You are on page 1of 7

MPU3122 HUBUNGAN ETNIK

TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH

HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF EKONOMI, POLITIK DAN KEPELBAGAIAN


AGAMA

a. Ekonomi
Dari aspek ekonomi, hubungan etnik adalah pertalian antara etnik dalam menjalani
ekonomi. Seperti yang kita tahu, setiap etnik dalam Malaysia mempunyai
perusahaan ekonomi masing-masing, dimana setiap etnik hendaklah mempunyai
hubungan yang baik bagi menjalankan kegiatan ekonomi mereka, sekaligus
menaikkan taraf ekonomi Malaysia. Dalam erti kata lain, kita tidak boleh tamak dan
berkira kepada individu yang lain etnik daripada kita.
b. Politik
Dalam aspek politik pula, hubungan etnik adalah hubungan antara parti-parti politik
yang ada dalam negara. Ruang politik Malaysia, meskipun sudah memasuki abad
ke-21, masih berorientasikan politik kaum dan keagamaan. Parti politik yang wujud
berpartisipasi dalam pentas politik demokrasi masih terbentuk berdasarkan ikatan
perkauman. Pembinaan asas perpaduan sebenarnya sudah dizahirkan secara tuntas
berasaskan kepada perundangan dan peraturan yang ditetapkan. Oleh itu, bagi
mengekalkan hubungan etnik yang baik sekaligus memantapkan lagi politik
Malaysia, setiap parti yang dimaksudkan hendaklah berkerjasama antara satu sama
lain.
c. Kepelbagaian agama
Akhir sekali, dari aspek kepelbagaian agama pula hubungan etnik bermaksud
hubungan antara penganut agama-agama yang pelbagai di dalam negara kita, tidak
kira Islam, Kristian, Hindu dan juga Buddha. Agama merupakan tunjang kepada
kehidupan seseorang individu, dimana tanpa agama sudah tentu seseorang itu tidak
mempunyai pegangan hidup yang kukuh. Namun begitu, apa yang istimewa di dalam
Malaysia ini, walaupun terdapat banyak agama yang ada, rakyat masih dapat
menjalankan hidup masing-masing tanpa ada gangguan seperti hendak beribadah
dan sebagainya. Hal ini menunjukkan hubungan etnik yang baik dari perspektif
kepelbagaian agama.

MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU, SARAWAK DAN SABAH,


KESULTANAN MELAYU MELAKA DAN PENJAJAHAN BRITISH SERTA SELEPAS
PEMBENTUKAN MALAYSIA

Sebelum saya masuk dengan lebih mendalam tentang bab ini, kita kehendaklah mengetahui
apakah maksud pluralistik. Pluralistik bermaksud wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di

1
MPU3122 HUBUNGAN ETNIK
TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH

suatu tempat pada suatu masa secara dirancang yang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu
yang berkepentingan
a. Alam Melayu
Alam Melayu terdiri daripada wilayah Malaysia, Indonesia, Borneo, Singapura,
Selatan Thai, Selatan Filipina, Indo-China dan mencecah Kepulauan Pasifik di
bahagian timur, Malagasi di barat dan Taiwan di bahagian utara. Pada ketika ini,
banyak pedagang-pedagang daripada Arab, Cina dan India yang datang ke Alam
Melayu untuk menjual barangan daripada tanah mereka. Ada yang memutuskan
untuk menetap di Alam Melayu, dan secara tidak langsung ada yang menjalankan
perkahwinan dengan penduduk asal, maka terjadilah masyarakat pluralistik.
b. Sarawak dan Sabah
Di Sarawak etnik Cina telah dibawa masuk beramai-ramai bagi mengusahakan
perlombongan minyak, penanaman lada, gambir dan getah. Di Sabah etnik Cina di
bawa masuk juga atas alasan untuk mengusahakan ladang tembakau, kayu balak
dan getah. Jumlah etnik Cina semakin bertambah tahun demi tahun akibat dari
insentif yang diberikan oleh Inggeris dan kesempitan hidup di tanah asal mereka.
Apabila imigran datang ke Sarawak dan Sabah, maka masyarakat pluralistik akan
muncul.
c. Kesultanan Melayu Melaka
Melaka merupakan sebuah negeri yang amat aman dan gemilang dibawah
pemerintahan para sultan dan pembesar yang bijak serta berpandangan jauh
semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kebijaksanaan dan kecekapan
pemerintahan sultan dan para pembesar pada zaman ini telah menyebabkan zaman
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka telah dilabelkan sebagai zaman keemasan
dan zaman kemuncak kegemilangan Melayu Melaka. Masyarakat pluralistik pada
zaman ini tercetus sama semasa zaman Alam Melayu, dimana banyak pedagang-
pedagang daripada Arab, Cina dan India yang datang ke Melaka untuk menjual
barangan daripada tanah mereka dan ada yang memutuskan untuk menetap di
Melaka dan menjalankan perkahwinan dengan penduduk asal, contohnya Sultan
Mansur Shah yang berkahwin kepada puteri Cina iaitu Puteri Hanglipo.
d. Penjajahan British
Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk imigran Cina dan India untuk
bekerja di lombong dan diladang getah. Dasar yang digunakan oleh British pada
masa itu ialah ‘divide and rule’ antara etnik di Tanah Melayu demi kelangsungan
penjajahan mereka di Tanah Melayu. Secara umumnya imigran tersebut datang ke
Tanah Melayu semata-mata untuk mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk

