You are on page 1of 5

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

SEKTOR PEMBELAJARAN

UNIT TVET

MODUL LATIHAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID 19

SENARAI NAMA JURULATIH UTAMA MATA PELAJARAN

PRINSIP PERAKAUNAN NEGERI JOHOR 2020

BIL NAMA PEJABAT/SEKOLAH


ENCIK SAHIBUL BAHRIN BIN AHMAD
1 PENOLONG PENGARAH TVET
PENYELIA MATA PELAJARAN
TUAN HAJI ROSLAN ATAN
2 PENGERUSI PANEL PERUNDING MATA PPD MUAR
PELAJARAN (PPMP)
3 ENCIK ABDUL GHAFFAR BIN ABU BAKAR SMK LKTP BELITONG, KLUANG
4 PUAN RASHIDAH BINTI YUNOS SMK SERI KUKUP PONTIAN
SMK TAMAN MOUNT AUSTIN,
5 PUAN WANTI BINTI MASROM
PASIR GUDANG
6 CIK NG PECK CHIN SMK KAHANG, KLUANG
7 PUAN ISWANI BINTI MOHD SANIP SMK SERI PINANG KULAI
8 PUAN SHAHIDA BINTI SHAHAR SMK SERI BALI, SEGAMAT
SMK DATO SYED ESA, BATU
9 TUAN HAJI NORMAN BIN NAIM
PAHAT
SMK TMN MUTIARA RINI 2
10 ENCIK MD AZHAN BIN MD NASIR
JOHOR BAHRU
11 PUAN GOH SIEW KHIM SMK MERSING, MERSING
12 PUAN MYZATUL AKMAM BINTI HAMSATON SMK ADELA, KOTA TINGGI
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

SOALAN OBJEKTIF

1. Peringkat terakhir dalam kitaran perakaunan ialah ...

A catatan penutupan. C penyediaan penyata kewangan.


B pengeposan ke lejar. D catatan dalam buku catatan pertama.

2. Penyata kewangan terdiri daripada


I Jurnal
II Buku Tunai
III Penyata Kedudukan Kewangan
IV Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

3. Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu peringkat dalam kitaran perakaunan.

Baki-baki akaun daripada lejar disenaraikan di lajur debit dan lajur kredit

Apakah peringkat tersebut?

A Pelarasan
B Catatan penutupan
C Pengeposan ke lejar
D Penyediaan imbangan duga

4. Maklumat di bawah ini merujuk kepada fungsi suatu badan perakaunan

 Ditubuhkan pada tahun 1960 di bawah


seksyen 3 Akta Akauntan 1967
 Mempromosi dan mempopularkan
profesion perakaunan

A Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)


B Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)
C Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)
D Institut Akauntan Malaysia (MIA)

5. Siapakah yang menjadi pengguna dalaman penyata kewangan?

A Pihak pengurusan
B Agensi kerajaan
C Pelabur
D Bank
6. Pernyataan yang manakah menerangkan fungsi dan kuasa badan perakaunan di atas?
I Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada.
II Mengenakan peraturan atas amalan professional perakaunan.
III Menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi ahli.
IV Melatih dan melahirkan akauntan bertauliah.

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

7. Pada tahun 2007, Perniagaan Mesra telah membeli sebidang tanah pada harga RM85000.
Pada tahun 2014, harga pasaran tanah tersebut telah meningkat kepada RM120 000.
Berapakah nilai tanah yang direkodkan dalam Penyata Kewangan 2014?

A RM 35 000 C RM 120 000


B RM 85 000 D RM 205 000

8. Peniaga Suhaida telah membayar yuran tuisyen anaknya dengan wang perniagaan dan
mencatatkan urus niaga tersebut sebagai belanja perniagaan.
Apakah konsep perakaunan yang tidak diamalkan?

A Ketekalan C Wang sebagai ukuran


B Entiti berasingan D Kos manfaat

9. Situasi berikut berkaitan dengan suatu prinsip perakaunan :

Komisen yang masih belum terima pada akhir tempoh perakaunan


perlu diselaraskan dalam Akaun Komisen sebelum untung bersih
dapat ditentukan.

