You are on page 1of 40

1.

Kacang Hantu
Maksud: Orang jahat.
Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu
suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap gadis
yang lalu di situ.

2. Kaki Arak
Maksud: Orang yang suka minum arak.
Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua
wangnya digunakan untuk membeli arak.

3. Kaki Ayam = Berkaki Ayam


Maksud: Tidak memakai kasut.
Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang
dari masjid kerana kasutnya telah hilang.

4. Kaki Bangku
Maksud: Tidak pandai bermain bola.
Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah
bermain bola sepak.

5. Kaki Botol
Maksud: Orang yang suka minum arak.

6. Kaki Buli
Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang
yang lemah.
Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di
sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah.

7. Kaki Gaduh
Maksud: Orang yang suka bergaduh.
Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering
menimbulkan masalah di kampungnya.

8. Kaki Gunung
Maksud: Di bahagian permulaan gunung.
Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung
1
sebelum memulakan pendakian ke puncak.

9. Kaki Hutan
Maksud: Tepi hutan.

10. Kaki Judi


Maksud: Orang yang suka bermain judi.
Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak
menghabiskan harta ayahnya di meja judi.

11. Kaki Langit


Maksud: Langit di bahagian bawah.
Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat
dilihat pada waktu senja.

12. Kaki Lima


Maksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.
Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan
sementara menunggu hujan berhenti.

13. Kaki Perempuan


Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.

14. Kaki Rambu


Maksud: Orang yang suka merayau.
Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan
pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki
rambu.

15. Kaki Seribu


Maksud: Cabut lari.

16. Kaki Umpat


Maksud: Orang yang suka mengumpat orang.
Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya
menceritakan keburukan orang sahaja.

17. Kaki Wayang


Maksud: Orang yang suka menonton wayang.
Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap
2
filem baru yang ditayangkan di panggung itu.

18. Kaku Lidah


Maksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar.
Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang
penglibatannya dalam kes rasuah.

19. Kambing Hitam


Maksud: Orang yang dipersalahkan.
Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku
kecurian di kawasan perumahan itu.

20. Kampung Halaman


Maksud: Kampung tempat dilahirkan.
Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu
hendak kembali ke kampung halamannya.

21. Kata Dua


Maksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang
mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain
yang terlibat dalam perundingan.
Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada
membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain.

22. Kata Hati


Maksud: Perasaan.

23. Kata Pujangga


Maksud: Perkataan orang bijak pandai.
Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga
ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda.

24. Kata Putus


Maksud: Ketentuan yang terakhir.
Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata
putus kerana ahli-ahlinya bertelagah.

25. Kaya Anak


Maksud: Banyak anak.
Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam
3
kemiskinan tetapi dia kaya anak dan hidup bahagia.

26. Kaya Hati


Maksud: Pemurah.
Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering
menghulurkan derma.

27. Kaya Hutang


Maksud: Orang yang banyak hutang.
Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak
isterinya yang gemar membeli baju berjenama.

28. Kecil Hati


Maksud: Berasa tersinggung.

29. Kecut Hati


Maksud: Takut.
Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa
kecut hati saya.

30. Kelas Kambing


Maksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling
murah harganya.
Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa
menonton wayang.

31. Keliling Pinggang


Maksud: Sangat banyak.
Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros
berbelanja.

32. Ke Luar Negeri


Maksud: Pergi ke negeri lain.
Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.

33. Kembang Hati


Maksud: Gembira.
Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat
masuk ke sekolah berasrama penuh.

4
34. Kembang Sayap = Mengembangkan Sayap
Maksud: Meluaskan usaha.
Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan
menceburi industri berat pula.

35. Kena Tangan


Maksud: Dipukul.
Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung
ketika cuba mencuri di salah sebuah rumah di kampung itu.

36. Kepala Angin


Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa
tertentu.

37. Kepala Batu


Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

38. Kepala Berat


Maksud: Bodoh.
Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikit-
sedikit kerana dia kepala berat.

39. Kepala Berita


Maksud: Tajuk sesuatu berita.
Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu
telah menjadi kepala berita di hampir semua akhbar tempatan
terbitan hari ini.

40. Kepala Dingin


Maksud: Penyabar.
Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap
tenang.

41. Kepala Dua


Maksud: Orang yang tidak setia.
Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah
memberitahu maklumat sulit syarikat ini kepada syarikat
lawan.

42. Kepala Kain


5
Maksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya
berlainan.
Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung.

43. Kepala Udang


Maksud: Bodoh.

44. Kera Sumbang


Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.
Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis
makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu.

45. Kerang Busuk


Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.
Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.

46. Keras Hati


Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

47. Keras kepala


Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

48. Keras Lidah


Maksud: Tidak pandai bercakap.
Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa
Inggeris kerana dia kurang mahir.

49. Keras Mulut


Maksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan.
Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu
walaupun pendapatnya tidak diterima oleh orang lain.

50. Kerat Rotan = Berkerat Rotan


Maksud: Memutuskan perhubungan.
Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan
keluarga Saroja kerana tidak puas hati dengan pembahagian
harta pusaka.

51. Kering Darah


Maksud: Terkejut.
6
52. Kering Hati
Maksud: Tiada rasa belas kasihan.
Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa
sedih kerana dia seorang yang kering hati.

53. Keringat Dingin


Maksud: Takut.

54. Kerja Tangan


Maksud: Pertukangan tangan.
Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional
dipamerkan dalam pameran kraf tangan itu.

55. Ketam Batu


Maksud: Sangat kedekut.
Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada
yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu.

56. Ketawa Raja


Maksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan.
Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk
menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya.

57. Khabar Angin


Maksud: Berita yang belum sah.
Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.

