You are on page 1of 1

Faedah Berkebun

Berkebun merupakan salah satu aktiviti yang baik. Hal ini demikian kerana berkebun
boleh membawa banyak manfaat kepada kita.

Dewasa ini, semua lapisan masyarakat digalakkan berkebun. Kita boleh berkebun di
kawasan yang sesuai contohnya di halaman rumah. Aktiviti berkebun boleh mengisi masa terluang
kita dengan berfaedah. Semasa berkebun, kita boleh mengurangkan tekanan dan perasaan bosan.

Di samping itu, kita boleh menjadi insan yang berguna dan berbudi kepada tanah. Dengan
berkebun, kawasan lapang atau tanah terbiar boleh digunakan dengan sebaik-baiknya.

Kita juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Hal ini disebabkan kita boleh
melakukan aktiviti berkebun bersama-sama ahli keluarga kita.

Selain itu, kita boleh meningkatkan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana hasil
tanaman kita boleh dijual bagi menambahkan pendapatan keluarga.

Kesimpulannya, aktiviti berkebun banyak mendatangkan faedah kepada semua lapisan

masyarakat.

You might also like