You are on page 1of 9

Soalan 1

Berikut adalah butir-butir berhubung dengan operasi pengeluaran pen bagi sebuah syarikat
untuk 2 tahun yang lepas
Tahun

Volum

2005
2006

85,000 unit
92,000 unit

Kos
RM177,500
RM188,000

Hasil Jualan
RM212,500
RM230,000

Harga jualan seunit dan kos tetap adalah malar untuk tempoh 2 tahun. Kos berubah seunit
dijangka akan meningkat RM2.00 seunit pada tahun 2006.
Kirakan:(a) Kos tetap syarikat.
(b) Kos berubah seunit bagi tahun 2005
(c) Titik pulang modal dalam unit dan ringgit bagi kedua-dua tahun
(d) Berapakan unit yang patut dijual untuk mendapatkan untung sebanyak RM45,000
bagi tahun 2006
(e) Jika dalam tahun 2006 sebanyak 112,000 unit dijual, adakah syarikat mendapat
untung atau rugi.
(f) Jika syarikat bercadang memberi satu hadiah percuma dalam tahun 2006 yang
berharga RM0.10 bagi setiap pembelian, hitungkan keuntungannya.
(g) Jika harga jualan diturunkan 10%, volum jualan meningkat 5% bagi tahun 2007
berbanding 2006, berapakan keuntungannya.
(h) Apakah kaedah-kaedah untuk mengasingkan kos tetap dan kos berubah
(i) Nyatakan andaian-andaian TPM

Soalan 2

Syarikat Apa-apa Aje Bhd merancang untuk mengeluarkan sejenis item barangsiap Smart
pada tahun akan datang. Untuk mengeluarkan item ini, sebuah mesin baru telah dibeli pada
harga RM60,000. Ia dijangka dapat digunakan selama 5 tahun sehingga tidak mempunyai
sebarang nilai jualan.
Kos-kos untuk mengeluarkan item tersebut adalah dianggarkan seperti berikut:Bahan
RM3.20 seunit
Upah Langsung
RM4.60 seunit
Overhed Berubah
RM1.30 seunit
Syarikat telah menyewa sebuah bangunan kilang pada kadar RM800 sebulan. Selain daripada
kos-kos ini, kos dan belanja berikut juga akan berlaku:Gaji penyelia kilang
RM1,500 sebulan
Kadar bayaran kilang
RM 500 sebulan
Komisen jualan
RM0.50 seunit
Gaji pengurus kilang
RM1,800 sebulan
Belanja Utiliti
RM100 sebulan
Smart ini dijangka akan dapat dijual pada harga RM18.00 seunit
Kirakan:(a) Volum yang patut dikeluarkan sebulan untuk mendapatkan pulang modal.
(b) Jumlah unit yang patut dikeluarkan untuk mendapat untung sebanyak RM120,000
setahun.
(c) Syarikat juga merancang untuk mengadakan satu kempen pengiklanan untuk
meningkatkan volum jualan. Kempen ini dijangka akan memakan belanja
sebanyak RM5,000 setahun. Kirakan volum yang patut dijual sebulan untuk
pulang modal dalam situasi baru ini.
(d) Untuk menggalakkan jualan smart ini,syarikat merancang untuk memberi seketul
sabun mandi yang berharga RM0.50 yang diberi secara percuma. Kirakan volum
yang patut dijual untuk mendapat keuntungan sebanyak RM120,000 setahun.
(e) Jika volum dalam (d) di atas digunakan dibawah kempen iklan, berapakah
keuntungannya setahun.
(f) Nyatakan faktor-faktor penghad dalam ananisis volum untung
Soalan 3
Syarikat KVP Sdn Bhd mengeluarkan produk KIVI. Pada tahun lepas syarikat telah
menjual 25,000 unit. Keputusan operasi tahun lepas adalah seperti berikut:RM

RM

Jualan
Kos berubah
Kos tetap
Pendapatan sebelum cukai
Cukai pendapatan (40%)
Pendapatan bersih

625,000
375,000
150,000
525,000
---------------------------100,000
40,000
---------60,000
======

Dalam usaha untuk meningkatkan mutu,syarikat bercadang hendak menukar salah satu
daripada komponen barangannya. Harga komponen baru ialah RM4.50 seunit manakala yang
digunakan sekarang berharga RM2.50 seunit. Sebuah mesin baru juga dibeli dengan harga
RM18,000 untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran. Mesin itu boleh diguna selama 6
tahun dan tidak mempunyai nilai skrap. Kaedah susut niali garis lurus digunakan.
Anda dikehendaki:(a) Kirakan titik pulang modal dalam unit dan RM bagi tahun lepas?
(b) Berapa unitkah yang perlu dijual dalam tahun lalu jika keuntungan sebelum cukai
RM120,00 hendak dicapai. Nyatakan juga untung selepas cukai pada tingkat ini.
(c) Jika cadangan-cadangan tersebut dilaksanakan tanpa mengubah harga jualan.
Kirakan:(i)
Titik pulang modal yang baru
(ii)
Harga jualan seunit supaya nisbah margin caruman sama seperti tahun
lalu.
(iii)
Keberuntungan pada tingkat yang sama seperti tahun lalu.
(d) Berikan 2 kaedah untuk memecah kos kepada komponen tetap dan berubah.
(e) Nyatakan 4 kelemahan dalam pengiraan titik pulang modal

