You are on page 1of 11

Laporan Kajian Kes bagi Pasukan Felda United FC

a) Sejarah penubuhan persatuan

Bola sepak adalah sukan nombor satu di negara kita dan mempunyai ramai peminat
sukan tersebut. Dengan segala infrastruktur dan kemudahan seperti kompleks sukan,
padang dan gelanggang futsal yang telah disediakan di tanah FELDA, ia menjadi titik
permulaan penglibatan FELDA di dalam pembangunan bola sepak di negara kita. Justeru,
tercetuslah idea daripada pihak atasan FELDA untuk menubuhkan pasukan Felda United
FC yang dilihat semakin hari semakin banyak kejayaan yang berjaya dikecapi oleh pasukan
tersebut.

Felda United FC merupakan sebuah kelab bola sepak yang dikendalikan oleh Persatuan
Bola Sepak FELDA Malaysia. Kelab ini mula ditubuhkan pada 19 Januari 2007 dan
dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Bin Abdul Razak.
Kejayaan yang dilakar oleh Felda United FC dalam sukan bola sepak sehingga ke hari ini
adalah bermula daripada penyertaan liga bola sepak divisyen tiga atau dikenali sebagai
Piala FAM Malaysia. Pada tahun 2008, kelab ini ditawarkan untuk bertanding dalam Liga
Perdana Malaysia setelah berjaya meraih tempat ketiga dalam saingan Piala FAM Malaysia
pada edisi sebelum ini. Setelah Felda United FC bermain dalam Liga Perdana Malaysia
selama tiga musim, akhirnya pada tahun 2010, kelab ini dinobatkan sebagai juara dalam
liga tersebut lalu melayakkan kelab ini menyertai Liga Super Malaysia pada tahun 2011.
Pelbagai gelaran seperti 'The Giant Killer’ dan ‘Budak Nakal' yang diberikan oleh para media
dan pemarhati bola sepak tanah air. Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Felda
United FC dalam sukan bola sepak Malaysia telah melonjakkan lagi reputasi kelab ini
selaku pencabar utama saingan Liga Bola Sepak Malaysia. Kini, Felda United telah mula
dikenali ramai dengan kekuatan penyokong dari seluruh Malaysia terutamanya daripada
generasi FELDA itu sendiri.
Rajah 1. Logo Felda United FC
b) Proses penubuhan persatuan

Pada awalanya, Felda United FC tidak didaftarkan di bawah pihak


FAM. Kelab ini hanya mengadakan beberapa perlawanan
persahabatan di Stadium Petronas, Bangi dan Stadium MINDEF, Kuala
Lumpur.

Mesyuarat pembentukan jawatankuasa induk dan perlaksana Felda


United FC diadakan di Bangunan Pentadbiran Institut Semarak Felda,
Bangi.

FELDA membuat keputusan untuk mendaftarkan Felda United FC


dengan pihak FAM bagi bersaing dalam Liga FAM pada tahun 2007.

c) Aktiviti yang dilakukan atau perkhidmatan yang ditawarkan

Bagi memastikan generasi baharu dapat meneruskan legasi Felda United FC pada
masa akan datang, pemain-pemain muda seperti pemain bawah 15 Tahun yang dipilih dari
seluruh Malaysia oleh Felda United FC akan mengikuti program pembangunan bola sepak
iaitu Akademi Bola Sepak FELDA. Akademi ini berpangkalan ini Institut Semarak FELDA
Bangi. Melalui penubuhan akademi ini, bakat pemain-pemain muda dalam sukan bola
sepak dapat digilap ke tahap yang lebih optimum melalui pendedahan taktikal dan
kemahiran yang diberikan oleh jurulatih-jurulatih yang bertauliah. Dengan itu, para pemain
membolehkan dapat mengembangkan potensi mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Kejayaan akademi ini melahirkan pemain-pemain yang berbakat dapat dibuktikan melalui
penyertaan Kem Remaja Bola Sepak Allianz Zon Tengah pada Julai 2018, di mana pasukan
Akademi Bola Sepak FELDA berjaya menjuarai kejohanan tersebut.