58. Khabar Burung


Maksud: Berita yang belum sah.

59. Kucing Bertanduk


Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.
Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia
pasti tidak akan mengerjakannya.

60. Kucing Kurap


Maksud: Orang yang tidak berguna.

61. Kuku Besi


7
Maksud: Memerintah dengan kejam.
Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan
dibenci dan digulingkan oleh rakyat.

62. Kuku Kambing


Maksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi.
Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan
untuk menanam padi.

63. Kunci Diri = Mengunci Diri


Maksud: Mengurung diri.
Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi.

64. Kunci Hati


Maksud: Rahsia.
Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan
tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun.

65. Kunci Mulut


Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut.
Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu
anaknya yang bersalah.

66. Kurang Adab


Maksud: Tidak sopan.
Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada
orang tua, kurang adab namanya.

67. Kurang Adat


Maksud: Tidak sopan.

68. Kurang Ajar


Maksud: Tidak sopan.

69. Kurang Akal


Maksud: Tidak pandai.
Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu
menggunakan bahasa yang mudah kerana dia kurang akal.

70. Kurang Asam


8
Maksud: Tidak sopan.

71. Kurang Bahasa


Maksud: Tidak halus budi bahasanya.
Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka
bercakap dengan suara yang kuat dan menggunakan bahasa
yang kasar.

72. Kurang Fikir


Maksud: Tidak berhati-hati.
Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir
akan membawa kerugian.

73. Kurang Hati


Maksud: Tidak berminat.
Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat
kerana agak rumit untuk melakukannya.

74. Kurang Iman


Maksud: Mudah terpedaya.
Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak
apabila ditawarkan wang yang lumayan untuk mengedar
dadah.

75. Kurang Ingat


Maksud: Pelupa.
Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apa-
apa.

76. Kurang Jadi = Kurang Menjadi


Maksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.
Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat
saya kurang menjadi tahun ini.

77. Kusut Fikiran


Maksud: Susah hati.
Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya
yang belum mendapat kerja di Kuala Lumpur.

78. Kutu Embun


9
Maksud: Orang yang suka merayau pada malam hari.
Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah
pada pukul 3 pagi.

79. Kutu Jalan


Maksud: Orang yang suka merayau

PERIBAHASA DAN TEMA


1. PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Tepuk dada tanya selera
Air dalam terenang
Yang muda disayangi yang tua dihormati
Sudah terang lagi bersuluh

2. PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMBANTU ORANG


KURANG UPAYA:
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Tepuk dada tanya selera
Sudah terang lagi bersuluh
Melukut di tepi gantang

3. KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM


di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
Sudah terang lagi bersuluh

4.FAEDAH MEMBACA KARYA SASTERA


menyelam sambil minum air
tak kenal maka tak cinta
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Sudah terang lagi bersuluh

5.JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT


tak kenal maka tak cinta.
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
seperti aur dengan tebing
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Sudah terang lagi bersuluh
10
mulut biar manis, hati biar baik
bersatu teguh bercerai roboh
Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
Buang yang keruh , ambil yang jernih
Adat pulau limburan pasang
Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa
Jiran sepakat membawa berkat
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai

6.FAEDAH SENI MEMPERTAHANKAN DIRI


di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
menyelam sambil minum air
tak kenal maka tak cinta.
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
Sudah terang lagi bersuluh

7.KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN


Produk Malaysia, Kebanggaan Kita
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
menyelam sambil minum air
tak kenal maka tak cinta.
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Sudah terang lagi bersuluh

8. USAHA-USAHA MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN


BUATAN MALAYSIA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
menyelam sambil minum air
tak kenal maka tak cinta.
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Sudah terang lagi bersuluh
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai
Alah membeli menang memakai

9.USAHA-USAHA MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN


JALAN RAYA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
melepaskan batuk di tangga

11
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
seperti api dalam sekam
Bagai duri dalam daging
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
sediakan payung sebelum hujan
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak
berselerak
Biar lambat asalkan selamat
Sudah terang lagi bersuluh
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai
Sudah terantuk baru terngadah
Mencurah air ke daun keladi
Bagai enau dalam belukar melepaskan puicuk masing-masing
Masuk telinga kiri keluar telinga kanan
Pandu cermat jiwa selamat
Berhati-hati di jalan raya
Ingat orang tersayang

10.CIRI- CIRI PENULIS BERJAYA


di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
tak kenal maka tak cinta
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Angan-angan menerawang langit
Asal ditugal, adalah benih
Sudah terang lagi bersuluh

11.KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM


Bagai duri dalam daging
Sudah terang lagi bersuluh
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
seperti api dalam sekam
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak
berselerak
sediakan payung sebelum hujan
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

12
seperti aur dengan tebing
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bersatu teguh bercerai roboh
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
mulut biar manis, hati biar baik
Agak-agak bertutur malam hari
Asal ditugal, adalah benih
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.

12. USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN.


Bagai duri dalam daging
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
sediakan payung sebelum hujan
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
seperti api dalam sekam
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak
berselerak
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
seperti aur dengan tebing
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bersatu teguh bercerai roboh
mulut biar manis, hati biar baik
.Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
Adat pulau limburan pasang
Agak-agak bertutur malam hari
Asal ditugal, adalah benih
Sudah terang lagi bersuluh
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang

13.KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN


di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
tak kenal maka tak cinta.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata

13
Ke tengah boleh ke tepi boleh
ketam mengajar anaknya berjalan betul
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-
sakit dahulu, bersenang- senang kemudian
Ilmu penyuluh hidup
Ilmu itu pelita hati
Ilmu pelita hidup

Asal ditugal, adalah benih


Sudah terang lagi bersuluh
Sudah terantuk baru terngadah
Mencurah air ke daun keladi
Tanpa ilmu, seseorang itu diibaratkan seperti si buta
kehilangan tongkat

14.PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA


di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
Bagaiman acuan begitulah kuihnya
serampang dua mata
ketam mengajar anaknya berjalan betul
melentur buluh biar dari rebungnya
anak-anak ibarat kain putih
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Sudah terang lagi bersuluh
Mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu,
mendidik anak setelah dewasa umpama mengukir di atas air
Bapa borek anak rintik
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah
berkata, When I have money, I buy books. If any is left, I buy
food..
Hal ini bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang
bermaksud Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad,
malah Nabi sendiri menggesa umatnya supaya menuntut ilmu
walaupun hingga ke negeri China.
surah al-Quran yang pertama sekali diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. berbunyi Bacalah, bacalah olehmu wahai
Muhammad.

14
15.PUNCA-PUNCA KEJADIAN TANAH RUNTUH
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Tepuk dada tanya selera
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
seperti api dalam sekam
sediakan payung sebelum hujan
Sudah terantuk baru terngadah
Mencurah air ke daun keladi
Sudah terang lagi bersuluh
Ada tangga hendak memanjat tiang
Tiada angin masakan pokok bergoyang
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang

16. CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA


di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
Yang muda disayangi yang tua dihormati
Sudah terang lagi bersuluh
Air susu dibalas dengan air tuba
Kacang lupakan kulit
Melukut di tepi gantang
Banyak makan garam
Patah tumbuh hilang berganti

17. KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG


menyelam sambil minum air
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
sediakan payung sebelum hujan
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Sudah terang lagi bersuluh
Badan yang sihat datangnya daripada badan yang sihat
Mencegah lebih baik daripada mengubati
Sabda Nabi Muhammad SAW, Rebutlah lima perkara sebelum
tiba lima perkara;muda sebelum tua, kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum
mati
Kesihatan melambangkan kekayaan dan Badan sihat, otak
cerdas

18.PERANAN IBU BAPA MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG


di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

15
Tepuk dada tanya selera
sediakan payung sebelum hujan

19. USAHA-USAHA UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN


KEKELUARGAAN
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Tepuk dada tanya selera
sediakan payung sebelum hujan.
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.
Sudah terang lagi bersuluh
Air dicencang tidak akan putus
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang

20 .CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL.


Tepuk dada tanya selera
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
menyelam sambil minum air
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
melepaskan batuk di tangga
serampang dua mata
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Sudah terang lagi bersuluh
Hidup segan mati tak mahu
Lain hulu lain parang lain dahulu lain sekarang
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang

21. CARA BADAN PENGAWAS MENINGKATKAN DISIPLIN PELAJAR


menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak
berselerak
Tepuk dada tanya selera
seperti api dalam sekam
Bagai duri dalam daging
Ada tangga hendak memanjat tiang
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Adat tua menahan ragam
Sudah terang lagi bersuluh
Ikut hati mati ikut rasa binasa
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang

16
Senarai Peribahasa SPM

Banyak pelajar yang gagal menguasai bahagian peribahasa walaupun hanya 6 markah.
Namun, berdasarkan sukatan pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5, pelajar hanya perlu
menguasai peribahasa mengikut buku teks. Berikut ialah senarai peribahasa dalam buku
teks tingkatan 4 dan tingkatan 5:

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Contoh Ayat : Ketua kampung menyeru penduduk setempat agar bekerjasama


membanteras kes pecah rumah kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat.

2. Darah daging

Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Contoh Ayat : Lelaki itu dipenjarakan kerana telah memperkosa darah dagingnya sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Contoh Ayat : Kampung Seduku telah dipilih sebagai kampung contoh peringkat
kebangsaan kerana penduduknya yang mengamalkan cara hidup berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.

4. meninggi diri

Maksud : Sombong

Contoh Ayat : Kedudukan keluarganya yang berada menyebabkan Aleen suka meninggi diri
sehingga dia disisihkan oleh kawan-kawan di sekolahnya.

5. bermuka dua

Maksud : Tidak jujur.

Contoh Ayat : Oleh sebab dia sering bermuka dua, kini tidak ada sesiapa lagi yang
mepercayai kata-katanya walaupun dia bercakap benar.
17
6 baik hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Contoh Ayat : Pak Su memang terkenal sebagai seorang yang sangat baik hati dan
pemurah kerana sering menolong penduduk kampung yang ditimpa musibah.

7. tulang belakang

Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Contoh Ayat : Ketiadaan tulang belakang pasukan bola sepak negara iaitu Safee Sali sedikit
sebanyak merencatkan corak serangan skuad Harimau Malaya ketika menentang pasukan
Singapura malam tadi.

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Contoh Ayat : Ibu sering berpesan agar saya tidak berputus asa dalam mengerjakan
sesuatu tugas walaupun berat seperti kata peribahasa, bara yang digenggam biar sampai
jadi arang.

9. bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Contoh Ayat : Kata-kata hinaan yang dihamburkan oleh teman rapatnya menyebabkan
hatinya bagai kaca terhempas ke batu.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Contoh Ayat : Sikap menabung perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil
bak kata orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Contoh Ayat : Pencapaian cemerlang Malaysia dalam pelbagai bidang telah melonjakkan
nama Malaysia sehingga mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara
maju yang lain.

18
12. seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Contoh Ayat : Sikap Lim yang seperti lembu dicucuk hidung menyebabkan dia sering dibuli
oleh rakan-rakannya.

