You are on page 1of 7

1.

RINGKASAN EKSEKUTIF

Kesan pancaran matahari, hujan, embun dan pencemaran alam sekitar adalah factor semula
jadi yang menyebabkan kereta kotor dan tidak berseri. Tetapi, bagi mereka yang mengambil berat
terhadap kereta dan rajin membasuh sendiri, warna kereta mereka akan sentiasa menawan,
walaupun sudah berusia lima hingga 10 tahun. Malah, usaha mereka pasti tidak sia-sia kerana
kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual
semula.Sesetengah pemilik kereta memang malas atau tidak ada masa untuk membasuh kereta.

Oleh yang demikian, saya ingin memulakan perniagaan mencuci kereta (Car wash) ataupun
perniagaan pencucian atau penjagaan kereta. Perniagaan pencucian dan penjagaan kereta ini
merangkumi perkhidmatan mencuci bahagian luar kenderaan, mencuci bahagian dalam kereta,
mencuci bahagian enjin kenderaan, menggilap kereta, membasuh kerusi dan permaidani
kenderaan dan perkhidmatan undercoat. Perniagaan car wash ini dikenali sebagai Super Car
Wash yang didaftarkan atas nama persendirian. Perniagaan Super Car Wash ini tidak
memerlukan anda menunggu dan beratur di premis kami kerana kami akan datang mencuci
kereta anda dan anda boleh membuat tempahan melalui aplikasi Facebook, Whatsapp serta di
Blog kami. Apa tunggu lagi, hubungi kami dan datang di premis kami untuk mencuba
perkhidmatan super daripada kami.

2. PASARAN SASARAN

Premis perniagaan perkhidmatan Super Car Wash ini beroperasi di kawasan perindustrian
Gong Badak Kuala Terengganu. Di kawasan ini terdapat pelbagai perindustrian sama ada
perindustrian ringan dan berat. Selain itu, kawasan ini juga berdekatan dengan Universiti seperti
UMT dan Unisza. Tujuan utama kami memilih kawasan Gong Badak ini ialah kerana kawasan ini
dimonopoli oleh pelajar pelajar kampus UMT dan Unisza serta masyarakat kampung yang
mempunyai kenderaan sendiri sama ada kenderaan ringan dan berat. Selain daripada pelajar-
pelajar, kawasan ini juga dipenuhi oleh pekerja-pekerja kilang perindustrian di sekitar premis
kami. Seterusnya, kami juga menawarkan perkhidmatan Car Wash bergerak di kawasan sekitar
Gong Badak. Hal ini akan memudahkan lagi pelajar-pelajar dan pekerja di kawasan berkenaan
mendapatkan perkhidmatan kami. Tambahan lagi, kami juga menawarkan harga yang rendah
dan berpatutan bersesuaian dengan kos sara hidup di kawasan tersebut.
3. TREND DAN SAIZ PASARAN

3.1 Trend Pasaran

Dalam menentukan tren pasaran untuk memasarkan perkhidmatan mencuci kenderaan ini,
pemilik premis telah memberi tumpuan di sekitar Gong Badak Kuala Terengganu pada
permulaanya. Setelah perniagaan ini mencapai peringkat yang lebih stabil, pemilik premis akan
mengembangkan skop pasaran yang lebih luas dan bercadang untuk membuka cawangan baru
di lokasi yang berlainan jika keadaan membenarkan premis berbuat demikian. Perniagaan ini
mempunyai masa depan yang cerah kerana ia selaras dengan keadaan ekonomi dan pemintaan
pengguna yang semakin meningkat.

Jangkaan permintaan dan tren permintaan yang memberangsangkan

Secara umumnya, permintaan terhadap premis ini iaitu pekhidmatan mencuci kenderaan
dijangka akan mengalami peningkatan. Keadaan ini selaras dengan perubahan zaman iaitu ramai
individu yang memiliki kenderaan sendiri kerana kebanyakan harga kenderaan masa kini dijual
dengan harga yang mampu milik selain daripada peningkatan harga gaji bulanan individu.

