunan masa hadapan Malaysia dengan lebih berkesan.

OBJEKTIF DAN KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Tujuan sebenar Latihan Industri ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada situasi dan
alam pekerjaan yang sebenar kerana semasa menjalani latihan ini, para pelajar dapat berinteraksi
dengan pekerja lain dan secara tidak langsung dapat menunjukkan keyakinan apabila berhadapan
dengan masyarakat sekeliling. Berinteraksi dengan orang lain yang belum kita kenal akan
membantu pelajar saling bertanya antara satu dengan yang lain seterusnya dapat menjalinkan
hubungan yang baik serta dapat memupuk budaya kerja sama yang lebih efisien serta dapat
meningkatkan progresif sasaran kerja.

Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan dunia pekerjaan kepada pelajar dan dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara perlajar dan perkerja di tempat latihan industri
.Selanjutnya, pelajar juga dapat merasa dan memahami masalah golongan pekerja lain. Dari
aspek lain pula, latihan ini dapat memupuk semangat kerjasama di antara pekerja dengan pelajar
itu sendiri.

i.  Mendedahkan para pelajar ke alam pekerjaan sebenar.

Para pelajar yang menjalani Latihan Industri, pastinya akan dilatih mengenai kerja atau
tugas yang bakal atau akan dihadapi. Oleh itu, ia memberi pengetahuan baru kepada pelajar
tentang bagaimana selok-belok sesuatu pekerjaan dan cara mengendalikan sesuatu tugas tersebut.

ii.  Meluaskan pemahaman, pengetahuan dan kemahiran pelajar.

Latihan Industri juga sebenarnya bertujuan untuk menambahkan atau memajukan lagi
pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar kerana pendedahan yang dilalui sepanjang Latihan
Industri. Secara umumnya, pelajar boleh memerhatikan sendiri serta mempelajari sendiri dengan
kerja-kerja secara praktikal. Ia boleh meningkatkan jumlah generasi atau pekerja mahir selari
dengan kehendak Negara. Jelasnya, ia boleh melahirkan lebih ramai generasi atau pekerja mahir
selaras dengan kehendak Negara.
4
iii.  Memberi pengetahuan tentang etika daya kerja.

Setiap organisasi atau firma menginginkan pekerjanya ada kecekapan, keselamatan dan
keberkesanan dalam melakukan kerja. Maka dengan adanya Latihan Industri ini, para pelajar
dapat membiasakan diri dengan etika kerja seperti peraturan, tanggungjawab, keselamatan,
prosedur serta tindakan-tindakan yang wajar dalam mengendalikan sesuatu tugas. Di samping
itu, para pelajar juga dapat mempelajari dan mengetahui bagaimana berhadapan dengan pihak
majikan terutamanya pengurus atasan serta ketua-ketua jabatan.

iv.  Meluaskan cara pergaulan dan komunikasi dengan pekerja-pekerja lain di organisasi.

Komunikasi serta pergaulan antara pekerja-pekerja organisasi amatlah penting. Ia


adalah satu platform pelajar dalam memahami lebih dalam konsep organisasi atau selok belok
mengenai organisasi atau firma. Perhubungan, pergaulan dan komunikasi antara pekerja
menggalakkan kita untuk berkongsi pengalaman serta permasalahan yang dihadapi.

v.  Meningkatkan minat kursus yang diambil di universiti

Kursus pengajian yang diambil di universiti merupakna salah satu aspek penting selain
pengalaman yang dapat membantu seseorang pelajar untuk menjayakan latihan industri mereka.
Oleh itu, Latihan Industri juga dapat merangsang atau melahirkan minat para pelajar terhadap
pelajaran mereka apabila mereka berada di semester seterusnya serta ia dapat membantu
segelintir pelajar yang bercita-cita meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

vi.   Menilai dan mengetahui kebolehan diri.