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Contoh Ayat : Dalam merealisasikan hasrat negara menjelang Wawasan 2020, setiap pihak
perlu bahu-mebahu agar yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Contoh Ayat : Rohayu berasa sangat gembira apabila impiannya untuk bergelar seorang
guru sudah terlaksana ibarat dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.

15. terang hati

Maksud : Lekas pandai.

Contoh Ayat : Amat mudah untuk mendidik pelajar yang terang hati kerana penerangan
yang dibuat oleh guru mudah difahami dan tidak perlu diulang berkali-kali.

16. rendah hati

Maksud : Tidak sombong

Contoh Ayat : Perwatakan Salim yang rendah hati dan mudah mesra menyebabkan dia
terkenal dalam kalangan guru dan pelajar di sekolahnya.

17. murah hati

Maksud : Pemurah.

Contoh Ayat : Sifat murah hati tidak akan menyebabkan sesorang itu menjadi miskin malah
rezeki yang diperoleh akan bertambah dengan kehendak Allah

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19
Contoh Ayat : Peribahasa Melayu memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dan
sering menjadi wahana pemangkin bangsa.

19. Tangan kosong

Maksud : Hampa.

Contoh Ayat : Ramai peminat bola sepak terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila
tiket habis dijual.

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah darat

Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu


tinggi.

Contoh Ayat : Jangan meminjam wang daripada si lintah darat


itu

kerana dia tentu akan mengenakan kadar faedah yang sangat


tinggi.

2. bagai aur dengan tebing

Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain


dan saling membantu.

Contoh Ayat : Penduduk kampung ini mengamalkan sikap


tolong-menolong bagai aur dengan tebing.

3. anak dagang

Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

Contoh Ayat : Sebagai anak dagang, Hasan pandai mengambil


hati penduduk tempatan

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,


lebih baik di negeri sendiri

20
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang,
tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Contoh Ayat : Dianna sekeluarga akan kembali semula ke


Malaysia setelah 20 tahun tinggal di New Zealand kerana
mereka tahu hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri, lebih baik di negeri sendiri

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih


baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Contoh Ayat : Jika takut untuk menghadapi cabaran dalam


bidang perniagaan, lebih baik awak menjadi petani saja, bak
kata pepatah kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di
tepi pantai,kata Tuan Jamal kepada adiknya.

6. indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-


lebihkan.

Contoh Ayat : Majlis perkahwinan anak Mak Limah sebenarnya


indah khabar daripada rupa kerana ramai tetamu yang
merungut kelaparan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Contoh Ayat : Sebelum meninggal dunia, Encik Muzammil telah


membuat wasiat tentang pembahagian harta pusaka kepada
anak-anaknya dengan seadil-adilnya, bak kata orang hati gajah
sama dilapah, hati kuman sama dicecah

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

21
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah
bersama.

Contoh Ayat : Kita haruslah mengamalkan bukit sama didaki ,


lurah sama dituruni dalam kalangan masyarakat untuk
mempupuk perpaduan di negara kita

9. kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang


pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Contoh Ayat : Kita janganlah menjadi seperti kacang melupakan


kulit umpamanya melawan ibu bapa atau guru kerana mereka
banyak menjasa kepada kita.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita


diami atau tinggal.

Contoh Ayat : "Sewaktu kamu berada di sana kelak, pandai-


pandailah kamu menjaga diri. Brepeganglah pada pepatah di
mana bumi di pijak, di situ langit di junjung" kata ayah kepada
kakak

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang


kerbau menguak

Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Contoh Ayat : Amalan masuk kandang kambing mengembek,


masuk kandang kerbau menguak yang diamalkan oleh Azlan
menyebabkan dia mempunyai ramai rakan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

22
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang
menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

Contoh Ayat : Kita hendaklah menjaga perpaduan dan


menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan
ketengangan atau kehancuran ibarat telur sesangkak,pecah
sebiji, pecah semuanya.

13. memerah otak

Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Contoh Ayat : Murid-murid sedang memerah otak untuk


menjawab soalan peperiksaan itu.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu


berusaha dan bersusah payah

Contoh Ayat : Kita haruslah berusaha untuk mencapai impian


kita kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-


sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan


kesenangan pada kemudian hari.

Contoh Ayat : Jikalau mahu menjadi orang yang berjaya, kamu


mesti tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan seperti
kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak


datang melayang

Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha


23
Contoh Ayat : Rafieza tidak menyangka bahawa dia akan
ditawarkan jawatan Pengurus Pemasaran sedangkan dia hanya
memohon jawatan kerani. Inilah yang dikatakan yang bulat
tidak datang menggolek, yangpipih datang melayang

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Contoh Ayat : Amir memulakan perniagaan secara kecil-kecilan


sebelum memiliki rangkaian pasaraya ternama itu kerana dia
berpegang prinsip sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Contoh Ayat : Syarikat jualan langsung yang diperolehi oleh


golongan bumiputera bak cendawan tumbuh selepas hujan
kerana saban hari semakin ramai yang mendaftar perniagaan
mereka.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana


muafakat.

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Contoh Ayat : Penduduk kampung itu mengutamakan


perbincangan atau permuafakatan dalam pelbagai perkara
kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu,


tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Contoh Ayat : Janganlah kita bersikap tamak kerana bimbang


yang dikerja tak dapat, yang dikendong berciciran
24
21. mencari jalan

Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Contoh Ayat : Kita terpaksa mencari jalan tengah untuk


menyelesaikan persengketaan ini

22. biar mati anak, jangan mati adat

Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Contoh Ayat : Majlis perkahwinan Hanim dibuat mengikut adat


pepatih kerana menurut kehendak neneknya. Bagi neneknya,
biar mati anak, jangan mati adat.

