You are on page 1of 58

Selepas mempelajari bab ini, para

pelajar dapat:

1. Menyedari bahawa hubungan etnik tidak


dipengaruhi oleh unsur etnik semata-
mata tetapi unsur-unsur sosial yang lain
2. Menerangkan konsep kesepaduan sosial.
3. Memahami konsep akomodasi,
akulturasi, amalgamasi dan asimilasi
yang membentuk toleransi antara etnik.
Tumpuan modul kepada;
 Bentuk, tahap, tingkat intensiti
hubungan antara kumpulan etnik.
 Mempelajari, menganalisis serta
memahami negara dan masyarakat di
Malaysia.
 Hubungan individu dalam masyarakat
tidak hanya dipengaruhi oleh unsur-
unsur etnik; dipengaruhi juga oleh
unsur-unsur sosial yang lain seperti
kelas, status, agama, gender, bahasa,
kedudukan sosioekonomi, ideologi
politik dan wilayah.
Sebuah Negara, Dua Imaginasi
Sosiologikal: Antara
Perpaduan atau Kesepaduan
 DefinisiPerpaduan ialah satu proses
yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya
melalui ideologi negara supaya tiap-
tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta satu perasaan
kebangsaan bersama di kalangan
mereka.
 Perpaduan ialah KeSAMAan atau
keSATUan - 1 bangsa, 1 agama, 1
bahasa dan 1 negara.
Kesepaduan sosial boleh difahami
sebagai jalinan hubungan
kerjasama antara kaum dan
kelompok, berkongsi aktiviti budaya
dan pinjam meminjam unsur
budaya masing-masing.
Jalinan hubungan terjelma dalam
putaran ekonomi dan pasaran yang
menyebabkan saling
kebergantungan melalui kegiatan
ekonomi seharian.
1. Terdapat TIGA perspektif :
 Psikologi Sosial – rasa kesatuan
merentas pemisahan fizikal dan
psikologikal.
 Antropologi-sosiologi: aspek
epistemologi- ialah bagaimana manusia
mengurus abstrak dan nyata serta
perbezaan sosial sedia ada.
 Aspek Ontologi- mengurus dan
menyusun perbezaan untuk
mewujudkan keadaan aman dan stabil
bagi meraih kesenangan dan
kemewahan material.
2. Memahami ‘perpaduan ’ dalam konteks
cogan kata ‘perpaduan dalam
kepelbagaian’.
 ‘Perpaduan’ dalam konteks cogan kata
‘perpaduan dalam kepelbagaian’ itu masih
belum wujud dan merupakan suatu
cita-cita, idaman dan harapan yang
terus-menerus diperjuangkan.
 Perkara ini memerlukan kita membuat
suatu perubahan daripada yang
berpaksikan ‘perpaduan’ kepada yang
berpaksikan ‘kesepaduan’.
 Keadaan yang wujud dan terus-menerus
dinikmati oleh sebilangan besar anggota
masyarakat majmuk di dunia ialah
‘kesepaduan,’ iaitu, suatu fenomena sosial
yang dipacu oleh idaman mendalam
terhadap perpaduan yang seterusnya
mempengaruhi para anggota masyarakat
tersebut untuk merangka berbagai-bagai
ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai
prasyarat mencapai perpaduan.
 Himpunan usaha ini sering tanpa disedari telah
membawakan keamanan, keharmonian dan
kestabilan dalam masyarakat tetapi belum
membawakan perpaduan idaman.
 Himpunan usaha ini umumnya bersifat
fenemonologikal kerana berpaksikan prilaku,
bukan bersifat struktural yang berpaksikan
institusi.
 Oleh yang demikian, dalam konteks
pembentukan kesepaduan sosial sebagai
suatu fenemona praperpaduan, peranan
agensi bersifat 'takrifan harian' (everyday-
defined) jauh lebih penting dan berkesan
daripada struktur atau institusi yang bersifat
'takrifan autoriti' (authority- defined), kerana
setiap anggota masyarakat majmuk adalah
bebas untuk bertindak dan berprilaku
prokeamanan, prokeharmonian dan
antikeganasan demi survival diri, keluarga dan
kelompok sosialnya.
Contoh Takrifan
 Autoriti
 Cenderung bersifat tetap
 Contoh: Melayu-menganut agama Islam, bertutur
dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat resam
dan budaya Melayu

 Harian
 Takrifan masyarakat awam berbeza dalam
kehidupan seharian.
 Contoh: Melayu-sebahagian bertutur dalam bahasa
Inggeris. Mereka masih dipanggil Melayu.

Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap


takrifan harian oleh anggota masyarakat dan ia
menjadi pelekat sosial dalam konteks hubungan
etnik tanpa campur tangan daripada pihak negara.
 Oleh yang demikian, sekiranya timbul
sebarang konflik, pergeseran dan
pertelingkahan oleh kerana perbezaan
sosial yang sedia ada dalam sesebuah
masyarakat majmuk, para anggotanya
akan segera mencari jalan penyelesaian
melalui perundingan dalam pelbagai cara
dan bentuk.
Dinamika Hubungan Etnik
di Malaysia
1. Terdapat tiga era penting jika
diukur berdasarkan pola konflik,
keamanan dan kestabilan dalam
masyarakat iaitu:
 Era Konflik 1945-1960
 Era Stabil Tetapi Tegang 1961-1970
 Era Kesepaduan Sosial 1971- 2011
ERA KONFLIK (1945-1960)

 Masalah yang paling besar selepas Perang Dunia


Kedua tamat ialah konflik etnik antara etnik
Cina dengan Melayu yang tercetus daripada
tindakan satu pasukan anggota komunis
bernama Bintang Tiga.
 Mereka memburu etnik Melayu yang pernah
bersubahat dengan Jepun kerana mereka
menjadi anggota polis Jepun, atau Jookidam
selama 14 hari selepas tamatnya penaklukan
Jepun, pada 16 Ogos 1945, .
 Kesannya, timbul perasaan distant and
distrust antara kedua-dua kelompok etnik ini.
 Ketidakstabilan dan keadaan tidak aman
ini berlanjutan setelah kerajaan kolonial
British pada 1 April 1946 mengisytiharkan
Malayan Union sebagai kerajaan baharu selepas
perang di Malaya.
 Pembentukan Malayan Union melibatkan
penyerahan semua kuasa Raja-Raja Melayu
kecuali yang berkaitan dengan agama Islam,
kepada Mahkota British dan menjadikan
sebelas buah negeri di Malaya sebagai
sebuah British Crown Colony.
 Parti Melayu UMNO yang dibentuk pada 11
Mei 1946 berjaya memobilisasikan pelbagai
pertubuhan Melayu untuk menentang
penubuhan Malayan Union yang dilihat sebagai
lebih menguntungkan kaum bukan Melayu ketika
itu.
 Pada 31 Januari 1948, setelah Malayan Union
dibubarkan, melalui Perjanjian Persekutuan 1948,
wujud Persekutuan Tanah Melayu, dengan Pulau
Pinang dan Melaka dikategorikan sebagai British
Colonial Territories dan Negeri Melayu yang
sembilan itu dikategorikan sebagai Protectorates
kepada United Kingdom.
 Rusuhan dan mogok oleh pekerja-
pekerja ladang telah berlaku secara
besar-besaran di Malaya ketika itu.
 Penglibatan Bintang Tiga sebagai dalang
dalam rusuhan tersebut dan juga
tindakan ganas mereka membunuh tiga
orang pengurus ladang keturunan Eropah
di Sungai Siput pada 16 Ogos 1948
akhirnya telah menyebabkan pemerintah
kolonial British mengisytiharkan Darurat
pada 23 Julai 1948, yang hanya tamat 12
tahun kemudian iaitu pada 31 Julai 1960.
 Pemerintah kolonial British telah
berusaha meredakan ketegangan etnik
dan membina suatu badan perunding
yang boleh mengembalikan kesepaduan sosial
dalam kalangan tiga kelompok etnik di Malaya –
Melayu, Cina dan India.
 Badan perunding itu dikenali sebagai
Communities Liaison Committee (CLC).
 Badan ini ditubuhkan pada 1949 dan
dipertanggungjawabkan kepada Malcolm
MacDonald, Pesuruhjaya Agung British di
Asia Tenggara.
 Anggota CLC terdiri daripada ketua etnik
Melayu, Cina dan India.
 Idea dan konsep CLC ini dikatakan
mengasaskan perkongsian kuasa di Malaysia dan
mewujudkan konsep Perikatan sebagai suatu