Soalan 4.
Syarikat LCF mengeluarkan 3 jenis keluaran yang dinamakan T1, T2 dan T3. Item-item ini
dikeluarkan mengikut nisbah campuran 5:3:2. Harga jualan dan kos untuk 3 item ini adalah
seperti berikut:
Harga jualan seunit
Nisbah jualan / untung

T1
RM4.00
30%

T2
RM5.00
40%

T3
RM6.00
25%

Selain daripada kos-kos di atas, kos-kos berikut juga dilakukan:Susutnilai


Gaji
Kadar bayaran
Belanja am
Pengiklanan
Sewa kilang

RM4,000 setahun
RM3,500 setahun
RM1,500 setahun
RM1,000 setahun
RM2,000 setahun
RM3,000 setahun

Kirakan :(a) Jumlah unit yang patut dikeluarkan setiap tahun untuk pulang modal.
(b) Untung atau rugi yang diperolehi jika 20,000 unit sahaja dapat dikeluarkan.
(c) Jumlah unit yang patut dikeluarkan untuk mendapatkan untung sebanyak RM50,000
setahun. Jika syarikat hanya beroperasi 25 hari dalam sebulan, berapakan purata
keluaran seharinya.
(d) Jika nisbah campuran diubah kepada 4:4:2 dan harga jualan bagi setiap item
ditingkatkan 10%.
(i) Hitungkan titik pulang modal yang baru.
(ii) Berapakah jumlah yang perlu dijual untuk mendapatkan untung seperti
di atas.
(e) Jika kos pengiklanan dibatalkan dan digantikan dengan komisen jualan sebanyak 10
% purata harga jualan. Hitungkan titik pulang modal yang baru dan untung jika
pengeluarnnya 40,000 unit setahun.
(f) Nyatakan kaedah-kaedah untuk mengasingkan kos kepada komponen berubah dan
komponen tetap.

Soalan 5
Syarikar Supersmooth telah mengeluarkan 2 model pen iaitu Standard dan Deluxe.
Maklumat berikut telah diperolehi:Standard
Jualan
Bahan Mentah
Buruh Langsung
Kos Operasi Mesin
Sewa dan Insuran

Deluxe
60,000

30,000

8,000
3,600
20,000
18,000
12,000
3,400
12,400 52,400
5,580 30,580
-----------------------------------------------------------

7,600
========

(580)
=========

Siasatan seterusnya mendapati bahawa:(a) Sewa dan insuran merupakan kos tetap yang diumpukkan antara keluaran atas asas
jumlah bahan mentah dikehendaki oleh setiap keluaran.
(b) Semua kos dan hasil adalah berhubung secara langsung dengan keluaran berkenaan.
(c) Syarikat telah menjual 5,000 unit Standard dan 2,000 unit Deluxe. Tiada stok
yang disimpan bagi kedua-dua keluaran.
(d) Syarikat telah menggunakan 8,000 jam mesin untuk menghasilkan :Standard dan
1,000 jam mesin untuk menghasilkan Deluxe. Maksima jam mesin yang boleh
digunakan ialah 10,000 jam mesin setiap tahun.
(e) Permintaan tahun hadapan yang dijangkakan ialah 7,000 unit Standard dan 3,200
unit Deluxe
Dikehendaki :(1) Kirakan titik pulang modal dalam unit dan RM untuk setiap model
berdasarkan maklumat tahun lepas. Andaikan syarikat hanya mengeluarkan
sejenis model sahaja.
(2) Kirakan untung atau rugi sekiranya semua kapasiti digunakan untuk
mengeluarkan hanya Standard
(3) Kirakan kombinasi keluaran untuk memaksimakan untung syarikat dengan
mengambil kira kapasiti terhad.
(4) Jika jam mesin setahun ditingkatkan kepada 12,000 jam. Berapakah untung
bagi kombinasi keluaran
STPM 1982
Syarikat Cili Lazat Bhd mengeluarkan sos cili berkualiti tinggi untuk dieksport. Pengarah
Urusan Syarikat ini telah meminta bantuan anda untuk menyediakan satu rancangan
pengeluaran dan jualan bagi tahun 1983 dengan menunjukkan tiga pilihan pengeluaran dan
jualan seperti berikut:200,000 kotak, 300,000 kotak 450,000 kotak
Soos cili dikelurakan dalam kotak standard yang mengandungi 50 botol tiap-tiap satu kotak
dan data yang berkaitan dengan kos dan jualan pada tahun lepas adalah seperti berikut:Keluaran dan jualan
250,000 kotak
Harga jualan
RM75.00 sekotak
Kos pengeluaran :
Bahan mentah