23.sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu


bencana.

Contoh Ayat : Kita haruslah sediakan payung sebelum hujan


sebelum menghadapi apa-apa kejadian.

24. berbesar hati

Maksud : Gembira.

Contoh Ayat : Dia berbesar hatikerana permohonan


biasiswanya telah diluluskan.

25. anak buah

Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Contoh Ayat : Ketua Kampung itu telah menasihati anak


buahnya

supaya berwaspada terhadap bahaya dadah.

25
26. tuan rumah

Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

Contoh Ayat :

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung

Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya


hidup yang baharu.

Contoh Ayat : walaupun zaman telah menjadi moden keluarga


nabilah tetap mengamalkan budaya dan adat resam mereka

28. batu penghalang

Maksud : Halangan

Contoh ayat : Pemuda itu telah menjadi batu penghalang


kepada Samsuri untuk mengahwini Mazida kerana beliau juga
ada hati kepada wanita itu.

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan


nanti-nantikan

Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Contoh Ayat : Ayah Aman tidak risau akan masa depan Aman
untuk membina rumah tangga kerana untung anak lelaki cari
carikan untung anak perempuan nanti nantika

30. bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan


yang senang.

26
Contoh Ayat:Seperti ikan pulang ke lubuk, Hisham kembali ke
kampung halamannya dan terus menetap di sana setelah
sepuluh tahun merantau.

SIMPULAN BAHASA MAKSUD


ada angin Orang yang mempunyai sikap yang tidak tetap.
ada hati Menaruh keinginan pada sesuatu.
ajak-ajak ayam Mempelawa tanpa kesungguhan.
alas perut Makan sedikit supaya tidak lapar.
anak teruna Pemuda yang belum berkahwin.
angin-angin Khabar yang belum dapat dibuktikan.
angkat bakul Sifat seseorang yang suka memuji diri sendiri.
asam garam Susah senang dalam kehidupan.
atas pagar Berkecuali / Tidak masuk campur / Tidak lulus dan
tidak gagal (sederhana).
batuapi Penghasut.
batuk-batuk Batuk yang dibuat-buat dengan tujuan
kambing mengusik/menyindir.
berat mulut Malas bercakap.
berat kepala Pening kepala.
berpaling tadah Bertukar pihak atau mengkhianati pihak yang
disokong.
bertikam lidah Berdebat/berbahas tentang sesuatu.
buah mulut Perkara yang dibualkan oleh orang ramai.
bunga dedap Perempuan yang rupanya sahaja cantik tetapi
tidak berkelakuan baik.
cakar ayam Tulisan yang sangat buruk.
cepat tangan Pantas atau cepat melakukan sesuatu/ suka
mencuri.
darah daging Kaum keluarga/saudara-mara sendiri.

27
diam ubi Orang yang berusaha secara senyap tetapi
menguntungkan.
hati emas Seseorang yang hatinya terlalu baik.

hati tikus Penakut atau pengecut.


gendang besar Orang yang suka bercakap besar tetapi
percakapannya semua kosong.
khabar angin Berita yang belum jelas.
kacang hantu Budak yang nakal.
kaki ayam Tidak berkasut.
kera sumbang Orang yang selalu rnengasingkan diri .
kucing bertanduk Perkara yang mustahil berlaku.
lidah biawak Percakapan yang berubah-ubah.
lidah pendeta Kata-kata hikmat yang dituturkan oleh bijak
pandai.
lipas kudung Cepat menyiapkan/membuat pekerjaan.
makan angkat Suka dipuji.
makan suap Menerima rasuah.
otak cair Pandai atau cerdik.
otak udang Orang yang bodoh.
pasang telinga Mendengar dengan teliti atau bersungguh-
sungguh.
mulut tempayan Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia.
mulut murai Orang yang suka bercakap/berbuat bising.
mandi peluh/ Bekerja kuat dengan sepenuh hati.
keringat
senyum kambing Senyum mengejek.
serkap jarang Meneka/menuduh dengan sembarangan sahaja.
tajam akal Pintar.
28
telinga lintah Orang yang baik pendengarannya.
telinga nipis Orang yang lekas marah.
telinga kuali Orang yang tahan hati walaupun dimarahi.
telinga tempayan Orang yang tidak mahu mendengar.
tangan terbuka Menerima/menyambut sesuatu/orang dengan
sukacita.
tin kosong Orang yang bercakap besar tetapi tidak berilmu
pengetahuan.

PERUMPAMAAN MAKSUD
bagai ayam Orang yang hilang dengan tiba-tiba.
disambar helang
bagai aur dengan Tolong-menolong antara satu sama lain.
tebing
bagai bulan dipagar Kecantikan seseorang bertambah cantik apabila
bintang diapit oleh pengapit-pengapit yang cantik pula.