institusi dan sebuah parti yang
menggabungkan parti politik Melayu, Cina dan
India.
 Akhirnya, pada awal 1974 Perikatan dibesarkan
menjadi Barisan Nasional.
 Menggunakan konsep yang sama Pakatan Rakyat
ditubuhkan oleh beberapa parti pembangkang
di Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum 2008.
 Kesan daripada CLC telah mewujudkan konsep serta
kegiatan ‘ethnic bargaining,’ atau tolak ansur etnik.
 Prinsip ini juga telah menjadi kerangka perundingan
antara British dengan para pemimpin etnik dan ketua
parti politik Malaysia sebelum Merdeka termasuk
perundingan antara Tunku Abdul Rahman Putera dengan
Chin Peng, ketua Parti Komunis Malaya (PKM), di Baling
pada 1955 dalam usaha membolehkan anggota PKM
kembali ke dalam politik arus perdana.
 Pilihan Raya Umum pertama di Malaya pada 27 Julai
1955 sebenarnya telah merealisasikan cita-cita CLC
diwujudkan.
 Strategi perundingan etnik ini juga telah digunakan
semasa menggubal Perlembagaan Persekutuan, melalui
Jawatankuasa Reid.
 ‘Rencana pembangunan lima tahun’ yang pertama di
Malaya, iaitu, Draft Development Plan 1950-55 juga
terhasil daripada perundingan.
 Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957, waktu itu Malaya masih dalam Darurat, yang
hanya tamat pada 31 Julai 1960.
 Hal ini bermakna perintah berkurung dari
pukul 6 petang ke 6 pagi esoknya masih
berkuat kuasa ketika itu.
 Boleh dirumuskan bahawa Era Konflik 1945-1960 di
Malaya adalah sebenarnya era yang cukup kritikal
dari semua segi iaitu:
1. sistem pemerintahan
2. pengagihan kuasa
3. sistem perundangan
4. tadbir urus
5. penentuan hak-hak rakyat dalam sebuah sistem
demokrasi
Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)
 Perang Dingin masih terus terjadi dan hanya
berakhir pada 1989, kira-kira 30 tahun selepas
Malaya merdeka dan 26 tahun selepas
terbentuknya Malaysia.
 Malaya masih menghadapi ancaman keganasan
komunis yang mengorbankan nyawa, khususnya
di Sarawak.
 Malaysia dibentuk pada 16 September1963,
selepas satu perjanjian dibuat antara kerajaan
persekutuan dengan Sabah yang menjanjikan
autonomi kepada Sabah dalam 20 perkara dan
Sarawak dalam 18 perkara, seperti mereka
berhak mengurus sendiri hal imigresen.
 Idea/konsep Malaysia tidak diterima oleh
Indonesia, yang dipimpin Sukarno.
 Beliau menganggap Malaysia sebagai ‘neo-
colony’, iaitu sebuah koloni baharu, tetapi
dalam pemerintahan orang tempatan
sehingga Indonesia melancarkan
konfrontasi.
 Rusuhan etnik Melayu-Cina juga berlaku di
Singapura pada 21 Julai dan 3 September 1964
ketika Singapura masih dalam Malaysia.
 Akibatnya kira- kira 40 nyawa dilaporkan
terkorban dan ribuan lagi ditangkap.
 Rusuhan ini kemudiannya diikuti oleh satu
rusuhan lain yang lebih besar kali ini di Kuala
lumpur, iaitu, rusuhan etnik Melayu-Cina, pada
13 Mei 1969 dan di beberapa tempat lain.
 Data rasmi menyatakan bahawa rusuhan ini
telah mengorbankan kira-kira 250 nyawa, tetapi
laporan pemberita yang tidak ada bukti sahih
mendakwa bilangannya jauh lebih tinggi.
 Selepas 13 Mei 1969, pelbagai usaha untuk
mewujudkan kesepaduan sosial telah
dilaksanakan, seperti penubuhan Majlis
Perundingan Rakyat, Jabatan Perpaduan
