You are on page 1of 7

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES TENTANG

PERSATUAN DI MALAYSIA
1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan (2000), kokurikulum ialah merupakan sebahagian daripada kurikulum
asas yang melibatkan kegiatan atau aktiviti. Hal ini bermaksud kokurikulum penting kepada
seseorang individu kerana kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum. Rohanida Ab.
Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002) menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum dapat
memberikan latihan awal dari segi kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan dalam kalangan
murid. Hal ini kerana melalui aktiviti kokurikulum murid dapat belajar tentang pengurusan diri dan
menjadikan diri murid lebih bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Terdapat banyak persatuan di Malaysia. Antaranya Persatuan Bulan Sabit Merah


Malaysia (PBSM), Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
dan lain-lain lagi. Persatuan didefinisikan sebagai “sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Banyak persatuan yang terdapat di Malaysia
telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat Antarabangsa. Sebagai contohnya, Dato’ Lee
Chong Wei di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengharumkan nama Malaysia
di peringkat antarabangsa dengan merangkul pelbagai kejuaraan berprestij seperti memenangi
pingat perak 2 kali berturut-turut di sukan Olimpik. Beliau juga telah berjaya mengekalkan
kedudukan nombor satu dunia selama 3 tahun berturut-turut.

Namun begitu, umum mengetahui bahawa setiap persatuan yang wujud di Malaysia pasti
mempunyai isu-isu dalam persatuan. Persatuan yang saya kaji adalah Persatuan Silat Cekak
Pusaka Ustaz Hanafi. Saya akan menghuraikan tentang 3 isu yang terdapat dalam persatuan ini
serta cadangan langkah-langkah dalam mengatasi keadaan ini.
2.0 ISU DALAM SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

Menurut Hanafi Ahmad (1973), beliau menyatakan bahawa silat cekak Hanafi mempunyai nilai
tinggi, halus, penuh keaslian dan kesucian sebagai Pusaka Bangsa Melayu iaitu bukan ciptaan
yang baru. Salahsilah perguruan Silat Cekak Ustaz Hanafi diketahui melalui kaedah
penyampaian dari mulut ke mulut guru. Namun begitu, tidak pernah diketahui siapakah yang
mula-mula mencipta silat ini. Sama ada ia dicipta oleh seorang guru ataupun melalui
permuafakatan dalam kalangan beberapa orang guru. Melalui ciri-ciri pembelajarannya adalah
dipercayai bahawa silat ini wujud selepas kedatangan islam dan penciptanya memang seorang
yang pakar dalam bidang persilatan. Era moden silat ini hanya bermula apabila Allayarham Ustaz
Hanafi Hj Ahmad, bercita-cita memelihara silat ini, setelah didapati kualiti silat ini begitu unggul.
Beliau tidak rela silat ini pupus dialam maya ini.

Ustaz Hanafi menerima ijazah silat ini daripada Pak Yahya bin Said pada 28, Disember
1965 bersamaan 5 Ramadan 1385. Pada masa itu, Pak Yahya tidak memberitahu nama sebenar
silat ini , dan silat ini digerakkan dibawah jentera seksi persilatan Perkumpulan Seni Sari Budaya
Seri Kedah (PSSBSK) . Ustaz sendiri menjadi ketua seksinya. Selepas mandi penamat kelas
tersebut dijalankan , Pak Yah telah bertanya kepada Ustaz Hanafi sama ada ustaz ini terdiri
daripada keturunan Panglima Tok Rashid , kerana Tok Rashid semasa menyerahkan silat ini
kepada Pak Yahya ada berkata , “Sekiranya ada anak cucu aku dari Kedah datang mengambil
silat ini , maka serahnya balik kepadanya”. Pak Yah sendiri mengatakan bahawa inilah pertama
kali ia menjiruskan mandi penamat kepada muridnya. Pada masa itu juga baru Pak Yahya
menyatakan nama sebenar silat ini, iaitu Silat Cekak.

Pak Yahyalah yang telah memberitahu salahsilah perguruan silat ini, iaitu beliau
mengambil silat itu dari Panglima Tok Rashid, iaitu seorang panglima kerajaan negeri Kedah
yang telah berpindah ke Kerian, Taiping, Perak kerana daerah Sungai Daun tempat tinggalnya
pada masa itu diserang wabak taun.

Tok Rashid memberitahu Pak Yahya bahawa beliau mengambil silat ini daripada
Panglima Ismail yang menjadi panglima negeri Kedah pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin.
Dengan siapa Panglima Ismail mengambil silat ini tidak pula diriwayatkan. Selepas tamat
mempelajari silat ini, Ustaz Hanafi telah diijazahkan sebagai guru, dan diberi mandat untuk
mengembangkan silat ini ke seluruh negara. Manakala Pak Yahya ke Batu Kurau dan tidak aktif
lagi dalam mengajar Silat Cekak ini. Silat Cekak telah terus dikembangkan.
2.1 Menidakkan Hak Orang Lain untuk Mendapatkan Ilmu

Pada suatu ketika dahulu, seorang daripada anak murid ustaz Hanafi, Long (bukan nama
sebenar) telah diberi amanah oleh Ustaz Hanafi untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah kelas
silat cekak. Namun, beliau tidak menunaikan amanah yang diberikan dengan sebaiknya. Ustaz
Hanafi mendapati bahawa Long tidak mengajar penuntutnya seperti yang diamanahkan. Secara
umumnya Silat cekak Hanafi terdapat 21 buah keseluruhan.