Sepanjang tempoh Latihan Industri, pelajar dapat menilai dan mengetahui setakat mana
kebolehan dirinya di alam pekerjaan. Di samping itu, para pelajar boleh mengambil kesempatan
mencurahkan segala bakat dan buah fikiran yang berguna serta bagaimana ia dapat menyumbang
kepakaran atau pengetahuan kepada pihak majikan.

5
2.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI

MAKLUMAT RINGKAS ORGANISASI

 Syarikat  Eng Huat Trading adalah salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan
logistik merentas sempadan terkemuka di Malaysia. EH Utara Holding terutamanya memberi
tumpuan kepada aktiviti menerentas sempadan antara Malaysia dan Thailand dan mempunyai
keupayaan untuk meluaskan perkhidmatan perniagaannya ke kawasan indo china.   

   Pertubuhan awal Syarikat EH Utara Holding sebagai syarikat perdagangan adalah


bermula dengan syarikat yang kecil pada tahun 1975, kini EH Utara Holding telah berkembang
menjadi syarikat utama yang menyediakan perkhidmatan logistik serantau dengan menyeluruh
yang merangkumi dunia, dengan penyelesaian pengangkutan jarak jauh yang meliputi
pengangkutan udara, laut dan darat , pengangkutan dan pergudangan dan pengedaran.

Kejayaan EH Utara Holding banyak bergantung kepada nilai asetnya, saban tahun Eh
Utara Holding membuat banyak pelaburan bagi membuat menambah baikan nilai aset untuk
melancarkan urusan perniagaan antara pelanggan dan menarik minat syarikat baru untuk
melantik Eh Utara sebagai salah satu agent pengangkutan mereka. Selain itu,organisasi ini
mempunyai kakitangan pekerja yang berdedikasi dan cekap. Melalui profesionalisme mereka,
terutamanya dalam memastikan keutamaan dan perhatian yang diberikan kepada Kepuasan
Pelanggan, kakitangan syarikat berusaha membantu menjadikan syarikat ini sebagai Penyedia
Penyelesaian Cross Boarder yang boleh dipercayai di kalangan pelanggannya.

Sebagai sebuah syarikat yang berorientasikan pelanggan, kepuasan pelanggan adalah


sangat penting untuk memastikan kelancaran operasi syarikat dan memenuhi keperluan
pelanggan adalah keutamaan organisasi. Oleh itu, perkhidmtan perniagaan EH Utara Holding
telah memulakan konsep Penyelesaian “One-Stop Logistics Solution” di mana dengan
perkhidmatan yang disediakan oleh tiga anak syarikatnya, para pelanggan berhak mendapat
kemudahan mengakses rangkaian lengkap perkhidmatan ekspres dan logistik dan boleh
berhubung secara langsung dengan kakitangan perkhidmatan pelanggan.

6
Dengan sokongan pasukan pengurusan yang mantap dan berdedikasi, pertumbuhan
perkhidmtan perniagaan EH Utara Holding yang berterusan telah menbuahkan hasil kini syarikat
telah meluaskan perkhidmatan pengangkutannya ke kawasan Indochina dan menjadi sebuah
syarikat pengangkutan yang kukuh dan stabil di dalam industri logistik, walaupun semasa
pertumbuhan syarikat ini menghadapi pelbagai cabaran global. Pasukan kakitangan EH Utara
Holding yang terlatih dan profesional bekerjasama untuk mengatur strategi yang fleksibel dalam
menghadapi cabaran-cabaran akan datang, dengan itu memberikan kelebihan kepada syarikat
dalam pertambahan tenaga kerja dan jumlah aset untuk memastikan jangkaan pelanggan sentiasa
dipenuhi.

