You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Mohd Sahari. (1982), Malaysia sebuah negara yang unik di mana masyarakat di
negara ini terdiri daripada berbagai-bagai kaum, atau lebih masyarakat majmuk. Komuniti
etnik yang terbesar di Malaysia terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Pada tahun
2013, Malaysia mempunyai penduduk melebihi 27 juta orang dan kini bilangan itu terus
meningkat secaara drastik di mana anggaran bilangan terkini mencecah 32 juta orang.
Bilangan yang ramai ini terdiri daripada 200 suku kaum atau etnik yang menganut pelbagai
agama, budaya, bahasa atau dialek. Komuniti rakyat Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat majmuk ini telah menunjukkan Malaysia sebuah negara yang dikenali “One in
the million country”.

Zainal Abidin Wahid (1998), dalam mengejar pembangunan yang melibatkan


kepelbagaian etnik ini, perpaduan memainkan peranan penting. Perpaduan atau dikenali
sebagai proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik
tetapi tidak termasuk biologikal. Manakala, integrasi pula melibatkan semua penyatuan di
atas termasuk aspek biologikal. Menurut Tun Abdul Razak,

“Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan untuk
memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud
daripada kepelbagaian tersebut.”

Justeru, aspek perpaduan tidak boleh dipandang remeh terutamanya negara yang
terdiri daripada masyarakat majmuk. Walaupun, Jabatan Perpaduan Negara yang
ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab untuk
merealisasikan harapan untuk menyatupadukan kepelbagaian etnik di Malaysia. Jadinya,
usaha ini perlu disambut baik oleh seluruh lapisan masyarakat di Malaysia.

2.0 HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF EKONOMI, POLITIK DAN KEPELBAGAIAN


AGAMA

Dalam mengejar ke arah sebuah negara yang maju, aspek hubungan etnik dari
perspektif ekonomi dan kepelbagaian agama tidak boleh dipandang ringan.

Zainal Abidin Wahid (1998), sejarah telah menunjukkan kaitan untuk hubung kait
antara ekonomi dan etnisiti khususnya pengenalan kaum mengikut sektor ekonomi dengan
kaum yang ada di negara kita suatu masa dahulu. Beberapa pandangan ahli sejarawan
telah tampil dan mengatakan majoriti etnik Melayu terlibat dalam sektor petani dan nelayan,
etnik Cina terlibat dalam perniagaan dan sektor perlombongan sementara etnik India pula
kebanyakkannya dari etnik India. Para penyelidik, sarjana dan pemerhati sepakat
mengatakan bahawa hubungan etnik yang harmonis sangat penting untuk pertumbuhan

1|Muka surat
ekonomi. Contohnya, Malaysia tidak boleh dipaksa untuk meminjam dari Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF) kerana penyelesaian ekonomi sahaja tidak mencukupi kerana ia berkait
dengan etnisiti. Hubungan timbal balik antara ekonomi dan etnisiti adalah ciri penting dalam
sistem sosial di Malaysia.

Menurut Yen Ching-Hwang (1986), kemunculan parti-parti politik merupakan bukti


Malaysia menjalankan sistem politik demokrasi berparlimen, kebebasan berpolitik dan
bersuara melalui saluran yang betul iaitu Parlimen. Rakyat memilih pemimpin yang difikirkan
layak melalui pilihan raya dan wakil-wakil rakyat yang dipilih itu akan menyampaikan
kehendak rakyat untuk dibincangkan di Parlimen bagi memastikan kelancaran pentadbiran
dan membela nasib rakyat tanpa mengira kaum. Namun, perkembangan politik di Malaysia
jika dilihat dari sudut hubungan etnik memperlihatkan usaha setiap kaum bagi mencapai
perpaduan walaupun menghadapi pelbagai onak dan ranjau dalam mencapai persefahaman
dan toleransi antara kaum. Penubuhan setiap parti politik tetap jelas memperlihatkan isu-isu
yang melibatkan kepentingan kaum masing-masing. Namun begitu, pengalaman sejarah
menunjukkan isu perkauman tidak boleh diperjudikan semata-mata untuk kepentingan parti
dan kaum. Dalam pada itu, pihak kerajaan perlu melaksanakan sistem pentadbiran dan
pemerintahan dengan adil, bijaksana dan berkesan serta berdasarkan prinsip dan semangat
perlembagaan Malaysia yang dikongsi bersama agar seluruh rakyat menikmati hasil
kemerdekaan. Dalam pada itu, seharusnya setiap parti politik bukan sahaja melihat kepada
perjuangan dan kepentingan parti masing-masing yang bersifat etnisiti, tetapi mesti
mengubahsuai mengikut keperluan nasional. Tambahan pula, gelombang globalisasi yang
melanda negara menuntut kesatuan pemikiran dan tindakan di kalangan parti-parti politik
agar kedaulatan dan kemerdekaan negara dapat dipertahankan.