Negara, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi
Baru (DEB).
 Semenjak Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975
(RMK2) dilancarkan,“perpaduan nasional”
menjadi sebahagian daripada idiom popular
dalam kehidupan rakyat Malaysia yang telah
disisip dalam ucapan, lirik lagu dan puisi.
 Akhir Era Konflik (1945-1960) platfom
kesepaduan nasional telah mula dirangka dan
diaplikasikan, biarpun belum teguh.
 Pada Era Stabil tetapi Tegang (1961-1970) asas
dan struktur rangka kesepaduan sosial yang
lebih mantap terbina akibat trauma
nasional selepas Peristiwa Berdarah 13 Mei
1969.
 Kesepaduan berlaku dalam suasana yang
umumnya stabil dan aman, tetapi tersentak
tegang oleh kerana keganasan etnik dan juga
keganasan serangan ‘Ganyang Malaysia’ oleh
angkatan bersenjata Sukarno semasa
Konfrontasi.
Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)
 Selepas tragedi rusuhan etnik Mei 13 1969,
suasana terus aman, stabil dan harmoni, kecuali
selama lima hari dari 4 hingga ke 8 Mac 2001.
 Dalam tempoh lima hari ini berlaku rusuhan
etnik Melayu-India di Kampung Medan, Selangor,
sebuah kawasan kediaman setinggan kelas
pekerja.
 Rusuhan ini mengorbankan kurang daripada
10 nyawa.
 Tragedi ini memperingat rakyat Malaysia
bahawa bukan faktor politik, tetapi faktor
ekonomi, seperti kesukaran hidup dan
persaingan untuk survival boleh mencetuskan
pergeseran etnik, khususnya dalam kalangan
anggota kelas bawahan.
 Kunci kesepaduan sosial Malaysia, ialah
kematangan rakyatnya.
 Tindakan rusuhan ganas oleh pihak yang kalah
dalam pilihanraya tidak wujud lagi semenjak
Pilihan Raya Umum ke-4 pada 1974 (PRU4
1974) sehingga PRU12 2008.
 Hal ini termasuk dalam puluhan pilihan
raya kecil yang telah diadakan berulang kali.
 Dari sudut takrifan harian, rakyat Malaysia tidak
segan silu untuk menyuarakan rasa tidak
puas hati mereka melalui kemudahan
Internet, SMS dan pelbagai lagi saluran data
siber.
 Dalam suasana ini timbul suatu pola yang
jelas iaitu rakyat Malaysia sangat “suka
bertikam lidah, tetapi tidak bertikam
menggunakan parang”.
 Perkara ini lebih merupakan satu kegiatan
psikososial sihat, iaitu lebih suka
meluahkan segala yang terbuku di hati
daripada disimpan senyap sehingga
‘meletup’ dalam pelbagai bentuk yang
memusnahkan.
 Boleh dirumuskan bahawa Era Kesepaduan
Sosial (1971-2011) adalah era ketika berlakunya
pemantapan interaksi antara M+N+ [iaitu
Masyarakat (Society), Negara (State) dan
Pasaran (Market)].
 Dalam era tersebut terbukti bahawa ekonomi
Malaysia telah mampu bertahan.
 Paksi utama kesepaduan sosial adalah
kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang
seterusnya mendukung keamanan dan kestabilan
politik.
 Gabungan perkembangan ekonomi pesat dan
suasana politik yang stabil telah membolehkan
kita bertahan dari segi kesepaduan sosial, sambil
terus mengidamkan perpaduan.
MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI
MALAYSIA
 Jumlah penduduk Malaysia pada tahun
2010 ialah 28.3 juta (Jabatan
Perangkaan Malaysia).
 Malaysia mempunyai lebih daripada 70
kumpulan etnik dan sekiranya ditambah
dengan kelompok yang mewakili subetnik,
kumpulan bahasa dan dialek, jumlahnya
melebihi 200 kumpulan.
MASYARAKAT
PELBAGAI
ETNIK -
MALAYSIA