Cawangan EH Utara

CAWANGAN ALAMAT
ORGANISASI
BUKITA KAYU NO.2 TAMAN SERI TEMIN, 06050 KEDAH DARUL AMAN
HITAM ((HEAD
QUARTER)
SELANGOR LOT2, PERSIARAN TEKNOLOGI SUBANG, TAMAN
PERINDUSTRIAN SUBANG HI TECH, 40000 SHAH ALAM
JOHOR PLOT 75, JALAN CYBER 5, SENAI INDUSTRIAL ESTATE 3, 81400
SENAI JOHOR
SADOA BRANCH 99 MOO 2 KSNCHANAVANICH ROAD, TUMBON
SAMNAKKHAM,AMPUR SODAO, SONGKLA 90120 THAILAND
BANGKOK 1023/41 SOI PRIDIBANOMYONG 41, SUKHUMVIT 71 ROAD,
KLOGTONNUA WATTANA, BANGKOK
RAMA 2 ROAD 39/9 MOO 4 RAMA 2 ROIAD, SAMAEDAM, BANGKHUNTIEN,
SITE BANGKOK.

7
CARTA ORGNISASI

Struktur koparat organisasi

Group Managing
Director
Ybhg. Datuk Lim Lye
Huat

Group Operating Group Executive Group Finance


Officer Director Director
Mr. peter Hor Eng Mr. Tony Lim Chin Ybhg. Datin choong
Lim Hau Yet Foon

Cross Border
Group Managing
Logistics
Director
(specializing
Mr. Evylyn Lim
Malaysia – Thailand )

UFA Utara Virtual Air Service


EHU Global Logistic EH Total Logistic Sdn Bhd
Eh Utara (KL) Forwarding Agency
system Sdn Bhd Solution Sdn Bhd
Sdn Bhd

8
PERKHIDMATAN DISEDIAKAN

TRUCKING
CROSS
BORDER

AIR
PROJECT
CARGO FREIGHT
SERVICE
EH UTARA
SERVICES
CAPABILITIES

CUSTOMS SEA
FREIGHT
BROKERAGE SERVICE

Visi dan objektif organisasi


9
BUDAYA KERJA ORGANISASI

Kod Etika Organisasi


Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan kini berazam untuk mencapai
tahap negara maju menjelang 2020. Namun, adakah impian ini akan direalisasikan oleh
masyarakat Malaysia. Bagi mengukur tahap kemajuan sesebuah negara, budaya kerja
organisasinya diambil kira sebagai satu faktor penyumbang kepada pengrealisasiannya

Kod Etika EH Utara Holding Sdn Bhd tidak semata-mata memerlukan pematuhan terhadap
undang-undang. Ia merangkumi komitmen terhadap tingkah laku positif yang membina
kepercayaan, menggalakkan rasa hormat, dan menunjukkan integriti. Kami menghormati
komitmen kami, berkomunikasi secara terbuka, dan bertanggungjawab. Beroperasi dalam rangka
Kod Etika, EH Utara Holding mencipta dan mengekalkan nilai bagi pemegang kepentingannya.

10
 EH Utara Holding mengamalkan Budaya kerja birokratik berasaskan kepada konsep bahawa
organisasi boleh diurus dengan cekap menerusi kaedah pengurusan yang bersifat impersonal,
rasional, autoriti dan formaliti. Jawatan dalam organisasi adalah disusun mengikut hierarki
supaya tanggungjawab, penyeliaan, autoriti dan akauntabiliti jelas dan mudah diikuti.  Faktor
meritokrasi digunapakai dalam organisasi iaitu pengambilan pekerja, kenaikan pangkat dan
pemberian ganjaran diberi berdasarkan kebolehan dan prestasi kerja masing-masing.
i. Kepercayaan
Kita berkaitan dengan orang lain yang mempunyai operasi, ketelusan, dan
empati.
ii. Integriti
Kami meletakkan jujur, akauntabiliti, dan etika terlebih dahulu.
iii. Kecemerlangan
Kami menyampaikan kebaikan produk dan perkhidmatan kami, dengan
pelaksanaan segera dan sempurna.
iv. Inovasi
Kami sentiasa berusaha mengembangkan, memperbaiki dan secara berterusan
berkembang.
v. Menghormati
Kami sentiasa bersikap profesional dalam melaksanakan tugasan kerja
meskipun berurusan dengan kalangan yang berbilang bangsa dan saling
menghormati antara satu sama lain.

