You are on page 1of 8

Guru kelas kamu akan bersara tidak beberapa lama lagi.

Kamu dan rakan-rakan sekelas telah


mengadakan satu majlis untuk meraikan persaraan tersebut. Kamu diminta untuk menyampaikan
ucapan sempena majlis tersebut.Tulis ucapan kamu selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-
rakan seperjuangan yang dikasihi.

Hadirin yang dihormati,


Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih dan berbesar hati kerana pihak majlis
sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dalam majlis pada hari ini. Sebagaimana
yang kita ketahui, majlis ini diadakan adalah untuk meraikan cikgu Shahimi yang akan
berpindah ke sekolah lain tidak lama lagi.

Sesungguhnya kita tidak menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama
mencurahkan bakti di sini. Kita berasa amat sedih kerana akan kehilangan seorang guru yang
sangat dedikasi terhadap tugasnya.

Hadirin yang dikasihi,


Pengorbanan dan jasa beliau kepada kita tidak ternilai harganya. Beliau telah banyak
membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada kita. Selain itu, beliau juga sentiasa
mengambil berat dan sanggup meluangkan masa mengadakan kelas tambahan kepada murid-
muridnya.

Saya mewakili semua murid, mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Shahimi.
Kami menghargai segala usaha dan jasa cikgu. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh
agar impian dan cita-cita kami tercapai.

Kami juga meminta ampun dan maaf daripada cikgu jika terdapat sebarang kesilapan
yang telah kami lakukan sepanjang cikgu mendidik kami.

Akhir sekali, saya mewakili semua murid di sekolah ini berdoa agar cikgu akan berbahagia
apabila bertugas di sekolah baru nanti. Sebelum mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap
pantun daripada saya.

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan;
Walaupun jauh ribuan batu,
Hilang di mata, di hati jangan.
Ucapan Majlis Perpisahan Tahun Enam akan diadakan di dewan sekolah anda.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Zafran bin Faizal Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Tambun, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta rakan-rakan
sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi peluang kepada saya
untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.

Hadirin sekalian,
Sudah hampir enam tahun kami berada di Sekolah Kebangsaan Serti Tambun ini. Kini, hanya
tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum kami meninggalkan sekolah ini untuk meneruskan
persekolahan di sekolah menengah. Oleh sebab itu, dengan berat hatinya kami terpaksa
mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami
masih terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini.

Saya mewakili semua murid Tahun 6 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima
kasih kepada guru-guru di sekolah ini. Kami amat menghargai akan jasa kalian yang telah
mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan
bimbingan gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan mengira. Pesanan guru-guru yang
ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan negara
akan sentiasa kami ingati.

Hadirin sekalian .
Kami murid-murid Tahun 6 berasa amat bertuah kerana mendapat guru-guru yang begitu
berdedikasi di sekolah ini. Hasilnya, pada tahun ini kami mendapat keputusan yang cemerlang
dalam UPSR. Seramai 20 orang murid telah mendapat keputusan 5A dan tidak ada seorangpun
yang gagal walaupun dalam satu mata pelajaran. Ini pencapaian yang amat membanggakan.
Kejayaan yang cemerlang ini sudah pastinya hasil titik peluh dan rasa tidak jemu guru-guru
mendidik kami.

Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang
cemerlang di sekolah menengah nanti. Jasa dan pengorbanan guru-guru tidak mampu kami
membalasnya. Hanya doa untuk kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai
membalas segala jasa guru-guru itu. Kami berharap agar guru-guru doakan kami supaya terus
memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran di sekolah menengah nanti.

Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan
sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada
kami. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-
guru akan kami kenang sehingga akhir hayat kami
Ucapan Semperna Majlis Perpisahan Murid Tahun Enam.
Terima kasih kepada Saudara Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar
,guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan semua. Assalamalaikum dan
selamat sejahtera saya ucapkan.
Terlebih dahulu, saya merakamkan penghargaan atas kesudian pihak
sekolah menganjurkan majlis seumpama ini. Majlis perpisahan ini amat besar
maknanya kepada kami. Maklumlah, sudah enam tahun kami menuntut di
sekolah yang sering mencatatkan kejayaan dalam bidang akademik dan
kokurikulum.
Pada majlis yang bersejarah ini, saya mewakili teman-teman mengucapkan
penghargaan atas jasa pada guru yang tidak jemu mendidik kami. Jasamu terakam
dalam lipatan sejarah. Kami tetap mengingati jasamu selagi hayat dikandung
badan.