Secara umumnya agama boleh ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia


dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan.
Hubungan yang dianggap suci ini membawa kepada rasa tunduk manusia kepadanya dan
manusia mencintainya, mempercayai dan meminta perlindungan daripadanya. Dari
perspektif antropologi, agama merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia
dengan kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan. Agama juga merupakan suatu sistem
keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat
dalam mentafsirkan dan memberi respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini
sebagai yang ghaib dan suci. Daripada beberapa pendapat di atas, jelaslah menunjukkan
bahawa kepelbagaian agama hari ini penting dalam membentuk hubungan etnik di
sesebuah negara. Walaupun, etnik-etnik itu datangnya dari latar belakang agama yang
berbeza, namun kecenderungannya membawa kepada benda yang sama iaitu
keharmonian.

2|Muka surat
3.0 MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA.

Shamsul Amri Baharuddin. (1994), Pluralistik yang membawa maksud wujudnya


kepelbagaian bangsa dan agama di sesuatu tempat pada satu masa secara dirancang
dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan. Ini banyak berlaku saat di bawah
penjajahan British ke atas tanah melayu suatu masa dahulu. Kemuncak pluraliti di Alam
Melayu ini adalah pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Melaka yang dikenali
sebagai pusat perdagangan laut dan juga sebagai pusat penyebaran agama Islam. Menurut
Tom Pires , seorang penulis Belanda, yang dipetik oleh Shamsul Amri Baharuddin
menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16), “Malacca is very famous and prosperous. In
my opinion, it has no comparison in the world ….. It is a city more suitable for trading
products than any other in the world.

Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah


khususnya Inggeris. British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di
lombong dan di ladang getah. Dasar yang dugunakan oleh British pada masa itu ialah
‘divide and rule’ antara etnik di Tanah Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di
Tanah Melayu. Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah Melayu semata-mata
untuk mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau bagaimana
pun sesetengah daripada mereka tidak berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka,
lalu membentuk penempatan dan pergaulan hanya dalam kalangan etnik mereka sahaja.

Bagi pluraliti masyarakat Di Sabah dan Sarawak, Sabah dan Sarawak berkedudukan
di kepulauan Borneo bersempadan dengan Kalimantan di bahagian selatan. Kedua-dua
negeri ini dipisahkan dari Semenanjung Malaysia melalui Laut China Selatan. Sarawak
pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei sebelum kedatangan James Brook
ke Sarawak. dan penguasaan Kompeni Berpiagam Borneo Utara British di Sabah. Selepas
Perang Dunia Kedua , Charles Vyner Brook mengambil keputusan untuk menyerahkan
Sarawak kepada Kerajaan Britain. Selepas Perang Dunia Kedua Kompeni Berpiagam
Borneo Utara British telah menyerahkan Sabah kepada Kerajaan Britain pada tahun 1946.
Sabah dan Sarawak terus kekal menjadi tanah jajahan British sehingga kedua-dua negeri
mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

4.0 KONSEP PERLEMBAGAAN SEBAGAI ASAS PEMBINAAN.

Chai Hon Chai (1997), konsep Perlembagaan sewajarnya dijadikan asas kepada
pembinaan perpaduan dan jati diri bangsa. Kepentingan politik serta politik demokrasi
adalah antara unsur di luar proses pendidikan yang menjadi unsur kepada tercetusnya
konflik sosial. Perjuangan politik yang didorong oleh pertembungan pemikiran serta sikap
memihak terhadap pihak yang bersikap curang dalam tanggungjawab politik khususnya

3|Muka surat
pelanggaran terhadap integriti moral, menjadi antara faktor yang mengancam usaha untuk
membina perpaduan. Ini bermaksud matlamat pendidikan sebagaimana dihasratkan melalui
dasar pendidikan kebangsaan atau segala keperluan yang dinyatakan dalam peraturan
pendidikan, tidak akan mencapai piawai pelaksanaan. Ketajaman konflik politik yang
membawa kepada polemik dan perdebatan terbuka berkait dengan sesuatu isu,
terutamanya sepanjang yang berkaitan dengan kuasa dan kekuasaan, secara tidak
langsung akan membuka ruang kepada wujudnya politik perkauman.