Kumpulan Kumpulan Kumpulan


etnik, etnik, etnik,
Subetnik, Subetnik, Subetnik,
Suku, Suku, Suku,
Kumpulan Kumpulan Kumpulan
Bahasa & Bahasa & Bahasa &
Dialek - Dialek - Dialek -
Semenanjung Sabah Sarawak
Senarai
Kumpulan
Etnik,
Subetnik,
Suku,
Bahasa dan
Dialek di
Malaysia
Potret Hubungan Etnik di Malaysia
 Negara Malaysia dengan kerencaman
demografi terus kukuh, maju dan
membangun malah disegani oleh jiran
tetangga dalam konteks negara berbilang
etnik.
 Keadaan yang aman damai telah
melahirkan suatu bentuk kestabilan
politik, ekonomi dan sosial yang baik.
 Malaysia berjaya mencapai tahap negara
berpendapatan sederhana dalam tempoh
kurang daripada 50 tahun.
 Keunikan tadbir urus negara mengurus
perpaduan dalam kepelbagaian amat
penting daripada hanya melihat dimensi
konflik mahupun ketegangan.
 Kestabilan dan keamanan yang dikecapi telah
diiktiraf oleh Global Peace Index yang telah
menyenaraikan Malaysia di tangga ke-19 sebagai
antara negara paling stabil dan aman di dunia.
 Berdasarkan Global Peace Index, Malaysia
adalah satu-satunya negara heterogeneous
dengan komposisi demografi pelbagai etnik
berada di senarai paling atas.
 Sebaliknya, negara- negara lain yang berada pada
kedudukan lebih baik daripada Malaysia secara
umumnya ialah negara yang lebih bersifat
homogeneous.
Hubungan Etnik Dari Perspektif Konflik
 Dalam menggambarkan hubungan etnik,
terdapat sarjana yang menyatakan bahawa
masyarakat yang memiliki kerencaman budaya,
bahasa, agama dan kemajmukan etnik seperti di
Malaysia pasti akan terpisah dan terasing
mengikut kumpulan etnik, agama, budaya dan
bahasa masing-masing tanpa nilai yang dapat
mengikat mereka bersama.
 Selain itu, perbezaan etnik akan melahirkan
persaingan antara kumpulan etnik sehingga
berlaku kepupusan ciri-ciri etnik, iaitu dari segi
bahasa, budaya dan agama mereka apabila etnik
yang dominan menguasai etnik minoriti.
• Media massa sering memotretkan hubungan
etnik di Malaysia dalam perspektif yang sempit -
membangkitkan sentimen etnik atau agama
dalam laporan berita.
 Adalah tidak adil memotretkan hubungan
etnik di Malaysia dalam pespektif yang
sempit dengan melihat masyarakat
Malaysia ini hanya dari sudut konflik,
sengketa dan ketegangan semata- mata.
 Oleh itu, hubungan etnik di Malaysia perlu
dilihat dari perspektif dan dimensi
kesepaduan sosial yang merupakan
formula kesejahteraan masyarakat
berbilang etnik.
Kesepaduan Sosial: Pandangan
Alternatif Untuk
Memahami Hubungan Etnik
Di Malaysia
 Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di
Malaysia telah menggunakan paradigma konflik
sebagai alat analisis yang utama untuk
menganalisis dan memahami setiap
permasalahan yang dilihat wujud dalam
masyarakat.
 Realitinya, tahap kehidupan harian
masyarakat awam berada dalam
kesepaduan sosial yang relatifnya adalah bersifat
aman dan stabil.
 Selepas peristiwa 13 Mei konflik bersifat
kekerasan etnik secara terbuka yang berlaku
adalah terlalu kecil.
 Memang tidak dinafikan bahawa
konflik, pertentangan dan saling
bertanding sering muncul.
 Malahan, tidak dinafikan wujud
konflik yang berakhir dengan kekerasan
fizikal seperti yang berlaku di Kampung
Rawa, Kampung Medan, Pasir Gudang dan
Kamunting tetapi kekerasan fizikal
tersebut adalah bersifat lokal dan
terkawal tidak merebak serta
berlarutan.
 Kehidupan harian masyarakat awam
khususnya di luar kawasan konflik yang
tersebut tetap diteruskan dalam suasana
yang relatifnya stabil dan aman.
 Realiti yang lebih positif dan sebenarnya lebih
dominan serta lebih terserlah umumnya terlepas
pandang daripada mata para sarjana kajian etnik.
 Ini kerana cara pandang melalui paradigma
konflik terlalu lama mendominasi wacana etnik
di Malaysia sejak zaman kolonial.
Menelusuri Hubungan Etnik Daripada
Perspektif Konflik
 Cara pandang melalui paradigma konflik
merupakan warisan daripada
pembentukan ilmu kolonial.
 Mereka yang terjajah pula dikategorikan
secara pukul rata melalui perbezaan yang
berdasarkan ciri-ciri fisiologi, budaya,
bahasa, agama dan etnik yang
ditetapkan secara mudah dan cetek.
 Mereka juga dibezakan dari sudut penempatan
dan juga jenis pekerjaan melalui dasar pecah dan
perintah.
 Proses membezakan juga diteruskan oleh
sarjana sains sosial dan kajian hubungan etnik
dari Barat.
 Hasil kajian mereka berasaskan teori
daripada kaca mata mereka sendiri yang
cenderung mengetengahkan unsur-unsur
konflik, kelainan dan perbezaan.
 Teori- teori yang berasaskan paradigma
konflik, kelainan dan perbezaan ini
kemudiannya disebarkan melalui wacana ilmiah,
baik dalam bentuk buku, jurnal, kertas kerja
mahupun pembentangan akademik seterusnya
sarjana tempatan menyebarkannya kepada
pelajar dan masyarakat awam.
 Penerapan paradigma ini terus diperkukuhkan
apabila berlakunya konflik sebenar khususnya
apabila kerajaan British di Malaya
mengisytiharkan darurat untuk menangani
ketidakstabilan sosiopolitik berikutan tindakan
