You are on page 1of 9

MISI

Membangun Potensi Individu


Melalui
Pendidikan Berkualiti

VISI
Pendidikan Berkualiti,
Insan Terdidik,
Negara Sejahtera

MATLAMAT SEKOLAH
2019
Mengatasi Segala Rekod
Pencapaian Sebelum Ini,Ke Arah
Cemerlang Gemilang Dan
Terbilang
MOTTO SEKOLAH
Belajar, Berdisiplin Berbakti

MOTTO KUALITI
Dulu Cemerlang,
Seharusnya
“Selamanya Cemerlang”
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SEKILAU
PASUKAN BADAN BERUNIFOM

RASIONAL
Setiap badan berunifom mengamalkan disiplin yang tinggi dalam segala latihan yang
dijalankan. Disiplin yang tinggi akan mendidik dan mengajar murid betapa perlunya
berdidipln bagi mencapai kejayaan. Murid perlu didedahkan kepada keperluan hidup
berkumpulan dan bermasyarakat untuk persediaan masa hadapan. Dengan menceburkan
diri dalam badan berunifom, sedikit sebanyak dapat mengelakkan murid daripada
terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat dalam dunia yang penuh cabaran dan tanpa
sempadan.

MATLAMAT
 Menggalakkan murid-murid meminati badan berunifom yang menerapkan nilai disiplin
yang tinggi.
 Melatih murid-murid berdisiplin, kemas dan berperwatakan menarik.
 Mewujudkan sikap toleransi, komited dan semangat kerja berpasukan dalam semua
bidang tugas.
 Melatih murid mematuhi peraturan dan arahan ketua.
 Melatih murid menepati masa.

OBJEKTIF
 Melahirkan pasukan badan berunifom yang cekap dan sentiasa bersedia menerima
arahan.
 Melahirkan murid yang berdisiplin dan sentiasa bekerjasama di antara satu sama lain.
 Menanam semangat berdikari, tabah, sabar dan mempunyai semangat jati diri yang
kuat.
 Menerapkan nilai kasih sayang dalam diri murid.
 Memberi ilmu yang secukupnya kepada murid sebagai persediaan apabila tamat
persekolahan.
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SEKILAU
KELAB DAN PERSATUAN
RASIONAL
Menyedari bahawa murid-murid mempunyai kebolehan dan bakat tersendiri, maka
semua pihak yang terlibat perlu membantu murid-murid agar bakat dan kebolehan yang
mereka miliki tidak dipersia-siakan. Latihan dan tunjuk ajar dari guru-guru dapat
memberi peluang kepada murid mencuba seterusnya menyerlahkan potensi yang mereka
miliki.

MATLAMAT
 Menambah ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang.
 Menanamkan semangat bekerjasama dan persefahaman dalam semua aktiviti yang
dilaksanakan.
 Menggalakkan murid-murid berbincang dan mencari idea untuk melaksanakan
tugasan yang diberi.
 Menanamkan semangat hormat menghormati dan bertanggungjawab di kalangan
murid.

OBJEKTIF
 Melahirkan murid-murid yang berfikiran terbuka, boleh berbincang dan bersedia
menerima teguran.
 Memanfaatkan sepenuhnya bakat dan potensi semula jadi murid-murid untuk
menaikkan nama sekolah, negeri dan negara.
 Melahirkan murid-murid yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan, ketrampilan,
bersahsiah tinggi, berbudi pekerti dan sentiasa akur kepada keadaan.
 Melahirkan murid yang Berjaya dunia dan akhirat.
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SEKILAU
SUKAN DAN PERMAINAN
RASIONAL
Murid-murid perlu diberi latihan yang sistematik dan konsisten supaya mereka dapat
mempamerkan bakat dan kebolehan yang ada untuk diketengahkan mengikut
kemampuan masing-masing dalam sukan dan permainan selaras dengan matlamat,
iaitu mengatasi segala pencapaian sebelum ini kea rah melahirkan atlit yang cemerlang
seterusnya meletakkan SK Bukit Sekilau dalam “TOP FIVE” di Pahang.

MATLAMAT
 Memberikan latihan bersistematik.
 Membuat persiapan pasukan pelapis bagi murid yang belum difikirkan layak
menyertai pasukan sekolah.
 Mendisiplinkan murid dalam menepati waktu, mematuhi peraturan, menghormati
rakan dan semua warga sekolah.
 Mewujudkan persefahaman, kerjasama dan semangat berpasukan dalam bidang
yang diceburi.
 Menanamkan semangat kesukanan yang tinggi.
 Mencungkil bakat semula jadi murid untuk dilatih dan diketengahkan.

OBJEKTIF
 Melahirkan sebuah pasukan yang kuat dan disegani bukan sahaja dari segi
permainan tetapi kerjasama displin dan semangat kesukanan yng ditonjolkan.
 Menanamkan semangat budaya sukan di kalangan murid.
 Melahirkan atlit yang berpotensi, berdisiplin, bermotivasi dan berwawasan untuk
menaikkan nama sekolah, negeri dan negara.
 Menjadikan sukan sebagai penggerak kerjasama dan memupuk tali silaturrahim
antara ahli.
PENGURUSAN KOKURIKULUM

1. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya 3 aktiviti iaitu satu


daripada badan berunifom, satu daripada kelab/persatuan dan satu daripada
sukan/permainan.