Kesimpulannya, pewujudan budaya di dalam sesuatu kelompok manusia, organisasi atau


masyarakat bermula daripada kelakuan yang sama dan berulang-ulang oleh anggota kumpulan
tersebut. Tabiat yang berulang-ulang ini akan menjadi sifat kumpulan atau masyarakat. Oleh itu,
penerapan budaya kerja yang cemerlang perlu dan penting kepada setiap ahli dalam organisasi
supaya dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti dalam perkhidmatan untuk organisasi. Jatuh
bangun sesebuah organisasi bergantung sepenuhnya kepada budaya kerja yang diamalkan sama
ada baik atau buruk bergantung kepada cara dan bagaimana pelaksanaannya dalam
merealisasikan hasrat negara untuk mencapai tahap negara maju menjelang 2020.  

11
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN ORGANISASI

Kelebihan

 Layanan yang diberikan oleh pekerja di syarikat ini amat baik dan tidal lokek dalam
memberi tunjuk ajar apabila diperlukan.

 Mereka memberi peluang kepada pelajar praktikal untuk menyertai segala


program/aktiviti/jamuan yang diadakan oleh syarikat.

Kelemahan

 Kurang menepati masa bekerja.

 Kemudahan tandas, pantri dan surau yang tidak konduksif kepada kakitangan pekerja.

12
3.0 HASIL PEMBELAJARAN

TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB

Jabatan forwarding

 Merekod system Malaysia custom declaration services (K8)

Sistem ini membolehkan syarikat menjalankan pengurusan perniagaan dengan berurusan


dengan pihak Kastam Diraja Malaysia. Salah satu pelanggan tetap organisasi yang sering
membuat tempahan servis penghantaran barang dari negara Thailand ke Singapore merentas
Negara Malaysia adalah syarikat Express transport organization (ETO). Syarikat ini telah
berurusan dengan syarikat EH Utara Holding sejak awal penubuhan syarikat ini lagi. Syarikat
ETO membuat tempahan buah buahan dan sayur sayuran, oleh itu kakitangan pekrtja yang
meneriam tempahan akan membuat invois untuk setiap tempaha trak lori yang akan digunakan.
Untuk membuat invois, data data seperti unit item, kod nama item dan kilogram item harus
direkod dengan tepat di dalam “program lama” syarikat. Selepas invois telah dibuat, data data di
dalam invois haruslah direkod di dalam program K8.

Data data yang diperlukan semasa merekod program K8 adalah seperti numbor plat
kenderaan lori, tarikh import, tarikh jangkaan tiba penghantaran, kod kastam setiap item, berat
kasar lori (berat bersih + kuantiti barang), number invois, nilai invois, tarikh invois, dan stesen
penghantaran barangan. Selepas itu, dokumen ini boleh dikemukakan di dalam pangkalan data
sistem K8. Dokumen yang telah dikemukakan hendaklah direspon untuk mendapat numbor
pendaftaran untuk dokumen dan trak daripada pihak Kastam Diraja Malaysia untuk urusan
memimport barangan masuk ke Jalaysia, jika terdapat kesalahan semasa proses merekod data,
dokumen yang telah dikemukakan akan menjadi error” dan tidak akan memperoleh number
pendaftaran.

 Menyediakan forwarding time slip.

Borang yang harus diisi setiap kali sesuatu dokumen dikeluarkan sebagai rujukan pejabat,
gudang dan juga pemandu trak.

 Menyediakan borang-borang untuk berurusan dengan pihak Kastam Malaysia.

13
Borong kelulusan import dan export kastam, borang pindaan dan batal dokumen, borang
kelulusan transit kenderaan. Selain itu di jabatan ini saya belajar menguruskan urusan
pentadbiran seperti, menerima dan membalas email bagi urusan pernigaan, membantu dalam
pengendalikan mesin pejabat seperti, membuat salinan photocopy, “scanner”, dan mesin fax.