kekerasan yang dilancarkan oleh Parti
Komunis Malaya.
 Paradigma konflik ini terus mendapat tempat
sebagai cara pandang yang dominan dalam
memahami masyarakat Malaysia apabila
berlaku pertentangan sengit antara
organisasi politik yang mewakili
kepentingan kumpulan etnik yang pelbagai di
Malaysia sama ada pada era kolonial
ataupun pascakolonial.
 Cara pandang melalui perspektif konflik
semakin popular dan kukuh apabila
meletusnya peristiwa 13 Mei.
 Dari era kolonial sehingga kini,
paradigma konflik telah menjadi cara
pandang yang dominan dalam masyarakat
untuk memahami fenomena etnisiti dan
permasalahan yang wujud di Malaysia
sehingga menyebabkan sukar untuk
melihat dengan cara pandang yang lain.
 Malaysia yang diramalkan oleh banyak
pihak akan berakhir dengan perpecahan
akibat tragedi 13 Mei tidak menjadi
realiti.
 Malaysia mampu mencapai kadar
pertumbuhan ekonomi yang tinggi,
pembangunan yang pesat, politik yang
stabil serta kehidupan bermasyarakat yang
relatifnya aman tanpa konflik yang terbuka
dan berterusan sehingga diiktiraf oleh
dunia sebagai model negara majmuk yang
berjaya.
Memahami Hubungan Etnik
Daripada Perspektif Kesepaduan
Sosial
 Aspek yang lebih dominan dalam kehidupan
seharian dalam kalangan masyarakat awam di
Malaysia bukan berasaskan konflik tetapi didasari
oleh kesepaduan sosial.
 kesepaduan sosial sudah sedia wujud di
peringkat masyarakat awam.
 Usaha yang perlu dilakukan adalah
mengukuhkannya lagi supaya perpaduan yang
dicita-citakan oleh masyarakat dan negara dapat
dicapai.
 Kesepaduan sosial wujud sejak berlakunya
interaksi antara masyarakat pelbagai etnik di
negara ini.
 Kewujudan kesepaduan sosial disumbangkan
secara top-down atau hasil daripada tindakan
kerajaan yang diterapkan kepada masyarakat.
 Ada yang disumbangkan secara bottom-up iaitu
hasil daripada interaksi dan jalinan hubungan
yang berlaku di peringkat masyarakat awam itu
sendiri dalam kehidupan sehari-hari tanpa
campur tangan oleh pihak kerajaan.
Hubungan Saling Terkait Dan Saling
Bergantungan
 Jalinan hubungan sosial secara berterusan
terbina dalam kalangan anggota masyarakat
Malaysia merentas etnik, agama, budaya dan
bahasa menerusi interaksi sesama mereka.
 Nasi yang dimakan, baju yang dipakai, telefon
bimbit yang digunakan, komputer untuk melayari
internet dan semua barangan yang dibeli dan
digunakan dalam kehidupan seharian adalah
terhasil daripada jalinan hubungan yang saling
terkait dan saling bergantungan dan
kesemuanya juga berkemungkinan
melibatkan individu daripada pelbagai etnik.
Takrifan Autoriti Dan Takrifan Harian
 Paradigma kesepaduan sosial lebih memberi
tumpuan kepada takrifan terhadap interaksi
seharian yang dibentuk oleh anggota masyarakat
itu sendiri berbanding dengan takrifan yang
dibentuk oleh autoriti.
 Takrifan autoriti seperti negara, misalnya,
cenderung bersifat tetap dengan sempadannya
yang tidak boleh diubah.
 Contohnya, takrifan Melayu oleh negara
sebagaimana yang termaktub dalam Artikel 160
Perlembagaan Persekutuan adalah berbentuk
tetap, iaitu seorang Melayu ialah seorang
yang menganut agama Islam, bertutur
dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat
resam dan budaya Melayu.
 Takrifan negara yang bersifat tetap
mungkin bermasalah untuk digunakan
ke atas sebahagian daripada orang Melayu,
khususnya daripada kelas atasan dan
menengah lazimnya amalan pertuturan
mereka menggunakan bahasa Inggeris.
 Sebaliknya, takrifan harian dalam peringkat
masyarakat awam dalam kehidupan
seharian berkemungkinan besar berbeza
daripada apa yang ditakrifkan oleh negara
secara formal dalam hal tersebut.
 Hakikatnya, dalam kehidupan sehari-hari
terdapat kerencaman yang wujud dan jauh
lebih kompleks daripada takrifan autoriti.
 Malahan, takrifan harian oleh
masyarakat awam kemungkinannya lebih
anjal, cair, rencam, pelbagai dan terdapat
tolak ansur, akomodasi serta saling
memahami dalam kalangan mereka untuk
memastikan kehidupan seharian mereka
dapat diteruskan dengan aman tanpa
sebarang konflik.
 Justeru, dengan mengambil paradigma
kesepaduan sosial sebagai suatu cara
pandang alternatif untuk
menganalisis dan memahami
fenomena hubungan etnik di Malaysia,
takrifan harian menjadi petunjuk utama
dalam mengenal pasti bentuk,
tahap, tingkat dan intensiti hubungan
etnik yang wujud dalam sesuatu kawasan,
tempat, komuniti dan juga masyarakat
Malaysia secara keseluruhannya.
 Ringkasnya, kesepaduan sosial memberi
pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh
anggota masyarakat.
 Kesepaduan sosial dihasilkan daripada
interaksi dan jalinan hubungan sosial yang
berlaku setiap hari antara sesama anggota
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
etnik, agama, budaya dan bahasa tanpa
campur tangan daripada pihak negara baik
dalam ruang ekonomi, pasar, politik, sosial
mahupun budaya.
Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi,
Akulturasi, Amalgamasi Dan Asimilasi