Rajah 2. Pemain-pemain bola sepak bawah 15 Tahun


mengadakan perbincangan bersama-sama dengan jurulatih

Selain itu, Felda United FC turut menyediakan pusat kecergasan fizikal kepada orang
awam yang dikenali sebagai Felda United FC Rehabilitation Centre. Pusat rehabilitasi ini
terletak di Kajang, Selangor. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di pusat rehabilitasi ini
adalah urutan sukan, fisioterapi dan gimnasium. Rasional penubuhan pusat rehabilitasi ini
adalah untuk membantu dalam meningkatkan lagi prestasi atlet atau orang awam ke tahap
yang lebih optimum dalam sebarang sukan yang disertai. Bagi atlet atau orang awam yang
mengalami kecederaan dalam sukan, mereka juga boleh mendapatkan rawatan yang
selesa pada harga yang berpatutan di pusat rehabilitasi ini.
Rajah 3. Pemain Felda United FC menjalani latihan bebanan
di Felda United FC Rehabilitation Centre
d) Cara persatuan itu menjana pendapatan
Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Felda United FC, antara langkah yang diambil
oleh Felda United FC adalah mendapatkan tajaan daripada syarikat percetakan kit jersi dan
syarikat perniagaan besar yang lain. Contohnya, syarikat percetakan kit jersi terkini bagi
pasukan Felda United FC adalah FBT. Kedua-kedua pihak mendapat keuntungan masing-
masing di mana syarikat FBT dapat meluaskan pasaran jenama sayarikat tersebut
manakala Felda United FC pula dapat sejumlah peruntukan wang bagi membiayai gaji para
pemain dan pihak pengurusan.

Rajah 4. Jersi rasmi Felda United FC

Selain itu, Felda United FC juga memperoleh pendapatan daripada hasil jualan tiket
setiap perlawanan yang diadakan khususnya apabila perlawanan dilaksanakan di stadium
milik kelab ini sendiri iaitu Stadium Tun Abdul Razak. Stadium ini terletak di Jengka,
Pahang. Tambahan pula, Felda United FC turut menjual barangan rasmi kelab seperti
kemeja-T kelab, baju hujan dan lain-lain bagi menjana pendapatan kelab.
Rajah 5. Barangan rasmi kelab yang dijual melalui atas talian

e) Isu-isu dalaman yang dihadapi oleh persatuan

Antara isu terkini yang menyebabkan prestasi Felda United FC sedikit merundum adalah
isu tunggakan gaji bagi para pegawai dan pemain kelab ini. Umum mengetahui bahawa
masalah kewangan pasukan berkait rapat dengan masalah kewangan FELDA yang
membelenggu bukan sahaja pasukan bola sepak Felda United malah keseluruhan
organisasi serta komuniti peneroka seluruh MalaysiaTempoh masa tunggakan gaji yang
dihadapi oleh para pegawai dan pemain kelab ini adalah selama tiga bulan iaitu bermula
dari September 2018 hingga November 2018. Tambahan pula, FELDA juga gagal
memotong caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama lima bulan dari
Julai 2018 hingga November 2018 selain gagal menjelaskan bonus kejuaraan Liga Perdana
yang dimenangi musim lalu. Hal ini dilihat dapat menjejaskan semangat para pemain dan
pegawai untuk memberikan khidmat mereka seterusnya cenderung kepada kejatuhan
prestasi pasukan dalam saingan liga pada musim hadapan. Walaubagaimanapun, pihak
FAM masih lagi memberi peluang kepada kelab ini untuk bertanding dalam Liga Super
Malaysia pada tahun 2019.

Lebih mengejutkan lagi adalah berkaitan perletakan B. Sathianathan sebagai jurulatih


Felda United FC selepas berjaya membawa skuad ini mendapat johan dalam saingan Liga
Premier Malaysia pada tahun 2018. Keputusan yang diambil oleh beliau adalah berpunca
daripada pihak pengurusan yang melaksanakan pemotongan gaji sebanyak 60 hingga 70
peratus bagi pemain dan jurulatih. Sebagai jurulatih profesional, beliau tidak berpuas hati
dengan keputusan yang dilaksanakan oleh pihak pengursan Felda United FC. Beliau
berpendapat bahawa perkara yang dilaksanakan itu adalah tidak setimpal dengan hasil
usaha beliau bersama-sama dengan para pemain yang berjaya menjuarai Liga Premier
Malaysia bagi edisi 2018. Kini, ketua jurulatih baharu digantikan dengan Mohd Nidzam Jamil
selaku bekas pemain kebangsaan.

Selain itu, Felda United FC juga pernah disingkirkan oleh pihak FAM daripada menyertai
Liga Super Malaysia bagi tahun 2018 kerana kelab ini gagal mengemukakan dua dokumen
utama yang berkait dengan kewangan. Dokumen tersebut adalah Penyata Kewangan
Tahunan (F.01) dan Penyata Kewangan untuk Tempoh Interim (F.02). Ekoran daripada
kegagalan tersebut, Lesen Kelab FAM bagi menyertai Liga Super Malaysia pada musim
hadapan ditarik oleh pihak FAM. Menurut mantan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin
Mohd Amin, kegagalan tersebut adalah berpunca daripada pihak pengurusan Felda United
FC sendiri yang melakukan kerja sambil lewa dan tidak serius kerana segala nasihat dan
garis panduan yang diberikan oleh pihak FAM tetap tidak dapat membantu mereka untuk
menyelesaikan keperluan diperlukan bagi mendapatkan lesen kelab FAM. Jelaslah bahawa
kegagalan pihak pengurusan dalam mengendalikan kewangan pasukan dapat menjejaskan
prestasi semasa kelab.