Jabatan perkhidmatan dan servis pelanggan

 Congsiment note

Menggunakan Microsoft Excel untuk menyediakan borang congsiment note, merekod


keterangan item, pihak congsinee dan congsinor, number rujukan invois, number plat trak untuk
Malaysia dan Thailand dan tempat penghantaran barang, dan nilai invois yang terdapat di dalam
invois pelanggan dan juga job order. Borang congsiment note ini mempunyai empat salinan iaitu
kepada pelanggan, pejabat, jabatan akaun dan pemandu trak.

 Menyemak jadual harian penghantaran export dan import

Menyemak number plat kenderaan congsinee dan congsinor untuk mengetahui penghantaran
keluar masuk truk yang merentas sempadan negara daripada gudang adalah selari dengan rekod
harian jadual import dan export jabatan perkhidmatan dan servis pelanggan.

 Melakukan kerja urusan kerja pentadbiran.

Merekod borang export dan import yang telah diluluskan ke dalam buku log sheet K1dan K2,
menyusun borang “job order” mengikut susunan tarikh terkini dan congsiment note mengikut
number seri ke dalam file. Selain itu, menerima dan membuat panggilan kepada pelanggan
syarikat.

KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN

 Etika Kerja
Etika kerja seperti amanah, integriti, kecemerlangan dalam melakukan kerja,
menghormati orang lain dan sebagainya.

 Komunikasi profesional
Dari segi bercakap, menanggapi kedua-dua di luar tempat kerja, berurusan dengan
pelanggan dan lain-lain
14
 Dapatkan persekitaran kerja sebenar
Cara berurusan dengan pelanggan sebagai pembeli di dalam atau di luar negara.

 Pendedahan kepada proses perniagaan secara export dan import yang sebenar
Bagaimana proses yang harus dilalui sesebuah syarikat untuk menguruskan pembelian
dan penjualan secara antarabangsa seperti export dan import di mana mereka harus
melantik syarikat EH Utara Sdn Bhd sebagai agent mereka dan menyediakn dokumen
yang diperlukan seperti surat persutujuan rasmi syarikat, bil utiliti syarikat, alamat
terbaru syarikat, jenis pendaftaran perniagaan dan mengisi borang lampiran D.
Membuat pesanan pembelian, mengedalikan isu-isu seperti penghantaran lambat dan
kerosakan barangdan dll, membalas e-mel, menerima dan membuat panggilan.

 Kemahiran komputer yang bertambah baik


Menggunakan Sistem E-declare seperti K8, e-mel, Program lama, Microsoft outlook ,
Microsoft excel, dll.

 Kepelbagaian budaya
Dari segi menghargai perbezaan dalam individu.

PENCAPAIAN OBJEKTIF

 Mendapat pengalaman membuat perkerjaan yang luar dari bidang pembelajaran yang
menyeronokan.

 Menghubungkaitkan pengalaman di tempat kerja dengan ilmu yang dipelajari di


Universiti.

 Mengaplikasikan teori dan pengetahuan akademik yang dipelajari di tempat kerja


dibawah penyeliaan.

 Menambah baik kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan.

 Menimba pengalaman dan pengetahuan yang boleh dimanfaatkan untuk memilih


pekerjaan yang sesuai selepas tamat pengajian kelak.
15
KELEBIHAN LATIHAN INDUSTRI
 Dapatkan pengalaman yang berguna.

Dengan menjalani Latihan Industri ini, pelajar dapat mengalami rasa manis dari persekitaran
kerja serta memperoleh pengetahuan yang tidak dapat diperoleh dari institusi tersebut. Pelajar
juga boleh mendapat pengetahuan dan pengalaman dan kerja yang belum pernah dilakukan
sebelum ini.

 Bagaimana masalah boleh diselesaikan.

Murid-murid akan mengetahui bagaimana masalah perniagaan diselesaikan oleh syarikat.


