You are on page 1of 5

SEBAB-SEBAB BUDAYA ZIARAH MENZIARAHI SEMAKIN PUDAR DALAM KALANGAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

Terlalu mementingkan kerjaya dan peningkatan taraf kehidupan masyarakat di bandar amnya.
Tiada

masa untuk berkunjung ke rumah orang lain kerana sibuk dengan tugas dan kerjaya.

Tarikan aneka program hiburan di televisyen ataupun panggung wayang telah menggantikan rangsangan untuk berziarah sesama mereka.
Penayangan

program-program khas memaku anak-anak ataupun remaja malahan orang dewasa sendiri untuk terus menatap kaca televisyen, berpindah daripada satu program ke program lain sehinggalah tempoh bercuti sempena Hari Raya tamat. Banyak program menarik yang telah dirancang dan dipromosikan semata-mata untuk tayangan sempena Hari Raya.

Lambakan rumah terbuka pada musim perayaan.


Rumah

terbuka sebagai cara mudah untuk mengundang rakan-rakan ke rumah sekaligus dalam satu masa yang sama. Pertindihan dalam undangan ke rumah terbuka sempena musim perayaan misalnya.

Generasi muda tidak berminat beraya di kampung adalah disebabkan faktor mereka dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan di bandar selain, tidak mempunyai kenalan sebaya untuk berkunjung di kampung halaman.
Mereka

berasa janggal dan tidak seronok kerana jarang berjumpa dan pertalian yang jauh.

You might also like