f) Perbandingan dengan persatuan lain

ASPEK PERBEZAAN

Perlis Northern Lions FC Felda United FC


Gagal mengemukakan
Isu tunggakan gaji dalam Punca gagal memperoleh dokumen-dokumen
kalangan para pemain Lesen Kelab FAM bagi berkaitan dengan kewangan
ekoran dek kerana penaja- menyertai Liga Super atau kelab seperti Penyata
penaja utama kelab telah Liga Perdana edisi sebelum Kewangan Tahunan dan
menarik diri. ini Penyata Kewangan untuk
Tempoh Interim.
Presiden PNFC, Datuk Perletakan jawatan individu Ketua jurulatih Felda United
Ahmad Amizal Shaifit utama yang menggerakkan FC, B. Sathianathan kerana
Ahmad Rafie susulan sesebuah kelab tidak puas hati dengan
kritikan yang diterima pemotongan gaji para
berikutan isu tunggakan gaji pemain dan jurulatih.
PERSAMAAN
 Wujudnya isu tunggakan gaji dek kerana kegagalan pihak pengurusan kelab
dalam menguruskan kewangan.
 Cara yang digunakan bagi menjana pendapatan kelab seperti mendapatkan
tajaan daripada syarikat percetakan kit jersi dan hasil kutipan duit tiket
perlawanan.

Disediakan oleh, Tarikh : 1 April 2019

…………………………………….

(AHMAD FAUZAN BIN ABU TALIB)

Pelajar PISMP Matematik 2 Semester 4,

IPG Kampus Pulau Pinang


Analisis SWOT hasil daripada kajian kes Felda United FC

1.0 Pendahuluan
Analisis SWOT memainkan peranan dominan dalam menambahbaik sesuatu organisasi.
Penggunaan analisis SWOT bukan sahaja hanya tertumpu kepada sesuatu organisasi
sahaja, malah ia juga boleh digunakan oleh individu itu sendiri untuk membuat refleksi diri
terhadap sebarang perkara yang telah dilakukan. Melalui analisis SWOT, individu tersebut
dapat mengetahui sejauh mana manfaat yang dapat diperolehi dan kelemahan yang akan
dihadapi sewaktu melaksanakan sesuatu perkara khususnya menjalankan kajian berkaitan
dengan pihak pengurusan Felda United FC.

2.0 Penulisan SWOT


2.1 Strengths (S)
Antara kekuatan yang saya perolehi dalam menyempurnakan laporan kajian kes ini
adalah mudah mengkases maklumat daripada internet. Kebanyakan maklumat berkenaan
Felda United FC dapat diperolehi melalui laman sesawang ‘Harian Metro Online’ dan ‘Berita
Harian Online’. Hal ini memudahkan saya untuk melakukan kajian berkenaan dengan
pengurusan Felda United FC dengan lebih terperinci. Selain itu, saya juga begitu minat
mengkaji prestasi sesebuah kelab bola sepak sama ada di Eropah mahupun Malaysia.
Kejayaan sesebuah kelab bola sepak dapat dilihat melalui bagaimana pengurusan
kewangan dan kesefahaman antara pemain dan jurulatih dengan pihak pentadbir kelab.
Rakan-rakan yang menggemari sukan bola sepak tanah air turut membantu saya dalam
mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai perkembangan semasa Felda United
FC melalu aplikasi sosial seperti Facebook dan Twitter. Hal ini memudahkan saya untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang diinginkan dengan pantas.

2.2 Weaknesses (W)


Salah satu kelemahan yang saya hadapi sewaktu menyiapkan laporan kajian kes adalah
kekangan masa untuk mengkaji pengurusan Felda United FC secara keseluruhan. Kajian
berkenaan sesuatu organisasi perlulah dilakukan dengan teliti dalam tempoh masa yang
lama agar maklumat yang diperolehi adalah sahih sekaligus dapat mengelakkan daripada
berlakunya penyebaran fitnah masyarakat khususnya penyokong kelab ini sendiri. Sikap
suka menangguhkan kerja juga turut melambatkan saya untuk menyelesaikan tugasan
tersebut kerana beranggapan bahawa semua maklumat amat mudah diperolehi daripada
internet.