Perubahan demografi penduduk

Dengan bertambahnya saiz penduduk dan lebih ramai penduduk yang mempunyai
kenderan pada zaman sekarang, maka bertambahlah permintaan keatas perkhidmatan mencuci
kenderaan yang pastinya dapat memuaskan hati pelanggan yang menggunakan perkhidmatan
premis ini. Oleh itu, perniagaan ini amat berpotensi untuk dikembangkan.

Keadaan ekonomi yang baik dan berkemampuan setiap individu

Harga perkhidmatan mencuci kenderaan yang kami tawarkan adalah berpatutan dan para
pelanggan berkeupayaan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Di samping itu, premis ini
juga terpaksa bertukar-tukar maklumat dan mendapatkan informasi terkini seperti majalah-
majalah perusahawanan dan buku-buku mengenai perniagaan mencuci kenderaan terkini
sebagai panduan kepada premis untuk melaksanakan perkhidmatan yang dapat memuaskan hati
pelanggan.
3.2 Saiz Pasaran

Perniagaan perkhidmatan Super Car Wash Sdn. Bhd.:

Pasaran sasaran sekitar 20 km persegi dari lokasi perniagaan. Tiga kumpulan pembeli utama :

1. Penduduk sekitar kawasan perniagaan


2. Pekerja kilang perindustrian
3. Pelajar Universiti

Hasil kajian:

 Penduduk = Pendapatan RM 3000 sebulan


 Pekerja kilang perindustrian = Pendapatan RM 3000
 Pelajar Universiti = Pendapatan RM 2000

Berdasarkan saiz pasaran, jika 12 bulan (1 tahun)

= (RM 3000 + RM 3000 + RM 2000) x 12

= RM96000.00

Saiz Pasaran = RM96000.00 (ambil kira cuti semester)


4. PERTUMBUHAN PASARAN

Ketika ini perniagaan mencuci kenderaan sedang berkembang di seluruh Malaysia. Hal ini
berlaku disebabkan peningkatan jumlah pengguna kenderaan. Bagi kebanyakan kita yang sibuk
dengan rutin harian, mencuci kenderaan peribadi merupakan suatu perkara yang remeh kerana
kita tidak banyak masa lapang untuk melakukannya. Kebanyakan daripada kita lebih suka
menggunakan khidmat mencuci kereta. Maka tidak hairanlah perniagaan ini masih mempunyai
prospek yang cerah. Dengan kesesuaian tempat perniagaan ianya mampu memberikan
keuntungan kepada perusaha Car Wash ini sebagai contoh di kawasan perindustrian, kawasan
bandar, pinggir bandar dan kawasan yang lebih ramai penduduk. Mengikut Jabatan Sumber
Manusia Malaysia, kadar pengangguran tahun 2017 adalah 30% rakyat Malaysia yang tidak
mempunyai perkerjaan. Melalui perniagaan ini, dapat memberikan peluang perniagaan kepada
masyarakat setempat dan meningkatkan lagi ekonomi di sesuatu tempat berkenaan. Mengikut
laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, terdapat 10,000 syarikat Car Wash yang berdaftar di
seluruh Malaysia dan jumlahnya terus meningkat setiap tahun. Jadi, tidak hairanlah perniagaan
Car Wash ini merupakan salah satu penyumbang ekonomi di Malaysia kerana pada zaman ini
terdapat banyak premis-premis kecil ataupun yang besar kian tumbuh di seluruh Malaysia.
Dengan ini persaingan antara syarikat car wash dengan car wash yang lain juga terus meningkat.