bagai buluh ditarik Susahnya mengajar orang yang bertentangan


songsang fahaman dengan kita.
bagai enau dalam Tidak semuafakat dalam sesuatu
belukar, melepaskan perbincangan/perkara, hanya berpegang pada
pucuk masing- pendapat sendiri/melakukan pekerjaan masing-
masing masing.
bagai mencurah air Sia-sia sahaja menasihati orang yang tidak mahu
ke daun keladi mendengar nasihat.
bagai pucuk Menunjukkan kehebatan seseorang
dilancarkan hulubalang/pahlawan menghunus pedangnya.
bagai pinang dibelah Pasangan yang sama cantik dan sama padan.
dua
bagai kumbang putus Lari segera apabila terlepas daripada kesusahan.
tali
bagai si buta Keadaan seseorang yang dalam kesukaran
29
kehilangan tongkat kerana hilang tempat bergantung.
bagai melepas batuk Membuat sesuatu kerjatetapi tidak sampai
di tangga selesai.
bagai menatang Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
minyak yang penuh
bagai isi dengan kuku Persahabatan yang sangat erat.
bagai kacang Orang yang tidak tahu mengenang budi.
lupakan kulit
ibarat bunga, sedap Perempuan yang disayangi semasa mudanya
dipakai layu dibuang tetapi diceraikan apabila sudah tua.
Ibarat telur Sentiasa semuafakat, susah dan senang tetap
sesangkak, pecah bersama.
satu pecah semua
ibarat burung, mata Tiada ada kemerdekaan / kebebasan.
lepas badan
terkurung
Dua orang yang selalu berkelahi jika bertemu.
seperti anjing
dengan kucing
seperti ketam Orang yang menasihatkan orang lain supaya
menyuruh anaknya membuat pekerjaan dengan betul, sedangkan
berjalan betul dirinya sendiri tidak membuat pekerjaan yang
betul.
seperti harimau Menunjukkan sifat sebenarnya setelah lama
menunjukkan belang berdiam diri.
seperti hujan jatuh ke Nasihat yang tidak dihargai/sesuatu kerja yang
pasir sia-sia.
seperti kaca jatuh ke Berasa amat sedih.
batu
seperti katak di Orang yang cetek pengetahuannya.
bawah tempurung
seperti kera Orang yang tidak tahu menghargaipemberian
mendapat bunga orang lain.
seperti pahat dengan Orang yang hanya bekerja apabila diperintah.
30
penukul
seperti rusa masuk Orang yang tercengang-cengang apabila masuk
kampung ke sesuatu kawasan.
seperti api di dalam Perbuatan jahat yang tersembunyi antara dua
sekam pihak.
seperti Belanda minta Orang yang tamak.
tanah
sepert bumi dengan Perbezaan yang amat besar.
langit
padi masak jagung Keuntungan yang berlipat ganda.
mengupih
pelepah tua luruh Orang muda hendaklah insaf apabila melihat
pelepah muda jangan orang tua meninggal dunia kerana dia juga akan
ketawa mati pada suatu hari nanti.
membuang garam ke Seseorang yang memberi pertolongan kepada
laut seseorang yang tidak perlu ditolong.
nasi sudah menjadi Sesuatu perbuatan yang sudah telanjur dan tidak
bubur dapat diubah lagi.

BIDALAN MAKSUD
ada gula ada semut Orang yang berkumpul di tempat yang banyak
keuntungan dan rezeki.
ada udang di sebalik Mempunyai niat tertentu di sebalik perbuatan
batu yang dilakukan.
air ditetak tidak Pergaduhan antara adik-beradik itu tidak akan
akan putus berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.
air yang tenang Jangan disangka orang yang pendiam tiada
jangan disangka bahayanya.
tiada buaya
alah bisa tegal biasa Pekerjaan yang susah jika selalu dilakukan
akan menjadi senang.
alang-alang mandi Mengerjakan sesuatu kerja sehingga selesai.

31
biarlah basah
belakang parang Orang yang bodoh jika diajar, akan menjadi
diasah lagikan tajam pandai juga akhirnya.
belum duduk sudah Melakukan sesuatu kerja sebelum sampai
belunjur masanya.
bertepuk sebelah Sesuatu kejadian itu tidak mungkin berlaku
tangan tidak akan daripada satu pihak sahaja.
berbunyi
bumi mana tidak Setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan.
ditimpa hujan
Jauhari juga yang Orang yang pakar dalam sesuatu bidang itu
mengenal manikam sahajalah yang lebih mengetahui faedah sesuatu
benda kecil itu.
melentur buluh biar Mendidik anak hendaklah dari kecil lagi.
daripada rebung
pelanduk dua serupa Dua orang yang serupa benar.
sambil menyelam Membuat dua pekerjaan dalam satu masa.
minum air
sediakan payung Hendaklah beringat-ingat sebelum mendapat
sebelum hujan kesusahan.
segan bertanya sesat Orang yang tidak mahu bertanya apabila
jalan berhadapan dengan masalah akan mendapat
kesusahan akhirnya.
sudah jatuh ditimpa Kesusahan/kecelakaan yang datang berturut-
tangga turut.
tepuk dada tanya Sesuatu pekerjaan yang kita lakukan hendaklah
selera baik-baik menurut keyakinan kita.
Ukur baju di badan Melakukan sesuatu hendaklah mengikut
sendiri kemampuan atau kebolehan diri sendiri.

32
PEPATAH MAKSUD

bagaimana acuan, Biasanya perangai seorang anak itu mirip


begitulah kuihnya kepada perangai ibu bapanya.
bercakap siang Berhati-hatilah apabila menceritakan sesuatu
pandang-pandang, rahsia.
bercakap malam
dengar-dengar
berakit-rakit ke hulu, Bersusah-susah dahulu supaya mendapat
berenang-renang ke kesenangan pada kemudian hari.
tepian
berani kerana benar, Orang yang bersalah akan berasa takut,
takut kerana salah sementara orang yang tidak bersalah akan
bersedia untuk menghadapi kenyataan.
berat sama dipikul, Suka duka sama-sama ditanggung.
ringan sama dijinjing
berapa berat mata Betapa beratnya kita melihat kesusahan yang
memandang, berat dialami oleh orang lain, berat lagi penderitaan
lagi bahu memikul itu pada orang yang menanggungnya.
biar putih tulang, Lebih baik mati daripada menanggung malu.
jangan putih mata
buang yang keruh, Buang yang jahat dan diambil yang baik
ambil yang jernih
banyak udang banyak Setiap orang mempunyai kehendak hati
garam, banyak masing-masing.
orangbanyak ragam
buat baik berpada- Kalau hendak membuat kebaikan biarlah
pada, buat jahat berpatutan, tetapi jangan sekali-kali berbuat
jangan sekali jahat.
carik-carik bulu Pergaduhan antara adik-beradik tidak
ayam, lama-lama berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.
bercantum juga