2.3 Opportunities (O)


Dengan menjalankan kajian kes terhadap pengurusan Felda United FC, saya dapat
membina kemahiran sosial dan meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan
individu lain khususnya rakan-rakan. Saya menjadi lebih yakin untuk mengutarakan
pendapat saya kepada rakan-rakan lain apabila membicarakan mengenai isu-isu terkini
dalam sukan bola sepak Malaysia. Antara peluang lain yang dapat diperolehi melalui kajian
kes ini adalah dapat mengetahui perkembangan semasa liga bola sepak Malaysia
khususnya dari segi prestasi sesebuah kelab bola sepak. Selama ini, saya hanya
berfokuskan kepada perkembangan bola sepak Liga Perdana Inggeris yang dilihat sebagai
antara liga bola sepak yang gah di dunia. Saya juga dapat mempelajari bagaimana
kecekapan pihak atasan mengendalikan sesebuah kelab bola sepak mempengaruhi
prestasi semasa kelab bola sepak. Melalui kajian yang saya jalankan, saya dapati bahawa
kecekapan dalam pengurusan kewangan memainkan peranan yang penting untuk
memastikan kejayaan sesebuah pasukan bola sepak dapat dikekalkan. Kemahiran
penggunaan ICT dapat ditingkatkan semasa menyiapkan laporan kajian kes Felda United
FC. Salah satu input baharu yang dapat diperolehi berkenaan dengan penggunaan ICT
adalah penggunaan ‘QR Code’ untuk mengakses maklumat yang diinginkan dengan mudah
dan pantas. Dengan ini, saya tidak perlu menaip sebarang perkataan di laman sesawang
Google untuk mencari maklumat, hanya perlu mengimbas sahaja ‘QR Code’ tersebut
menggunakan telefon pintar.

2.4 Threats (T)


Salah satu ancaman yang dihadapi dalam menyiapkan kerja kursus ini adalah terlalu
banyak kerja kursus yang perlu diselesaikan pada semester ini. Terdapat sembilan kerja
kursus yang perlu dihantar pada minggu yang sama, di mana tarikh hantar kerja kursus
begitu hampir antara satu sama lain. Hal ini memberikan sedikit tekanan kepada saya untuk
menyempurnakan laporan kajian kes terhadap Felda United FC. Tambahan pula,
sebahagian daripada bahan-bahan rujukan yang diperolehi juga adalah tidak berautoriti.
Berkemungkinan sebahagian maklumat yang diperolehi daripada sumber internet hanyalah
sekadar berita palsu yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Penyebaran berita fitnah yang dilakukan hanyalah salah satu strategi yang digunakan oleh
pihak lain untuk memburukkan nama sesebuah kelab bola sepak yang ada di Malaysia.

3.0 Kesimpulan
Secara tuntasnya, analisis SWOT amat membantu seseorang individu untuk membuat
refleksi diri setelah melaksanakan sesuatu perkara khususnya sewaktu menjalankan suatu
kajian kes ke atas sesebuah organisasi yang dikaji. Penambahbaikan diri individu dari segi
amalan dan sikap dapat ditingkatkan ke arah yang lebih postif dari semasa ke semasa
melalui penggunaan analisis SWOT. Dengan menggunakan analisis SWOT, seseorang
individu dapat merangka strategi-strategi baharu bagi mengatasi masalah yang dihadapi
demi membolehkan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai.
Rujukan

Ahmad Fazli. (2017, 6 Disember). FAM perjelas dakwaan Felda United. Kosmo, ms.55.
Diperolehi pada 8 Mac 2019 daripada http://www.kosmo.com.my/sukan/fam-perjelas-
dakwaan-felda-united-1.567475.

Firdaus Hashim. (2019, 18 Januari). FELDA United jamin selesai isu gaji. Berita Harian, ms. 51.
Diperolehi pada 8 Mac 2019 daripada
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/01/521414/felda-united-jamin-selesai-isu-
gaji.

Richter, A. (2009). SWOT Analysis : Idea, Methodology and a Practical Approach. New Jersey :
Varlag Publisher.

Rizal Nor. (2018, 20 Oktober). Sathianathan Tinggalkan Felda United. Utusan, ms. 56.
Diperolehi pada 7 Mac 2019 daripada http://www.utusan.com.my/sukan/bola-
sepak/sathianathan-tinggalkan-felda-united-1.771342.

Sumbangan Wikipedia. (2019, 2 Mac). FELDA United F.C. Dalam Wikipedia, The Free
Encyclopedia. Diperolehi pada 7 Mac 2019 daripada
https://en.wikipedia.org/wiki/FELDA_United_F.C.#References.

Zufaizan Mansor. (2019, 16 Januari). Isu gaji Perlis : MFL sudah bertindak awal. Berita Harian,
ms. 54. Diperolehi pada 7 Mac 2019 daripada
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/01/520730/isu-gaji-perlis-mfl-sudah-
bertindak-awal.

You might also like