Latihan industri juga akan meningkatkan kemahiran peribadi termasuk kemahiran persembahan.
Latihan industri akan mentransformasi pelajar kepada seorang pekerja. Jika pelajar itu
mempunyai kredibiliti, syarikat itu boleh memberikan surat tawaran kepada pelajar. Ia juga
membantu para pelajar untuk menyambung antara apa yang mereka lakukan di kolej dan apa
yang ada di dalam industri.

CABARAN

 Perkembangan teknologi.
Pelajar perlu didedahkan kepada perkembangan teknologi terkini seperti pengetahuan
teknologi maklumat untuk meningkatkan kecekapan dan meningkatkan daya saing
organisasi.

 Ketidakpadanan kemahiran pekerja dengan keperluan pekerjaan,


Pelajar latihan industri tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi seperti pekerja yang
mahir.
4.0 KESIMPULAN

REFLEKSI KENDIRI
16
Latihan Industri ini dapat membina kemahiran profesional dan praktikal pelajar, malah
menggalakkan untuk menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui teori dan
konsep pembelajaran ke dalam persekitaran kerja sebenar. Pelajar ditempatkan bersama majikan
untuk bekerja dan mendapatkan pengalaman kerja di bawah bimbingan industri dan penyeliaan
akademik, secara amnya selama empat bulan di seluruh universiti. Sebagai pelajar praktikal
syarikat ini, saya juga mendapat lebih banyak pengalaman dalam menangani dengan pembekal.
Ini juga meningkatkan keyakinan diri saya untuk berkomunikasi dengan orang luar atau orang
dalam. Saya juga belajar cara meminta sebut harga, menghubungi vendor dan lain-lain. Latihan
perindustrian memberikan pelajar pengalaman yang sangat baik dalam persekitaran kerja
sebenar.

PERSEDIAAN MASA HADAPAN

Latihan Industri ini membuatkan pelajar untuk lebih yakin dalam segala perkara
berbekalkan pengalaman kerja dan setiap pengalaman tersebut akan berguna dalam dunia
sebenar pekerjaan yang akan datang. Pelajar juga perlu mengamalkan sikap keterbukaan dan
belajar menerima komen atau pendapat orang lain kerana sikap itu menggalakkan dan
membolehkan pelajar untuk memperbaiki kaedah untuk memastikan kualiti kerja dan kualiti
disediakan.

Selain itu, pelajar boleh meningkatkan lagi kemahiran komputer seperti Microsoft Excel,
Microsoft Word dan Microsoft Power Point kerana kemahiran-kemahiran ini sangat penting dan
kerap digunakan dalam urusan harian. Seterusnya, pelajar juga boleh belajar atau
memperkukuhkan lagi bahasa seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Akhir sekali, pelajar
boleh menyertai kursus-kursus professional yang boleh menjadi nilai tambah pada masa akan
datang.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

17
 Organisasi perlu menyediakan kemudahan yang kondusif dan selamat seperti tempat
beribadah yang selesa kepada pekerja meskipun mempunyai ramai perkerja yang
berbilang bangsa.

 Organisasi menyediakan kesimbangan hidup dan kerja dengan menyamaratkan hari cuti
kepada perkeja walaupun berlainan jabatan atau menambah gaji pekerja sesuai dengan
kerja yang dilalukan.

 Mewujudkan satu rangka kerja atau jadual tugasan bagi semua kakitangan dan pelajar
praktikal supaya segala tugasan yang perlu dilakukan dapat diselaraskan mengikut masa
dan bilangan tenaga kerja yang dilakukan.

 Harus mengimplementasikan sikap tepati masa seperti masa kedatangan, mesyuarat dan
sebagainya.

 Untuk mendapatkan pekerja yang berkesan dan cekap, organisasi perlu mengatur
program latihan dan pembangunan yang sesuai.

 Organisasi harus menyediakan pampasan secara langsung atau tidak langsung kepada
kakitangannya.

 Penilaian prestasi berkala dan memberi pengiktirafan serta ganjaran kepada pekerja yang
berkelayakan adalah untuk terus memotivasikan mereka.

 Latihan yang betul diperlukan untuk memastikan prestasi kakitangan yang cekap.

18

You might also like