cubit paha kanan


Jika seseorang itu mengatakan keburukan kaum
paha kiri pun sakit
kerabat kita sendiri, kita pun terasa marah juga.
juga
diam-diam ubi berisi, Pendiam yang bodoh langsung tidak membawa
diam-diam besi apa-apa faedah.
berkarat
di mana bumi dipijak, Kita hendaklah mematuhi adat atau peraturan
di situ langit dijunjung tempat yang kita diami itu.
di mana ada Kalau seseorang itu mempunyai cita-cita, tentu
kemahuan, di situ ada dia berusaha untuk mencapainya.
jalan
gajah mati Orang yang baik akan meninggalkan nama
meninggalkan tulang, yang baik, sebaliknya orang yang jahat akan
harimau mati meninggalkan nama yang buruk pula.
meninggalkan belang,
manusia mati
meninggalkan nama
hati gajah sama Susah senang dirasai bersama-sama.
dilapah, hati kuman
sama dicecah
ingat sebelum kena, Dalam sebarang hal/pekerjaan, hendaklah
jimat sebelum habis berfikir dahulu supaya tidak mengalami
kerugian atau kesusahan.

jauh menyalak kuat, Orang yang berketurunan baik ke mana-mana


dekat mencawat ekor pun perginya akan baik juga.
kalah jadi abu, Kalah atau menang dalam sesuatu
menang jadi arang pertengkaran tidak akan menguntungkan mana-
mana pihak.
kais pagi makan pagi, Orang miskin harus bekerja setiap masa.
kais petang makan
petang
Lembu punya susu Orang lain yang berusaha, orang lain yang
sapi dapat nama dipuji.
Lain di mulut, lain di Apa-apa yang diperkatakan adalah tidak sama
hati dengan apa-apa yang terdapat di hati.
masuk telinga kanan, Orang yang tidak mahu mendengar nasihat .
keluar telinga kiri
masuk kandang Ke mana-mana kita pergi hendaklah pandai
kambing mengembek, menyesuaikan diri dengan adat resam di
masuk kandang tempat itu.
kerbau menguak

KATA-KATA HIKMAT MAKSUD

bahasa jiwa bangsa Bahasa mencirikan identiti sesuatu bangsa.


bersatu teguh, Dengan mengamalkan semangat bersatu,
bercerai kita roboh sesuatu bangsa itu akan teguh dari segi fizikal
mahupun mentalnya dan sekiranya sesuatu
bangsa itu tiada kemuafakatan, maka
kedudukan mereka senang goyah dan lemah.
Oleh itu, keadaan yang semacam ini
menyenangkan anasir-anasir negatif
memusnahkan mereka.
hilang bahasa Jika sesuatu bahasa itu sudah tidak dituturkan
lenyaplah bangsa lagi, maka keadaan ini menunjukkan bangsa
yang menuturkannya itu mengalami
kepupusannya.
ilmu pelita hati Ilmu pengetahuan menjadi pedoman kepada
seseorang dalam membuat keputusan dan
tindakan.
kata-kata lebih tajam Melalui kata-kata, seseorang itu boleh
daripada mata tersinggung atau dijatuhkan.
pedang
keadilan tidak Mengadili sesuatu perkara dengan seadil-
mengenal kawan adilnya adalah suatu kewajipan. Oleh itu,
bersikap adillah dalam membuat suatu
keputusan walaupun terpaksa berlaku adil
terhadap orang yang paling rapat dengan kita.

masa itu emas Masa adalah sangat berharga.


muafakat itu berkat Keputusan yang baik akan diperoleh jika sesuatu
pekerjaan itu dilakukan bersama dan berpakat.

otak yang cerdas ada Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu
pada badan yang
sihat mampu mengemukakan fikiran yang bernas.
pandu cermat jiwa Jika memandu kenderaan secara berhati-hati
selamat nescaya nyawa seseorang itu tidak akan
diancam bahaya.

1 Air beriak tanda tak Banyak bercakap tanda tiada berilmu.


dalam

2 Alang-alang berminyak Berbuat sesuatu jangan kepalang


biar licin tanggung.

3 Alang-alang menyeluk Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu,


pekasam, biar sampai biarlah diperoleh hasil daripadanya.
ke pangkal lengan
4 Ayam di kepuk mati Sangat menderita kesusahan meskipun
kelaparan, itik di air bergaji besar (beristerikan atau
mati kehausan bersuamikan orang kaya) atau hidup
miskin di negara yang kaya dan makmur.

5 Bagai air mencari Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak


jenisnya berhenti-henti; usaha dengan tidak
mengenal jerih payah.

6 Bagai ayam disambar Mati tanpa sakit.


helang
7 Bagai cendawan Terlalu banyak pada sesuatu masa.
tumbuh selepas hujan
8 Bagai cincin dengan Pasangan pengantin yang sepadan.
permata Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik
sama padan seperti cincin dengan
permata.

9 Bagai kerakap tumbuh Hidup dalam kemelaratan.


di batu, hidup segan Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak
mati tidak mahu dimakan orang.

