You are on page 1of 9

Koleksi Simpulan Bahasa

Abang Angkat Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah. Abang Ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar. Abang Kandung Maksud: Abang yang seibu sebapa. Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia. Ada Akal Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya. Ada Angin Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu. Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah. Ada Bakat Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya. Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel. Ada Hati Maksud: Keinginan. Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

Ada Jalan Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank. Adik Angkat Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah. Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara. Air Muka Maksud: a) Wajah b) Maruah Contoh Ayat: a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermainmain di padang. b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin. Alas Perut Maksud: Makan sedikit. Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah. Ambil Angin Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih. Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang. Ambil Bahagian Maksud: Menyertai. Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah. Ambil Berat Maksud: Beri perhatian. Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.

Anak Buah Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita. Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah. Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi. Anak Emas Maksud: Orang yang sangat disayangi. Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya. Anak Kapal Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal. Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah. Anak Piatu Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu. Angkat Diri Maksud: Sombong. Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid. Ayam Tambatan: Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan). Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol. Baik Budi Maksud: Baik hati. Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua. Baik Hati Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.

Balas Budi = Membalas Budi Maksud: Balas jasa dan berterima kasih. Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu. Banyak Akal Maksud: Banyak helah. Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya. Bapa Angkat Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah. Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim. Bapa Kandung Maksud: Bapa sebenar. Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak. Batu Api Maksud: Orang yang suka menghasut. Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya. Batu Loncatan Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar. Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. Bekas Tangan Maksud: Sesuatu yang diusahakan. Contoh Ayat: "Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan Syamsiah," kata Pak Mail memuji menantunya. Berat Mulut Maksud: Orang yang pendiam.

Berat Sebelah Maksud: Tidak adil. Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya. Berat Tulang Maksud: Pemalas. Beri Muka Maksud: Memanjakan. Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas. Besar Hati = Berbesar Hati Maksud: Gembira. Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya. Besar Mulut Maksud: Suka bercakap besar. Contoh Ayat: "Jangan suka besar mulut menceritakan kekayaan keluarga kita yang tak seberapa," kata kakak. Buah Fikiran Maksud: Pendapat. Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira. Buah Pena Maksud: Hasil tulisan atau karya. Buah Tangan Maksud: Hadiah. Buta Huruf Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis. Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anakanaknya cemerlang dalam pelajaran.

Buta Warna Maksud: Tidak dapat membezakan warna. Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program "Memandu Kapal Terbang" ialah peserta tidak buta warna. Cahaya Mata Maksud: Anak. Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua. Cakap Angin Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah. Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan. Cakar Ayam Maksud: Tulisan yang buruk. Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca. Campur Tangan Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain. Cari Akal = Mencari Akal Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya. Cari Makan Maksud: Bekerja atau mencari rezeki. Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadijadi kebelakangan ini. Curi Tulang Maksud: Pemalas. Contoh Ayat: Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia curi tulang dengan berbual-bual di serambi.

Darah Daging Maksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri. Contoh Ayat: Anak abang saya adalah darah daging saya. Durian Runtuh Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka. Gerak Hati Maksud: Perasaan. Contoh Ayat: Gerak hatiku mengatakan aku akan berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini. Hancur Hati Maksud: Sangat sedih. Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam kemalangan itu. Harga Diri Maksud: Maruah. Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada. Hati Batu Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat. Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya. Hati Terbuka Maksud: Ikhlas. Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka. Hidung Tinggi Maksud: Orang yang sombong. Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawankawan. Hilang Akal Maksud: Gila. Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal.

Ibu Angkat Maksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri. Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun. Ikat Perut Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan. Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut. Iri Hati Maksud: Dengki. Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum. Isi Hati Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati. Jaga Hati = Menjaga Hati Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati. Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masingmasing. Jalan Fikiran Maksud: Cara berfikir. Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini. Kaki Ayam = Berkaki Ayam Maksud: Tidak memakai kasut. Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang. Kaki Bangku Maksud: Tidak pandai bermain bola. Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.

Kaki Lima Maksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah. Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan berhenti. Kecil Hati Maksud: Berasa tersinggung. Kepala Batu Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat. Kera Sumbang Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain. Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu. Keras Hati Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa. Keras kepala Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat. Lepas Tangan Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

You might also like