Namun, Long tidak memberi buah yang ketiga yang dinamakan sendeng atas kepada
penuntutnya dengan alasan buah tersebut adalah istimewa. Oleh yang demikian, ustaz Hanafi
tidak bersetuju dengan tindakan Long itu. Hal ini kerana bagi ustaz Hanafi ilmu hendaklah
disampaikan dengan amanah dan jujur. Kita tidak boleh sesekali menidakkan hak orang lain
untuk mendapatkan ilmu. Ustaz Hanafi juga berpesan supaya menyampaikan ilmu sebaik yang
mungkin. Selepas kejadian itu, Long menubuhkan satu silat di bawah naungannya sendiri.

Oleh itu, untuk mendapatkan ilmu yang betul kita hendaklah memastikan bahawa silat
yang dipelajari mempunyai salahsilah yang betul bagi memastikan keaslian silat itu berterusan.
Antara langkah yang diambil oleh Persatuan silat cekak pusaka ustaz Hanafi iaitu kekuatan dalam
persatuan ini ialah setiap orang yang ingin belajar silat cekak pusaka ustaz Hanafi hendaklah
mengikuti majlis ijazah bersama guru utama silat cekak iaitu anak keempat ustaz Hanafi, YM
Tuan Guru Md Radzi.

Ahli-ahli yang ingin mempelajari silat juga hendaklah menyelidik terlebih dahulu latar
belakang silat yang hendak dipelajari. Silat cekak pusaka ustaz Hanafi mempunyai surat
pelantikan sebagai silat yang sah.

2.2 Tahyul Dan Khurafat

Apabila disebut tentang silat, secara tidak langsung masyarakat akan mengaitkan dengan
amalan-amalan khurafat yang bertentangan dengan tuntutan agama islam. Masyarakat akan
ragu untuk melibatkan diri dalam persilatan.

Untuk mengatasi masalah ini, masyarakat perlu diberi pendedahan dan penerangan
dengan jelas tentang isu-isu yang dibangkitkan dalam silat cekak pusaka ustaz Hanafi untuk
menghilangkan keraguan. Contohnya, isu berkaitan dengan kain putih, doa dan tawassul, dan
limau purut.
Kain Putih

Di dalam amalan pembomohan, apabila sesuatu benda itu dijadikan tangkal ia dipercayai dapat
memberi azimat kepada penggunanya. Bagaimanapun kain putih yang digunakan oleh penuntut
silat cekak hanyalah sehelai kain yang tidak boleh memberi apa-apa azimat kepada penuntut silat
cekak. Ia sekadar satu simbolik bagi mengingatkan para penuntutnya agar mempunyai niat yang
bersih dalam mempelajari senibeladiri tersebut. Mempelajari silat cekak bukan untuk bergaduh
atau menjadi kuat. Bukan juga untuk memukul orang sesuka hati. Malah tidak juga untuk menjadi
kebal. Dari pengalaman saya yang bergiat aktif silat ini sejak tahun 2012 hinggalah sekarang,
saya mendapati tiada ilmu kebal diajarkan dalam silat cekak kerana ilmu kebal adalah suatu
amalan syirik yang bertentangan dengan lunas-lunas Islam.

Doa dan Tawassul

Seseorang yang melakukan tawassul kepada Allah dengan wasilah bermaksud melakukan
amalan yang menghampirkan dirinya kepada Allah. Mengikut pandangan Syeikh Dr Ali Jum’ah,
Mufti al-Diyar al-Misriyyah bahawa “Semua empat mazhab bersetuju atas keharusan (jawaz)
bertawassul dengan Nabi SAW bahkan digalakkan. Jadi, berdoa secara tawassul diharuskan
dalam islam.

Firman ALLAH yang bermaksud:

“Mereka semua yang berdoa dan gemarkan TUHAN mereka dengan wasilah,
merekalah orang-orang yang paling hampir yang mengharap rahmat-NYA dan
mereka takutkan azab-NYA sesungguhnya azab TUHAN-mu adalah diawasi”

(al-Isra’: 57)

Limau Purut

Limau Purut adalah salah satu bahan utama yang digunakan oleh masyarakat melayu dahulu
sebagai pewangi badan serta bertujuan untuk mengeluarkan daki-daki pada badan ketika mandi.
Di dalam amalan silat cekak, limau tersebut hanyalah satu asbab sahaja yang lebih kepada
kaedah asal orang melayu zaman dahulu. Doa dan permohonan tetap juga dipanjatkan kepada
ALLAH s.w.t.
Dalam kehidupan seharian, seandainya anda batuk, adalah elok juga untuk mengamalkan
makan madu dan dicampur dengan perahan limau purut atau limau nipis. Berselawat dan
mohonlah kepada ALLAH agar disembuhkan dari sakit tersebut. Limau dan madu itu hanya
sebagai asbab, tetapi atas kehendak ALLAH jualah yang menyembuhkan segala penyakit.