Semalam keputusan UPSR telah diumumkn. Buat pertama kalinya seramai


83 orang murid memperolehi 5A. peratusan terbaik dari segi kuantiti ini
mengatasi sekolah-sekolah lain di Hulu Selangor ini dan keseluruhan Negeri
Selangor.
Tahun ini juga banyak kejayaan dalam bidang kokurikulum yang telah
diraih. Antaranya, murid sekolah kita telah menjadi johan di peringkat negeri
dalam pidato. Walaupun gagal di peringkat kebangsaan, tetapi kejayaan ini telah
mengharumkan nama sekolah.
Sesungguhnya, jasa warga pendidik amat besar maknanya kepada kami.
Tanpamu guru, kami bagai si buta kehilanga tongkat. Saya akhiri ucapan saya in
dengan serangkap pantun yang berbunyi:

Tenang-tenang air di laut,


Sampan boleh mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Sekian, terima kasih.
Ucapan Sempena Hari Guru

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru


Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil
murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua
guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini
merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi
mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai
jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,

Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita


hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita
amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak
pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca
dan mengira.

Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah


menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan
patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.

Rakan sekalian,
Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk
rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak
fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat
berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah

Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang


membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami
sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu
mendidik kami dengan sabar .
Sekian , terima kasih.
Laporan Kejohanan Sukan Tahunan

Pada 5 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah mengadakan Kejohanan
Sukan Tahunan kali ke-20 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pada hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang
melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh
puan guru besar. Kemudian disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Pelajaran
Daerah Gombak.

Setelah selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang dengan pelbagai aksi
murid-murid tahap 1. Mereka melakukan acara seperti mengepit bola dan membawa bola
pingpong dengan sudu. Seterusnya, acara olahraga bermula dengan acara 100 meter, 200
meter dan 4×100 meter.

Tepat jam 10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum. Semasa rehat,
pertunjukan tae kwon do telah dipersembahkan oleh ahli-ahli tae kwon do sekolah. Kemudian
murid-murid tahun 1 pula telah membuat persembahan senamrobik.

Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Guru besar telah
menyampaikan hadiah kepada olahragawan iaitu adik Amirul Anuar dan adik Nur Amni sebagai
olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah pula telah diumumkan sebagai johan keseluruhan
pada tahun ini.

Murid-murid berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini. Sebelum
bersurai, murid-murid telah membantu guru-guru membersihkan padang. Kejohanan berakhir
kira-kira pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, 30 MAC 2009

Ifah
(NORAFIFAH KHAIRUL SALLEH)
Wartawan,
Majalah sekolah,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.
Laporan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Pada 3 September 2012 , Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 telah mengadakan Sambutan
Kemerdekaan Peringkat Sekolah di Dewan Seri Perling. Sambutan ini diadakan adalah untuk
meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 55 pada tahun ini .

Sambutan yang gilang-gemilang itu telah dimulakan pada pukul 8 pagi. Selain itu, sambutan
ini juga telah dipimpin oleh Puan Engku Fazlina selaku pengerusi majlis. Tetamu kehormat, iaitu
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 telah menyempurnakan acara perasmian
sambutan kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2012. Tidak ketinggalan juga, Puan Maselah binti
Mohd. Tahir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 turut menyampaikan sepatah dua kata.

Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran negeri Johor,
lagu sekolah dan lagu 1 Malaysia. Seterusnya, sambutan dimeriahkan lagi dengan nyanyian hebat
lagu Jalur Gemilang dan 1 Malaysia dari Lim Kok Wing Universiti gabungan pelajar-pelajar tahun 3
Cemerlang, 5 Cemerlang dan Pasukan Koir Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2. Terukir senyuman di
bibir Para Guru Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 apabila melihat persembahan tersebut.