2
MPU3122 HUBUNGAN ETNIK
TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH

menetap di sini. Walau bagaimanapun sesetengah daripada mereka tidak


berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka, lalu membentuk penempatan dan
pergaulan hanya di kalangan etnik mereka sahaja.
e. Selepas pembentukan Malaysia
Selepas merdeka, negara telah mewarisi pola masyarakat pluralistik peninggalan
penjajah. Kewujudan masyarakat pluralistik selepas merdeka dapat dilihat menerusi
beberapa aspek, iaitu politik, perlembagaan, ekonomi dan pendidikan. Antara ciri-ciri
masyarakat pluralistik selepas pembentukan Malaysia adalah, saling tidak
memahami budaya etnik lain, mempunyai cara hidup berlainan, penempatan secara
beransingan, ideologi politik dan pemerintahan berbeza, dan juga wujud budaya
etnosentrik.

PERLEMBAGAAN SEBAGAI ASAS PEMBINAAN JATI DIRI DAN NEGARA BANGSA


Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan 1948
mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu
dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu
iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun
1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid
yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa
sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ia bermula daripada satu persidangan
perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang
dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi
empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga
menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-
penasihatnya.
Bagaimanakah Perlembagaan Malaysia boleh dijadikan asas kepada pembinaan jati
diri dan negara bangsa? Kita boleh lihat daripada perkara-perkara yang terdapat dalam
perlembagaan, antaranya adalah Pekara 11. Perkara 11 Perlembagaan Malaysia
menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian
Persekutuan. Kita dapat lihat di sini perlembagaan yang kita berpegang merupakan satu
perlembagaan yang adil dan mengambil kira terhadap setiap hak-hak rakyat Malaysia. Hal
ini merupakan perkara penting bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah wilayah yang
berdaulat.
Seterusnya adalah Perkara 8. Perkara 8 menyatakan mengenai hak terhadap
layanan secara sama rata di sisi undang-undang. Hak kesamarataan ini adalah tunjang bagi

3
MPU3122 HUBUNGAN ETNIK
TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH

kita mewujudkan jati diri dan negara bangsa. Hal ini kerana kita hendaklah menjadi sebuah
entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah wilayah yang berdaulat. Maka setiap
entiti yang termasuk dalam wilayah yang dimaksudkan hendaklah diberiakn layanan yang
sama rati di sisi undang-undang, tidak kira bangsa, agama dan kepercayaan. Saya bagi
analogi sebuah keluarga. Setiap waris ataupun ahli keluarga hendaklah diberikan layanan
yang sama rata bagi membolehkan keluarga itu untuk menjadi satu keluarga yang harmoni
dan sentiasa hidup aman dan damai, begitu juga dengan negara kita.
Akhir sekali adalah Perkara 152. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan
bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walaubagimanapun,
perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain,
kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan
kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam.
Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen
serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu. Seperti yang kita tahu,
perkara yang paling dibanggakan sehingga dapat mengekalkan semangat kesepaduan
sesebuah bangsa adalah bahasa. Bahasa Melayu di sini memainkan peranan sebagai satu
medium, dimana tidak kira bangsa ataupun agama yang kita anut, bahasa Melayu boleh kita
gunakan sebagai bahasa perantaraan antara satu kaum kepada satu kaum yang lain.