2. Bilangan perjumpaan perlulah sekurang-kurangnya 16 kali setahun dan setiap


perjumpaan dipenuhi pelbagai aktiviti yang memakan masa 2 jam iatu 16 x 2 jam.

3. Setiap penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum, perkembangan dan


kemajuan serta pencapaian peril dinilai dan direkod.

4. Penghargaan hendaklah diberi kepada pelajar yang aktif dan banyak memberi
sumbangan serta mengharumkan nama sekolah sebagai insentif disamping sebagai
sumber inpirasi kepada pelajar lain.

5. Kehadiran pelajar dalam kokurikulum perlulah 70% atau sekurang-kurangnya 8


kali, bagi membolehkan menerima sijil atau dicatat rekod penglibatan kokurikulum
dalam sijil berhenti sekolah/surat akuan.

6. Semua badan berunifom/kelab/persatuan/sukan dan permainan dikehendaki


menjalankan satu aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar/khidmat masyarakat
dan luar agar dapat menarik minat pelajar.

7. Aktiviti yang telah dirancang pada awal tahun hendaklah dicatat dalam Buku
Laporan Aktiviti Kokurikulum dan diserahkan kepada Guru Besar/PK Ko untuk
diluluskan dan diselaraskan dengan aktiviti lain.

8. Semua aktiviti yang melibatkan ahli mestilah diminitkan/dibuat laporan dalam


Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum.

9. Badan berunifom/kelab/persatuan dibenarkan menjalankan projek untuk


menambah dana tetapi perlulah mengemukan kertas kerja dan mendapat
persetujuan bertulis daripada guru besar. Segala hal kutipan wang adalah menjadi
tanggung jawab guru penasihat. Semua kutipan wang yang diterima perlu direkod
dalam buku laporan kewangan dan semua pembelian mesti disokong dengan resit.
TINDAKAN GURU PENASIHAT, PENGERUSI, SETIAUSAHA
DAN BENDAHARI

BUKU LAPORAN AKTIVITI

1. Semua badan berunifom/kelab/persatuan/sukan dan permainan MESTI mempunyai Buku


Laporan Aktiviti Kokurikulum.

2. Semua butiran yang terdapat dalam buku ini mestilah diisi dan dikemaskini dari semasa ke
semasa.

3. Laporan aktiviti mingguan MESTI disediakan oleh SETIAUSAHA.

4. Buku ini hendaklan sentiasa disimpan di pejabat sekolah untuk rujukan dan semakan oleh
pihak sekolah. Guru penasihat/ pengerusi/setiausaha/bendahari sahaja boleh mengambil dari
pejabat untuk mengemaskinikan butiran di dalamnya dan mengembalikannya semula.

5. Jika perlu, bahagian-bahagian tertentu buku ini boleh difotostat dan ditampal oleh guru
penasihat/pengerusi/setiausaha/bendahari.

6. Kedatangan ahli dalam semua aktiviti hendaklah direkodkan dengan betul oleh guru
penasihat.

7. Penyelaras Kokurikulum/PK HEM/PK Koku akan menyelaras dan menyemak segala rekod
dari semasa ke semasa.

8. Guru penasihat mestilah bertanggangjawab memastikan Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum


ini diselenggarakan dengan baik.

PANDUAN PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM


1. HARI AKTIVITI/LATIHAN

1.1 Setiap badan berunifom/persatuan/kelab/sukan dan permainan adalah diwajibkan


menjalankan aktiviti atau latihan mingguan pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.

1.2 Aktiviti tambahan boleh dijalankan pada hari lain dengan syarat :

1.1 Memaklumkan dan mendapat kelulusan Guru Besar/PK HEM/PK Ko.

1.2 Mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga.

1.3 Terdapat tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti.

1.4 Ada guru pembimbing yang mengawasi perjalanan aktiviti.


2 TEMPOH AKTIVITI

Tempoh menjalankan aktiviti hendaklah kurang daripada 2 jam bagi setiap perjumpaan.

3. KEHADIRAN

1. Semua ahli badan berunifom/kelab/persatuan/sukan dan permainan adalah wajib


hadir pada setiap kali perjumpaan diadakan.

2. Kehadiran ahli mestilah dicatat dalam Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum.

3. Semua ahli hendaklah membawa buku/kad rekod kokurikulum masing-masing supaya


kehadiran mereka dalam aktivitinkokurikulum dapat disahkan oleh guru pembimbing.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK UNIT-UNIT KOKURIKULUM


Pengerusi
a. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
semua mesyuarat.
b. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

Naib Pengerusi
a. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
b. Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

Setiausaha

a. Menguruskan hal-hal surat menyurat.


b. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan- kegiatan.
c. Mencatat kehadiran ahli
d. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
Penolong Setiausaha
a. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggung jawabnya.
b. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

Bendahari
a. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
b. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
c. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
d. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
d. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
e. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

Penolong Bendahari
a. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
b. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

Ahli Jawatankuasa
a. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
b. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa

Pemeriksa Kira-Kira
a. Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan
bertangungjawab keatasnya.
b. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

You might also like