You are on page 1of 2

REFLEKSI INDIVIDU

MAZNAH BINTI ABD RANI

750415115508

Program khidmat masyarakat merupakan satu lagi program Bina Insan Guru yang perlu
dilaksanakan oleh setiap pelajar yang mengikuti progam pensiswazahan guru. Setelah
mendapat penerangan daripada pensyarah unit gerko, saya memilih untuk
mengadakan khidmat masyarakat di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka. Saya
melaksanakan aktiviti ini bersama beberapa orang lagi rakan daripada Institut
Perguruan Perempuan Melayu Melaka bersama dengan murid- murid dan guru
daripada Sekolah Kebangsaan Bacang.

Saya berasa teruja untuk melaksanakan khidmat msyarakat ini, kerana ini
merupakan kali pertama saya akan pergi ke rumah orang tua. Di sana saya akan
melaksanakan beberapa aktiviti yang telah kami rancangkan bersama. Apabila sampai
sahaja di rumah Seri Kenangan Cheng, saya dapat melihat orang-orang tua yang ada
disitu begitu seronok melihat kedatangan kami. Saya dapat merasakan perasaan
mereka yang begitu seronok apabila menerima tetamu. Mereka ingin berbual-bual
dengan saya dan mereka berasa seronok apabila saya melayan mereka berbual-bual.

Penghuni di rumah Seri Kenangan Cheng juga dihiburkan dengan persembahan


daripada murid-murid. Di sini juga saya dapati mereka begitu seronok melihat
persembahan daripada murid-murid tersebut dan aktiviti ini dapat menggembirakan hati
mereka kerana mereka telah kehilangan kasih-sayang daripada anak-anak mereka
sendiri. Saya berharap murid-murid yang menyertai program ini akan sedar betapa
pentingnya kasih-sayang seorang anak terhapap ibubapa. Aktiviti ini akan dapat
memberi kesedaran kepada murid-murid dan juga diri saya sendiri agar sentiasa
melakukan aktiviti kemasyarakatan dengan masyarakat setempat agar terjalin sikap
kerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibbah dikalangan
masyarakat.

Kami juga telah menghabiskan masa beramah mesra bersama orang-orang tua
yang berada di situ. Saya melayan mereka berbual-bual dan bertanya khabar
mereka,saya dapati mereka seronok apabila saya duduk bersama mereka. Saya dapat
merasakan bahawa mereka sangat rindukan kasih sayang daripada ahli keluarga
mereka sendiri. Mereka mempunyai sebab sendiri kenapa mereka berada di rumah seri
Kenangan Cheng. Ada diantaranya memang tidak mempunyai anak dan mereka
memilih untuk berda di rumah orang-orang tua untuk menghabiskan sisa-sisa hidup
mereka bersama-sama teman yang lain. Keseronokan dan kegembiraan tergambar
diwajah mereka dan mereka kelihatan ceria apabila kami melayan mereka .

Kami juga telah menanam pokok-pokok bunga sebagai kenangan kami pernah
datang ke sini dan sebagai sumbangan kami kepada Rumah Seri Kenangan Cheng.
Kami melaksanakan aktiviti menanam pokok ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan
ikhlas kerana ini adalah salah satu cara untuk menggembirakan hati orang-orang tua
yang berada di Rumah Seri Kenangan Cheng ini. Kebanyakan mereka yang sihat
menghabiskan masa di taman-taman bunga yang terdapat di sekitar Rumah Seri
Kenangan ini.

Program aktiviti kemasyarakatan ini memberi banyak pengalaman dan


pengajaran kepada saya. Kita wajib menjaga dan memberi kasih sayang kepada
ibubapa kita apabila mereka telah tua dan disaat mereka sangat memerlukan anak-
anak. Jangan kita menghantar kedua ibubapa kita ke rumah orang tua untuk
kesenangan diri kita. Ia juga menyedarkan saya pentingnya kita menjalinkan hubungan
kemasyarakatan dengan golongan yang memerlukan. Saya juga berasa bersyukur
kepada Allah kerana segala aktiviti yang telah kami rancangkan dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

You might also like