RM6,310,000

Buruh langsung
Overhed berubah
Overhed tetap
Belanja pentadbiran

RM3,710,000
RM1,750,000
RM1,720,000 setahun
RM2,800,000 setahun

Selisihan yang berlaku ke atas aktiviti pada tahun lepas adalah seperti berikut:Selisihan bahan mentah
RM60,000 negetif
Selisihan buruh langsung
RM40,000 positif
Selisiha overhed
tiada
Dikehendaki:(a) Bentangkan satu perancangan dalam bentuk pernyataan bandingan mengikut tingkat
aktiviti termasuk kedudukan tingkat aktiviti pada tahun sebelumnya.
(b) Berapakah jumlah minimum (kotak) yang perlu dikeluarkan dan dijual pada tiap-tiap
bulan supaya syarikat ini terus menjalankan operasinya?
(c) Memandangkan keadaan ekonomi yang merosot dan wujudnya persaingan yang
hebat, Pengarah Urusan menjangka perniagaan akan merosot untuk dua bulan yang
akan datang. Ia sanggup menanggung kerugian bulanan sebanyak RM20,000.
Berapakah jumlah kotak yang patut dikeluarkan dan dijual pada tiap-tiap bulan dalam
keadaan demikian?
(d) Pilihan lain bagi syarikat ini ialah untuk menurunkan harga sebanyak 20%. Ini
dijangka akan menaikkan jualan sehingga 35%. Komen pilihan ini.
(e) Pilihan akhir ialah untuk menggiatkan aktiviti pengiklanan dan galakan jualan.
Anggaran kos pengiklanan dan galakan jualan pada tahunhadapan ialah RM50,000.
Berapakah tambahan jualan yang diperlukan untuk menampung kos ini jika objektif
syarikat ini ialah untuk mengekalkan tingkat keuntungan seperti tahun lepas.
STPM 1983
Syarikat Markasa Berhad mengkhusus dalam pengeluaran minuman sirap yang diperbuat
daripada buah markisa yang dijual dalam botol bersaiz standard pada harga RM2.50 sebotol.
Kos perkilangan standard syarikat ini adalah seperti berikut:Bahan
Buruh
Overhed berubah
Overhed tetap

RM0.90 per unit


RM0.50 per unit
RM0.20 per unit
RM120,000 setahun

Juml;ah pengeluaran semasa dan jualan semasa ialah 800,000 botol per tahun. Komisen
jualan sebanyak 15% daripada nilai jualan. Belanja pentadbiran ialah RM300,000 per tahun.
Pengarah Urusan ingin tahu kesan-kesan ke atas keberuntungan perniagaan yang dibawa oleh
beberapa pilihan tindakan. Tiap-tipa pilihan tindakan adalah bebas dan tidak berkait dengan
pilihan tindakan yang lain. Pilihan-pilihan tindakan iti adalah seperti berikut:-

(a) Dengan menaikkan harga jualan menjadi RM2.90 per botol, jumlah jualan
dianggarkan turun sebanyak 10%.
(b) Dengan menaikan harga jualan menjadi RM2.80 per botol dan menambahkan
komisen jualan menjkadi 20% , permintaan dijangka tidak berubah.
(c) Dengan menaikkan harga jualan menjadi RM3.00 per botol dan memulakan
rancangan galakan jualan dengan perbelanjaan sebanyak RM400,000 pada tahun
berikutnya. Permintaan dijangka akan menurun 5%.
(d) Dengan memasang tali bergerak ( line assembly belt) berharga RM500,000 di
sepanjang aliran pengeluaran untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran. Syarikat
akan menjimatkan kos buruh langsung dan kos overhed berubah sebanyak 30%
manakal bilangan unit yang dijual dan harga jualan tidak berubah. Tali bergerak itu
boleh digunakan selama 4 tahun.
(e) Dengan menurunkan harga jualan sebanyak 10%, permintaan dijangka akan naik
sebanyak 25% jika diikuti dengan aktiviti galakan jualan. Belanja aktiviti galakan
jualan ini dianggarkan sebanyak RM100,000 per tahun
Dikehendaki:Bentangkan kedudukan kewangan semasa syarikat ini dan bandingkan kedudukan kewangan
itu dengan tiap-tiap pilihan yang disebutkan di atas dalam satu format bagi membolehkan
Pengarah Urusan meneliti kesan kewangan daripada tiap-tiap pilihan di atas.