Jika diteliti secara mendalam, konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati
diri bangsa, masih menjadi isu polemik yang berterusan dan menimbulkan situasi panas
yang menggugat keharmonian sosial. Persoalan pokok dalam menentukan petunjuk kepada
perpaduan dan jati diri bangsa adalah bergantung kepada wujudnya usaha yang
bersungguh dan berterusan dalam melaksanakan segala unsur kandungan Perlembagaan
negara serta kesungguhan dalam melaksanakan dasar negara berteraskan aspirasi
pembangunan berterusan kesatuan pemikiran bangsa. Jadinya, konsep perlembagaan
sebagai asas perlu dihayati di seluruh lapisan masayarakat bagi membina asas pembinaan
jati diri dan negara bangsa.

5.0 USAHA KE ARAH INTEGRASI NASIONAL.

Rentetan peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang menjadi titik hitam negara,
kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah atau dasar sosial,ekonomi dan politik ke
arah pewujudan dan pengukuhan perpaduan danintegrasi nasional. Usaha yang diambil
oleh kerajaan telah memberi kesedaran di antara masyarakat tentang kepentingan
perpaduan dan integrasi nasional.Proses pemantapan perpaduan serta integrasi nasional
yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi pelbagai bidang seperti penghayatan Rukun
Negara, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Nasional.

5.1 PENGHAYATAN RUKUN NEGARA

Nazaruddin Mohd Jali. (2001), Rukun Negara diperkenalkan adalah untuk


mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat iaitu menghapuskan
perasaan perkauman. Seterusnya ialah membentuk sebuah negara yang adil dan
saksama tanpa mengira kaum danagama, memelihara dan mengekalkan prinsip
demokrasi, membentuk sebuahmasyarakat Malaysia yang liberal dan membina
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Rukun
Negara melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses perpaduan dapat
dipercepatkan. Ia juga menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan

4|Muka surat
oleh rakyat. Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang
menimpa negara akibat rusuhan kaum. Rukun Negara membolehkan rakyat
mengamalkan toleransi dan tatasusila yang mulia.

5.2 WAWASAN 2020

Menurut Mohd Sahari. (1982), Wawasan 2020 merupakan satu pandangan


yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad. Wawasan 2020 termaktu dalam cabaran pertama bagi membentuk satu
Bangsa Malaysia yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi
bersama.Sebenarnya wawasan 2020 bukan satu dasar tetapi satu tindak balas
kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional
dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan
2020 bertujuan untuk membentuk sebuah negara yang benar-benar maju menjelang
tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi merangkumi segala aspek
kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaandan kebudayaan.

5.2 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Baharuddin Hj. Musa (1973), Dasar Pembangunan Nasional telah


dilancarkan pada 17 Jun 1991 hingga 2000 oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr.
Mahathir Mohamad. Dasar Pembangunan Nasional juga berfokus kepada perpaduan
negara seperti Dasar Ekonomi Baru kerana masyarakat yang bersatu padu penting
untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan
pembangunan ekonomi yang berterusan. Salah satu daripada Dasar Pembangunan
Nasional adalah menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan
mengurangkan jurang ketidakseimbangan ekonomi berasaskan prinsip
pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan
sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

6.0 CABARAN YANG DIHADAPI DALAM USAHA MENGEKALKAN HUBUNGAN ETNIK


YANG BAIK DI MALAYSIA.

Abdul Rahman Embong (2000), sejak zaman penjajahan, banyak cabaran telah
wujud terutamanya pada penjajahan British. British menjalankan dasar “divide and rule” iaitu
dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara.
Dasar ini juga telah memisahkan kaum-kaum utama di negara ini mengikut bidang ekonomi
yang dijalankan. Masyarakat Melayu yangmengendalikan pertanian tradisional ditempatkan
di kawasan luar bandar iaitu dikampung-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan di
lombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan

5|Muka surat
perdagangan yang dijalankan oleh mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di
ladang-ladang getah. Perubahaan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini
terpisah dan mempunyai hubungan yang terhad.

Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), semasa pemerintahan British, sistem
pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak British tidak menunjukkan keseimbangan. Sistem
pendidikan British telah bersifat perkauman. British mewujudkan empat jenis persekolahan
iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil. Keempat-empat aliran ini mempunyai
perbezaan yang ketara dari segi matlamat, sukatan pelajaran, bahasa pengantar dan
pendidikan guru. Sekolah Inggeris menyediakan pelajarnya untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang tinggi di seberang laut. Sekolah Melayu pula untuk menjadikan pelajar
sebagai petani dan nelayan yang baik. Sekolah Cina menyediakan pelajarnya untuk
melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan ke negara China. Manakala, sekolah Tamil
untuk menarik lebih ramai buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.Setiap sekolah
mempunyai sukatan masing-masing iaitu sekolah Inggeris menggunakan sukatan dari
England, sekolah Cina dan Tamil sukatan dari negara asal masing-masing dan sekolah
Melayu mementingkan asas 3M (menulis, membaca, mengira) dan pelajaran agama. Setiap
aliran menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Ini telah menyebabkan perpaduan di
antara rakyat tidak berlaku.

A. Aziz Deraman. (2000), kemiskinan merupakan salah satu halangan untuk


mencapai perpaduan. Kadar kemiskinan di kalangan penduduk pada zaman penjajahan
adalah tinggikerana fungsi ekonomi yang berbeza. Terdapat jurang perbezaan pendapatan
yang ketara di antara penduduk di bandar dan di luar bandar. Kemiskinan ini telah
menyebabkan berlakunya masalah sosial di kalangan rakyat. Keadaan ini telah menjadi
salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya masalah perpaduan dan seterusnya gagal
mencapai integrasi nasional. Akhirnya masalah kemiskinan ini telah menyebabkan
berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

6|Muka surat
7.0 KESIMPULAN

Menurut Zainal Abidin Wahid (1998), banyak usaha telah dilancarkan oleh kerajaan
bagi membina sebuah negara Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera.
Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan dapat
dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. Kerjasama dan tolak ansur antara
kaum yang wujud adalah asas kepada negara untuk lebih maju lagi. Wawasan 2020 yang
diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad akan terus memacu
kemajuan negara setanding negara-negara Barat.

Rakyat Malaysia , tanpa mengira keturunan,etnik, agama malah kefahaman politik


harus memahami, menghayati dan menerapkan teras-teras perpaduan seperti penerimaan,
kenegaraan dan keadilan sosial dan nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi,
budaya ketetapan, budaya ilmu , integriti , ketabahan , kesetiaan, kebijaksanaan dan
budaya inovasi, yang dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia supaya negara bangsa
Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, aman,damai dan sejahtera dipersada dunia.

7|Muka surat
RUJUKAN

A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Edisi

Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd. Rahim Abd. Rashid (1999). Pendidikan Sejarah: Falsafah, Teori, dan Amalan.

Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distribution Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Embong (2000). Negara Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi:

Penerbit UKM.

Baharuddin Hj. Musa (1973). Ke Arah Pengwujudan Kebudayaan Kebangsaan.

PEMIMPIN. Bil. 8, hlm. 2-11

Chai Hon Chai (1997). Education and Nation Building in Plural Societies: The West

Malaysian Experience. Canberra: The Australian National University.

Mohd Sahari. (1982). Negara Kita: Sejarah dan Dasar-dasar Pentadbiran. Kuala

Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Nazaruddin Mohd Jali. (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan

Kewarganegaraan, Edisi kedua. Kuala Lumpur: Pearson-Prentice-Hall.

Shamsul Amri Baharuddin. (1994). Ethnicity, class, Culture or Identity? Comparing

Paradigm in Malaysians Studies. Akademia, 53. Hlm. 61-76.

Yen Ching-Hwang (1986). A social History of the Chinese in Singapore and Malaya

1800-1911. Singapore: Oxford University Press.

Zainal Abidin Wahid (1998). Kepentingan Sejarah dalam konteks pembangunan

negara. Simposium Kebangsaan Ilmu Sejarah. Kuala Lumpu: UM.

8|Muka surat

You might also like