10 Bagai layang-layang Tiada berpedoman. @ sudah putus


putus tali harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11 Bagai menatang minyak Memelihara anak dengan penuh kasih


yang penuh sayang.

12 Bagai minyak dengan Orang baik kalau duduk dengan orang


air jahat tidak akan menjadi jahat.

13 Bagai murai dicabut Orang yang suka bercakap.


ekor Perempuan yang suka bercakap banyak.

14 Bagai pucuk dilancarkan Amat cepat.


15 Bagaimana acuan Perangai anak biasanya mengikut orang
begitulah kuihnya; yang mengasuhnya.
bagaimana contoh
begitulah gubahannya
16 Baik membawa resmi Tidak sombong; rendah diri.
padi daripada resmi
lalang
17 Belayar sambil Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga
memapan, merapat maksud tercapai.
sambil belayar
18 Belum duduk sudah Belum memperoleh sesuatu yang
berlunjur dikehendaki, sudah bergirang hati atau
gembira lebih dulu.

19 Berat mata memandang Betapa berat kita melihat kesusahan yang


berat lagi bahu memikul dialami oleh seseorang, berat lagi
penderitaan itu pada orang yang
menanggungnya.

20 Berjagung-jagung Sementara menunggu apa yang baik,


dahulu sementara padi lakukan juga perkara-perkara yang
masak berfaedah.

21 Biar jatuh terletak, Lebih baik menarik diri terlebih dahulu


jangan jatuh terhempas sebelum diberhentikan dengan tidak
terhormat.

22 Biar mati anak jangan Adat yang tidak boleh dilanggar.


mati adat
23 Biar putih tulang jangan Lebih baik mati daripada menanggung
putih mata malu.

24 Carik-carik bulu ayam , Perselisihan faham antara saudara-mara


lama-kelamaan dan adik-beradik tidak berpanjangan,
bercantum juga akhirnya akan berbaik semula.

25 Diam-diam ubi berisi; Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik
diam-diam besi berkarat daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
26 Diibaratkan sebagai Memberi pertolongan kepada orang-orang
condong ditumpil, di dalam kesusahan.
lemah dianduh
27 Dimana ada kemahuan, Seseorang yang bercita-cita tinggi akan
disitu ada jalan berusaha untuk mencapainya.

28 Genggam bara api biar Membuat sesuatu pekerjaan yang susah,


sampai jadi arang hendaklah sabar sehingga mencapai
kejayaannya.

29 Harimau mati Orang baik meninggalkan nama baik,


meninggalkan belang; orang jahat meninggalkan nama jahat.
manusia mati Setiap manusia akan dikenang kerana jasa
meninggalkan nama dan budi yang telah dilakukan semasa
hidupnya.

30 Hendak belajar Hendak mengetahui sesuatu perkara


berenang dapatkan itik, bertanyalah kepada orang yang mahir
hendak belajar tentang sesuatu perkara itu.
memanjat dapatkan
tupai
31 Hendak seribu daya tak Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
hendak seribu dalih
32 Ibarat burung, mata Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.
terlepas badan Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan
terkurung komunis itu ibarat burung,mata terlepas
badan terkurung.

33 Jika ada kemenyan Kepandaian hendaklah diajarkan kepada


sebesar lutut pun, jika orang lain, kerana kalau disimpan akan
tidak dibakar tidak akan hilang begitu sahaja.
berbau
34 Kalau tak berada-ada Tentu ada sebab yang tersembunyi
tak akan tempua menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap
bersarang rendah kejadian meninggalkan kesan.

35 Kalau tiada rotan akar Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya


pun berguna tidak dapat diperolehi memadai dengan
apa yang ada.

36 Kalau tidak dipecahkan Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak
ruyung manakan dapat berusaha.
sagunya
37 Kalau tidak kerana Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-
angin tidak akan pokok sebabnya.
bergoyang
38 Perempuan serasan, Pegangan hidup yang tidak serupa.
lelaki pemalu
39 Sebagai gembala diberi Orang yang mendapat sesuatu yang tidak
keris berguna.

40 Sekali membuka pura, Sekali melakukan pekerjaan dua tiga


dua tiga hilang maksud tercapai.
berbayar
41 Semacam besar pacak Belanja lebih besar daripada pendapatan.
daripada tiang

42 Seperti air dalam Negeri yang aman sentosa.


dulang
43 Seperti api di dalam Kejahatan yang dilakukan secara diam-
sekam diam atau tanpa disedari

44 Seperti aur dengan Dua orang yang berkawan rapat dan saling
tebing membantu
Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup
menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur
dengan tebing.

45 Seperti aur ditarik Pekerjaan atau perkara yang sukar


songsang diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.

46 Seperti embun dihujung Tidak kekal


rumput
47 Seperti harimau Orang yang menyembunyikan
menyembunyikan kelebihannya.
kukunya
48 Seperti hujan jatuh ke Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu
pasir pekerjaan yang sia-sia.
Contoh ayat: Nasihat kaunselor kepada
pelajar itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke
pasir kerana kedegilannya.

49 Seperti lintah Meletakkan faedah yang tinggi; menipu


menghisap darah dengan cara lemah lembut.
50 Seperti lipas kudung Selalu bergerak dengan cepat.
51 Ular menyusur akar Orang besar yang merendahkan diri tidak
tidak akan hilang akan jatuh martabatnya.
bisanya Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul
dengan orang kebanyakan,namun hal itu
bagai ular menyusur akal takkan hilang
bisanya.

52 Yang dikejar tak dapat Terlalu tamak untuk mencari keuntungan


yang dikendong hingga menyebabkan kehilangan sesuatu
berciciran yang sudah dimiliki

You might also like