You are on page 1of 15

Masyarakat Plural

dan Pluraliti Baru


Dalam Era
Kemerdekaan

Masyarakat Malaysia Selepas


Merdeka
Pluralistik masyarakat Malaysia selepas merdeka
akan memberi tumpuan kepada pembetukkan
masyarakat di Malaysia.
Penumpuan yang jelas diberikan kepada tiga
komuniti etnik utama iaitu Melayu,Cina dan India.
Menurutpendapat oleh J.S. Furnival,konsep
masyarakat majmuk atau pluralistik itu
diertikansebagai masyarakat di mana di dalamnya
terdapat pelbagai etnik(kaum) yang hidup didalam
satu negara iaitu Malaysia tetapi dipisahkan oleh
ekonomi,tempat tinggal,sosial dan budaya.

Perbezaan Pada Anutan


Agama
Masyarakat majmuk atau pluralistik di Malaysia selepas
kemerdekaan terbentuk disebabkan oleh faktor agama.
Jika dulu sebelum merdeka kaum Cina hanya
menganuti agama Buddha namun berlaku perubahan
selepas merdeka apabila ada sebahagian kaum Cina
sudah menganuti agamaKristian,confucies dan ada
juga yang menganuti ajaran agama Islam.
Ini juga terjadi pada masyarakat kaum India.Dengan
anutan agama asal ialah Hindu,kini terdapat juga kaum
India yang sudah manganuti agama Buddha dan
Islam.Di sinilah kewujudan
masyarakat majmuk atau pluralistik mula terjadi.

Pemecahan etnik kepada subetnik


berdasarkan negeri
Pemisahan tempat tinggal yang diperkenalkan
sejak zaman British telah memisahkan masyarakat
secara langsung dari segi penempatan dan ia
mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat.
Pemisahan ini membawa kepada pengasingan
masyarakat samada dari segi ekonomi dan
komunikasi yang lebih berkesan diantara satu
sama lain.
Pengasingan ini akhirnya membawa kepada
komposisi penduduk yang tidak seimbang di
negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Pemecahan etnik dari segi politik


perkauman

Kestabilan politk kerjasama antara etnik dengan


melaksanakan sistem demokrasi.
1955 Parti Perikatan (UMNO, MCA & MIC)
memperjuangkan kemerdekaan mengamalkan sikap
bertolak ansur turut mengukuhkan kerjasama antara
kumpulan etnik.
1974 Barisan Nasional terus kekal memerintah
sehingga kini kerana wujud kerjasama antara parti
komponennya.
Pengurusan pelbagai perkara yang berkaitan dengan
perhubungan etnik melalui formula tolak ansur berjaya
mengekang pihak pembangkang.
Struktur hubungan etnik di Malaysia kini dipengaruhi oleh
kumpulan etnik yang memiliki batas etnik yang nipis

Perlembagaan dan etnik

Perlembagaan Persekutuan Malaysia undangundang tertinggi sumber kepada segala


perundangan lain.
Panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik
berlandaskan suatu kontrak sosial persetujuan
antara kaum.
2 peringkat kontrak sosial:
Pertama, pada zaman pluraliti janji taat setia dan
saling menghormati antara rakyat dan raja waad
berlaku antara Demang Lebar Daun mewakili
pihak rakyat dan Sang Sapurba mewakili raja atau
pemerintah.

Kedua, dalam konteks masyarakat


pluralistik hasil daripada syarat yang
dikenakan oleh pihak British untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu.
Antara isu penting soal kerakyatan
Orang Melayu bersetuju menerima
kehadiran orang bukan Melayu dengan
persetujuan memberikan taraf kerakyatan
sebagai satu hak istimewa kepada orang
bukan Melayu.

Pada masa yang sama orang bukan


Melayu bersetuju ke atas peruntukan hakhak istimewa orang Melayu.
Setiap kumpulan etnik mempunyai wakil
dalam bentuk parti politik mencapai
persetujuan untuk hidup secara aman.
Persetujuan ini menjadi acuan kepada
penggabungan parti politik antara kaum
seterusnya.

Pendidikan pelbagai kaum

Sebelum Penyata Razak 1956 wujud 4 aliran pendidikan


yang berlainan aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India
tidak terdapat satu sistem pendidikan nasional.
Terbahagi kepada 3 peringkat:
Pertama Pendidikan British rendah dan menengah
golongan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan
India.
Kedua sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu
oleh British menjadikan orang Melayu petani yang lebih
baik. British juga membenarkan kewujudan sekolah
agama dan mengaji Quran.
Ketiga sekolah vernakular Cina dan India. Sekolah Cina
dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri.

Kerencaman sistem pendidikan juga dapat


dilihat dari sudut kurikulum, sukatan mata
pelajaran dan orientasi matlamat.
Pascamerdeka sistem pendidikan
kebangsaan dibentuk berasaskan
keseragaman kurikulum, sukatan mata
perlajaran & orientasi untuk mencapai
satu identiti kebangsaan Malaysia
Penyata Razak (1956) & Penyata Rahman
Talib (1960)

Bahasa Melayu bahasa rasmi (Perkara


152) untuk penyatuan tanpa menjejaskan
bahasa etnik-etnik lain.
Namun, ada pandangan yang menyatakan
bahawa penggunaan bahasa Melayu
mempunyai motif ekonomi yang tersirat
statistik kemasukan pelajar ke IPT bidang
kejuruteraan, sains dan perubatan.

Ekonomi

Setelah kemerdekaan, rancangan pembangunan


ekonomi terbahagi kepada 4 peringkat:
1. Rancangan pramerdeka Rangka
Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (19501955); Rancangan Persekutuan Tanah Melayu
Pertama (1956-1960).
2. Perancangan selepas merdeka Rancangan
Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965);
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).
3. Perancangan dalam era DEB.
4. Dasar-dasar Pembangunan Negara.

Pada umumnya, sistem ekonomi dipengaruhi oleh


sistem ekonomi pasaran bebas (laissez faire);
kewujudan sistem ekonomi dualisme.
Ekonomi moden berorientasikan budaya bandar
dengan asas pasaran bandar, corak pengurusan
dan teknok organisasi berteraskan bandar orang
asing (British), orang Cina dan India.
Sistem ekonomi tradisional sektor ekonomi
pertanian padi dan perikanan orang Melayu
budaya Melayu luar bandar.
Sistem dualisme - mengidentifikasikan agihan
tenaga kerja mengikut kumpulan etnik.

Sektor ketiga (tertiary sector) terdapat


ketidakseimbangan antara etnik sektor
kerajaan etnik Melayu (termasuk polis);
sektor ketiga swasta etnik Cina (bidang
pengangkutan, perniagaan dan kewangan)
etnik India (pengakutan awam, perniagaan
dan kewangan).
Dari segi purata pendapatan bulanan
kategori Bumiputera ketinggalan.

KESIMPULAN
Pluralistik Malaysia muncul akibat hasil
interaksi beberapa faktor sejarah pluraliti
budaya semula jadi (sebelum penjajahan),
penghijrahan (zaman penjajahan).
Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup
secara berasingan dan mengekalkan
kebudayaan masing-masing terdapat
semangat persefahaman dan keharmonian
kaum yang erat.

You might also like