Usai sahaja persembahan itu, para tetamu telah dijamu dengan sedikit santapan ringan yang
telah ditaja oleh “Noor Aini and Family Catering”. Selepas itu, sambutan kemerdekaan diteruskan
lagi dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik yang telah diadakan di kantin sekolah. Terbukti
kehebatan Murid-murid Sekolah Kebangsan Seri Perling 2 kerana dapat menyanyikan lagu patriotik
dengan baik sekali. Pemenang tempat pertama pertandingan ini telah diungguli oleh adik Siti Nur
Diana dari kelas 5 Cerdas.

Setelah itu, Encik Idris, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2
bersama beberapa orang guru pergi ke kelas-kelas untuk menyaksikan marhaban yang telah
dipersembahkan oleh kelas-kelas yang terlibat. Selain itu, Pertandingan Kelas Paling Patriotik turut
diadakan sempena Sambutan Kemerdekaan Tahun 2012. Guru-guru yang berkenaan akan menilai
kelas-kelas ini untuk mencari pemenang-pemenangnya.

Sambutan Kemerdekaan ini telah berakhir pada jam 1.20 tengah hari. Puan Maselah selaku
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 menasihati murid-murid sekolah ini agar menyemai
dan menanam rasa cinta dan sayang pada tanah air kita ,Malaysia.

Laporan disediakan oleh, 5 SEPTEMBER 2012.

...........................................

(ANIS AQILAH BINTI LATIF)


Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Lenga, Muar.

Pada 20 Jun 2013 hingga 21 Jun 2013, Sekolah Kebangsaan Lenga telah mengadakan program
perkhemahan unit beruniform di Kem Bekok. Pasukan beruniform yang terlibat ialah Persatuan
Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Puteri Islam.

Sebanyak 120 peserta yang mewakili unit-unit tersebut mengambil bahagian. Mereka diiringi
oleh 20 orang guru penasihat. Semua peserta dan guru menaiki tiga buah bas yang disewa khas
untuk ke kem tersebut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sekolah.

Di kem tersebut, para peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan. Setiap kumpulan diselia oleh
dua orang guru pengiring Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan tersebut ialah
merentas halangan, ikhtiar hidup, keselamatan dalam air, pertolongan cemas, persembahan
nyanyian, serta pertandingan reka cipta.

Para peserta perkhemahan menunjukkan semangat kerjasama yang erat “umpama aur dengan
tebing”. Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan yang amat berguna terutama dalam
aktiviti ikhtiar hidup. Mereka belajar mengenal tumbuhan yang dapat dimakan dan yang
beracun, cara memasak, serta cara berlindung di dalam hutan.

“Aktiviti perkhemahan ini berjaya mencapai matlamatnya. Para peserta yang terlibat
menunjukkan sifat kepimpinan, keberanian, dan kerjasama mereka selain mempamerkan
disiplin yang tinggi dalam setiap aktiviti,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lenga, Encik
Ghazali B. Hussin ketika majlis penutupan program tersebut.

Program yang bermanfaat ini akan diadakan lagi pada thun hadapan. Sekalung tahniah kepada
semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Laporan disediakan oleh, 22 jun 2013

....................................................

(SITI SAFIAH BT SAFINGGI)


Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Lenga.
Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah

Pada hari Sabtu, 15 Oktober 2012, Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun telah mengadakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi. Ibu bapa turut
hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang
cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan
dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zool Azhari. Kemudian diteruskan dengan
ucapan oleh Pengerusi PIBG serta ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun.Tepat
pukul 10.00 pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah,
Tuan Haji Ghazali. Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin
terhadap pendidikan anak-anak.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan murid-murid. Antara persembahan yang
menarik ialah persembahan Boria oleh murid tahun 6, persembahan tarian zapin oleh murid
tahun 5 dan persembahan deklamasi sajak oleh adik Muhamad Nizam daripada kelas 4
Cemerlang.Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.

Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam
akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang cemerlang serta
aktif dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah.

Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan
juadah sejurus selesainya majlis itu. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong
kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.

Disediakan oleh , 20 OKTOBER 2012

.............................
(ALI BIN AHMAD)
Setiausaha, Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun

You might also like