USAHA KE ARAH INTEGRASI NASIONAL SERTA CABARAN YANG DIHADAPI DALAM


USAHA MENGEKALKAN HUBUNGAN ETNIK YANG BAIK
a. Usaha ke arah integrasi nasional
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah atau dasar sosial, ekonomi
dan politik ke arah pewujudan dan pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional,
ekoran dari peristiwa 13 mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang menjadi titik hitam
negara. Secara tidak langsung, usaha yang diambil oleh kerajaan telah memberi
kesedaran di antara masyarakat tentang kepentingan perpaduan dan integrasi
nasional. Dalam bahagian ini, saya akan menghuraikan usaha ke arah intergrasi
nasional.
Usaha yang pertama adalah rukun negara. Rukunegara, yang diperkenalkan
pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara, merupakan
dokumen awal yang menanamkan semangat kesetiaan, kesopanan dan kesusilaan
bagi mewujudkan pelbagai kaum. Objektif rukunegara diperkenalkan adalah untuk
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat iaitu menghapuskan
perasaan kedaerahan dan perkauman. Daripada objektif sahaja kita dapat lihat
bahawa usaha adalah relevan bagi mewujudkan integrasi nasional.

4
MPU3122 HUBUNGAN ETNIK
TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH

Kemudian, usaha yang seterusnya adalah Wawasan 2020 yang telah


diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri kita, Datuk Sri Dr. Mahathir bin
Mohamad. Wawasan 2020 termaktub dalam cabaran pertama bagi membentuk satu
Bangsa Malaysia yang bersatupadu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi
bersama. Sebagai contoh kita boleh lihat daripada cabaran pertama yang terdapat
dalam Wawasan 2020, iaitu membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu.
Cabaran ini telah menekankan bahawa kita hendaklah mewujudkan bangsa Malaysia
yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama,
berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan
keadilan.
b. Cabaran yang dihadapi
Terdapat beberapa cabaran yang menyukarkan usaha mengekalkan
hubungan etnik yang baik, antaranya ialah agama dan kebudayaan. Setiap
kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan yang telah
menyebabkan setiap kaum mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan
sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan
seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan
buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.
Kemudian, dasar yang telah diperkenalkan oleh penjajah British. Penjajah
British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-
kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah
sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu.
Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang
kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
Akhir sekali adalah sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang
berlainan. Menurut Laporan Razak, tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah
Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang
menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak
sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat
bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini telah mewujudkan satu lagi jurang
pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan
persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan
keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan
warga negara yang beridentitikan satu negara.

5
MPU3122 HUBUNGAN ETNIK
TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH

KESIMPULAN
Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat amnya
Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat
Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa
menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.
Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di
Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah
melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa
yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik,
segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.Kepelbagaian budaya
dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman.

6
MPU3122 HUBUNGAN ETNIK
TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH

Rujukan
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2009). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Sejarah tingkatan 2 :
buku teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Guan, L. H. (2000). Ethnic Relations in Peninsular Malaysia: The Cultural and Economic Dimensions.
Social and cultural issues No. 1(2000), 48.

Halimi, A. J. (2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Shah Alam: Utusan Publication.

Hashim, W. (2011). Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam: ITBM.

Rosnaini Sulaiman, Muhd. Yusof Ibrahim, Muhammad Bukhari Ahmad, Nik Hassan Shuhaimi Nik
Abdul Rahman. (2002). Sejarah tingkatan 4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wikipedia. (2017, Oktober 31). Perlembagaan Malaysia. Retrieved Mac 2, 2018, from Wikipedia:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

You might also like