Berpandukan situasi di atas, apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?

A Ketekalan C Entiti berasingan


B Prinsip kos D Pengiktirafan hasil dan belanja

10. Pernyataan manakah yang merupakan ciri milikan tunggal?

A Liabiliti terhad
B Modal disumbangkan oleh pemilik perniagaan
C Diuruskan oleh pekongsi aktif
D Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965
SOALAN STRUKTUR

1. Encik Amran menjalankan perniagaan menjual alatan sukan sejak empat tahun yang lalu.
Merujuk kepada situasi di bawah, nyatakan andaian dan prinsip perakaunan yang diamalkan
oleh beliau.

Andaian dan Prinsip Dalam


Situasi
Perakaunan

Perniagaan Encik Amran akan terus beroperasi untuk


a)
suatu tempoh masa yang tidak terbatas.

Sewa terdahulu dan faedah terakru diambilkira untuk


b) menentukan keuntungan bagi sesuatu tempoh
perakaunan.
Semua aset bukan semasa yang dibeli oleh Encik
c) Amran untuk kegunaan syarikatnya direkodkan pada
nilai kos belian dan bukan pada harga pasaran.

Premium insurans peribadi Encik Amran tidak direkod


d)
dalam buku perakaunan perniagaannya.

Laporan kewangan perniagaan Encik Amran dibuat bagi


e)
tempoh 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015.

Encik Amran membeli sebidang tanah dengan harga


f)
RM 200 000 untuk menjalankan perniagaannya.

Perniagaan Encik Amran mengamalkan kaedah


g)
merekodkan butiran dalam akaun secara konsisten.

2. Lengkapkan jadual tempoh perakaunan di bawah.

Tempoh Perakaunan Bermula Berakhir

a) Setahun 1 April 2014

b) Setengah tahun 30 November 2015

c) Setengah tahun 1 Januari 2014

d) Setahun 31 Julai 2014

e) Setahun 1 November 2013


Soalan 3
Nyatakan andaian atau prinsip perakaunan yang terlibat.

BIL PERNYATAAN ANDAIAN DAN


PRINSIP DALAM
PERAKAUNAN
Penyata kewangan Intan Enterprise disediakan berdasarkan
semua urus niaga yang berlaku daripada 1 Mac 2018 sehingga
a
28 Februari 2019

Aset Syarikat Lee direkodkan pada harga kos walaupun harga


b pasaran telah berubah

Khairi telah merekodkan bayaran sewa peribadi dengan


menggunakan tunai perniagaan ke dalam Akaun Ambilan Kedai
c
Khairie

Perkhidmatan membersih pejabat yang dibekalkan oleh Syarikat


d Bersinar dikenakan bayaran RM400

Semua hasil dipadankan dengan belanja dalam sesuatu tempoh


e perakaunan untuk mencari keuntungan bagi tempoh berkenaan.

Item perakaunan yang serupa direkodkan dengan kaedah yang


f sama pada setiap tempoh perakaunan.

Pembelian aset perniagaan direkodkan berdasarkan harga


g sebenar pembelian

Pemilik dan perniagaan merupakan dua pihak yang berasingan


h
Insurans nyawa peribadi yang dibayar oleh Encik Farid tidak
i direkodkan dalam buku perniagaan

Laporan kcwangan Pcrniagaan Chua disediakan bagi urus niaga


j yang berlaku dari 1 Jun 2018 hingga 31 Mei 2019

Aset bukan semasa Syarikat Tulus Berhad direkodkan pada


k harga kos dan bukan pada harga pasaran

l Akauntan enggan menerima cadangan untuk menukarkan


kaedah mengira susut nilai aset bukan semasa dengan tujuan
untuk mengurangkan keuntungan

m Untung atau rugi bersih tidak ditentukan oleh penerimaan atau


pembayaran wang dalam suatu tempoh perakaunan. Segala
hasil belum terima dan belum terperoleh, dan belanja prabayar
dan belum bayar harus diselaraskan untuk mendapatkan untung
atau rugi sebenar.

You might also like