2.3 Komitmen Ahli Dalam Persatuan

Komitmen ahli antara cabaran atau masalah dalam sesebuah organisasi atau persatuan. Antara
masalah utama dalam silat cekak adalah ahli-ahli dalam persatuan tidak dapat memberi
komitmen dengan sebaiknya. Sebagai contohnya, kehadiran yang tidak memberangsangkan. Hal
ini akan menimbulkan masalah kepada tenaga pengajar untuk memberi buah kepada ahli. Orang
yang memegang teguh komitmen dengan baik akan mampu menjalankan semua rencana yang
sudah dibuat dengan baik dan penuh tanggung jawab (”Pentingnya Sebuah Komitmen,” 2017).
Banyak persatuan di Malaysia tidak berfungsi dan ditutup akibat tiada komitmen daripada ahli-
ahli persatuan.

Untuk mengetahui tentang isu komitmen ahli dalam persatuan silat cekak pusaka ustaz
Hanafi, saya telah menemu bual seorang tenaga pengajar silat cekak ustaz Hanafi, Mohd Aqil
bin Mad. Beliau memberitahu antara perkara-perkara yang menjadikan ahli-ahli tidak gemar hadir
ke kelas silat adalah kerana mereka tidak merasakan seni mempertahankan diri adalah suatu
keperluan kepada diri mereka. mereka menganggap dunia sekarang sudah tidak diperlukan lagi
ilmu bela diri kerana perkembangan teknologi seperti wujudnya senjata api Mereka tidak
bersungguh untuk mendalami seni melayu yang ditinggalkan.

Menurut pengalaman Aqil, antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan
mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menyeronokkan supaya ahli-ahli tidak bosan untuk
mengikuti aktiviti yang dijalankan. Sebagai contohnya, mengadakan lawatan sambil belajar,
mengadakan hari keluarga silat cekak, mengadakan ceramah tentang kepentingan memepelajari
seni mempertahankan diri. Melalui aktiviti ini, ahli juga dapat merapatkan hubungan silaturahim
antara ahli persatuan silat cekak sekaligus memupuk sikap tanggungjawab dalam diri ahli silat.
3.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan isu-isu yang
timbul dalam persatuan dapat diselesaikan dengan baik. Menurut Haliza Hamzah & Joy Samuel
(2016), dalam usaha merancang, mengelola, mengawal, membuat refleksi dan membina
hubungan, pemimpin perlu mempunyai pengetahuan tentang keperluan anak buahnya. Hal ini
menunjukkan bahawa pemimpin sangat penting dalam sesebuah organisasi. Pemimpin yang baik
mampu membawa pasukan yang dipimpin ke peringkat yang lebih tinggi dan mampu
menyelsesaikan masalah yang timbul dengan baik.

ANALISA SWOT KAJIAN KES PERSATUAN SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

KEKUATAN KELEMAHAN
- Pembahagian jawatankuasa yang sistematik - Kekangan masa disebabkan oleh waktu
dan adil dalam persatuan. yang terlalu padat
- Surat perlantikan guru utama yang sah - Kurang aktiviti daripada persatuan
- Tenaga pengajar Silat Cekak Ustaz Hanafi - Kurang peruntukan kewangan
yang ramai
-Kemudahan tempat berlatih

PELUANG CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


- Sumber maklumat yang banyak kerana - Menyelidik latar belakang silat terlebih dahulu
kemudahan akses internet yang baik. sebelum menyertainya.
- Keaslian silat dipercayai - Memberi penerangan kepada masyarakat
- Mempunyai ahli yang ramai tentang isu-isu khurafat yang timbul.
- Mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik
RUJUKAN

Hanafi A. (1973). Silat Cekak Suatu Pusaka Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Masyarakat.

Haliza Hanafi & Joy Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Selangor:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ku Ahmad Mudrikah. (2016). Kokurikulum Pendidikan di Malaysia. Retrieved from

https://prezi.com/914s5mbh62br/kokurikulum-pendidikan-di-malaysia/

Gentleman (2017). Pentingnya Sebuah Komitmen Ketika Ingin Memulai Sebuah Usaha Atau

Bisnis. Retrieved from http://www.gentlemancode.id/read/wajib-tau/Pentingnya-sebuah-


komitmen-ketika-ingin-memulai-sebuah-usaha-atau-bisnis

Mohd Sofian Omar Fauzee (2002). Psikologi Sukan: Konsep Dalam Latihan Dan Pengajaran

Sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Rohanida Manaf & Mohd Sofian Omar Fauzee (2002). Senaman dan Kesejahteraan Diri. Kuala

Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn Bhd

Suarajagat. (2011). Isu Silat Cekak: Menjawab Kekeliruan. Retrieved from


https://suarajagat.wordpress.com/2011/01/18/isu-silat-cekak-%E2%80%93-menjawab-
kekeliruan/

You might also like