STPM 1991
Butir-butir berikut merujuk kepada operasi Syarikat NN Berhad bagi tahun berakhir 31
Disember 1990.
Tingkat jualan (unit)
Jumlah untung bersih
Harga jualan seunit

600,000
RM144,000
RM3.00

800,000
RM354,000
RM3.00

(a) Berasaskan butir-butir di atas dan denganmengandaikan bahawa kos tetap tidak berubah
dalam julat aktiviti itu. Hitungkan bagi tingkat aktiviti 750,000 unit.
(i) jumlah kos berubah perniagaan
(ii) jumlah caruman
(iii) jumlah untung bersih
(b) Andaikan struktur kos operasi Syarikat NN Berhad pada tahun 1991 seperti yang
berikut:Kos bahan mentah
RM0.80 seunit
Kos buruh langsung
RM0.65 seunit
Overhed perkilangan berubah
RM0.15 seunit

Overhed perkilangan tetap


Kos Pentadbiran berubah
Kos Pentadbiran tetap
Kos pemasaran dan pengedaran berubah (komisen)
Kos pemasaran dan pengedaran tetap
Harga jualan

RM0.35 seunit
RM0.10 seunit
RM0.25 seunit
RM0.35 seunit
RM0.16 seunit
RM3.00 seunit

(i) Sekiranya struktur kos dan hasil tidak berubah, hitung titik pulang modal dan untung
bersih pada tingkat keluaran dan jualan 700,000 unit.
(ii) Jika syarikat itu menaikkan harga jualan sebanyak 10% yang akan mengakibatkan
kuantiti jualan menurun sebanyak 5% daripada tingkat jualan semasa. Hitungkan titik pulang
modal dan untung bersih syarikat itu.
(iii) Syarikat boleh membeli mesin baru untuk menggantikan mesin lama. Ini akan
meningkatkan overhed perkilangan tetap sebanyak 20%, mengurangkan kos bahan mentah
sebanyak 10% dan mengurangkan overhed perkilangan berubah sebanyak 5%. Apakah
nasihat anda kepada pengurusan? Sokong pendapat anda dengan perhitungan.
(iv) Jelaskan 3 cara untuk menurunkan tingkat titik pulang modal sesebuah perniagaan
(v) Huraikan secara ringkas empat andaian penting dalam analisis titik pulang modal.
(vi) Bincangkan tiga penghadan dalam analisis pulang modal.

4. Syarikat Bunga Raya Berhad adalah pengeluar jus Bunga Raya. Maklumat berikut adalah
berhubung dengan operasinya bagi tahun 2006. Kapasiti pengeluaran yang digunakan adalah
pada tingkat 80%. Harga jualan seunit adalah RM12.00
Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2006
RM
RM
Jualan
720,000
Tolak : Kos Pengeluaran
300,000
------------Untung Kasar
420,000
Tolak :Belanja Jualan dan Pengagihan
72,000
Belanja Pentadbiran
120,000
Belanja Susut nilai
80,000
Pelbagai Overhed Perkilangan tetap 20,000
292,000
--------------------------------Untung Bersih
128,000
========
Maklumat tambahan:(1) Belanja Jualan dan Pengagihan adalah 10% daripada nilai jualan.
(2) Bagi tahun 2007, syarikat merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran
sebanyak 10%. Ia akan menyebabkan pelbagai overhed perkilangan meningkat 2 kali
ganda. Harga jualan seunit dikekalkan.
Sediakan :(a) Hitungkan titik pulang modal bagi tahun 2006 dan 2007 dalam unit dan ringgit.
[4]
(b) Berapakah harga jualan minimum seunit yang akan ditawarkan bagi tahun 2007
supaya untung bersih adalah sama seperti 2006
[3]
(c) Rancangan pengeluaran bagi tahun 2007 akan dilaksanakan sepenuhnya.
(i) Hitungkan keberuntungan tahun 2007
(ii) Mengekalkan kapasiti pengeluaran semasa. Berapakan harga yang perlu
dijual seunit supaya keuntungannya sama seperti (i) di atas.
(iii) Bagi memastikan semua keluaran dapat dijual, satu promosi iklan melalui
radio akan dilaksanakan dengan kos yang dijangkakan RM30,000.Berapakah
pula keberuntungannya.
[8]
(d) Syarikat bercadang untuk menukar gantikan mesin pengeluaran dengan yang baru.
Kos mesin baru ini adalah RM500,000 dan boleh digunakan selama 5 tahun. Kapasiti
penuh akan tercapai. Mesin yang lama akan dijual pada nilai buku. Beri pendapat
anda dengan menunjukkan perhitungan.
[4]
(e) Nyatakan 3 kaedah untuk memecah kos kepada komponen berubah dan tetap.
[3]
(f) Jelaskan 3 cara untuk meningkatkan titik pulang modal bagi sesebuag perniagaan.
[3]

You might also like