 Kesepaduan sosial yang wujud di Malaysia


telah membina struktur sosial, ekonomi, politik
dan budaya yang khas beracuankan Malaysia.
 Kesepaduan sosial di Malaysia tidak bersifat
statik, tetapi sentiasa dinamik.
 Proses transformasi hubungan etnik berlaku
melalui rundingan sosial yang berterusan antara
faktor sosial dalam masyarakat awam untuk
memenuhi kepentingan masing-masing.
 Dalam proses rundingan sosial, unsur-
unsur seperti akomodasi, akulturasi,
amalgamasi dan asimilasi sentiasa berlaku
di peringkat yang berbeza sebagai
mekanisme untuk terus mengekalkan
toleransi etnik, penerimaan terhadap
perbezaan dan kesepaduan sosial yang
wujud pada hari ini.
 Antara contoh yang paling jelas tentang
wujudnya kesepaduan sosial di Malaysia adalah
apabila timbulnya pelbagai isu yang emotif dan
provokatif berhubung dengan etnik dan agama,
khususnya selepas pilihan raya umum ke-12 pada
8 Mac 2008.
 Namun, tindakan tersebut ternyata tidak
berakhir dengan rusuhan etnik secara terbuka;
sebaliknya kehidupan seharian masyarakat
awam terus berjalan secara relatifnya aman
dan stabil walaupun isu-isu panas sering
diapi-apikan melalui media massa tertentu.
KESIMPULAN
 Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah,
terutama jika terdapat usaha daripada
tindakan authority-defined dan top- down.
 Salah satu usaha tersebut adalah bersifat
pemantauan berlanjutan melalui prosedur
tertentu yang bertindak sebagai sistem amaran
awal.
 Oleh yang demikian, sebarang kemungkinan
konflik terbuka berlaku dapat dikawal sebelum
menjadi lebih besar dan merebak.
 Dengan itu, adalah lebih tepat untuk kita
mengungkapkan keadaan ini sebagai
“kesepaduan dalam kepelbagaian”
(cohesion in diversity) dan bukan
“perpaduan dalam kepelbagaian”(unity in
diversity).
 Semua pihak haruslah berkerja keras
untuk memastikan kesepaduan sosial
yang sedia ada dikekalkan dan
dipertahankan, biarpun perpaduan belum
kelihatan.

You might also like