5. ANALISIS KEKUATAN, KELEMAHAN, ANCAMAN DAN PELUANG PERNIAGAAN


5.1 Kekuatan
1. Dari segi kemudahan dan keperluan barang yang mencukupi, senang diperoleh dan
berkualiti.
2. Menyediakan perkhidmatan yang terbaik di samping lokasi yang mudah kelihatan oleh
pelanggan.
3. Mempunyai pekerja yang berpengalaman dan berkebolehan dalam perkhidmatan yang
diberi disamping masa menunggu yang singkat.
4. Memberikan keselesaan tempat menunggu bagi pelanggan yang menunggu kereta
mereka dibasuh dengan majalah, surat khabar, kipas angin, televisyen dan kerusi.
5. Kecepatan dan kualiti pencucian kereta dijamin mampu memberi kepuasan kepada
pelanggan.
6. Menyediakan perkhidmatan bergerak melalui pengiklanan yang dilakukan oleh pihak kami
di laman blog, Facebook dan laman social yang lain.
5.2 Kelemahan

1. Perniagaan Super Car Wash ini kurang diketahui oleh pengguna kerana ianya adalah
premis mencuci kereta yang baru dibuka.
2. Penyelengaraan air buangan yang sukar kerana sistem parit di kawasan itu yang padat.
3. Tempat parking yang terhad menyukarkan pelanggan untuk meletakkan kereta di
kawasan premis.
4. Kekurangan tenaga kerja
5. Kawasan kerja pencucian terdedah dengan hujan dan panas.
6. Sukar mendapatkan bantuan kewangan.
7. Kurang jaringan sesama usahawan.

5.3 Peluang

1. Kewujudan pusat pengajian di kawasan berkenaan seperti Unisza, Umt dan lain-lain dapat
memberikan kelebihan kepada jumlah pelanggan Super Car Wash kami.
2. Gong Badak, Terengganu mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di negeri
Terengganu.
3. Kawasan premis terletak di jalan utama di antara Terengganu dan Kelantan dan jalan di
kawasan itu dipenuhi dengan kenderaan serta merupakan jalan yang sibuk dan sesat.
4. Perniagaan Car Wash di sambut baik di kawasan berkenaan kerana terdapat banyak
premis-premis yang lain di kawasan tersebut.
5. Premis Super Car Wash terletak di kawasan yang terdapat Masjid, kedai serta pasar raya.
6. Dapat memberikan peluang perkerjaan kepada masyarakat setempat dan memberikan
peluang kerja sambilan kepada pelajar di kawasan berkenaan.

5.4 Ancaman

1. Wujudnya persaingan yang kuat di antara Car Wash yang lain di kawasan berkenaan.
2. Kerenah birokrasi untuk mendapatkan pinjaman atau bantuan kewangan
3. Kenaikan harga minyak memberi kesan kepada perbelanjaan mengurus syarikat. Kos
penghantaran produk dijangka meningkat
4. Kesukaran pendapat kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan
pada peringkat permulaan.
6. PERSAINGAN

Di antara pesaing tersebut ialah :

BIL NAMA PERNIAGAAN KEKUATAN KELEMAHAN

1 Abah Car Wash Mempunyai peralatan yang canggih Kekurangan perkerja

2 Pokwan Car Wash Mempunyai pekerja yang ramai dan Harga yang tidak
kecepatan dalam melakukan proses berpatutan dan kualiti kerja
mencuci yang kurang

3 Spa Car Wash Premis yang menarik dan cantik Tidak mempunyai
peralatan yang mencukupi
dan perkerja yang kurang
mahir

7. SYER PASARAN

Setelah mengambil kira kekuatan dan kelemahan pesaing, maka dianggarkan pecahan syer
pasaran antara pesaing dan “Super Car Wash” adalah seperti berikut :

BIL NAMA PERNIAGAAN SYER PASARAN JUALAN SEBULAN (RM)

1. Super Car Wash’ 10 % RM 9600.00

2. Abah Car Wash 20 % RM 19200.00

3 Pokwan Car Wash 15 % RM 14400.00

4 Spa Car Wash 12 % RM 11520.00


8. RAMALAN JUALAN

Saiz Pasaran = RM96,000.00

Syer Pasaran Super Car Wash = 10%

Ramalan Jualan Purata Bulanan = (10% x RM96000)/12

= RM 115,200.00

You might also like